Sejak dua minggu sudah dentuman bunga api dan mercun tidak lekang dari langit kawasannya. Hampir setiap jam, ada saja berdentum di sana, berdentum disini.
Kitanya, lampu raya pun masih belum kunjung tiba. Orang kata, disaat getir perang geopolitik ini, harus berjimat cermat.
Hairannya makin meriah dentuman membakar wang😅
Bukan murah satu dentuman itu. Berpuluh juga kawan. Dia pun sudah lama benar tidak membakar duit sebegitu wenang. Urghh memang tidaklah labu. Biarlah dilihat saja orang lain yang membakarnya.
Dia lebih tenang sekadar mengulang lampu raya yang sama. Itupun susah benar untuk dia menekan punat place order..
Mengira setiap detik seolah berharap harga itukan jauh turun lebih murah. Walhal pusing-pusing memang itu harganya yang termurah.
Last minit order begini, harap sampailah sebelum malam Syawal.
Bila melihat ramai yang berkongsi mengejar seribu satu malam itu buat jiwanya lebih tenang. Ramai jua sudah sedar dan kembali pada fitrah itu sungguh aman rasanya. Walau dilanda pelbagai dugaan Ramadan ini buat tanah air tercinta, kita tetap semangat menegak dan memuji Allah Yang Esa.
Hendak diturut arus rage bait ini, silap-silap mereka ketawa suka kerana kita telah masuk ke perangkap dongeng mereka.
Picisan begitu namun sudah berani injak warga peribumi. Kita harus bangkit mempertahan setiap aspek tanah kita. Namun usah dipukul rata. Berwaspada dalam segala perkara.
Syawal kali ini ramai jua gelisah. Gusar kerana ianya jatuh pada minggu yang kurang cantik pada jadual pendapatan. Semoga setiap dari kita dicukupkan rezeki. Aminn🤲🏻
Jadinya, dek kerana ramai juga mencadangkan agar kita lebih cakna dan berjimat cermat, akhirnya dia putuskan untuk tidak membuat apa-apa kuih raya.
Juadah raya? Mungkin boleh dipertimbangkan.
Akhir kalam, semoga Ramadan kita kali ini menjadi bekalan buat negeri Akhirat sana. Amin…




8 comments
Sangat ironi ya, di saat kita disarankan untuk berjimat cermat, makin ligat pula mercun dam dam dum kan?
BalasPadambetul tu. tapi cara hiburan masing-masing. kita tumpang merai saja.
Padam^_^
Entah. Tak paham juga, banyak betul duit deme ni, dok bakor mercun tiap malam. Ini blog baru yang adik Sembang Sorang dulu tu ya? 😊
BalasPadamkannn kak tot. Kita ni kadang barang seringgit pun lama mikir nak beli ke tidak.
PadamBlog sulong saya kak. lama dah sepi sejak pindah. Jemput singgah ke mari kak ^_^
Eh, blog lama rupanya. Cuma akak yang ketinggalan. Baik, dah follow. 😊
BalasPadamterima kasih sudi follow sini kak tot ^_^. kita add sekaligus dengan bloglist kerap komen. senang-senang boleh singgah.
Padamtu lah entahlah deme ni byk duit pulak bab bakar mercun berdas-das tu
BalasPadamSayapun dari dulu tak suka beli mercun. Mungkin Krn dibiasakan sejak kecil oleh papa, jadi pas besar pun tak tertarik. Lagian ini juga dilarang sebenarnya kan.
BalasPadamIh samaaa kita kak. Biasanya tiap tahun saya selalu beli kue raya dari teman2 yg jualan. Tahun ini tak beli sedikitpun. Sebab saya tengah diet juga. Kue2 raya nih bukan banyak tamu nak DTG ke rumah. JD yg menghabiskan, saya juga 🤣🤣. Makin melebar nanti badan hahahah