September Yang Kian Pergi

Mungkin jiwa menulis dia sudah tidak semeriah sedekad lalu. Yang sentiasa ingin bercerita dan punya cerita dalam apa jua hal.

Mungkin.

Dan hari ini aku menulis, Menulis tanda yang dia masih hidup dalam jiwa yang kian pudar dari alam. Alam penulisan...

Kenapa boleh jadi begitu ya? 

Mungkin faktor luaran atau faktor lainnya yang dia sendiri tidak tahu. Dimana pergi percikan membara dalam dunia penulisannya suatu tika dahulu? 

Orang kata, jika mahu menjadi diri kita yang baru, kita harus melupakan identiti yang dahulu. 

Ya, ya..bila aku sudah menjauh dari kedahuluan itu, aku jua semakin tenggalam dalam dunia yang ini. Dunia yang pernah aku agungkan dan menjadi keutamaan dalam hidup.

Sekarang?

Tidak lagi...

Rindukan...tapi tu lah...tengah cuba juga bangkitkan semula semangat. Seperti menanam anak pokok cili dari benih yang masih jua belum berakar. Tidak semudah anak pokok bangun-bangun. Dalam kondisi apa pun tetap bertumbuh segar. 

Mungkin jalannya itu kian selesa buat lebih tenang sepi dari maya. Mungkin...

Atau mungkin jua bila dikongsi cerita, cerita itu semakin tidak menarik bila ditatap awam. Mungkin...

Itu cuma fikirannya yang lebih selesa ikut apa saja alur jalan yang membawa. 

Hendak menulis, tulis. Tidak menulis, sepilah ia...

Di zaman serba algorithm dan bergantung pada minat, serba serbi semua jadi tidak minat dan menarik. Anehkan...

Mungkin dia hanya perlu show up, keep going through whatever it takes...baru dia akan hidup dengan lebih bermakna kata orang. Iya, bermakna juga hidupnya, cuma itulah tiada juga dia rajin hendak cerita. 

Ikut mood kata orang. 

Ini pun September kian berlalu pergi. Baru satu entrinya. 

Okay kan? 

Okay kan sajalah...InsyaAllah semua okay dan baik sahaja. 

Terus semangat hidup ya! Ada rezeki bertemu di entri akan datang!

Catat Ulasan

0 Ulasan