Tapi tak apa. Itu bukan penghalang untuk merasai kemeriahan hari bahagia.
(even aku sendiri tahu yang raya hanya di sana. dan aku sememngnya tak layak untuk meraikannya)
Raya tahun ni, semua balik. dan cukup ahli. So, kenalah happy-happy kan?
Lagipun bukan selalu dapat gather-gather macam ni. Sementalahan semua tengah belajar dan masih banyak masa, apa salahnya menyerikan rumah. Agaknya, memang riuh giler la rumah sebab dengan ragam tujuh orang pakar dapur dalam rumah. Mana yang masak makanan basahnya, makanan keringnya, kek lagi, ditambah pulak dengan biskut raya dan tak lupa....MERCUN malam raya!
Okaylah, mungkin setakat tu je cerita yang dapat aku merapu meraban kat sini. InsyaAllah kalau jari ni rasa macam nak bersenam, minda pun ada aje idea...aku akan update lagi. Bukan selalu line clear macam ni, time balik rumah ni lah kena hargai, takde istilah nak jimat data sangatlah!
Selamat menambahkan ibadah pada minggu akhir ramadhan!
'Ramadhan akan meninggalkan kita,
Syawal menjelma menandakan hari raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa...'



