Perginya Permata Negara...

Hari ni Malaysia digemparkan dengan pemergian seorang Tokoh Negara, iaitu isteri kepada Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

#Malaysiaberduka 

Selepas tersesbrnya berita ini, ramai yang kagum dengan perjalanan tujuh dekad mereka bersama. Tujuh dekad bukanlah suatu tempoh yang sekejap. Dan hari ini, insan yang dikasihi buat pertama kalinya, tiada di sisi lagi. Allah,... dapat kita rasakan rasa sedih dan sunyi tu macam mana. 

Maka, selamatlah Tun Dr Siti Hasmah dikebumikan di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya. 

Salam takziah lagi sekali buat seluruh ahli keluarga Dr Mahathir.

Bila kita baca kisah kematian, hari demi hari begini, buat kita rasa bahawa benarlah perkara paling dekat itu adalah kematian. Maka di situlah kita akan memperbaiki niat kita dalam mengharungi kehidupan. 

Hidup ini adalah ladang bercucuk tanam untuk hari akhirat. Kadang kita leka dan terlupa bahawa matlamat hidup itu untuk mengutip serta menanam sebanyaknya pahala buat bekalan. 

Bila kita baca sejarah kelak, tahulah kita bahawa, beliau adalah antara role model wanita yang boleh dijadikan contoh. Kesetiaan beliau selama 70 tahun bersama Dr Mahathir dan sentiasa murah dengan senyuman.

Walaupun tak pernah bersua, tapi sering melihat beliau di kaca TV mahupun platform media, cukup terbukti yang beliau memang seorang wanita yang tinggi budi pekertinya. 

Terima kasih Tun Dr Siti Hasmah. Selamat berehat di tempat abadi dengan tenang dan aman. 

Catat Ulasan

0 Ulasan