Lepak Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
“ASSALAMUALAIKUM”

Iyap! lusa paper Hydro…dan aku boleh lagi pergi lepak-lepak di tempat wajib pelajar uitm Arau…mana lagi kalau bukan Academic Height (A.H.). Bertemankan dua ‘sahabat’ku yang setia (muzik + diari) aku pun santai petang sambil qada’ makan di bawah pohon yang amat rendang…
pergh! bahagia giler…only me and my imagination world…
nikmat angin Tuhan lagi damai dari kipas kat bilik…feeling giler…

Ceritanya aku lepak hari ni bukan apa, aku dah jauh sangat lost…dah nak tenggelam lemas dah pun…but, bangun jer hari ni aku tetiba terdetik,
“kalau musim final semua orang lepak kat library bersama geng or gf/bf, kenapa tidak aku pun lepak dengan Tuhan kat P.I dan alamNya?” 

Maka, aku pun terus bersiap nak bertemu janji denganNya…seorang pun takpa…(pernah pulak aku berteman, iya dak?) dan aku hanya follow je mana arah kaki aku nak tuju.
Follow the flow…no need to stress…just be myself. Dan pada alam aku berbicara. Alam yang tak pernah mengeluh…yang tak pernah jemu memuji Tuhan…buatku terfikir dan terfikir…termenung sampai lupa, maghrib dah menjelma…dan aku pun pulang…
Iya, memang susahkan kalau aku kata, aku ni yang taknak bergaul dengan orang…bukan orang taknak bergaul dengan aku…sebab?entah! kadang aku perlukan suatu hari yang aku perlu menjadi bisu. Tutup mulut dan buka minda. Banyak benda baru aku akan belajar. Lebih dari biasa.
Tipulah kalau aku kata aku boleh hidup seorang atas dunia ni,..nonsense betullah! 
Bukan macam tu…aku cuma perlu ruang untuk diri sendiri…ruang yang orang lain tak perlu faham pun takpa..janji aku ada alam semesta yang memahami. Jiwa damai, tenang…dan bebas dari kekusutan yang tak pernah selesai..dan berharap sangat hari-hari seperti ini tak akan berlalu…
Sedih jer nak berpisah….

Dan masa aku lepak, adalah kelas lain tengah beriadhah…diorang ajak, tapi aku tolak. Yang tak boleh blah, ada ke depa kata aku putus cinta…haih, cinta pun aku tak kenal, celah mananya nak putus la hai…aku sengih jerlah…geleng kepala…budak-budak…(hahahaha macamlah aku ni tua sangat…)

Aku bukan jenis yang main-main dalam hubungan yang melibatkan masa hadapan aku..sebab aku fikir panjanglah, aku tak pernah terdetik nak bercinta masa belajar. siapa boleh guarantee yang cinta tu kekal? *geleng kepala* 

naa….see..sebab aku sayang parents aku, aku sayang pada generasi aku yang akan datang, aku sayang diri aku…aku taknak jadi pencinta yang tipikal…paling penting dengan Tuhan sendiri pun aku tak dapat nak Cinta, inikan pulak ciptaanNya…aish..memang susahlah aku nak tangkap cintan an…nak wat macam mana…cintaku limited edition! #perasantakhabis

ok stop-stop…ni topic dah over sangat nih…mana pergi lepak ahad aku da…

(habis pyan tu apa? oh…pyan tu just imaginary je…macam imaginary line untuk selesaikan missing line dalam masalah survey computation or offset untuk sambungkan traverse lama dengan traverse baru…*falsafah budak geomatik*)

**intermission**

sebenarnya nak jugak post gambar nasi goreng kampung ’emas’ aku and latte, tapi takut tercicir air liur orang yang baca nanti berdosa pulakkan…huhuhuhu…
ok, thanks for spend time to reading my nonsense idea…sampai bertemu kembali!

 “Kita akan mula menghargai hidup bila ‘kematian’ menghampiri…”-sofie

Soundtrack: pieces-Sum 41

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading