Menakutkan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Sebagai seorang AMBIVERT, menjadi VIRAL itu bukanlah suatu idaman. Bahkan ianya amatlah menakutkan! Seriously!

Sampai rasa macam nak delete blog. Tapi, mungin tidaklah sampai ke tahap tu. Sebab blog is my air. Menulis itu nafas aku. Sama jugak macam lagu. Okay, hari ni aku bukan nak bahas pasal udara, nafas, hidup bagai…tapi ada satu benda ni menghantui aku sehingga rasa macam…

Lepas ni, aku tak boleh jalan tanpa tujuan. Walau sekadar window shopping…

Lepas ni, aku kena jalan dengan lebih tawadhuk lagi…

Lepas ni, aku tak boleh nak hyperact tak tentu hala…

Lepas ni, …

##

Pertama, aku syukur sangat orang dah kembali sebarkan tentang penipuan mak cik tu yang semakin meliar. Sebab, kalau tak tersebar meluas, mungkin ramai lagi rakyat Malaysia yang akan tertipu oleh cerita dia yang dah basi! (Wah! concern-nya aku…😏)

Kedua, aku syukur sebab walaupun aku tak up entry baru, tapi aku still punya readers. Tapi macam tak best jugaklah…sebab orang yang selalu baca entri aku, semua dah busy…Aku bukanlah gila readers atau viewers (Walaupun suka tengok orang baca entri kita yang panjang lebar dengan penuh emosi…) tapi…bila ia terlalu ramai…ianya menakutkan…

Pelik ke untuk rasa takut bila orang ramai baca blog kita?

Sis LZ yang bagitau aku…beliau kata entry aku dah viral. Viral? Like viral, viral? Nein!..Tetiba rasa takut…

Dahlah, kawan aku bagitau..blog-blog yang post benda viral pun dah masukkan entry aku. Gambar mak cik tu, dah ada yang edit dan sebarkan dengan lebih luas lagi. Cantik punya gambar aku ambik. Tapi, aku delete dah. Buat jadah apa nak simpan. Bikin panas dan bazir space lappy saja.

What if, this situation happen to you? Adakah korang pun akan rasa takut? 

##

Aku tahu, itu adalah pengalaman aku. Tapi kawan aku kata, entri aku tu seolah aku ni jenis orang yang banyak giler cakap…Tapi, aku tak macam tu…Aku cakap dalam bahasa tulisan je…Hanya kerana entri itu, aku punya scale ambivert terus merudum ke introvert…huhuhuhuhu

Lepas tu, boleh pulak lecturer aku cakap, aku ada OCD.…Aku bukan OCD, cuma aku tak boleh tengok kerja yang dibuat dalam keadaan yang tak kemas. Aku tak boleh tengok benda yang tak sistematik dan tak ikut waktu. Everything must be on time. Itupun aku rasa macam dah kurang dari dulu. Tapi, bukan OCD…T^T

Menakutkan!
Plus, orang yang kind of suka pada viral sedang ambil kesempatan untuk naikkan pageviews mereka! Ada credit, gua tak kisah. Gua pun tumpang sekaki, at least diorang tolong sebarkan dengan lebih luas lagi. Tapi kalau dah ciplak for the whole entry without any credit tu, itu memang PANAS!

Keep reading on

A letter to my best friends

Holla there my friends!  Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun…kabare kalian semua? Aku harap …

Geomatik di UiTM Arau

Assalamualaikum and hello there! Kalau korang pernah baca mana-mana entri berkaitan dengan geomatik dari blog …

3 Helpful Ways to Prevent Neck and Shoulder Pain

The neck and the shoulders are some of the most common areas of the body …

Aku dan Blogger #2

Holla! Kabare kalian semua…sihat? Blog kalian sihat seperti tuannya? Jika ya jawapan kalian, tahniah saya …

Bintang

Ada apa pada bintang? * ** *** ☆ ☆☆ ☆☆☆ ★ ★★ ★★★ 🌟 🌟🌟 …

Basic Geomatic Report format

Assalamualaikum and Hello there again! Alhamdulillah penerangan untuk semua subjek sepanjang semester dah pun habis …

Any thought?

0 thoughts on “Menakutkan!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *