Aku Tak Faham!

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Too March stories
Self Care On A Budget
“ASSALAMUALAIKUM”

Cerita lepas zohor tadi.

Aku jadi ‘posmen’ untuk member aku yang befday hari ni. Yeah, right aku ingat ‘posmen-posmen’ ni takdelah berlaku dekat aku..Tapi, nampaknya watak tu jatuh kat aku pulak!
Nasib akulah ‘posmen’!

Hantar apa? Ok, bunga ros merah hidup…hanya bunga tanpa si bear..(sebab ramai orang tengah jual bunga sempena konvo lah katakan…)

Macam klasik pulak. Ok, itu tak klasik sebab ajak ‘kawan perempuan’ beli bunga untuk ‘teman wanita’. Aku tanyalah dia, apasal tak ajak member laki? 
Segan katanya…pulak!!! Habis dengan aku tak segan? Tak!
Dia tanya aku; ‘ Ko malu ke nak bawak bunga yang besar tu nanti?’

Oh, of course not! sebab apa nak segan? (habislah aku…kalau secret-secret admirer aku nampak nanti kecewa pulak diorang…jatuh reputasi single aku…Oh,…tolonglah aku masih single…chit! perasan lebih! eh, tak-tak dia muda dari aku okey! aku tak berkenan sangat dengan orang muda dari aku..hahaha janganlah time ni pulak crush-crush aku lalu…amiin) takdelah aku gurau jer…sapelah nak jadi SA aku kan?

Okey, untuk member merangkap befday boy aku tak berkira..ini masa dia…mungkin time aku pulak nanti aku boleh mintak tolong dia pulakkan? yeah you can count on me…No offense!

Dan dan pulak time jalan nak balik kolej hujan gerimis…haila, dah macam drama melayu pulak aku rasa…At last bunga tu dah pun selamat bertapak di atas meja si penerima sjam yang lalu.
Fuh! mission complete!

Dan aku terfikir sepanjang perjalanan aku menghantar bunga tadi..
‘Apa yang orang fikir bila tengok seorang perempuan membawa bunga?’ Aku malas nak fikir apa yang diorang fikir. Sebab aku just ‘posmen’ bukan ada kaitan dengan si bunga pun!

Happy Old Days to you!
Harap ko berbahagia dan sentiasa berada dalam naungan rahmat Ilahi, Amiin….

Si bunga.

Kabur sebab fon cikai je…Gold, hijau,tambah ros 5 kuntum..huish, pelaburan yang sangat besar tu…

Nak je tanya si penerima; ‘Apa perasaan bila dapat bunga?’ Tapi, aku abaikan je soalan tu. Dah aku malas nak masuk dalam hal ‘personal’ orang..kalau nak cerita, ceritalah…tapi aku takkan tanya..
Sebagaimana aku pun tak suka ditanya tentang hal yang berkaitan dengan personal aku. Itu hak masing-masing dan ianya bebas tanpa paksaan. Janji korang bahagia..
Ok frenz…sori sebab buat entry pasal si bunga ni…apa-apa pun aku konfom yang diorang takkan rajin punya nak main baca blog ni…hehehehe
Habis cerita…….

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Aku Tak Faham!”

  1. ops! tuan bunga suda baca sini da….hahahahha

    wish u two get married soon….^_T

    pastu kau pun sumpah seranah aku sambil sengih macam kerang busuk….terimala dia weh…:P

  2. Aku pun taktau la masa tu nak rasa terharu ke rasa marah ke apa. Sebab macam takleh blah en, kwn je bukannya ada apa2. Tapi masa tu la baru aku tau yg dia ni mmg betul2 ada hati kat aku. Hahahahahahahaha ok dah ah stop, crita lama. huhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading