Sadako vs Kayako & Don’t Breathe

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Jujurnya aku bukanlah seorang peminat horror movies atau cerita bunuhan ni…paling pun aku layan Insidious series dengan Conjuring. Itu pun conjuring 2, aku tak tengok-tengok lagi. Yeah, sebab dengar ura kata dia seram…maka, sampai sekarang aku tak berani tengok…(tunggulah kalau ada member yang gila horror teman, mungkin time tu adalah berani sikit…tak pun masa bulan puasa…heheheheh)

(aku tak mboh letak poster cerita, pasai aku pun tak cukup kuat semangat..huhuhuhu)

Macam mana boleh terlayan Sadako vs Kayako kalau tak minat horror?
Oh, ini sebab kakak aku yang belanja. Tips nak tengok wayang tanpa belanja besar adalah…:- tengok pada hari rabu..- maka, setiap hari rabu, kalau ada rezeki, pergilah tengok cerita apa yang menarik….
Sebenarnya, tertakluk pada jam jugak. Kitaorang selalu tengok masa pukul 11:00. Pilihan yang ada masa tu, hanyalah si sadako ni..nak tak nak, cubalah memberanikan diri untuk menontonnya…
Sadako vs Kayako
Aku tak pernah tengok Sadako atau pun Kayako secara solo. Alasan: cerita hantu jepun ni boleh tahan ‘kuat’…sama macam horror thailand…(satu je cerita hantu komedi thai yang aku boleh bantai adalah Pee Mak…yang lain…tak berani aih!)
Cerita tu, rating imdb dia takdelah tinggi sangat. Tak tau pasai pa…bagi aku yang tak minat horror, rating aku untuk tahap seram dia 8/10. Sebab…lepas tengok cerita tu aku terpaksa layan mana-mana kartun dulu sebelum tidur. 
Sadako: Video sumpahan- yang kalau sesiapa tengok akan dapat panggilan telefon dan selepas dua hari mereka akan mati tanpa sedar. Dan sesiapa yang menghalang juga akan turut terbunuh. 
Kayako: Aku tak mau hurai pasal Kayako…siapa tahu, tahu…kalau tak tahu anda boleh google…
Pengajaran yang aku dapat dari cerita tu:
Kalau ada orang share video-video seram jangan buka sembarangan. 
Minggu seterusnya, aku yang teringin nak layan Don’t Breathe. Pasal rating dia boleh tahan tinggi jugak. (Menurut adik aku yang baru setengah jam tonton dia kata bosan!) Mungkin agak bosanlah…sikit…
Don’t Breathe
Cerita pasal tiga orang pencuri yang merompak dekat sebuah rumah milik army veteran. Army ni memiliki tunai yang sangat banyak disebabkan dia dapat pampasan ganti rugi daripada seorang perempuan kaya yang melanggar anak dia sampai mati.

Dah nama pun army, veteran lagi tu…sah-sahlah dia orang yang merbahaya. Tak kiralah dia buta ke, pekak ke, tuli ke apa…army…gerunlah sikit! Silapnya diorang tiga ni tadi, sikit pun tak takut. Adalah sorang tu rasa macam tak sedap hati. Tapi, demi kawan..turutilah jugak…
Tak pepasal, awal masuk tiga, keluar takde sesape…
Dan kitaorang keluar dari wayang dengan wajah blank. Macam tu je? – untuk kedua-dua cerita ni..-
Memang ending cerita horror/thriller selalu macam tu ek?
– selalu buat orang tertanya-tanya; adakah kisah itu akan berulang dan tiada akhir?
– terpana untuk seketika..rupanya kisah tu tak pernah habis pun…

***
Bagi aku, tengok genre horror kat wayang adalah sangat RUGI! Pasal 85% aku tutup mata dan telinga. Baki dia aku intai balik tudung…(Nasib baik orang belanja….kalau duit sendiri…cerita dia memang taklah kan…)

Itu saja bebelan aku kali ni…takde mende pun nak review kalau tuan dia pun penakut 2×5..T__T..Aku memerlukan paling kurang tiga hari untuk menstabilkan otak, minda dan jiwa supaya tidak memikirkan perkara sebegitu…

So, kalau ada antara korang yang lebih kurang penakutnya dengan aku kan, korang rela ke tak tengok cerita horror even orang belanja? Apa cerita paling menakutkan yang korang pernah tengok dan berapa lama masa untuk neutralkan balik perasaan korang lepas tengok cerita tu?

Thanks for spending your precious time to read my entry! 🙂
All the best with your life!

p/s: orang dah sibuk dengan “Train to Busan” aku baru dok update citer lama gini…apadaa….oh, btw TTB tu pun aku baru je abis tengok…dan sesungguhnya, aku tak berminat dengan cerita zombi dan sekufu dengannya….huhuhuhu (sepatutnya ni post semalam, tapi angin aral lintang celah mana tah, maka aku terpaksa tunda hari ni…)

Keep reading on

Lone Survivor

“ASSALAMUALAIKUM”Cerita hari tu… Mark wahlberg!!!!Cerita dia memang buat aku rasa bersemangat, terharu…Start je cerita terus …

Angin rindu dari Negeri Perlis!

Buka saja topik mengenai Negeri Perlis, laju aku akan jawab; “Gua rindu tom yam dia!!!!” …

Kelam Kelibut!

Empat minggu already huh? Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang …

Cuti Raya di Mana???

“ASSALAMUALAIKUM”Cuti raya di mana??Of courselah kat Miri!Alhamdulillah, dengan selamatnya aku telah pun tiba di rumah …

Bila adik-beradik kau ada calon….

  (aku harap yang ada related family dengan aku tak baca…hahahahah *gelak jahat*)  Dalam reramai …

The Other Side of Bazaar

Assalamualaikum! Kabare kalian semua? Alhamdulillah sihat seiring dengan berlalunya Ramadhan. Harapnya semua begitulah…Pergh! Seminggu zebby-zebby …

Any thought?

0 thoughts on “Sadako vs Kayako & Don’t Breathe”

  1. itulah….ikutkan kita pun memang takkan tengok cerita hantu dekat wayang….memang susah nak buang bunyi tu dr menghantui telinga….ambil masa yang agak lama jugaklah….dan menyesal…huhuhuhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *