Gara-gara mak cik TBS…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Kecoh giler blog aku sejak dua menjak ni. Maunya tak terkejut bila tengok readers sehari tu mencecah lebih dari seribu orang! Pelik bin Ajaib sungguh!

Rupanya, kes mak cik TBS yang menipu tu masih hangat dan giat diperkatakan oleh warga fesbuk dan ramai yang share link tersebut…

Kecoh jugak ruangan komen. Boleh dikatakan, hampir semua pernah jadi mangsa mak cik tuh! Sampai aku pun turut simpati, sebab diorang bagi lagi banyak dari aku. Aku yang kasi 50 hinggit ni pun boleh seminggu tido tak lena, inikan yang bagi 200!

Aduh…aku rasalah kan, mak cik tu dah cukup kaya dah kot nak pindah keluar ke negara lain…

Yelah, mana tak nya…cuba bayangkan sehari dia kelentong 10 orang, seorang kasi minimum 50. Ada pulak yang kasi 200. Puratanya seorang tu pasti akan bagi 100 lah katakan.

10 x 100 = 1000

30 x 1000 = 30 000

Dah macam gaji golongan professional dah ni!

Mak cik memang “professional” lah dalam kelentong orang…👏👏👏

Walaupun sebelum ni kisah mak cik ni pernah menjadi viral, tapi masih ramai lagi yang menjadi mangsa. Salah sorangnya, aku lah…padahal sejak zaman 2015, dah tiga tahun mak cik ni jalankan operasi…ish ish ish…serik lah pun. Pasni, nampak je orang macam ni, kita pun kena main peranan jadi sama gila…

Aku punya bahang pasal mak cik ni automatik jadi naik pasai pelik kenapa mak cik ni masih bergerak liar dan bebas? 

Ada komen dari fesbuk yang aku dapat, dia kata dah buat laporan polis. Kita tunggu ajelah berita penangkapan mak cik tersebut. Nak kecoh lagi, masuklah dalam 999. Ha! mungkin insaflah sikit kot! (Itupun kalau mak cik tu rasa nak insaf…)

Wallahu a’lam…

Doakan aje yang baik-baik..semoga dia jumpa jalan pulang..

Semoga semua mangsa mak cik ni, lebih berjaga-jaga dengan tragedi begini dan harap tak berulang lagi kepada orang lain…

Keep reading on

Orang

Dalam penggunaan kata ganti nama diri, aku selalunya bahasakan ‘orang’. Digunakan dengan campuran bahasa melayu …

Semangat setiakawan

Dengarlah daku berceloteh; Dua malam berturut-turut aku ngan classmates berhabis kerat tulang nan 14 nih …

Basic Geomatic Report format

Assalamualaikum and Hello there again! Alhamdulillah penerangan untuk semua subjek sepanjang semester dah pun habis …

Featured blogger by Kak Shikin

Kabare readers sekalian! Now I’m back for good. Hopefully semangat berblogging ini istiqomah mekar hinggalah …

Moving Forward

“ASSALAMUALAIKUM”Semalam aku berjumpa dengan Sir Z yang mengajar subjek Engin. Surv. 2,..dan dengan penuh ____ …

Most Welcome!

“ASSALAMUALAIKUM”Alhamdulillah, selesai sudah proses penghantaran hadiah kepada pembaca.Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menerima hadiah kecil …

Any thought?

0 thoughts on “Gara-gara mak cik TBS…”

  1. huhuhuhuu…saya pun pelik sebenarnya…tapi takdelah pelik sangat sebab ramai yang kena…hopefully semua yang baca lebih berhati2

    harap dia insaf. amin…

    betul tu, sekarang nak memberi pun saya dah tak ringan tangan…T_T

  2. haritu saya ada terbaca cite ni, viral kat fb dan twitter. tak sangka cite ni asalnya dri entry blog akak.

    saya selalu gak balik rumah sorang2 n transit kt kl sentral, tpi syukur tk pernah jumpa lagi dgn golongan yg kuat tipu duit org ni. harapla diorg insaf T__T org2 camni yg buatkan kita jadi takut nk menderma/tolong orang lain, nnti kena tipu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *