I heart Ramadhan 1440H

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Alhamdulillah masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang ke-27. Walaupun aku tidaklah puasa seawal umur 1 tahun, boleh jadi ini baru ramadhan yang ke-15 aku secara serius. Mana tau puasa zaman sekolah rendah dulu banyak sangat cilok puasanya (yok-yok tengahari buka periuk….)

The best thing about Ramadhan is, buka puasa, teraweh, stay up malam hari tak kisah demi siapkan tugasan ataupun qiamullail..tapi ianya sangatlah puas hati. Dalam tiga tahun menyambut puasa dekat Shah Alam, ini adalah kali pertama aku menyambut puasa macam normal student. Kalau tidak, berkejaran nak layan customer.

Rindu jugaklah nak alami situasi tu. Penat yang seronok sebab kau yakin yang kau akan ada duit untuk berfoya dikemudian hari. Tapi sekarang lagi seronok, walaupun miskin, kau punya waktu untuk teraweh. Dah lama giler tak teraweh. Last teraweh penuh sepanang Ramadhan adalah 2010. Mana pergi yang 9 tahun tu pun aku tak tahu. Betapa tidak menghargai Ramadhan lah aku ni.

Dan bila dapat kembali merasa Ramadhan itu secara…secara apa ha nak cakap…secara hormatnya, dapat dirasa ketenangan itu. Tiba-tiba rasa teraweh itu singkat…Ramadhan itu sekejap dan rasa sangat sedih bila dapat tahu yang sekarang ni dah hampir ke pertengahan Ramadhan.

Aku pun tak pasti teraweh dengan ejaan tarawih atau teraweeh atau terawih…tapi yang pasti ia adalah solat sunat yang menjadi kegemaran sekarang. Ketenangan itu memang benar wujud dalam solat….Islam. Ah, dah lama sangat terasa abaikan Islam, syariat, kenal balik agama sendiri…jatuh cinta semula dengan keindahan yang diperjuangkan oleh mereka. Rasul Nabi, sahabat, para salafusoleh terdahulu…

Bak kata Lia; “Sejak dewasa ni, teraweh tu macam sekejap sangat. Sedar-sedar dah habis witir…”

Yup…feel you bruh…

So, masih belum terlambat untuk bercinta dengan Ramadhan tahun ini. I heart Ramadhan forever. InsyaAllah. Bagi peluang untuk diri bercinta dengan keindahan Islam itu sendiri…Awaluddin maa’rifatullah dan selamanya Islam lahir dan batin. Amiin!

p/s: benda paling best bila dapat tengok kemeriahan masjid di semua tempat….

 

Keep reading on

Fail sebelum praktikal

Selepas korang mohon tempat praktikal, dah dapat tempat, siap hantar borang pengesahan semua, tiba-tiba result sem …

Handling the downhill

Sejak dua menjak ni aku rasa aku malas nak layan orang. Hahahahah. Bukanlah malas sangat, …

Batman vs Superman?

Hello there! Alhamdulillah masa GA MBO Cinema yang lepas, aku dapatlah dikira sebagai salah seorang …

JPJ Story from Miri

Alhamdulillah tamat sudah sesi belajar memandu aku tepat pukul 12:50 tadi. Syukur sangat ditemani hujan …

Mencarik Rindu…

Kerja gila. 1. Untuk pertama kali bawa kereta auto, aku sendirian merempuh highway. Berpandukan google maps, syukur …

Perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan Sumber Alam.

Holla there! First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top