Happiness is...meet my favorite author

September 29, 2017

book happy

Cerita dia takdelah sehangat isu dobi. Tapi cukup membuat aku teruja hingga ke-tahap dewa sembilan belas. Serius, inilah first time aku face to face siap bersalam dan ambik gambar bhai! Salam tu penting. Terasa aura seorang penulis dowh...sampai aku rasa speechless. Hahahaha...sumpah tergamam dowh! Dahlah aku balik kelas terus masuk kerja. Dengan perut laparnya, aku bantailah makan roti dulu. Tetiba...aku nampak seseorang yang cukup familiar dalam imaginasi otak aku. 

Walaweh!!! Aku jumpa dengan kak Shai bhai! Kak Shai aka Nurul Syahida, my authentic author! Cayalah....sampai sekarang aku tak percaya aku dah jumpa beliau depan mata. DEPAN MATA! 

Baca tulisan kak shai selalu buat perasaan ingin tahu aku membuak-buak. Terasa macam sambil baca, kena buat research jugak. Sambil baca, kena mark quote. Haila, sungguhlah novel dia buat aku jadikan Pyan sebagai benchmark aku. 

Kalau tak kenal Pyan tu, aku tak taulah. Bukan Pyan Gemersik Kalbu okay! Ini Ammar Sufian si pemilik PHA. Tukang masak dekat cafe. Well, clichenya...yang menyebabkan aku lebih suka usha orang yang bekerja balik tabir. Aku lebih menghargai orang sekeliling...

Dasyhat tak dasyhatnya penangan penulisan kak shai terhadap jalan hidup aku. Hampir macam tak logik untuk dipercayai. Tapi aku percaya dan pegang dengan kata-kata RAM; "Apa yang difikir itu ada..."

(Masih tak percaya yang aku dapat meet up dengan kak shai..OMG! Rasa ketaq tu tak hilang weh. Macam jumpa retis tu.) Well, aku masih bebudak lama yang lebih teruja meet up dengan penulis dari pelakon.

Sebabnya, hari tu ada jugak Hafidz Roshdi tumpang tanya kedai Tomaz dekat mana, petang sebelum DFKL, tapi budak baru punya pasal, aku jawab tak pasti. Hahahaha...lepas tu, nampak Nazim Othman...nampak dia lalu jelah. Pastu, Elyana, Tomok, Zahiril Adzim..tak ramai pun retis yang aku jumpa. Sikitnya masih boleh dibilang dengan jari. (Point dia aku nak bagitau yang penulis lagi awesome!)

Yang Zahiril Adzim tu, aku menyesal giler tak ambik gambar. Paling kurang, autograf ke an..tapi tulah, aku hormat privasi diorang. Maklumlah time tu dalam kedai makan. Shushi King...sushi king...sedih betullah rasa. Takpelah...gue nggak ada rejeki dong! huhuhu #stilltaklehmoveon

So, the happiness is when I meet my favourite author. #idola #masihteruja. Terima kasih Tuhan atas pertemuan singkat ini. 

Kak Shai, jutaan terima kasih diatas semua karya yang akak garapkan. Cerita akak dan watak yang digambarkan, sedikit sebanyak telah memberi impak dalam hidup seorang saya pada hari ini. Cerita akak buat saya terminat sejarah, perang, gusti?, "pffth"... Semoga rezeki akak sekeluarga sentiasa dilimpahi dengan keberkatan dari Ilahi. -Amin!-

autograph
first thing first bila jumpa orang famous, adalah asking for an autograph

Muka teruja + unbelievebale + tergamam tak sudah!
###

So, that's it! Kegembiraan seorang peminat novel adalah bila bertemu dengan penulisnya. Tergamam dan terpaku masih tak hilang. Sungguhlah aku perlu tingkatkan interpersonal...haila haila....

Kalau korang rajin nak belek entri lain yang aku pernah kisarkan mengenai kak shai dan watak garapan serta buku beliau, sila-silalah jenguk 😌;

Kawan aku yang kenalkan novel kak shai ni pun dah kahwin. Mungkin dah ada dua orang anak. Lama giler tak jumpa...alkisahnya yang menyebabkan dia tanya aku pasal pernah ke tak baca novel 'Soalnya Hati' adalah masa tu tengah makan bihun goreng yang ada tauge....maka bermulalah sesi penceritaan. (budak asrama zaman dulu mungkin faham betapa terujanya bila dapat kawan yang rajin ceritakan balik novel dan movie dengan penuh perasaan. Maklumlah, asrama yang aku duduk dulu mana boleh baca/tengok cerita cintun cintan ni.. Melalaikan!😝)

Berakhirlah sudah kisah pertemuan kami dengan pembelian satu earphone dan dua casing. Aku tak niat pun nak suruh kak shai beli. Serba salah pulak aku jadinya. Tapi rezeki usah ditolak dong! Lagi sekali terima kasih kak shai! and sorry for the awkward moment...huhuhu sebabnya sungguhlah saya ni masih gagal untuk bersosial. hahahahahah

##

p/s: Dan, pyan...if you out there...ah! (Tak usah berangan lagi...) but I'm still hoping that someone like Pyan really exist...😇

dulu akaun fb lama ada dah jadi friends kak shai dengan nama yuhaadie. Then, ada faktor pembaharuan, akaun fb lama aku dah delete, ganti dengan yang sekarang (yang macam skema dah aku nengoknya) yang itu baru aku tak friend lagi kak shai. Dan aku baru realise benda tu. Lol! Fungsi fb aku just untuk kasi fanpage ada admin. Titik.

Chow lu, aku pun dah tersengguk-sengguk menaip. Esok full...dan aku tengah curious apasal sejak dua menjak ni url pelik-pelik dari rusia and us jadi reference link? WTH???😡

6 comments

  1. jarang baca novel melayu so tak berapa kenal penulis ni tapi happynya dapat jumpa penulis fav! Btw, singgah sini jadi pembaca baru blog ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. kak shai ni pun dah dikira penulis otai jugak sebab dah berkecimpung lama dalam bidang penulisan novel. :)
      hanks for drop by and following :) have a nice journey ya!

      Delete
  2. Weyh seghonoknyeee jumpa penulis pujaan.

    Dapat rasa aura keterujaan tuh.

    Jeles bila cakap penah nampak zahiril dgn nazim. Huargghhh. Minat diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhahahha...^_^ opkos! lepas ni kalau dapat jumpa RAM ke, aleeya aneesa ke, uish rejeki bangat!

      janganjkan kim chaa, saya pun jeles tau jumpa zahiril tapi xdapat buat apa2...huhuhuhuhu

      Delete
  3. Tak pernah dengar nama penulis ni. Mungkin sebab saya cuma baca buku terbitan Jemari Seni dengan Iman Publication je. But I know the feeling bila dapat jumpa fav author. Memang sangat happy :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah....zaman gila novel memang kenal dan follow semua penulis. lagi2 RAM dan kak shai ni. Jemari seni punya penulis, mostly rahsiakan identiti. nak adore pun based on penceritaan dorang saja. impian nak jumpa pun tak tinggi sangat. same to penulis iman publication. dia macam puja cantiknya buruj tapi tak semua boleh nampak. lagi2 kalau tak kenal bentuk buruj tu macam mana....

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.