Penat huh??

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
“ASSALAMUALAIKUM”

Penat dah!
(Sambil mengadap SimFreeplay yang tak sudah mintak dijaga…)
Penat?
Entahla…
Mana nak jaga Township lagi, SimCity…
Macam-macam mintak
Mayor itulah, mayor inilah…
(yang ini memang penat yang tak berbaloi…tapi still buat jugak…)

Ni masuk Sem baru, sem terakhir duduk kat kolej, sem yang kau nak tentu dengan siapa kau sebenarnya…
Seorang atau kumpulan?
Aku tak taulah nak rasa malu ke marah ke bengang ke…mix feeling pulak! Aku pun tak tau nak cerita macam mana…takde perkataan untuk didescribe kan..ececeh…
Insiden 1: 180415, Sabtu
Aku dah susun punya cantik perjalanan checkpoint aku. Sepatutnya;
Arau – Alor Setar = 9.00 pagi (budget rm60)
Alor Setar – KL = 1310 sampai 1405 (MH1209)
KL – Kuching = 1530 sampai 1715 (MH2528)
Kuching – Miri = 2020 sampai 2150
(Jangan tanya kenapa rumitkan keadaan bila aku boleh je amek tiket direct KL-KCH)
Disebabkan aku tak tahu menahu yang flight dari AOR-KUL tu dah berubah masa, makanya semua aturan masa aku berterabur cincai barai habis! Aku dah macam salah seorang peserta *TARA dah…yang sepatutnya ada gap sejam boleh jadi takde masa…
Yang pukul satu ke pukul tiga, yang pukul tiga ke lima..maka yang pukul lapan tu bekejaran tak cukup tanahlah aku..sudahlah aku bawak balik segala batu bata. Adoyai…
Tak semena-mena aku jadi kalut + gabra + takut = tak siuman!
Habis semua orang kat Airport Kuching gelabah dibuatnya…Memang tak fikir dah malu..janji flight aku tak terlepas! (tipulah kalau aku kata aku tak pernah miss flight!)
Tepat 11 malam aku selamat jugak akhirnya sampai di rumah,..
Tau tak betapa gelabahnya hidup bila aku sendiri tak pasti yang aku dapat atau tak kejar flight seterunya? Pergh!!! debarannya macam airport yang sejuk tapi kau boleh bermandi peluh…
Insiden 2: 060615, Sabtu

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Dari pukul 4 pagi ke pukul 12 pm. Sampailah aku punya Gate A6 berubah ke A8 baru aku rasa nerves. Sepanjang aku ke Gate A8 tu aku harap sangat tak sama flight dengan bebudak wakil sekolah ni (yang berkumpul ramai dalam ruang yang besar).
Tapi alih-alih impian aku lebur bila segerombolan budak sekolah meluru ke gate yang sama aku masuk. Dan-dan pulak time aku nak masuk tu, ntah celah mana butang lengan baju aku, tersepit dan tercabut terpelanting entah di mana dan aku tiga minit kemudian baru perasan yang butang tu dah tertanggal!
Yang melatahnya bukan aku, geng batalion tu yang melatah…terkejut aku…
Perasaan masa tu? Rasa kecik sangat….rasa macam…’Argh,….menyesalnya balik hari ni…’
Naik je flight, aku terus terlelap. Dihulur kacang, mamai je ambik. Bagi air, terus aku geleng. Serius aku ngantuk giler! (Biar aku dah qada’ waktu tidur ni berjam-jam kat rumah, tapi untuk hari ni, terasa macam semua dah habis!)
Penat huh???!
Sesampai je kat lobi kolej, terus cari nombor bilik…Fuh! Alhamdulillah sekali lagi sebab dapat aras satu..tak payah penat panjat tangga ke langit empat sana. Tapi, roomate? *geleng* aku tak tau siapa.. 
Yang penting sekarang aku selamat sampai…
Penat? sebab asyik bekejaran dengan flight? entah…tak tau….
Sem ni aku jumpa lagi banyak diajar oleh Sir Z…paling banyak masa dengan Sir Z…hurm…..cuaknya….
(Sir Z ni lecturer,..lect. yang buat aku rasa aku lebih kecil dari semut….huhuhu)
Nota:
*The Amazing Race Asia

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading