You’re invited to ZCOOP Magazine!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Kebelakangan ni kalau korang perasan, terlalu banyak peluang dibuka kepada blogger. SushiVid, review barang, review website, review and review dan review lagi. Tapi kali ni, ada peluang lagi besar kepada blogger yang minat menulis!

zalora, magazine

Zalora Magazine @ ZCOOP magazine telah membuka peluang besar kepada blogger untuk menulis artikel di dalam majalah diorang. Kalau korang suka tulis tentang tips, gaya hidup, petua, perkongsian pengalaman travel dan sewaktu dengannya, korang sangatlah digalakkan untuk grab peluang ni.

Sebenarnya aku pun salah seorang contributor bagi Zcoop Magazine, 😎sebab tu aku nak semua rakan-rakan blogger aku turut merasai kemeriahan menjadi contributor di ZCOOP Magazine. (emangnya gue jarang menaip artikel untuk mereka kerna idea gue kureng bernas untuk dimasukkan dalam makalah itu dong…hehehehe)

Tapi, kalau korang tak nak tulis artikel banyak-banyak pun boleh. Sebab program ni Zalora letakkan syarat yang sangat mudah.

Syarat dia:-

  1. Seorang blogger
  2. Minimum 30 blog post
  3. Minimum satu entri setiap dua bulan

Senangkan? Lepas tu, kalau korang memenuhi kriteria blogger kat atas, korang hanya perlu buat dua artikel dalam masa tiga bulan!

Reward?

Artikel korang akan terpampang dalam Zalora @ ZCOOP magazine.

Pernah bercita-cita nak jadi penulis artikel dalam majalah tapi tak pernah tercapai?

Haa…inilah peluang korang untuk asah skil menulis korang. Menulis semua orang boleh, tapi nak bagi penulisan tu kekal dan berkesan, memang kena ada skil.

Kalau korang berminat nak menceburkan penulisan korang dalam majalah ni dengan lebih lanjut, korang boleh email dekat nurul.aini@my.zalora.com

InsyaAllah, setiap yang diusahakan itu akan membuahkan hasil. Kalau tak usaha, manakan dapat hasilnya, iya dak?

Till we meet again!

Jadi blogger, tido pun insyaAllah masih boleh buat duit.

#doakanyangterbaik and #happyblogging !😎

p/s: segan nak ngaku yang aku ni contributor zcoop magazine. lol! hahahaha can i just work behind the stage? #dilemabudakambivert 

Keep reading on

Things make me LAZY to update the blog!

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh …

Time to stay low

Hello there, It’s been a long day without new entry. Always make a same old …

Soalan???

“ASSALAMUALAIKUM” Q:1. Banyak-banyak novel @ buku yang korang baca, buku apa yang watak dia bersatu dengan …

Saving Private Ryan

“ASSALAMUALAIKUM” Sejak ‘jatuh hati’ dengan cerita-cerita army, aku dengan rajinnya pergilah mencari ‘Top 10 Best …

Perbezaan antara Geomatik Tulen, GIS dan Sumber Alam.

Holla there! First of all, aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi …

Untold Story

“ASSALAMUALAIKUM”Salam jerebu satu Malaysia!hahaha….jerebu dah naik ke Perlis da….nak lepak kat Academic Height (A.H.) pun …

Any thought?

0 thoughts on “You’re invited to ZCOOP Magazine!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top