Salam Ramadhan kawan-kawan.
Hari ni, angin monsun dari utagha menyerang Miri lagi. Masa nak mintak alamat korang semua, tetiba rasa macam nak sambung balik cerita Araustralia dalam kenangan hari tu. So, jadilah entri yang panjang berjela nih...insyaAllah kad raya tu, hajatnya aku nak hantar minggu depan. Sebab masa tu kitaorang offday bazaar. (p/s: siapa nak kad raya boleh email alamat...ada empat lagi kad kosong...)
Sebenarnya dah lama aku nak buat entri sambungan untuk korang, tapi asyik tertangguh je...plus zeby mencari hidup selepas tamat ritu...Tok sah tanyalah gane hidup aku sekarang...gitu jugaklah cerita dia. -Baru nak ambik lesen sambil-sambil tu bukak bazaar-
Sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah untuk korang yang dah dapat kerja! Yeay!!! Untung dapat luaskan pengalaman dalam bidang ni... And for this entry, I would like to dedicate this song for you, my friends...
Hari ni, angin monsun dari utagha menyerang Miri lagi. Masa nak mintak alamat korang semua, tetiba rasa macam nak sambung balik cerita Araustralia dalam kenangan hari tu. So, jadilah entri yang panjang berjela nih...insyaAllah kad raya tu, hajatnya aku nak hantar minggu depan. Sebab masa tu kitaorang offday bazaar. (p/s: siapa nak kad raya boleh email alamat...ada empat lagi kad kosong...)
Sebenarnya dah lama aku nak buat entri sambungan untuk korang, tapi asyik tertangguh je...plus zeby mencari hidup selepas tamat ritu...Tok sah tanyalah gane hidup aku sekarang...gitu jugaklah cerita dia. -Baru nak ambik lesen sambil-sambil tu bukak bazaar-
Sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah untuk korang yang dah dapat kerja! Yeay!!! Untung dapat luaskan pengalaman dalam bidang ni... And for this entry, I would like to dedicate this song for you, my friends...
(cover version by Blackray dari lagu asal Sum 41)
Sebelum aku cerita pasal apa yang berlaku selepas route terakahir aku ke Arau, aku naklah cerita tentang geng bangau yang seterusnya. Gila-gila korang memang terbaiklah! Setiap kali sebut geng bangau, aku mesti terbayang si tikus. Adoyai! Part tu memang tak bleh blah.
Orang kelima.
Suci ni bukan nama sebenar dia. Ni nama yang
aku bagitau dekat Sir Fad. Mati-mati sir percaya. [maafkan aku Affin..] Adoyai!
Dia salah seorang korean lover. Aku tak boleh nak layan sangat fever dorang
yang satu nih. Sebab aku Germanian. Hahahahah....choi! tadaklah, zaman kpop
sudah habis, sekarang zaman realiti. No ‘baby face’ guys, no more sparkling
eyes, tadak juga abang sado, atau apa-apa yang dunia fantasi tajakan setiap
hari.
Aku ingat lagi malam yang korang nak tanya soalan apa tah masa sem satu,
kau usha aku tak berkedip sebab tak caya yang umur aku tak sama dengan korang.
Bila diorang kenal aku dengan nama sofie, nak tambah pangkal ‘kak’ kat depan
tu, tergeliat lidah. Macam-macamlah korang nih. kalau kita tak satu bilik masa
sem dua, mungkin sampai sekarang kita tak gila-gilakan? Aku tak tau nak ucap
terima kasih macam mana bila kau jadi sponsor besar masa aku pusing langkawi
hari tu. Malu gak r sebenarnya...p jasamu kukenang sampai bila-bila fin.

Sebut
pasal Langkawi, aku sampai sekarang tak percaya yang Langkawi tu adalah salah
satu bahagian dalam Kedah. Sebab bagi aku, Langkawi adalah sebuah negeri. Kaulah bank aku, kau bagi aku pengalaman yang aku takkan pernah lupa cerita
dekat anak cucu. Di simpang itu...aku minta maaf sebab tertarik tudung kau masa
tu. Huhuhuhu....first time jatuh, mana tak ketar kaki. Cuak woo....paling
sayang, kau tak dapat join masa pi penang hari tu.
Time final sem dua, kita
ulangkaji sambil borak-borak pasal pengalaman, pasal aku, pasal kau...kita
semua. Dari sekecil lipatan kertas hinggalah jadi saiz A0. Kalau aku rakam
perbualan kita sepanjang sem dua, aku rasa mungkin panjang dia ada lima cerita
bollywood kot! Ha, aku dah pi rumah hang fin, hang jangan tak pi pulak rumah
aku nanti. Jangan hang mengada datang masa kenduri ja, kenduri kesyukuran okay
lagi...kalau kenduri makan tujuh aku tak terima...tapi kalau hang dapat datang masa tu pun, aku kira syukur besarlah. At least hang sudi jugak datangkan, dari tak datang langsung...
Orang keenam.
Ana. Tinggi orangnya. Setiap kali berdiri
sebelah dia, terasa kekerdilan aku. First, aku nak minta maaf giler dekat kau
sebab pernah buat kau menangis, selalu cakap lepas dengan kau even aku tau kau
jenis jiwa lembut. Kau tak suka violence, cerita Conjuring kau menangis tengok.
Cerita seram boleh jadi sedih tengok dengan kau..hehehehe. ni pun korean lover.

Aku tak ingat macam mana sesi perkenalan kita. Mungkin masa pergi stadium malam
tu? Atau sebab bilik kita satu lorong? Hurm...sedar-sedar kita dah kerap
sekali. Ingat lagi prank PD masa sem satu. Giler sedu kau nangis. Aku dahlah
tak leh tengok orang nanges sedu sedan gini. Rasa macam, tercalar sikit hati.
Hahahaha...pi kira okaylah lepas tu orang bagi kek.
Drama sem satu masa kelas
pun masih segar dalam minda aku. Nak kata lawak, aku pun tak gelak. Kau mesti
ingatkan? Aku tumpang gembira tengok kau makin senior makin matang dan berani.
Tahniah weh! Dan tahniah jugak untuk result hari tu! Gempak r ana! #Kipidap
| Suka gambar nih sebab dia macam ada cerita kat situ...hehehehe |
Korang enam orang adalah manusia yang rasanya paling banyak kenangan dalam memori aku. Baru faham life after school...semua datang dari negeri yang berbeza. Di Arau kita bertemu, berkenalan hingga ke akhir semester. Memang patut pun kalau nak 'terkeluar' air mata masa last day hari tu...mana taknya, lepas tiga tahun kita berjumpa, gelak sakan, tetiba tempoh tu dah habis. Zap! Macam tu je....
Aku rasa naik Arau hari tu, mungkin kali
terakhir kita ada masa untuk lepak lama-lama kot. Sebab aku dah decide untuk
tarik diri dari kos ni. hahahaha kenapa? Entahlah! Aku dah tak sanggup nak ada
rasa berkecamuk macam ni untuk empat tahun akan datang. Aku pun dah tua, plus
korang pun tahu yang kos tu perlukan fizikal yang gagah perkasa.
Hahahahahahah...(tapi disebabkan nasihat dan pendapat dari Sir Z, kos ni tetap
ada masa apply sambung degree ri tu…katanya takdir… T_T)
![]() |
| Till we meet again guys... |
Aku kalau bab-bab takdir ni memang kena
fikir banyak kali. Sape tahu betul…at last, aku rasa memang aku akan teruskan
kos ni…kalau aku dapatlahkan…kalau tak pun kira okaylah…ada lagi manusia macam
nih…hidup nak masuk third series pun masih ragu-ragu dengan masa depan. Apa daa!
Cuma harapan aku sekarang, apa yang aku
mohon tu dapatlah seperti yang dihajatkan. Kalau tak dapat? There is no
‘kalau’. Banyak lagi plan lain aku boleh teruskan. Perancangan hidup kita tak
terikat dengan huruf yang 26 je kan? Banyak lagi huruf Greek yang belum habis
kaji.
Thanks for the memories guys! Sebenar macam
sayang je kalau nak let go benda yang kita dah attach or hold together, but it’s
life dude. You need to move on...takpe aku semat dalam memori semua kenangan
tu. InsyaAllah tadak virus yang serang. At the end, kita masih still ingat
semua tu kan, even kita tak tau bila lagi nak jumpa.
Alaaa, whatapps kan ada? Twitter ke, insta
ke...tanya khabar hujung jari je bhai...tapi, feel dia still tak sama macam
berjumpa kan? Semua orang akan hadapi saat-saat ini. Saat sukar untuk keep in
touch bila hati kata rindu. Siot! Hahahahahaha...padahal pasni jumpa lagi.
Apada!!! Ah, even pasni jumpa lagi pun, tak sama dah weh. Sebab masing-masing
dah ada haluan untuk dituju. Mungkin nampak lebih matang dari segi hala tuju.
Dah tak kabur-kabur macam cerap matahari masa jerebu.
Pertemuan terakhir kita sebagai satu
groupmate, dah tinggal nama je. Serasa macam semua benda terserlah belangnya
bila dipenghujung…yeah, manusia mana tak pernah buat silapkan? Atas jaga ego
masing-masing, kita dah lupa siapa yang kita kenal dulu. Cepat atau lambat,
memang kitakan tak pernah sebulu kawan! Untuk mereka, aku ucap selamat jalan
dan semoga impian kalian tertunai seperti yang dihajatkan…tak, aku tak pernah
menyesal kenal korang. J (hela
nafas berat…)
Lepas habis je hari tu, masing-masing balik
dengan perasaan bercampur baur. Entahkan jumpa ke tidak lepas ni kita serah
pada Dia. Tapi aku harap, memori kita akan terus setia meneman hingga penghujung
usia. Dah nak masuk tiga bulan kita tak bersua. Mungkin genap dah tiga bulan
kot! Aku doakan kalian semua baik-baik sahaja disamping Ramadhan dan keluarga
terchenta…
Cerita masa sem lima tu, aku rasa biarlah ia jadi cerita antara kita je. Banyak sangat kalau nak diimbau balik dalam bentuk aksara. Aku pun dah mati ayat daa....Kalau aku rajin, aku ceritalah nanti. Jadinya siri ni takkan pernah habis...sebab ia akan ada sambungan setiap kali aku rindukan korang :) Kalau korang rajin nak belek blog aku nih, banyak sebenarnya aku selit cerita korang. Tapi, tadaklah semua...adalah sikit, sikit...
Mana tau, kalau korang pun teringat kat aku...(syukur sangat kalau ada orang nak ingat kat kita..hahahaha) masa aku tadak nanti, bolehlah belek blog nih. Itupun kalau masih available...kalau korang ingatlah yang kawan korang yang sorang ni gila berblog! Kalau dak, kirim salam ajelah....
Bila belek balik semua gambar sepanjang kat Arau, aku rasa macam sikit sangat! Tak padan dengan tiga tahun...lepas kem hydro hari tu, sir Fad terus cop aku macam 'kotak hitam'. Mana mungkin tidak, penyimpan memori setia nih... ^_^
Dahlah kot...rasa macam panjang sangat bebel, korang bukan baca pun! Maklumlah dah kerja...puasa pulak tu...baiklah baca Quran dari baca blog aku....dah r....ada-adalah tu sambungan dia nanti....heheheh
Chio lu! Thanks for reading guys!
bersambung....






Terkejut td baca tajuk. Ingtkan tuan blog niih p australia .. Hehe
BalasPadamhahahhaha..usih amin! rezeki tu kalo dapat pi sana...
PadamAlaaa, whatapps kan ada? Twitter ke, insta ke...tanya khabar hujung jari je bhai...tapi, feel dia still tak sama macam berjumpa kan?
BalasPadamsetuju, dulu kawan yana pon ada cakap macm ni tapi yana rasa media sosial tak kan pernah sama , ia terbukti sekarang :)
kan? tak sama dengan depan mata...sebab tuh bila lepak dgn kawan jarang nak bawak phone...
Padamaraustralia?? nama tempat baru ke?? ke nama arau je ni? :D :D confius den pagi2 ni..
BalasPadamBlogwalking sini, jom belajar tutorial ni
Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog article...
hahahah itu rekaan semata2...biasalah zaman belajar nak nama tmpt serupa oversea...^_^
Padamdekat arau perlis je sebenarnya...heheheh
wau, banyaknya foto!
BalasPadamkalau xbanyak tak bestlah tomo..
Padamdah dalam kenangan dah huuuuu takpe lah simpan elok-elok dalam memori hihi mesti rindu semua ni nanti kan :)
BalasPadamof course fieyqa!! rindu tak pernah sudah...
Padam