Bicara soal tenang ni, banyak sudut dan perspektif yang kita boleh bahaskan. Ada yang definisi tenangnya itu dari segi kecukupan keperluan, kesihatan dan sokongan dari insan tersayang.
Kebanyakan, definisi tenang kita hampir sama. Ingin kecukupan, sihat dan dikelilingi orang yang baik. Mudah kan sebenarnya nak tenang...
Tapi kenapa kita rasa masih susah untuk duduk diam jika semuanya sudah tersedia ada di sekeliling kita? Apakah jiwa kita ini sering merasa ingin lebih lagi membuatkan tenang lari?
Orang kata, untuk terlihat dan mempunyai jiwa yang tenang, kita kena berdamai dengan diri sendiri.
Berdamai yang bagaimana?
Jika punya trauma, kita harus selesaikan ia satu demi satu. Berhenti bersandar pada segala yang diluar dari kawalan kita dan mula bertanggungjawab dengan apa yang kita boleh kawal.
Selingan
Aku baru je habis tonton episod Dexter yang ada seorang penceramah tersohor ni dikenali ramai, tapi merupakan seorang monster! Dia ke sana ke mari sibuk berceramah dengan orang untuk ‘Take It’ tapi dia adalah seorang perogol, pembunuh dan jauh paling jijik sekali dia anggap wanita itu suatu objek dan barang semata.
Sangat geram.
Hanya seorang daripada 13 mangsa berjaya terselamat jadi mangsa rakus mereka. Sudahlah caranya amatlah kejam. Bayangkan pula macam mana mangsa yang terselamat tu nak harungi trauma dan hidup hari mendatang. Tersangatlah susah…
Tapi disebabkan adanya Dexter ni tolong dia hapuskan monster ni, esoknya segala kegelapan dalam diri dia seolah hilang. Dan dia terus rasa menjadi seorang yang baru.
Hijrah = Langkah Pertama Untuk Berubah
Satu perkara yang kita belajar untuk cepat berubah adalah, pertamanya kita berhijrah.
Berhijrah dan melupakan segala apa jua tempat lama yang buat kita rasa berubah itu suatu perkara yang sukar.
Hijrah bermula dari diri kita sendiri…
Tapi dunia sebenar tak sama macam fiksyen. Irasnya sedikit mungkin ada. Trauma pula ada bermacam jenisnya. Kita juga tak boleh memandang enteng pada trauma orang lain hanya kita yang paling trauma. Tidak.
Kadang, bila injak dalam kehidupan yang lama begini, kita mula rasa, dalam banyak hal dan perihal, sebenarnya, kita ini juga punya masalah. Masalah itulah yang kita harus kenal pasti dan kawal agar ia tidakkan menjadi suatu permasalahan yang besar.
Muhasabah Selalu
Dalam keralitan menghadap kehidupan, kadang kita lupa untuk bagi seminit dua buat muhasabah diri. Maklumlah, asyik sibuk membelek media sosial (aku lah tu). Nak spent masa tulis diari serancak dulu pun dah makin berkurang, lebih lagi nak menaip sesuatu entri yang bermanfaat pada ruangan blog ni.
Tapi aku cuba.
Cuba untuk luangkan sedikit, sebahagian dari hari yang ada untuk merenung diri sendiri.
Merenung dan muhasabah yang bagaimana?
Adakah kita yang ini sudah mencapai kita yang kita ingin pada awal tahun lalu?
Tak perlu jauhlah, adakah kita lebih baik dari semalam atau makin menjauh dari diri yang kita ingin jadi...
Mulakan dengan latihan, dan langkah kecil...
Yup...latih diri untuk patuh pada masa yang kita sendiri dah tetapkan untuk merenung dan bermuhasabah. Tak perlu lama, 5 minit pun jadilah.
Ada yang suka bermuhasabah selepas habis isya, atau sebelum waktu tidur. Ada yang gemar untuk luangkan masa begini seminggu sekali saja, iaitu pada hujung minggu. Waktu 'reset' kata orang.
Terpulang.
Yang penting. kita ada luang sedikit masa untuk lebih faham diri sendiri. Memahami perangai, tabiat, watak serta perwatakan yang kita perlu baiki, tingkatkan serta tinggal.
Sama jugalah kalau kita nak audit kewangan kita, waktu-waktu begini memang kena luang masa yang lebih lama.
Tidak, kita tak tahu kondisi kita sebenarnya dah diparas yang sangat bahaya.
Peace within, embrace our inner self.
Tenang itu bermula dengan menerima diri sendiri seadanya dan sentiasa membaiki diri dari masa ke semasa.
Ini nasihat yang sering saya semat dalam menempuh dunia kedewasaan kita.
Jalan kita seolah sama, tapi takkan pernah serupa. Ianya unik.
Andai kita pernah terpeleot sedikit, setiap hari itu adalah hari yang baru untuk menjadi diri yang baru. Usah ditunggu waktu yang besar semata. Sebabnya? Belum tentu kita kan bertemu tahun yang seterusnya...
#pesanpadadirisendiri.
Tips ringkas untuk kita sentiasa dalam kondisi yang tenang;
- berdamai dengan diri sendiri
- sentiasa bermuhasabah
- jika ia diluar kawalan kita, nothing worth stressing over.
- senyum ^_^
- be kind to ourself. always!
- This too shall pass...
To the end, moga husnul khatimah ^_^
Sampai bertemu lagi dalam entri akan datang.

0 Ulasan