Summary of my holiday

September 05, 2016

Aku mula cuti hari tu 210416 sampai 020916. So ada lebih kurang enam bulan aku cuti. Wow! aku pun tak perasan selama tu aku cuti rupanya. Maka, sepanjang enam bulan tu, adalah dua tiga benda yang aku rasa bermanfaat dan faedahnya...(kata aku...T_T). Aku cubalah senaraikan aktiviti yang aku buat sepanjang cuti hari tu...

1- Job Hunting
Bulan pertama tu, aku buat job hunting untuk part-time. Tapi, sampai kesudah takde. Mula tu, aku try apply dekat tempat yang aku pernah kerja dulu. Tapi, yang ada hanya sia-sia. Sebab diorang cakap, bila orang lama, nak masuk balik, dia macam susah sikitlah bagi pihak pengurusan. Itu kata diorang.

2- Bazaar

Antara menu bazaar
Tak lama lepas tu, puasa. Atas kebosanan yang melampau, aku turut kehendak umi untuk bukak bazaar. Menurut beliau; "At least, ada jugak duit gaji untuk raya nanti...". Dan aku pun akur, memandangkan berniaga kat bazaar pun dapat kutip banyak cerita, idea dan duit...

3- Belajar memandu

Rujukan litar
Dah lama aku idam nak ambil lesen., baru sekarang tertunai. Sekarang aku dah ada lesen secara rasminya! yuhuu....(aku start bulan lima, tamat bulan 8)

4- Belajar memasak
Tak banyak. Cukup sekadar untuk aku alas perut time mengidam feveret sendiri. Tapi takdelah sampai tahap fancy punya masakan.

5- Marathon movies & tv series
Tak cukup banyaklah aku marathon. Tapi, kalau rasa sampai nak muntah tengok movies tu, kira banyaklah kot...sampai ada fever gila dan angau dengan cerita tu, itu dah cukup untuk aku cover satu pengajian...(harap-haraplah...)

Biasa aku layan online je semua cerita yang lama. Cerita baru, aku layan kat wayang...

6- Baca buku...

Antara novel yang aku pulun...
Aku kalau cuti kat rumah, gila pada novel tu memang jatuh merudum. Ada sesetengah tu, yang betul-betul aku rasa nak baca, aku baca. Ada jugak buku selain pada novel tu aku baca untuk terapi pada otak (Selepas angau setiap kali baca novel...). Dan aku rasa 32% dari cuti aku dihabiskan untuk membaca...iya ke?? hahahaha cam tipu je...

7- Main Game.
Situasi ni hanya berlaku bila line dekat rumah slow giler...adalah satu musim tu, seminggu line mogok...maka, kerjanya main game yang dedulu. Macam burger shop, pizza fenzy, Mystery P.I dan lain-lain lagi...

8- Join webinar
Webinar yang aku rasa menarik untuk join, boleh dibuat manfaat dan yang pastinya percuma memang aku join. Ada sesetengah webinar yang tak ikut waktu Malaysia, maka aku terpaksa hidup ikut waktu diorang...

9- Buat kek

Namanya kek bumblebee...penangan transformer katanya...
Masa raya hari tu, aku cuba belajar buat kek lapis sendiri. Ikut sukatan resepi dia yang betul, alhamdulillah menjadi jugaklah dalam dua biji. Kalau tak silap aku, kek tu masih ada lagi dalam freezer. 

***
Tu je? Tak sangka tak sampai sepuluh pun bila disenaraikan. Macam sikit pulak rasa aktiviti yang aku buat masa cuti. Okay, aku marathon tido...bantai sampai tak ingat dunia. Qada' balik tido yang tergendala dedulu..hahahhaha...(warning: jangan tiru aktiviti ini!)


Agak tak best, sebab tak kerja part-time (takde duit untuk beli tepon idaman...). Tapi, bagus jugak sebab masa last sem hari tu, aku punya muka burn. Bila cuti, kerja asyik dok dalam rumah. Maka, aku tak payah risau nak guna produk apa untuk kasi kulit normal. Cukup habis cuti, kulit dah macam sediakala. Jimat kos, tanpa sebarang rawatan!

Dan aku rasa inilah cuti paling lama yang aku habiskan di Miri. Biasa tak sampai pun enam bulan..paling lama pun dua bulan. Cuti akan datang, tak tau lagi nak habiskan dekat mana. Itu pun kalau ada cuti lagilah...

So, itulah dia kesimpulan aktiviti yang aku buat masa cuti hari tu. Ada sesetengah kawan aku, diorang start je cuti, terus kena panggil kerja...banyak syiok maa! Tapi, tu lah...rezeki masing-masing. (Ni fasa cuti masa habis diploma dan tunggu keputusan penerapan untuk sambung ke degree. Sebab tu cuti dia lama.)

Dan sesiapa yang sama fasa dengan aku, korang buat apa je time cuti hari tu? (time aku publish ni, korang pun sah-sahlah dah mula sibuk...apadaa...)

Last but not least, thanks for spending your precious time to read this entry ^_^. All the best for your life!

18 comments

  1. Erk... Reen dah 3 tahun lebih tergantung blajar lesen memandu. Reen tak minat tang kena hafal dan sebut hampir setiap sudut kerete. Tang enjin paling malas nak ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu...memang tang enjin tu agak nerves lah kalau dpt...tapi alhamdulillah, hari tu dua kali ambik, arahan dia bagi suruh cek cermin dengan lampu...(tertakluk pada arahan pegawai tu..)
      tapi, awal2 je nerbes..heheheh bila kali kedua ketiga, insyaAllah everything will be alright...
      reen kena cuba lagi nih....kasi pass punya! ^_^

      Delete
  2. Wah, banyak betul aktiviti Sofie masa cuti yea.. heheh lepas nie bolehlah akak tempah kek lapis dari Sofie plak kan.. anyway, best of luck to your life sis... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak shikin! banyak ke? macam tak merasa je buat semua benda tu..sebab banyak lagi masa lapang yang terlalu lapang...heheheh

      tempah kek lapis? -insyaAllah...

      all the best to u too kak shikin! :)

      Delete
  3. kek lapis sarawak? omaiiii, sofie nak tutorial, pleaseeeee. haha abang kita cikgu kat sarawak, selalu kirim kek lapis setiap kali kite balik cuti. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha....itu ikut buku resepi je nina...tutorial? tak sempat nak buat tutorial..kita pun masih newbie sangat nak kasi tuto..

      wah! lagi best sebab ada supplier kek lapis dari sarawak...selalu abang nina beli kek lapis dari mana? siti payung ke habibi ke...

      kalau kita suka yang habibi, sebab dia x manis sgt...

      Delete
  4. wow you did a lot of activities :) my routine is just sleeping or menghadap internet 24/7 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah....sama jerlah kita...
      yang ini just summary dari enam bulan tu...tapi setiap hari, memang ngadap internet je kerja....pastu tido...

      Delete
  5. banyak juga tu benda yang dibuat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah untuk tambahkan sikit skill...bekalan kemudian hari..

      Delete
  6. Perrgghhh! Dalam masa tu banyak jugak perkara yang kau buat, kan?
    Moga semuanya bermanfaat dan dapat dijadikan bekalan kehidupan #ewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....tak banyak pun aku rasa...(ayat merendah diri kekonon...)

      insyaAllah akan bermanfaat untuk hari kemudian... :)

      Delete
  7. tahniahh *clapclap raya haji tak dopek nak jumpa TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks!!!

      bye2...jumpa lan berambeh kalo gitu....huhuhu

      Delete
  8. mohon share resepi bumblebee~ heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kasi buku resepi k? ada dekat dalam pesi besi kat umah...hahahahhah

      Delete
  9. Donut tuuh sentiasa mengoda. Huhu .. hebatnya, boleh buat kek lapis .. saya haritu cuti lg lama .. setahun lebih tp aktiviti semua tak berfaedah. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha...mohlah datang bazaar nanti...(alamak, tu last bazaar kitaorang...acane nak kasi kim chaa beli nih...)

      kek lapis basic2 je tuh...
      Mesti ada satu dua yang berfaedah tu...cuma tak nampak dan tak merasa je...:)

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.