Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Malam yang kelam, bahang kian terasa. Walau selebat manapun hujan yang melimpah, anginnya tiada.

Dia menerawang menyusuri jalan maya, mencari ilham.

Kita ini hanya ditakuk ini sajakah? Memang begini sentiasa atau kita ini yang buta tiada rasa syukur di jiwa...suaranya itu walau tiada didengar namun terasa bingit hingga ke telinga.

Usahlah dirungsing. Inikan pada usaha kita juga. Walau tersurat semuanya, usaha itu paling bermakna. Tanpa usaha, kita akan mudah berputus asa.

Iya, jika ada usaha tapi masih jua belum terlihat segalanya, kadang lelah itu dirasa jua...

Aku faham. Aku tahu perasaan kamu.

Andai telah diusaha, usah dirungsing. Kitakan ada Dia.

Mereka diam. Ya, usaha pun sekerat cuma, tapi mengeluh seperti manusia tiada iman di dada.

Pandangan terus dibuang pada lautan awan yang terusan membasahi jalan. Terlihat kelabu pada matanya. Betapa lebatnya hujan ini hingga sukar ditelus alam sebelah sana.

Tetapkan hati untuk bersangka baik pada setiap perjalanan yang Dia tentukan. Iya, kadang benar jalan itu kamu yang sengajakan. Tapi, tidak dia terdetik untuk mengharungi jalan sebegini. Jalan yang sunyi...

Jalan yang masing-masing lebih selesa untuk menyepi diri.

Tidak mengapalah, perjuangkan ia sebaiknya. Ada rezeki nanti, adalah...

Tulisan melankolia menemani malam yang hanya diteman suara si penghawa dingin. Malam yang bahang kata dia. Sebahang rasa ingin terus berjaya tanpa sebarang usaha. Ah! Rengusan itu membuat dia tewas.

Tiada keberhasilan kan dapat tanpa usaha kawan. Semua perlu pada usaha. Pengorbanan sesuatu itu sebagai cagar yang kamu perlu bayar jika ingin berjaya.

Anggukan kepala hanya diberi sebagai tanda akur.

Usahlah dirungsing, kitakan ada Dia. Bersangka baiklah...

Boleh ke kita berjaya? soal dia mulai meragui.

InsyaAllah boleh. Sebagai hamba, jalan kita usaha, usaha dan terusan usaha. Kemudian doa. Doa agar perjalanan kita ini dipermudahkan.

Ya...ini sudah masuk tiga bulan, namun tiada keberhasilan.

Alah....baru tiga bulan.

Iya, itu katamu 'baru'. Yang kesuntukkan waktu itu sudah terasa bagai dihalau saja rasanya. Malas mahu bertingkah bila segala sudah dipertikai.

Iya...ambillah segalanya. Ambillah semua...tidak juga hendak dihirau segala apa yang membuat jarak mereka makin jauh dari semua. Ya...ada bagusnya ia begini.

Asing. Sepi.

Namun jiwanya tenang.

'Takpelah...itukan hak mereka. Kita doa semua agar berjalan lancar.'

Terima kasih sentiasa ada. Kita pun tidak mahu dirungsing pada bukan kuasa kita. Buat lelah saja.

Semoga semuanya selesai dengan amannya. Amin...

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan tahun baharu 2025.

Siapa sangka kita akan bersua hingga tahun ke angka begini. Langsung tidak percaya. Sungguh! Menarik hembusan nafas teramat dalam bagi mencerna kesahihan yang udara hari ini itu dihirup merupakan udara tahun baru.

Iya...bulan baru Rejab 1446H sudah kalian. Terlalu banyak angka hingga terasa benar masa berlalu dengan pantas. Dalam pantasnya, terasa debaran. Dimana hujungnya?

Tidak mengapa kita menghargai detik yang ada. Menghirup serta menghela dengan ritma kita. Ada rezeki nanti, adalah...InsyaAllah.

Kelihatan postingan yang meriah sempana penutupan tahun lalu. Tahun yang banyak menguatkan hati dia menjadi manusia yang menerima segala dengan hati terbuka. Tahun di mana wujudnya dia sebagai watak utama. Tidak lagi mengisahkan apa-apa.

Mahu hingga ke tahap begini, masanya memang berperanan besar. Dari sekecil anak yang terpaksa matang emosi sebelum usia. Hingga ke usia menjadi seorang bonda. Rindunya pada suasana purbakala. Bukan sekadar merindui permai desa...bahkan segala harga yang mampu dibeli hanya berbekalkan wang sekupang semata!

Kini...sekupang apa pun tiada mampu milik apa-apa. Bahkan menjadi yuran pada sesuatu yang milik kita. Ah....langsung tidak masuk akal!

Ada rezeki nanti, insyaAllah bersua kita hingga ke Ramadhan yang Mulia. Ah...suasana yang dirindui. Rindunya pada sesuatu yang kehadapan. Rindunya pada detik sekarang yang sedang berjalan. Rindunya pada setiap memori yang menjadikan dia orang pada hari ini.

Tapi tidak dia mahu lagi berpaling terlalu lama pada sebuah cerita lama. Itukan kisahnya lama. Dia pun sudah tidak di situ lagi. Lama sudah berganjak dari dunia sana. Melangkah untuk ketenangan.

Tidak dia mahu lagu keriuhan. Tidak jua pada soseh soseh yang belum jua berada saat dia terjelepuk kelak. Ada rezeki nanti, kita usaha kehidupan lebih baik. Aminnn.

Ada rezeki nanti,...bisiknya lagi. Masih rezekinya.

Takpelah, sekarang kita hanya menanti penuh kesabaran. Tenang duhai jiwa, usah melatah pada sesuatu yang luar dari kawalan kita. Senyumlah...senyum sebagai penguat kita.

Jadinya, 2025 ini dia pun tidak berharap setinggi langit lagi. Cuma mahu lebih rajin sujud pada dahi.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita dunia akhirat. Aminnn...

Dengar cerita ramai yang teringin beli rumah. Tapi masih mampu tengok je dulu. Nak membeli, masih lagi mengumpul. Habis kerat tenaga dah dikerah pulas sampai kering keringat. Makin lama, duit yang dikumpul buat bayaran muka tetap juga belum mencukupi.

Zaman dah keras kawan. Azam dalam hati yang rezeki itu semua dari Tuhan. Niat untuk membeli rumah itu bukan untuk bermewah. Cukuplah menyediakan yang terbaik buat keluarga. Kecil manapun, jika ia milik kita walau sementara pun sudah tersenyum lega.

Proses carian rumah untuk dibeli ni bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Kalau betul ingin, usaha tu memang kena ada. Usaha, ikhtiar dan tawakkal. Itu prinsip sebagai seorang muslim.

Jadi kali ni aku kongsikan dengan kalian senarai website yang boleh membantu kalian dalam proses mencari rumah idaman disamping menambah pengetahuan dalam industri hartanah.

TEDUH

(https://teduh.kpkt.gov.my/)

"Sistem Bank Data Perumahan Negara (TEDUH) adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu komponen dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program atau skim perumahan.

TEDUH juga merupakan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam usaha menyediakan saluran rasmi yang inklusif bagi maklumat perumahan awam dan swasta kepada rakyat, agensi kerajaan, badan berkanun, agensi pembiayaan perumahan dan pemaju swasta."

Kalau korang pergi dekat pautan 'Perumahan Swasta' - 'Projek Perumahan Swasta'; pautan ni korang boleh masukkan nama projek yang korang nak tahu, dan di situ dia akan paparkan secara terperinci rekod daftar bagi projek yang kita cari tadi. Antara maklumat yang dipaparkan adalah:

1. Maklumat pemaju

  • Maklumat projek
  • Maklumat perjanjian jual beli
  • Status terkini projek
  • Paparan keseluruhan unit: Dekat sini korang boleh tengok status unit Telah Dijual, Belum Dijual, Unit Kuota Bumi serta Jumlah Unit
  • Iklan yang diluluskan
  • Lokasi projek
  • Selain daripada sekadar tahu nama pemaju, kita juga perlu familiar dengan nama-nama kontraktor yang terlibat dalam menjayakan pembinaan rumah tersebut. Mengenal pasti kontraktor utama bagi sesebuah projek dapat membantu kita mengenal pasti jenis 'defect' yang kita akan hadapi ketika kita mendapat milikan kosong atau dalam English 'Vacant Possession' nanti.

    Defect ni bukanlah perihal kecil selepas kita mendapat kunci nanti. Jadi kena siapkan jiwa raga, masa dan poket yang tebal juga bagi memastikan kediaman kita itu selesa serta dalam kondisi yang selamat didiami.

    Gambar di bawah ni merupakan contoh info yang akan dipaparkan bila korang buat carian.

    Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta

    (https://search.lppeh.gov.my/)

    Katalah rumah yang korang berkenan tu ada diiklankan oleh sekian agen. Untuk memastikan kesahihan agen tersebut korang perlu selidik jugak latar belakang mereka. Bagi menyelidik samada firma yang mereka kerja itu betul-betul berdaftar dan takde masalah apa-apa, korang boleh pergi ke LPPEH Search Firm ni.

    Kita kena tahu juga peranan agen dalam pencarian serta proses pembelian aset terbesar kita ni. Nak-nak pulak ada setengah agen kata, agen fee 3% + SST. Ada kata, 3% termasuk SST. Jadi terpulang pada korang nak mencari agensi yang macam mana. Janji...janji semuanya telus dan ada hitam putih.

    Ingat tu. kita sekarang tengah berurusan dengan aset yang makan 6 angka. Untuk setengah orang memang mereka boleh sedebuk bayar tunai. Tapi macam mana macam mana sekalipun, baik berwaspada daripada terkena. Satu sen pun duit ui!

    Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

    (https://napic2.jpph.gov.my/ms)

    NAPIC merupakan akronim kepada National Property Information Centre atau Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. NAPIC ditubuhkan atas gesaan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berkehendakkan sebuah pusat maklumat harta tanah ditubuhkan bagi tujuan memantau pertumbuhan industri harta tanah di seluruh negara.

    Haaa....website ni tersangatlah menarik untuk kita kaji trend industri hartanah. Selain pada tu, kita juga boleh baca kajian serta laporan yang ada ni bagi kita tahu nilai sesebuah hartanah tersebut.

    Memang kadang rasa betul ke rumah ni balance antara demand dengan supply dia? Tengok macam isu ni takkan pernah ada penghujung. Sebab kita sendiri tahu permainannya bagaimana. Cuma hadap tak hadap saja...Kualiti vs kuantiti kata orang

    Betul ke kualiti = mahal? Bukan harga rumah memang sedia ada mahal ke? Kenapa masih tiada kualiti?

    Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

    (https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/)

    Kotlah ada rezeki rumah idaman korang tu tersenarai dalam pakej Rumah Selangorku, apa salahnya jimatkan dua-tiga puluh ribu untuk keistimewaan ni.

    Yang penting cuba. Dapat tak dapat belakang kira. Lagi-lagi untuk pembeli rumah pertama yang inginkan rumah projek baru,

    Kelebihan:

    • Jimat kos melalui inisiatif kerajaan.

  • Peluang untuk pembeli rumah pertama memiliki rumah projek baru.
  • Tips:

    • Sentiasa semak kelayakan sebelum memohon.

  • Manfaatkan insentif kerajaan jika rumah idaman tersenarai dalam skim ini.
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

    (https://www.jpph.gov.my/v3/ms/)

    JPPH ni mak kepada NAPIC dan berkait dengan LPPEH juga. Jadi dalam hal ehwal hartanah, JPPH adalah Jabatan dia. Manakala LPPEH merupakan Lembaganya.

    Info penting korang boleh perolehi dari sini seperti semakan status penilaian hartanah korang.

    Brickz

    (https://www.brickz.my/)

    Kelebihan:

    • Ketahui harga pasaran berdasarkan data transaksi terkini.

  • Bantu membuat rundingan harga dengan pemilik rumah.
  • Tips:

    • Gunakan maklumat ini untuk mengelakkan membayar harga terlalu tinggi.

    Fungsi Brickz ni untuk korang tahu dan faham harga market value sesebuah rumah yang korang target nak beli tu. Dengan info ni, korang bolehlah guna untuk sesi negotiation harga dengan tuan rumah (kalau korang beli rumah sub-sale atau secara direct owner. Kalau rumah baru memang harga tetap oleh pihak pemaju).

    Laman website info hartanah yang lain

    • Property Guru: Untuk carian rumah dan iklan hartanah.

    • iProperty: Untuk maklumat projek perumahan baru dan rumah sub-sale.

    • Mudah.my: Untuk pembelian rumah secara terus daripada pemilik.

    • Facebook Marketplace: Untuk mencari rumah yang dijual secara langsung.

    Sebagai konklusi, aku boleh gulungkan website tersebut sebagai:

    TEDUH Untuk tengok rekod pengesahan Certificate Of Completion And Compliance (CCC) , tarikh daftar siar, rekod jualan rumah dan lain-lain
    LPPEH Untuk semak daftar agensi hartanah
    NAPIC Carian trend pembinaan hartanah di sesebuah kawasan yang kita nak beli
    JPPH Sekadar info tambahan dan semakan penilaian bagi hartanah yang kita beli
    LPHS Pendaftaran bagi Rumah Selangorku di bawah inisiatif kerajaan.
    BRICKZ Semak market value dan nilai transaksi sesebuah hartanah di kawasan sekitar yang kita nak beli.

    Membeli rumah melibatkan dana yang besar, oleh itu memerlukan kajian yang terperinci. Dengan pengetahuan dan rujukan yang betul, korang dapat membuat keputusan yang lebih yakin dan bijak. Selamat mencari rumah idaman anda!


    Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

    Salam Singgah

    Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

    Singgah & FOLLOW

    Singgah Baca

    • Recommended blog editor: MellyaCrayola
    • Sekerat Jalan
    • 7143 45 U537355 93850N

    Singgah Beli Dulu

    Singgah Selalu

    • Blog Anamizu™
      Masalah Tukar Duit Raya
      8 jam yang lalu
    • cikcappuccinolatte
      Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
      20 jam yang lalu
    • Jurnal Shikin Razali
      Salam Ramadan
      2 minggu yang lalu
    • Sembang Sorang
      Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
      6 bulan yang lalu
    • aienienka
      Tulisan pertama pada 2025
      6 bulan yang lalu
    • Wa Thought...
      Untung
      10 bulan yang lalu
    Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

    Singgah Borak

    Arkib Blog

    • ▼  2025 (26)
      • ▼  September (4)
        • Kenapa Kau Menangis…
        • Nila Seputih Biru
        • Adalah Tu
        • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (3)
      • ►  Jun (3)
      • ►  Mei (2)
      • ►  April (4)
      • ►  Mac (3)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2024 (34)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (1)
      • ►  Oktober (4)
      • ►  September (3)
      • ►  Ogos (3)
      • ►  Julai (5)
      • ►  Jun (7)
      • ►  April (3)
      • ►  Mac (1)
      • ►  Januari (5)
    • ►  2023 (58)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (3)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (5)
      • ►  Ogos (5)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Mei (2)
      • ►  April (12)
      • ►  Mac (8)
      • ►  Februari (6)
      • ►  Januari (6)
    • ►  2022 (46)
      • ►  Disember (4)
      • ►  November (3)
      • ►  Oktober (5)
      • ►  September (4)
      • ►  Ogos (2)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (1)
      • ►  April (7)
      • ►  Mac (2)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (7)
    • ►  2021 (91)
      • ►  Disember (8)
      • ►  November (20)
      • ►  Oktober (6)
      • ►  September (9)
      • ►  Ogos (8)
      • ►  Julai (5)
      • ►  Jun (9)
      • ►  Mei (9)
      • ►  April (8)
      • ►  Mac (6)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2020 (39)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (2)
      • ►  Jun (13)
      • ►  April (6)
      • ►  Mac (8)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (6)
    • ►  2019 (51)
      • ►  Disember (5)
      • ►  November (2)
      • ►  Oktober (3)
      • ►  September (8)
      • ►  Ogos (3)
      • ►  Julai (4)
      • ►  Jun (6)
      • ►  Mei (4)
      • ►  April (2)
      • ►  Mac (4)
      • ►  Februari (2)
      • ►  Januari (8)
    • ►  2018 (58)
      • ►  Disember (6)
      • ►  November (4)
      • ►  Oktober (8)
      • ►  September (8)
      • ►  Ogos (11)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (2)
      • ►  Mei (3)
      • ►  April (1)
      • ►  Mac (7)
      • ►  Januari (2)
    • ►  2017 (59)
      • ►  Disember (2)
      • ►  November (4)
      • ►  Oktober (5)
      • ►  September (6)
      • ►  Ogos (7)
      • ►  Julai (7)
      • ►  Jun (5)
      • ►  Mei (6)
      • ►  April (6)
      • ►  Mac (7)
      • ►  Februari (3)
      • ►  Januari (1)
    • ►  2016 (109)
      • ►  Disember (6)
      • ►  November (5)
      • ►  Oktober (11)
      • ►  September (7)
      • ►  Ogos (4)
      • ►  Julai (4)
      • ►  Jun (4)
      • ►  Mei (14)
      • ►  April (4)
      • ►  Mac (21)
      • ►  Februari (14)
      • ►  Januari (15)
    • ►  2015 (72)
      • ►  Disember (20)
      • ►  November (12)
      • ►  Oktober (10)
      • ►  September (1)
      • ►  Ogos (3)
      • ►  Julai (6)
      • ►  Jun (4)
      • ►  Mei (8)
      • ►  April (3)
      • ►  Mac (2)
      • ►  Januari (3)
    • ►  2014 (44)
      • ►  Disember (10)
      • ►  November (20)
      • ►  Oktober (2)
      • ►  Ogos (1)
      • ►  Julai (3)
      • ►  Mei (1)
      • ►  April (7)

    Anda Awesome ✨

    Tengah Kemas Rumah

    Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
    Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

    Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026