Penangan Arrow

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Ianya bermula dari Gotham. Dituruti oleh The Flash. Dan aku tak pernah jangka perasaan aku akan diserap ke dalam watak cerita Arrow sampai teruk macam ni sekali…okay, mungkin aku terlalu letakkan jiwa sampai rasa benda tu real. Sukar menapis mana satu real dan fantasi…(mana taknya dah seminggu-minggu ni aku mengadap Arrow ja…) sampai masuk dalam mimpi bagailah siap berperang dengan League of Assassins lagi..- ini dah memang over dah…-

Patutnya, aku publish entry ni dulu lepas aku habis marathon ri tu…tapi jiwa aku kacau. Aku meroyan sensorang dulu untuk bagi jiwa tu dibawa lari…Disebabkan minggu cuti aku dah habis…

Untuk hilangkan rasa ‘takleh move on aku dengan cerita Arrow’, aku akan letakkan semua perasaan tu dalam entri ni. Mungkin dengan cara tu aku dapat lupakan apa yang aku rasa untuk seketika. Harap berhasillah…


Bagi aku cerita ni terlalu banyak nasihat untuk diambik. Aku suka cara diorang bertoleransi, kerjasama, persefahaman diorang. Tindakan diorang bila berlaku perbezaan pendapat. Mula aku geram giler sebab Oliver playboy…syukur dia diberi peluang untuk survive kat Lian Yu. Berubahlah sikit tabiat dia tu. -sikit jerlah…-

Sedih; sebab orang pandang Arrow tu penjenayah, pembunuh dan bukan hero. Bengang giler, bila Oliver ni ada satu habit yang menyukarkan benda yang simple. Tapi ada baik dia jugak, cuma tak semua orang boleh tahan dengan perasaan ingin tahu yang kadang boleh sampai syak wasangka…tak pasal-pasal kena fitnah…parah!

Adalah beberapa scene yang buat aku sebak dan mengalir air mata (ayat skema habis…) disebabkan beratnya tanggungjawab seorang Oliver Queen ni yang hanya dia je tahu. Sebagai penonton, aku teringin nak terangkan dekat kawan-kawan; betapa sukarnya hidup dua identiti lebih-lebih lagi dia tu orang famous. 

Kalau dari segi uruskan identiti, aku tabik cara Bruce Wayne lagilah kot… (Oliver Queen, anda harus belajar teknik pengurusan dua identiti daripada Bruce Wayne…)

Bila dapat tahu Felicity break up dengan dia, aku rasa hilang fokus Oliver tu sampai takleh nak bergerak dari tempat duduk. Sedihnya…. T^T…Diorang dah cukup perfect antara satu sama lain kot…dah tempah tempat untuk kahwin bagai..tup tup…cancel. Kena pulak Cupid menggila…memang misi diorang hari tu penuh emosi sampai aku pun rasa patah hati…(sikap over-feeling tak sudah-sudah!)

Alasan lainnya yang menyebabkan aku rasa rugi kalau tak layan Arrow adalah; Deadshot dalam cerita ni lagi ‘cool’ dari movie Suicide Squad. Aku sanggup rewind banyak kali semata-mata nak dengar dia bersiul…adoyai…parah-parah…(pakcik-pakcik, apasalla pak cik cool sangat…sib baik watak dia dimatikan…kalau tidak…parah dia tahap kritikal mungkin!)

Yang menarikkan lagi cerita ni bila dia ada crossover dengan The Flash dan Legends of Tomorrow. Legends of Tomorrow aku layan…tapi, tak hadam semua episod. (alasan: takleh move on dengan Arrow.. T__T)


Aku sebenarnya masih tak boleh terima yang Olie husband Nyssa. Sumpah aku meroyan bila diorang kena kahwin paksa…huwawawa….tapi kind of cute jugaklah kan bila Nyssa selalu remind kat Olie yang ‘you are my husband’…alololahai… 


Ni adalah rough summary bagi ending setiap season dan ‘kepala’ dia (based on apa yang aku faham…)
Season 1: The undertaking – Malcolm Merlyn
Tommy mati dalam season ni, hasil gempa bumi bapak dia sendiri..

Season 2: The siege – Deathstroke/ Slade Wilson, Mirakuru -kambing hitam: Isabel Rochev, Sebastian Blood
Mak oliver mati kena bunuh Slade yang tak habis dengan dendam lama dia yang dah berulat. 

Season 3: League of Assassins- Ra’s Al-Ghul
Sara mati..tapi hidup balik lepas diselam dalam Lazarus Pit

Season 4: Genesis –  Damien Darhk, Ghost
Laurel mati…

Tentera yang paling jahat sekali aku rasa yang kena suntik Mirakuru, sebab dia serbu dan serang tanpa peri. Tapi, aku berubah fikiran bila tahu Ghost tu lagi gila. So, dua bala tentera ni lah yang akan menghantui dalam siri lain…

Antara sebab yang ‘jatuhkan lagi hati aku pada Arrow’ adalah:-
– Parkour
– League of Assassins
– Arrow tu sendiri…(teknik memanah yang awesome!)
– Plot twist

[Tak taulah ni perasaan aku je ke atau memang hood Arrow dalam season 4 makin pendek? Dia macam dah makin terdedah sikit lah berbanding hood yang awal…T__T ]

Secilik Harrison Wells, cilik lagi Malcolm Merlyn. Tangan dah kena potong pun, ada hati lagi nak musnahkan hidup orang. Memang menjadilah watak diorang. Sampai aku rasa cam nak pecahkan skrin lappy bila tengok muka orang jahat. Lagi-lagi pak cik Damien tu. Menyampah giler!

Aku tahu aku tak patut pun ‘jatuh hati’ dengan karakter cerita ni. Tapi, nak buat macam mana…huhuhu…Selepas tiga hari, adalah rasa tenang sikit. Dan lepas aku ‘membebel’ dalam entri ni, adalah rasa lega…fuh!

See you on next season Team Arrow!

thanks for reading!

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Penangan Arrow”

  1. aku kind of syukur jugaklah dia mati…hahahha jahat giler…pastu bapak dia xleh trimee hakikat lah pulak….

    kan? kejap hidup, kejap mati…welcome to star city…hahahhahah

  2. Aku sebak gila kot bila tah Laurel mati.
    Tapi dalam DC TV series ni tak boleh caya sangat, tengok2 nanti Laurel hidup balik pulak hahahahaha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading