Maaf kalian saya menghilang sebentar sepanjang Syawal tempoh hari.
Maklumlah, Syawal ni bulan sibuk. Katanya Hari Pembalasan buat perut. Nak, nak pula penghujung Syawal kita ada Majlis Aqiqah. Dah besar baru ada rezeki aqiqah ni.
Awal Syawal lalu, usai sesi bergambar dan bersalaman, kita mall hunting di KL sana youuu....masa raya ingatkan mall tidaklah sesak, rupanya boleh tahan juga keriuhan manusia. Masa tu kita pergi IKEA, (of course makan meatballnya), kemudian pergi TRX. Esoknya pula sementara menunggu penghantaran adik ke lapangan terbang, menyinggah ke IOI.
Tawaflah dalam Nintori sana. Memang tahan je tangan ni dari menyapu semua rak. Bulan perayaan ni kena bijak atur kewangan. Bukan tak boleh, cuma di saat ini, kita beli mana yang penting. Misalnya untuk support bisnes kecil yang menjual makanan ke, atau untuk minyak dan tol.
Lambat juga ya saya update berkenaan raya huhuhuhu.
Sayanya sedang usha satu tablet ni. Konon kiranya ada itu nanti mahu jugalah aktif dengan kerap. Medium sekarang hanya tinggal telefon. Jadi agak kekok sikit. Dan pegang phone itu gak, memang buka Threads, terus tak balik ke blog. Begitulah cerita disebalik kehilangan saya seperti chipsmore di sini.
Kalau korang ada Threads, jemput singgah ke profile saya disana. Mana tahu boleh panjangkan rakan disana. Disana saya guna handle name Archiviie.
Ha, kenapa Archiviie?
Yang tu kita cerita kemudian okay.
Sekarang sibuk nak buat mesyuarat penubuhan persatuan keluarga. Saya yang usulkan cadangan penubuhan persatuan keluarga ni disebabkan mulai tahun ini ada yang bagi cadangan untuk buat kutipan. Kutipan untuk berkumpul masa raya, dan apa-apa perkumpulan keluarga. Untuk tiada berlaku penyelewangan seperti kisah 230 juta tu, ada baiknya kita buat secara formal.
Seperti kata Encik Minyak Hitam Jalanan tu, "Bila ada duit yang banyak ni, mudah untuk mata kita menjadi gelap...jadi berhati-hatilah bila kita diamanahkan dalam perihal harta benda..."
Saya pasti ada dikalangan pembaca dan blogger disini merupakan ahli kepada Persatuan Keluarga masing-masingkan...mesti seronok...kita baru je nak mula. Doakan usulan saya yang renyah ini berjaya...
Dalam keluarga pun kita praktis formal proposal you...apa orang kata, bersistematik. Hajatnya, semoga dana ini boleh membantu orang tua kami pergi haji. Kalau nak tunggu diseru, risau juga mereka tidak sempat...Selain pada itu, kita nak menjaga seluruh ahli keluarga dapat menyambung pengajian dengan baik. Aminnn...
Korang yang pernah ada pengalaman uruskan persatuan keluarga ni, kongsi-kongsilah cerita korang. Mana tahu boleh jadi rujukan kita bersama.
Sampai bertemu lagi di masa akan datang. InsyaAllah...


10 comments
Cie kat threads jadi silent reader je. Tak aktif sangat pun.
BalasPadambaguslah kak cie. haah kat sana kerap ada topik dan perkongsiaan menarik. tapi kena berhati2 juga sebab kadang tu banyak posting untuk dapatkan view dan klik ^_^!
Padambagusnya awak buat persatuan keluarga. saya tak pernah dengar pasal persatuan keluarga ni... kalau ada apa-apa rancangan yang aturkan selalunya orang lain. saya jenis ikut je hehe... apapun, semoga semuanya berjalan dengan lancar. maaf tak dapat kongsi apa-apa tips :')
BalasPadamaminnn...terima kasih bagi kata-kata semangat. itupun sudah satu tips.
Padamhaah selalunya saya pun jenis ikut, tapi kali ni kita lebih suka untuk semua bersuara dan terlibat secara penuh.
Keluarga saya dan suami pun ada persatuan keluarga begini. Tp memang kami berdua tak nak jadi pengurus kak. Apalagi urusan keuangan, harus mengingatkan tiap bulan agar transfer iuran kan. Duuuuh itu yg saya pening. Kalau lancar pembayaran tak apa, tp kdg banyaak juga yg beralasan utk menunda bayar. Dahlah, saya serahkan ke sepupu saya yg lebih tegas dan bisa handle begitu. Saya ikut saja..kalau diminta menyumbang, saya lgs transfer. Lebih mudah begitu 😄.
BalasPadamwahhh kak fannya bestnya dah ada persatuan keluarga begini. mesti lebih teratur agenda dan rancangan keluargakan. Itulah hajatnya nak lebih teratur dari semua segi. Lebih lagi perihal kewangan tu. Semoga ada rezeki persatuan ni sukses macam keluarga kak fanny. ^_^
PadamSeronoknya, pergi TRX dan Ikea. Famili akak tak ada persatuan keluarga. Cuma group whatsapp saja, untuk share apa² news.
BalasPadambuat cuci-cui mata saja kak tot. itupun TRX sekian lama buka baru dapat jejak. entah jejak lagi ke tidak selepas ni pun tak tahu. Jauh sangat rasa nak ke sana.
PadamBulan raya saya pun hilang 😆
BalasPadamauto hilangkan kita hahahah. biasalah tu...ni dah tak hilang dah raya haji tak lama lagi...
Padam