JPJ Story from Miri

August 30, 2016

Alhamdulillah tamat sudah sesi belajar memandu aku tepat pukul 12:50 tadi. Syukur sangat ditemani hujan rahmat, akhirnya aku LULUS!!! Yeay!

Aku tak tau pulak bila kita lulus JPJ, dia semacam ada satu feeling. Happy! Ya, happy giler sampai rasa macam sengih dia tak habis...(even time aku taip ni pun dok sengih semedang...) Macam tak sabar pulak nak pergi buat lesen P nanti. Memandangkan esok cuti umum, maka tunggulah keesokannya pulak...Hajatnya biarlah urusan tu sempat diselesaikan sebelum bertolak ke 'halaman buku kehidupan' yang seterusnya...


Aku ambil lesen kat tempat sendiri. Kos dalam RM 1 545++ jugaklah untuk manual (D). Ianya macam agak lama untuk aku selesaikan pembelajaran, sebab aku tak belajar sepanjang bulan puasa ritu. Aku busy dengan bazaar lepas ujian komputer. Markah dia cukup untuk aku lulus ke fasa seterusnya. Ada tiga soalan aku tak jawab betul. (otak celaru sebab time tu selsema....T__T)

Cukup dua minggu lepas raya, baru kaki aku ni berkenalan dengan pedal clutch, brek dan minyak. Hari pertama cikgu terus suruh aku drive. Mak aih! Yakin benar cikgu dengan muridnya nan sorang nih...

Disitulah bermulanya kisah aku dan kereta pertama untuk dapatkan lesen. Masa ontheroad pada hari berikutnya, aku bawak dalam keadaan hujan. Redah sampai tak cukup tangan nak kawal wiper punya pasal. Maklumlah gelabah tak tentu hala! Nasib baik radio jadi penghibur suasana. 

Hari ni bukan kali pertama aku ujian. Sebab first hari tu, aku gagal bahagian bukit dan lulus ontheroad. So, hari ni baru official lulus. Lega! 

Macam mana boleh gagal?
- Sebab aku press minyak tak cukup kuat masa nak turun bukit menyebabkan kereta terundur ke belakang. Secara automatiknya, aku GAGAL! 

Perasaan masa tu?
- Of courselah rasa macam dunia dah berakhir. Putus asa sikit pun adalah. Fobia. Rasa macam tak boleh dan tak yakin dengan apa yang dah dibelajar. 

Tapi, perasaan tu tak lama sebab memang standard lah kalau gagal bahagian bukit tu. Pujuk hati; yang hari tu bukanlah hari terakhir untuk aku lagi. (Lega sebab ramai kawan ulang dua kali jugak...hehehehe...so rilek brader, brader rilek...)

Calon Mengulang?
Menjadi calon mengulang ni seronok. Seronok sebab aku boleh bertukar cerita dengan mereka yang turut mengulang. Macam mana diorang boleh gagal, kereta nombor berapa dan apa pesanan cikgu diorang lepas gagal. Disamping itu juga, dapat berkenalan dengan diorang dan bertukar nombor. InsyaAllah kalau takde aral, bolehlah bertemu di Lan Berambeh 15/10 nanti...

Pesanan akhir cikgu aku:
"Jangan lepas clutch mengejut. Bahaya! Dan buatlah seperti apa yang selalu kamu buat..."

Cikgu yakin dengan aku, takkan aku tak boleh yakin dengan diri sendiri...itulah menjadi pemangkin untuk lulusnya aku hari ni..hahahahahah....terima kasih cikgu! jasa dan baktimu sungguh ku hargai.

Kali kedua?
Kali kedua ujian bahagian bukit, jujur aku cakap calon-calon lain memang sportinglah. Sebab diorang yang menjadi pasukan sorak untuk aku. Samada tayar tu dah masuk dengan sempurna kat bahagian kuning atau belum. Thank you gais!

Siapa tak eksited dapat turun bukit tu dengan jayanya?? Tipulah aku tak bersorak masa tu...alhamdulillah! (kalau dapat menari, time tu jugak aku dancing in the rain...sebab masa tu memang hujan..)

Nightmare?
Iyap! untuk bulan pertama, aku asyik mimpi dan dihantui dengan kereta. Setiap kali aku lalu jalan yang selalu diguna untuk belajar, aku mesti lakonkan balik cara cikgu aku. Punyalah berkesan cara dia ajar sampai moment tu dah terpatri dalam hardcore memory...

Tiada ujian yang tak boleh diredah walau hujan membasahi. Hati yakin, minda positif dan sokongan dari rakanlah yang menjadi pemangkin untuk hari ini terus hidup dalam senyuman ^_^

Pesan aku, berani gagal. Biar lambat asal selamat dan seboleh-bolehnya, jangan nervous. 

So, sesiapa yang bakal ambil lesen kelak, sediakan jiwa dan raga anda. Yang dah ada lesen, ingatlah peraturan yang dipelajari. Pandu cermat jiwa selamat. 

Aku yakin, semua orang ada JPJ story yang lagi menarik dari aku...yeah, aku pun dok mencari cerita macam ni masa first time ujian hari tu. Siap bookmark lagi blog yang ajar step by step...kelakar pulak rasa...Biar entri ni menjadi saksi yang aku officially dah lulus JPJ...hahahahah

Thanks for reading and all the best for your life!

18 comments

  1. hihi congrats kak! lepas tok dah boleh lah mbak kereta sorang2 haha . nak bukit ya nang ssh sikit. kwn kmk rami juak yang terpaksa ulang 2 3 kali gara2 gagal kat bukit ya ajak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh tashira! yalah eksited tek...hahhahahha
      ada juak kawan mek tadik paksa ulang lagi sebab gagal...sian nangga...huhuhuhu
      ada jpj ya padah sampe 17kali ulang pun ada....

      Delete
  2. Tahniah!
    Sudah bergelar pemandu secara rasmi. Hehehehe

    Aku dulu amik lesen kereta sekali je lepas, tapi amik lesen moto sampai kena ulang 3 kali. Tapi sekarang aku lagi suka bawak moto daripada kereta. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you!
      syukur lepas..hahahhaha

      haah kadang jeles tengok org yang sekali je boleh lepas...tabik r! moto? rasa mcam xnak ambik....fobia nak ujian...huhuhuhu

      Delete
  3. congrats sofie! Lepas lulus ni memang kena salu bawak kereta,baru cepat pro. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you nadhie!
      insyaAllah akan selalu dipraktiskan....:)

      Delete
  4. my experience ambil lesen kereta was like....7-8 years ago. Wahhh, dah dapat lesen penuh dah pun. Bagus la Sofie ambil yg manual (baru tahu ada lesen untuk manual dan ada untuk automatik). At least lesen manual boleh bawak kereta auto, and not vice versa. :D

    TAHNIAH!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaa...dah lamanya nina ambik...mesti masa tu masih murah kan?
      ha'ah...kalau lesen auto ada mahal sikit dr manual...

      thank you nina! :)

      Delete
  5. Wahhh, tahniah Sofie sebab dah lulus.. kan.. memang ada rasa satu perasaan yang tak tergambar bila kita dah lulus JPJ nie, mungkin sebab bayar mahal kot.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak shikin!
      itulah kot...penat lelah dan bayaran mahal tu, memang berbaloi bila dapat lulus...hehehehhe

      Delete
  6. tahniah.....memang biasa orang fail dekat bukit tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro!
      tu lah kan? so, takdelah segan sangat kalo terjadi kat kita....apa orang kata, standard lah...

      Delete
  7. tahniah sofie! bahagian bukit tuh memang agak menakutkan sebab takut terundur lah terlebih pulak ke kan haha tapi bila lulus dengan jayanya, memang gembira yg tak terkata kan hehe apa pun tahniah sofie! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? thanks fatina!hari tu kes terundur terlebih punya pasallah gagal tak pepasal...

      alhamdulillah lulus kali kedua! happy giler!!

      Delete
  8. tahniahh weyy.. dah ada lesen..guwa punya lesen dah jadi belacan barangkali haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. danke!!
      still tak percaya dah ada lesen...hahahahha
      lebih pada belacan tuh....boleh jadi arak dah kot..^_^!

      Delete
  9. Hi Lapang rasa hati kalau dah lulus kan.(>.<)Sertai Segmen tonton lagu sudah ku tahu versi ucing :cool:

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lapang dan gumbira tak terkata...
      insyaAllah ada masa akan cuba utnuk join...:)

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.