Assalamualaikum and hello there! Kalau korang pernah baca mana-mana entri berkaitan dengan geomatik dari blog ni, amatlah dialukan untu...

Geomatik di UiTM Arau

By | Mac 01, 2016 12 comments
Assalamualaikum and hello there!
Kalau korang pernah baca mana-mana entri berkaitan dengan geomatik dari blog ni, amatlah dialukan untuk teruskan pembacaan entri ini (khas untuk mereka yang mencari suasana Geomatik di UiTM Arau...)

Antara lima sebab utama kenapa korang perlu ambil kos geomatik di UiTM Arau:-
[boleh jugak kalau kos lain yang berkaitan, asalkan Perlis]
1- Kos sara hidup yang murah
2- Kawasan yang masih kaya dengan warna hijau (kecuali masa musim panas dan kering...memang kuning jerlah ceritanya kan...)
3- Merangkumi semua kawasan pembelajaran; kelas, dewan, lab dan padang.
4- Survey site yang luas dalam kawasan kampus
5- Senang nak jimat duit.
(dulu aku pernah cerita kat entri ni)


Tiga sebab perlu dipertimbangkan sebelum memutuskan untuk sambung belajar di UiTM Arau:
1- Arau tak banyak shopping mall. (alasan ni mungkin tak relevan sebab giant dah ada...mungkin akan datang pun banyak lagi yang akan dibuka)
2- Perlis takde wayang. (wayang korang boleh tengok kat Kedah...tak jauh sangat aih....)
3- Perlis takde airport (tu yang jadi transit banyak bagi orang jauh macam aku...)

Pesanan dari pengalaman aku, sila kuatkan hati untuk belajar bidang ni, sebab korang akan mengalami lima situasi pada setiap penghujung semester:
1- Kulit gelap
2- Kerja luar pada hujung minggu/ hujung minggu akan terganggu
3- Timbunan report dan kiraan data yang memeningkan
4- Himpunan test dan penyerahan report dalam masa yang sama.
5- Situasi skip kelas berlaku sebab nak siapkan report.

Jangan risau, semua perkara tu takkan berlaku kalau korang pandai mengurus masa. Semuanya bisa diatur kawanku...hahhahahahha...
Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalannya... 
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

12 ulasan:

  1. Arau, makanan murah, ada cmart je jimat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul!! murah banding tempat lain...sayang pulak rasa nak tinggalkan arau....

      Padam
  2. kalau aku amik kos ni bertambah gelap lah aku. but seriously geomatik ni belajar psal apa eh? citer sikit senpai.
    hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahha..jgn risau kalau gelap byk produk untuk putih..^_^
      dia belajar pasal ukur tanah, macam mana nak kira luas kawasan lot kita dan mcm2lah...
      insyaAllah aku akan citer part by part untuk next2 entry...
      hope u enjoy reading!

      Padam
  3. biasanya sofie transit mana kalau balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa kat alor setar, senang dan cepat banding penang..

      Padam
  4. andai dapat ku u-turn masa....nak sangat balik ke uitm shah alam..jadi muda semula..pegi kelas..buat assignment..lepak bilik sebelah..makan2 lepak kat dataran cendekia...naik bus pegi kelas....keseronokan yg dah berlalu..sekarang ni seronok jaga anak je lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahhahahha...memori giler rasakan kak nad...sedar tak sedr nanti saya pulak yang komen mcm ni 10 tahun akan dtg.....^_^!

      Padam
  5. Kat uitm arau ni akan belajar ketiga tiga cabang atau stu shaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiga2 beljar benda sama dr sem 1 smpai 4. Masuk sem 5 dn 6 fokus pada satu cabang masing2

      Padam