Aku target C je weh…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Holla there! 
Dah lamanya takde rasa ni. Rasa macam nak luah tapi tak tau macam mana. Dan akhirnya bloglah yang menjadi mangsa. (Oh gosh! time ni plak BGM Because I’m Stupid…T_T) I’m totally down giler. Macam lagu Seungri Big Bang tu…
“I’m breaking down, down, down..”
Okaylah, seperti tajuk yang tidak penuh bersemangat itu….”Aku target C je weh…”, aku pun tak buat apa-apa untuk VIVA pada hari khamis nih…bukan tadak semangat, cuma rasa macam….macam tu lah…macam ikan kering yang tak mau kering-kering sebab terlalu tebal. (Boleh pakai ek teori ni? hahahahah) okaylah, aku dah buat cuma masih belum sempurna…seperti lirik lagu Mentera Beradu….dan aku masih terhanyut dalam mimpiku…seperti lagu Padi; Jawaban. 
Dan sebenarnya, rasa itu sudah hanyut dibawa angin dan hujan yang bakal turun di Arau hari ini. Alhamdulillah…akhirnya bumi Arau dilimpahi air dari langit setelah panas yang berpanjangan. 
Pe bende lah yang aku beria sangat nak target C? 
Sebab aku tak nak over confident. Sebab aku takut untuk expect tinggi-tinggi dengan effort yang sangat kecil. Sebab aku dah tadak semangat. Sebab aku buat hanya untuk sekeping sijil. Sebab aku bukan lagi aku yang beria nak jadi Sr. dulu….huhuhuhu
Semangat aku baru muncul April hari tu. Itu pun sebab…sebab aku fikir pengorbanan keluarga. Kalau aku tak fikir, aku dah malas nak sambung. Aku dah malas nak bertanding dalam ‘perlumbaan tikus’ ni. Aku malas dibanding-bandingkan hanya kerana hasil kerja aku tak sehebat orang lain. Sedih…sangat sedih sebenarnya. Sebab ini pertarungan antara hati dan akal waras. Antara keinginan dan impian. *sigh*
Aku memang selalu cam ni ek? -takdelah-
Selalunya, aku tak macam ni pun. Tapi sebab dengan cara itu aku dapat pujuk hati, maka aku pun ‘wat lek wat cool’ je lah. Tak lari gunung dikejar…huhuhuhu [alasan tak logik sungguh aih!]
Bagilah motivasi, motivasi untuk hidup, untuk viva, untuk macam-macamlah….
Dahlah…aku nak habiskan dulu apa yang telah aku mulakan. Dua minggu je lagi pun. Nak benti pun, cam tak berbaloi ja. Untuk korang-korang yang tengah final, bakal viva macam aku, atau tengah menghadapi sesuatu perkara yang besar dalam hidup, aku nak ucap “ALL THE BEST!”

Ya Allah, jadikanlah kami takutkan-Mu lebih dari kami takutkan cabaran hidup. Amin..

Janganlah kerana viva yang 20 minit ini aku sanggup bunuh diri dan membuat kerja yang merosakkan diri. Naudzubillah min dzalik! 
Dah r, chow lu…pape t aku roger la….
Thanx for reading the most nonsense entry….huhuhuhuhuhu…

Keep reading on

Terbang dilangit atau Renang didasar….

Aku tak taulah pasal apa ayat aku sejak dua menjak ni macam ‘berat’ je nak …

Sebulan lagi….

Kepada yang sedia maklum yang sekarang aku masih dalam tempoh praktikal yang begitu membunuh jiwa raga …

Day 9: Cerita Telur Ayam

Holla! Disebabkan aku baru je membasuh telur ayam, tetiba ilham untuk update entry tu ada.  …

5 Things You Should Know When Looking for a Job Abroad

  Leaving your home, as well as your friends and family behind to move to …

Paper Plane by Screen Australia

Ingat tak dengan si Alexander ‘the horrible, terrible, no good bad day’? tapi dalam cerita …

Things make me LAZY to update the blog!

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh …

Any thought?

0 thoughts on “Aku target C je weh…”

  1. alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan….
    hahahaha soklan tu memang pemes…setakat ni check pompuan lagi…hahahahhah (sengal pulak aku rasa jwpn camni…jgn risau sekali perempuan selamanya tetap perempuan….)
    terima kasih terima kasih diatas kesudian meletakkan blog ini dalam blog list kau..and terima kasih sudi follow blog aku yang gelap macam tak jumpa jalan keluar ni…dan thanks for joining our segment!

    salam kenal jugak! 🙂

  2. semoga dipermudahkan. kau ni lelaki ke perempuan? Aku kompius. hahaha. aku suka lah baca blog kau. ayat yang kau guna, serta warna yang kau gabung antara gold dan hitam. selalunya aku memang tak suka hitam jadi backgorund. nak2 pulak tulisan warna putih. mesti aku peninng kepala lepas baca/ tapi yang ni. tak pening sangat. blog kau pun cantik dan sangat kemas. ouh ye, aku dah follow kau. ini merupakan kunjungan yang pertama kali. sbb kan aku suka baca blog kau, jadi aku ltak dalam blog list;. aku kesini sebab join giveaway yang engkau dan syawal anjurkan. salam kenal 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *