Suku akhir tahun 2026

Assalamualaikum warga blogger semua. 

Kita dah masuk suku akhir bagi tahun 2026 rupanya. Sekejap lagi dah nak 2027. Tahun demi tahun kita mneghadapai banyak jenis kehidupan dan pengalaman serta kisah yang sangat menyentuh perasaan. 

Buka saja platform media sosial, ada saja berita, cerita dan perkongsiaan yang pelbagai. Sehingga kita dapat rasakan yang hari demi hari, kita ini semakin di waktu akhir.

September lalu, terlalu banyak berita tragedi yang berlaku. Yang paling aku ingat tentang yang kemalangan pemilik Secangkir Cafe, kemudian sebuah pesawat helikopter yang terhempas serta pemergian tokoh negara, isteri kepada Dr Mahathir. 

Sebelum September berlalu, kita juga dikhabarkan tentang kemenangan tuntutan penduduk Taman Sri Muda berkenaan isu banjir pada penhujung tahun 2021 lalu. Bicara ini kemudiannya akan diketahui pada 6 Oktober akan datang.

Masuk minggu ni, udara jerebu macam jengah semula kawasan Malaysia. Baru je sehari dua hari tu udara dah mula tunjukkan langit yang cerah dan biru, tup tup sekarang dah kelabu semula. Hurm...kecewa sungguhlah dengan taktik penjimatan dalam bisnes hingga memusnahkan alam dengan pencemaran sebegini.

Geram juga rasa.

Oktober ni, tak ada sebarang cuti. Yang ada kerja keras untuk menyara kehidupan. Semoga setiap kerja yang kita lakukan menjadi ibadah...amin...

Oh ya hari  ni kerja kita sedang memahami keperluan permit sementara dalam buat promosi booth. Even tapak komersial tu milik perniagaan, kita pun still kena apply permit dengan Majlis. 

Kenapa permit dan lesen perniagaan ni penting?

Sebab, apa-apa yang berlaku sepanjang event/perniagaan tu berlangsung, kita ada rekod berdaftar dan sah di sisi undang-undang bila nak buat claim insurance dan sebagainya. 

Tapi tulah, orang hanya faham daftar perniagaan saja. Permit tak penting. Lesen dan permit ni sangat penting sebab kita nak pastikan setiap tapak yang kita operasi tu dalam kondisi yang selamat. 

Kita sendiri pun marah setiap orang yang suka-suka pacak buat kedai tanpa permit kan. Negara kita ada peraturan dan undang-undang. Jika rakyat sendiri tak patuhinya, jangan pula expect yang orang luar boleh turut undang-undang. 

Kita pun kena bertegas untuk tidak menyokong peniaga yang suka hati pacak gerai tanpa sebarang permit. 

Pihak pegawai Majlis kena lebih aktif dalam memantau premis perniagaan yang sering beroperasi tanpa sebarang lesen. Bila pihak Majlis dapat income yang tinggi hasil kutipan perniagaan seperti lesen dan permit ni, Majlis pun boleh gunakan untuk menambah baik fasiliti setempat. 

Selagi kita tak nampak kemana hasil Majlis kita pergi, semudahnya rakyat dan warga akan pandang enteng pada keperluan lesen dan permit. Padahal, bukan sikit income setiap Majlis ni. Setiap tahun ada cukai tanah/petak, cukai taksiran, permit pemasaran, permit sementara dan permit lainnya.

Sebab tu lah, kita sebagai rakyat yang berpendidikan, kita kena ketengahkan isu ni. Jangan ambil shortcut. Nampak enteng, nak skip semua benda sebab nak jimat kos, tapi dari sikap yang beginilah wwarga sing yang buat bisnes senang-senang caras dan suap warga tempatan.

Pada akhirnya, sampai bila-bila negara tidak akan maju dengan pemikiran dan sikap yang begini...

Kawan-kawan blogger yang berniaga, saya nasihatkan dan pastikan semuanya berdaftar okay. Mana yang ada kedai, pastikan ada lesen perniagaan juga.

Yang open box sale saya jual ni, saya ada buat pendaftaran SSM. Risau apa-apa kena pada kita nanti, penalti lagi tinggi dari harga pendaftaran. Biarlah orang kata jurus dan pembaris pun, tak apalah. Janji sebagai rakyat Malaysia yang setia, kita patuh pada undang-undang negara. 

Jom sama-sama kita pastikan perniagaan kita berdaftar dan sah disisi undang-undang. 

Nah tahu lebih lanjut beza pendaftaran perniagaan dan lesen perniagaan? Ada masa nanti saya kongsikan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan