Mirror of Society

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Mirror itu cermin. 
Semua orang tahu cermin fungsinya memberi pantulan kepada apa sahaja yang ada dihadapannya. Jarang benar cermin berfungsi untuk menipu pada pantulan.
mirror, thought

Society, masyarakat…itu plural. Ramai.
Tapi satu individu yang dikelompokkan digelar sebagai masyrakat. 
Maka, cermin bagi sesebuah masyarakat itu….adakah individu? 
Hari tu kecoh satu isu dimana seorang mahasiswi dianiaya dengan suatu perkara yang mengaibkan. Takut! Takut rasanya mahu menjejak kaki ke situ walau jaraknya masih dalam radius 5km dari tempat aku. Apa sudah jadi pada mangsa dan pemangsa?
Ceritanya, mangsa masih trauma dan pemangsa berjaya dijejak daan ditangkap. Seram dowh! Sumpah seram! Apa sudah jadi pada #Malaysiamasihaman ??
Bila agaknya isu perogol, penjenayah, peragut, perompak, pencuri, dan segala masalah sosial akan berhenti? Sedih betullah macam ni….tak pasal-pasal aku dan menghitamkan kawasan tu…
Malaysia masih aman. 
Ada segelintiran individu yang tak layak memegang status manusia yang bertopengkan haiwan masih berkeliaran mahu musnahkan keamanan Malaysia. Atau individu tersebut langsung tidak menghargai keamanan yang diberi selepas berpuluh tahun kemerdekaan? Apa nak jadi pengemis dunia? 
Sedih…sedih dan takut dan marah dan…tak tahu nak rasa apa. Cuma kena sentiasa bersiap siaga dan waspada pada kemungkinan yang kita tak tahu. 
Mirror of society…
Sekarang ni musim mengawankah?
Kes begini seakan menjadi satu siri. Siri seram bagi kaum Hawa.
Dan bila mana lelaki berpesan; “Yang perempuan tu, jangan dok jalan sorang-sorang. Pakai baju tak usahlah dok menjolok mata…’

Dan tampil seorang siswi mengupas, ‘kenapa bila isu begini terjadi, lelaki selalu letakkan isu pada pemakaian?’ 

Dan debat berpanjangan seakan isu Perkara 153. Sampai ke sudah tidak berpenghujung.

Masih amankah Malaysia?
Bila tengok pada statistik kes rogol di Malaysia ni, ia masih lagi dalam zon yang amat menakutkan! Seram sampai rasa, aku duduk bersama manusia atau binatang?😶

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala bencana dan fitnah dunia akhir zaman ini.
Akhir zaman,
zaman manusia sudah tidak segan silu bahkan berbangga dengan dosa…
Naudzubillah min dzalik…

doa,
sumber

Akhir kalam bagi entri ni, iringi langkah dengan mohon perlindungan dari Dia. Dia yang tahu segalanya. Kerna dunia hari ini, tiada jaminan untuk kita selamat tanpa pengawasan Dia. 

p/s: pesan pada diri yang setiap pergerakan itu semua atas izinNya. 

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Mirror of Society”

  1. bestnyaa!!! serius r xde org grab or ragut diorang? aman giler kalau malaysia macam tu.
    agama tidak diaplikasikan dalam hidup seharian mana orang mau takut tuhan…

  2. banyak benda seram jadi sekarang. dekat area sini kes curi baju dalam. Tak paham, kenapa diorang ambik .
    kadang rasa, manusia tuh lagi menakutkan dari anjing .

  3. Agree much T_T I feel the different vibes between living out there and in Malaysia. Of course everywhere in this world, we need to be careful but I can't deny that I become extra careful while in Malaysia. Can you imagine, in Czech, people can still ride a bicycle / bike and put their bags in the basket at the back? Kalau kat Malaysia ni, sah2 kita yang dipersalahkan kalau ada kes ragut kalau buat camtu.

    Paling sedih sbb mengenangkan orang2 yg buat masalah ni rata2 beragama. T_T

    hanisamanina.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading