Tiga sisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Alhamdulillah masih berpeluang hidup dan membebel dekat laman yang kian pudar warnanya. Hah! So, hello there! Dah lama rasa tak borak dan chit chat dengan laman putih ni. 

sofieadie property
Tiga sisi. 🔺🔻
Sisi Satu
Awal April hari tu, syukur dapat rezeki untuk bekerja sebagai part-time. Ya, ya ramai tanya:- 
“Kerja sambil belajar ni tak penat ke? Boleh ke nak fokus dalam kelas?”
Untuk minggu pertama, aku sengih dan diam sambil jawab dalam hati; ‘Nak seribu daya, tak ndak seribu dalih..’
Tapi, sungguhlah bila kita sibuk dengan rutin belajar waktu pagi, malam pulak kerja, balik rehat, buat revision sikit semua tu, automatik kita lebih pandai jimat masa daripada perkara yang dulunya pernah jadi rutin kita. 
Masuk minggu pertama kerja, aku terlalu careless ke ntah apa yang buat aku ter-me-rosakkan barang kat tempat kerja. Deng it! Time tu rasa macam, ‘loser giler aku nih!’. Tapi itulah yang dikatakan, 

“Kesilapan adalah guru yang paling berkesan”.

Sisi Dua
Sebagai pelajar yang baru menghadapi dunia teori hartanah ni bagi aku, ianya sangatlah mencabar. Sebab bidang ni, kita memang tak boleh sandar pada teori semata-mata. Kita kena keluar, tengok dan perhati kawasan persekitaran kita. Baru senang untuk faham. 
Sem ni ada subjek akaun. Aku jujurlah cakap, setakat debit credit tu reetilah sikit, tapi bila masuk dak equity, revenues bagai, aku mulalah macam tadah air guna bakul. Aigoo! Rasa macam nak cari tuto personal untuk subjek akaun saja. Please lah! Tetiba rasa macam fizik dan kimia zaman ritu lagi senang. Hahaha. 
Siapa expert ajar akaun untuk newbie macam aku yang memang zero knowledge dalam perakaunan ni, mohonlah suggest cara berkesan untuk memahami akaun selain daripada buat latihan dan baca buku. Tolonglah…
Masa zaman tak faham ekonomi dulu, aku dok layan youtube je kasi faham. Pastu, hadamlah.then buat teori sendiri. Pasni kena research belajar akaun melalui youtube gak ni…
Sisi tiga
Blogger chipsmore. Ha ha ha…memandangkan aku fokus pada dua sisi kat atas tadi, maka aku pun lupa yang aku ada blog. 😅 Pastu, ada hati lagi nak tukar template baru. Tunggulah raya nanti. Ada rezeki kita tukarlah k..
Tajaan cerita kat blog makin kurang bila otak mula sepi dan seakan merajuk. Huh…perahlah kuat mana pun otak untuk cari kata pemula bagi sebuah perenggan, kalau mode menulis ke laut, memang tak akan pernah menjadi der…
Usahkan entri blog, artikel zalora pun ke laut labu oiii! Nampak gayanya, tinggal suam-suam kukuk ajelah ye….
End of sides
p/s: Hopefully musim teater nanti banyak buat pada hari rabu. Sebab rabu gua off day ma!
###
zaijian!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Tiga sisi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading