Minggu lepas dok ralit setup design pada blog sampai terlupa yang instead of asyik tukar design, kita kena fokus pada misi utama, iaitu:-
Dan hari ni, nak menulis, tiba-tiba otak rasa blank. Buntu idea. Padahal awal tadi beria nak cerita itu inilah. Buka je blog, semua hilang.
1. Perihal Kek Donut Mighty White
Sempat juga baca review dari Bola Katok tentang kek donut keluaran Mighty White.
Tadi ternampak dekat dalam Bila-Bila Mart kek tu. Kitanya dua tiga menjak ni suka betul makan donut. Sikit-sikit craving donut, tapi tidaklah ditunaikan sangat pada ingin tu. Kadang kena jaga juga setiap keinginan. Nak diturut semua kang, nak control balik pada paras sihat yang wajar, termenung…
2. Perihal potong pokok yang kabur
Hari ni kesibukan tengok orang potong pokok. Pening rasa. Kejap nak potong bagi rendah tapi tak nak terlalu botak. Pokoknya pulak jenis leopard tree tu. Dah merimbun tinggi, cuma dedaunan tidak selebat mana pada bahagian yang rendah. Kebanyakan daun hanya meriah pada pucuk yang tinggi. Sudahnya, niat nak potong rendah jadi terbantut sebab daun kurang.
Memang rasa pening nak bagi arahan bila visi tu kabur. Harapnya kesinambungan kerja tu esok dah jelaslah visinya.
3. Perihal Ketidaksampaian Maklumat
Bila dah duduk rumah jenis strata, banyak undang-undangnya yang kita kena turut. Suka atau tidak, kita tetap kena patuh.
Rata-rata sekarang sebuah rumah ada dua kereta. Tapi parking yang ada, cuma satu. Yang kereta satu lagi hendak disimpan dimana?
Maka wujudlah rangkaian kereta yang parking sembarangan menurut dia rasa okay walhal tidak okay. Kemudian kata, tidak mendapat maklumat berkenaan isu ini.
4. Customer Relation Management
Dulu berangan nak kerja dalam bidang yang kurang interaksi dengan manusia. Sudahnya, ha kau jadi muka depan dalam setiap urusan.
Nak tahu tentang ini? Rujuk dia.
Tentang itu, tanya dia.
Tak puas hati? Komplen pada dia.
Ada masa bulan pertama tu, hampir setiap hari muka ni kena tadah ketidakpuasan hati orang. Kita pulak newbie, rasa tergagap jugaklah nak menjawab. Angguk iyakan sajalah sampai dia rasa lega.
Lama kelamaan dah lali kata orang. Alah bisa tegal biasa gitu. Normallah.
Alhamdulillah, semua ni dah jadi rutin. Tak tahulah tebal mana da tembok muka ni. Hadap je lah labu. Habis kerja, habislah semua iya dak?
Bidang ni yang bestnya kita boleh jumpa banyak ragam dan karenah orang.
5. Betul ke otak blank?
Iya betul…
Tapi kenapa panjang pulak karangan kau ni?
Itu normallah sembang benda random. Benda random yang berlaku untuk hari ni. Sampai lupa nak minum banyak air walhal dok berjemur tengah panas. Panas lit lit o. Jangan memain.
Berjemur satu hal, kabur dalam bagi arahan dua hal dah. Kena cop merajuk sebab dah tak nak ambik port makan-makan di ofis, tiga hal.
Kitanya hari-hari prepare bekal sendiri. Kendian kena jadi tukang masak dak ofis somehow rasa pressure. Selera kita, kita tahulah nak yang macam mana. Kena pulak selera kita asyik kena itu ini, malas ambe…
Plus, dari segi financially wisenya, kena beli groceries double dari biasa? Memang kena fikir betul-betullah.
Kalau sekadar potluck quarterly, mungkin okay. Hari-hari? Sorry man… i have to withdraw from this let’s share and cook meal together plan…
Tapi aku bangga lah dengan diri sendiri sebab berani kata tidak untuk perkara yang kita rasa tak selesa. Kena label merajuk pun, labellah. Asalkan, tak ganggu periuk nasi aku sudah!
6. Penutup…
Ikutkan memang malas. Malas nak terlalu bergaul dan keterbukaan dengan orang. Depa ingat bila kita banyak sembang time kerja kita rajin nak sembang diluar waktu kerja?
Ikut moodlah.
Kalau seharian dah hadap dan deal dengan manusia, memang craving untuk masa sendiri. Dengarlah bunyi kipas saja pun dah okay.
Begitulah kehidupan ni kawan. Ada masa kita create the community, make it lively. Cukup sekadar pada waktu kerja.
Luar pada tu?
Terlalu banyak buku, series, movie untuk di catch up serta sisi kehidupan yang kita takkan kongsi pun dengan orang untuk merasa kita punya kehidupan.
Begitulah perihal otak blank. Sebab? Terlalu chaos sampai hilang idea nak tulis sesuatu yang berinspirasi. huhuhuhu
Tidak juga terinspirasi 247 membuatkan kita lebih produktif. Ikutlah. Apa cara sekalipun, kita lebih kenal diri kita. Usahlah dirujuk sangat pada orang. Sebagai garis panduan bolehlah.
In the end, the only garis panduan itu cuma ada empat.
Lain-lain sekadar hingar. Tapislah sewajarnya…

2 Ulasan
sekali sekala memasak ekat ofis boleh la.. hari2 apa dia?? hahhaa..
BalasPadammerajuk pun tak kisah la.. yang penting mental health kena jaga...
betul kak, sekali sekala kita no hal.
PadamBenar kak, kita kena jaga ketenangan jiwa kita.