Aksara... Tidak semua boleh ditatap ramai pabila bercantum menjadi satu ayat, Tidak semua kata boleh didengar awam Walau tiada niat ...

Aksara

By | Oktober 17, 2016 12 comments
Aksara...
Tidak semua boleh ditatap ramai pabila bercantum menjadi satu ayat,
Tidak semua kata boleh didengar awam
Walau tiada niat menyinggung
Tanpa memahami konteks,
Konsep disalah tafsir
Penyampaian telus dirasa menyindir

aksara, huruf

Kuasa aksara tanpa suara
Tidak semua mampu faham
Mungkin ada yang faham
Namun huraiannya berbeza
Definisinya sudah tidak sama

Aksara bukan irama
Dari muzik tanpa membaca lirik terus ramai pengikut
Kerana melodinya merdu walau liriknya hanya satu...

Aksara bisu tanpa pergerakan
Hanya mata yang memandang
Lidah dibiar simpan
Telinga tekun mendengar suara alam

Aksara menari dalam minda...
Minda dikeluar sekadar meluah rasa
Namun tidak menyangka..
Aksara jua bisa musnahkan dunia
...
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

12 ulasan:

  1. Aksara tanpa irama mampu memberi beribu makna.
    Salah nada, salah baca, maka mampu tercetus perang dunia. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aksara tanpa tanda baca, bahananya tidak tergambar,
      intonasi tetap bermain meski aksara tidak bersuara...

      (hebatlah cero!)

      Padam
  2. Assalamualaikum sofie adie,

    Aksara memiliki fungsi untuk mengungkapkan unsur-unsur ekspresi dalam sesuatu bahasa..
    Sangat mendalam.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LZ,
      ya benar itu...ianya abstrak dan subjektif...

      Padam