Sempurna sudah bulan pertama bagi quarter ketiga tahun 2026. Rasa macam semangat kemerdekaan bila Ogos menjelma kan.
Julai lepas tak banyak update. Seminggu sekali saja sempat. Ada minggunya terus senyap. Kadang bukan tiada idea, cuma ideanya rasa macam kurang faedah kepada pembaca. Sudahnya, blog ni terkabur sepi.Tidaklah sepi mana, masih fasa try n error simple coding dengan si AI.
High-class sangat ke guna English?
Hari ni, bukan sekadar hari ini saja, tapi dah lama aku diam. Tahan hati saja bila terdengar perbualan yang, tak habis-habis pandang rendah pada Bahasa Melayu…
“Eee you tahu kan dekat site sana, management dia guna BM tau untuk post notice apa semua. Dah macam PPR je rasa. Gunalah English ke apa. Ni BM, serius I rasa macam takde standard. Vibe PPR..”
Pernah aku mention yang level international what Bahasa ni. Lepas tu di ‘la la la la’ kan saja bila kita terangkan.
Bukan sekali dua aku dengar perbualan ni. Banyak kali. Kot ya pun tak suka, tak payahlah nak hina bahasa melayu sampai rasa macam tak ada standard.
Dan sejak pada perbualan tu semakin rancak merendahkan bahasa, aku pilih untuk tidak lagi terlibat atau terlihat terlalu aktif dalam apa jua perihal yang bukan lagi bidang aku untuk sibuk dan menyibuk.
Menjauhlah kawan…
Dulu ya. Aku kalau boleh semua benda nak sibuk, nak tahu, nak tanya. Jadi penganjur, jadi itu ini. Then, sampai satu tahap, semua orang expect yang aku buat semua benda tu, dengan hina hinakan pula bahasa kita, jiwa aku terasa dowh. Serius sangat terasa…
Aku perasan, kalau bab perayaan yang aku rai ni, semua deco sendiri sponsor. Yang tahun ni kata boleh claims, tapi sampai sekarang tak dibayar.
Kita akur dan fahamlah, kita pun kerja saja. Pemilik pun bukan ambik port pun nak raikan perayaan staf. Duit dia, suka hatilah kan. Jadi aku diam saja. Malas nak banyak bunyi.
Sudahnya dalam tak banyak bunyi pun tertulis juga di sini. Hurmmm…sedihkan…
Tekad sampai jadi
Bulan Ogos ni, banyak sungguh tekadnya. Semoga semua tekad tu lebih mendidik jiwa aku menjadi orang. Bukan lagi lalang, takut itu ini.
Cukuplah fasa kipas, kipas. Yang penting, semua tugasan selesai. Kita usahakan sebaik yang mungkin…
Dari segi bersosial di tempat kerja?
Tahun ni alhamdulillah dah berjaya dikurangkan.
Nampak nau pencarian identiti kali ni memang malas nak terlibat aktiviti sosial. hahahah
Ada tu adalah, cuma tidak lagi jadi yang terpaling beria. Aku ni dulu suka betul nak rai orang, bagi orang rasa welcoming, rasa macam terlihat, di seen tak diignore. Tapi tu lah, tang part aku je, oh dia siapa?
Dia siapa kan aku je weh…
Sudahlah kawan…
Sudahlah.
Ini kita jemput tapi disiapakan kita atas dasar jemput atas jemputan.
Kita as seseorang yang menjaga beberapa outsource staf, plus dorang bukan orang lokal, jauh dari family ni, kita saja lah nak hidupkan suasana perayaan pada mereka. Dorang ni okaylah, ada juga usaha tolong menolong.
Yang lokal?
Kita kata ini majlis potluck, datang berlenggang. Itu yang terkilan tu.
Malaih dah lah aku. Ikutkan, memang tahun ni aku berhenti jadi yang itu. Tapi kena scam, sebab kata kalau aku tolong anjur, team lain akan tolong. Manaa ada…
Balik-balik tinggal team aku kerat 5 orang dari 40 orang yang hadir…
Terpanjang lagi bebelan
Ini bukan cerita bulan Julai dah. Ni semua cerita Julai dan bulan yang sebelumnya…angin sebab direndah-rendahkan Bahasa dan dipersoalkan kenapa nak gantung bendera banyak sangat.
Kemon beb, bulan kemerdekaan kot.
Arghhhhh!
Syukur jugalah aku ini tetap tenang dan cool hahahah (acah!), tetap buat muka tebal minta dana untuk tambah bendera baru. Lepaslah beli 5 bendera. Kendian rezeki juga outsource staff berjiwa semangat cintakan tanah air, terus dihias kesemua bendera yang ada hinggakan di kawasan taman pun dapatlah pacak dua bendera.
Terhibur rasa tengok kibaran bendera semeriah dan sebesar ini.
Dulu kibaran bendera kecil yang lama sajalah. Itupun benderanya salah.
Kadang sedih sebab zaman sekarang macam tak nampak orang bangga kibarkan Jalur Gemilang…
Apa sudah terjadi pada negara Malaysia?
Mungkin ada yang masih semangat kibarkan, cuma kawasan sini…memang hambar.
Tegur tegur dah…
Begitulah cerita serta bebelan aku untuk entri kali ini…
Sebagai rakyat jelata yang biasa ini, bersamalah kita saling menjaga dan mendaulatkan Tanah Air kita.
Syukur juga solat dipermudahkan sepanjang di sini. Cuma ada sesetengah perkara, kita perlu jelaskan dengan terang agar mereka faham.
Misalnya hari tu sempat tegur maklumkan yang orang muslim haram untuk membawa arak (haram terus sebab paling senang faham untuk mereka). Hairan juga ada yang kata boleh je, takde masalah. Tapi untuk staff jagaan aku, nope, aku tak benarkan.
Jadinya, kehidupan dunia ini beginilah kawan. Ada yang kita boleh tolong nasihatkan seadanya, kita tegur berhemah. Kalau ada yang kita dah tegur kemudian tak diendah atau dilekehkan, membebellah di blog ya…
hahahaha

7 Ulasan
Bahasa Melayu kan bahasa rasmi. Surat kerajaan semua menggunakan bahasa rasmi.
BalasPadamsebagai orang yang tak reti bahasa inggeris.... saya guna bahasa melayu setiap hari dan tak nampak pun apa kelasnya pakai behasa inggeris tu. Saya nampak yang pakai english ni macam orang singapore jalan jalan cari makan kat angsana johor bahru je...hahah
BalasPadamyang rendah rendahkan bahasa melayu tu orang apa?? ehhh, geram pula kita baca...
BalasPadamsusah kan bila takde semangat patriotik ni, bukan la nak sampai 100%, tapi at least ada.. kalau sampai bahasa kebangsaan pun ko lekehkan, memang takde semangat Malaysia lah dalam diri.. boleh buang negara.. hahaha
Bangga apa dengan Bahasa Melayu. Orang luar pun berlumba-lumba nak belajar Bahasa Melayu. Haishhh! Lagi di jabatan kerajaan surat dalam BM. Hurmmm... Orang sekarang kan lagi bangga dengan bahasa asing.
BalasPadamApa punya pemikiran entah orang macam ni. Tak payah layan la, Sofie. Buat sakit otak kita je.
BalasPadamAiiiih sampai segitunya merendahkan bahasa negara. 😔. Kalau bukan warga negara yg membanggakan bahasa negaranya, tak kan kita nak harap foreigners yg bangga2kan bahasa kita kan..
BalasPadamBahasa negara itu bahasa persatuan. Saya bukan membanggakan negara saya, masih banyaaaak sangat kekurangan Indonesia compare dengan Malaysia.
Tp saya bersyukur dahulu presiden pertama Soekarno, mewajibkan bahasa Indonesia wajib dikuasai oleh semua Warga Negara Indonesia. Krn kami kan besar sangaaat, pulau2 nya tersebar dari barat ke timur . Bahasa daerah ada ribuan bahasa..kalau semua suku hanya memakai bahasa daerah masing2, tak akan ada persatuan, tak paham satu sama lain. Karena itu dari zaman Soekarno memang wajib semuanya pakai BHS Indonesia, termasuk etnis Chinese . Dan di sekolah pun wajib, tak ada sekolah china, tak ada sekolah India, Batak, etc. hanya ada 1 sekolah dan semua pakai BHS Indonesia.
Kalau skr memang dah bertambah ada BHS asing. Tp bahasa utama hrs selalu Indonesia.
Kalau tak begitu, susah menjaga persatuan. Ini saja pemberontakan masih ada lagiii, macam di Aceh dan Papua. Padahal bahasa dah sama 😂. Apalagi kalau BHS tak sama.
Semoga kaum melayu makin bangga dengan bahasanya sendiri. ❤️❤️.
Aiiih kalau dah acara potluck, tp dia tak bawa makanan, memang kesal dibuat hahahahaha. Apa susahnya kan, nak berbagi pun. 😅.
Kita sama2 merayakan independence day Agustus..hanya saja Indonesia tgl 17 , Malaysia 31.
Rindu lah nak menghias kantor dengan Deko Macam2 ketika jelang hari kemerdekaan 😍😍.
Bagus tu kecilkan circle. Banyak juga permasalahan dan dilemanya. Takpelah, yang penting kita buat kerja kita dengan betul. Kalau rakyat Malaysia sendiri rendahkan martabat bahasa Melayu parahlah macam ni. Ayuh, semangat patriotik bulan ni.
BalasPadam