Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Alhamdulillah sejak masuk bulan April ni hidup aku berlalu seperti sebuah drama RTM. Sebuah struggle yang jarang dikongsi tapi aku tetap akan cerita. Seolah pengalaman hidup ini sebuah dongeng dan ilusi yang orang tak akan percaya. Aku sendiri pun kadang tak percaya yang aku boleh hadap setiap pengalaman tu.

Misalnya yang paling-paling dan terpaling aku tak percaya setakat hari ni adalah aku menjadi warehouse helper dekat Mydin. Itulah pengalaman terpaling takut yang pernah aku alami. Ye lah mana taknya, dalam ramai-ramai pekerja kat situ aku adalah manusia warganegara. Semua adalah pekerja luar. Mahu tak nervous jiwa nih.

Tapi aku hadap dengan sabar. Kerja dan hidup ni keras kawan. Maka kita kena steady. Tenang saja anak muda.

Bermula 1 April hari tu aku dah join GoGetter secara aktif dan rasmi. Selama ni aku register aku tak pernah pun ambik mana-mana job lagi. Maklumlah waktu dan tarikh tak bersesuaian. Selepas dua minggu pergi balik interview, aku pun mula cari ikhtiar untuk buat duit setiap hari, dengan kerja yang lebih realistik dan lebih kepada pengalaman dunia yang aku jarang ceburi.

Penat memang penat, tapi seronoklah sebab kau boleh kumpul seberapa banyak pengalaman yang kau mahu. Sisi hidup yang orang tak pernah kisah akan jatuh hidup kau. Hahahaha tapi kita enjoy. Kita syukur sebab masih dikurnia kudrat serta jiwa yang kental untuk hadap segala ujian. Alhamdulillah.

Mungkin dengan pelbagai pengalaman ni aku akan mula kumpul sedikit demi sedikit sebelum terbit buku.

Kenapa masih tak terbit?

Sebab pengalaman masih belum banyak. hahahaha dasar alasan tak logika la kau.

Aku doakan agar kita semua diberi kecukupan dan kemudahan dalam mengharungi kehidupan. Aminnn...

InsyaAllah dengan cerita yang banyak ini, perlahan aku nukil buat tatapan rasmi awam kelak. Sape yang dah lama baca blog aku, dan masih setia tu, aku ucapkan jutaan terima kasih. hahahahah kalau adalah....aku pun tak tahu ada lagi ke manusia yang enjoy baca cerita merepek aku nih.

Huhuhuhu...ada tu cuma aku tak tahu hahahaha gila perasan sia minah ni!

Dahlah weh, esok shift kerja start awal, kena gerak awal. Ni mata sejak Ramadan asyik kerja nak pejam semedang. Ah! aku kena lawan! Hidup harus diteruskan!

Semoga dipermudahkan urusan semua!

Till then!

p/s: kata tak nak raya, tapi beli jugak baju rayanya...apodaa

Banyak sebenarnya nak bercerita bila ditanya kenapa pilih untuk setia berblogging.

Ada lagi ke orang baca blog?

Relevan ke blog ni?

Ada ke market untuk dunia blog?

Blog? Wujud lagi ke blogger jaman now?

Dan yada yada yada...

Aku blog bukan untuk content tarik orang, suruh beli barang, suruh itu ini itu ini...tak. Aku blog sebab minat. Hobi. Saja isi masa lapang, kosongkan fikiran yang amat bingit dalam kepala ni dengan menulis. Tulis blog ni macam terapi untuk aku. Kalau aku sendiri dah tak enjoy untuk menulis di blog, what's the point dowh?

Kalau sekadar nak duit, banyak lagi cara lain aku lebih rela untuk dapatkannya. Asalkan dia tak ganggu gugat minat aku pada meluah rasa melalui penulisan.

Dulu pernah rasa terjerat dengan simptom macam ni. Rasa 'ada ke orang nak baca cerita aku?'.

Semua rasa imposter syndrome tu sampai sekarang susah nak buang. End up, aku asingkan diri aku dari entiti yang terlalu massive dalam pemasaran. Phew!

Leganya hanya Tuhan yang tahu bila dapat blog secara aman tanpa rasa beban.

Sebab tu aku teruskan blog walau tak de pembaca. Sebab disinilah zon selamat untuk aku bercerita tanpa sebarang prejudis.

Ruang untuk aku sembang, borak kosong tanpa sebarang interaksi.

Ruang untuk aku kongsi pengalaman yang mungkin bermanfaat untuk orang lain. Siapa tahu...

Tajuk ni dah terperap lama sebagai draf. Entah malam ni aku baru rasa nak bahas isu ni. Walhal takde benda pun untuk dibahaskan.

Korang nak blog untuk apa, ikut suka koranglah. Ni blog aku, ikut suka akulah an nak blog sebab apa. Niat memasing. Terpulang. Takde benar takde salah. Kita punya cara yang tersendiri dalam menafsir dunia blogging.

Kenapa orang macam lekehkan blog ea? Sebab dah ada TikTok yang lebih menghiburkan dan lebih wow?

Sebab ada Twitter sebagai platform paling interaktif?

Nah...itu semua menumpang platform orang. Sampai masa bila dorang shutdown, kita punya data tak dapat diselamatkan. Macam blog, lebih-lebih lagi yang ada domain dan hosting sendiri, itu semua hak kita. Kita boleh modified sesuka yang kita suka.

Cenggitulah dia kenapa aku lebih suka blog dari banyak-banyak platform lain. Plus, design kita boleh custom made kot. Haa....semua itu kita punya.

Aku dulu kini dan selamanya akan jadikan blog sebagai open diary untuk aku. Ada cerita aku kongsi bagi fikiran aku tak terbeban. Ada kisah yang aku garap sekadar bayangan realiti yang terlalu sarat untuk dihela. Ada dongengnya yang buat aku terperangkap dalam maya kaca. Ada realiti yang diaduk sama tanpa sebarang jaluran masa. Sebab tak semua cerita kita layak punya pembaca dan tak semua perkara jua perlu dihebah pada dunia yang tidak tersedia dengan pemahaman yang sama.

Sakit sebenarnya nak peram rahsia sorang. Walau kita ada Tuhan untuk mendegar segala cerita, ada cara lain juga untuk dibuang rasa ni. Aku?

Sebab blog lah terapi aku.

Aku takkan giveup dengan blog.

Blog yang ada kala jatuh bangun dan tika aku langsung hilang minat padanya.

Blog kekal disisi. Sebab tercoret cerita yang hanya aku yang akan menyengih tika membaca.

Tulislah blog....seronok kot. Tak rugi papepun dengan menulis dekat blog. Mungkin boleh start dengan versi percuma. Pastu lelama upgrade satu persatu.

Macam aku dulu. Start dengan nama legend. Sampailah sekarang. Domain ni pun tak lama lagi dah nak ke usia 10 tahun.

Biarlah tak de generate apa pun, yang penting ia hidup dalam jiwa aku.

Kay r, takat tu lah bebelan aku pasal blog dan sebabnya. Korang nak blog ke taknak, itu hal korang. Macam aku dah ada blog, kadang update kadang tak tu, itu hal aku. Ada perkara aku update untuk bacaan sendiri, aku takkan update sini. Kau faham tu?

Sebab hanya jauhari yang mengenal manikam.

Jangan terpedaya sangat dengan sisi sosial maya ni. Banyak sangat gulanya sampai kau rasa insecure. Takyah cayalah. Lebih lagi platform LinkedIn. Tak payah! Tak pepasal level insecurity kau terus ke luar kosmos. Naya mental jiwa raga. Kalau tak ready tak yah ke sana. Okay?

Kau je yang kenal diri kau. Tengok boleh percaya jangan. Itulah mantra akhir zaman ni. Banyak sangat fitnahnya. Mintak dijauhkan dari perihal yang buat kita semakin jauh dengan Tuhan.

Papehal roger. Adios!

Sementara menunggu waktu berbuka, aku habiskan masa menaip disini sambil mendengar nasyid dak Mawaddah. Ya, the only nasyid yang boleh dihadam oleh halwa aku kala bulan Ramadan. Nak melayan yang lain, kadang jiwanya tiada dan mesejnya jugak tak sampai.

Maka, alhamdulillah setelah 5 hari berehat, aku kerja jugak hari ni. Simple je kerjanya tapi okaylah boleh buat duit tepi. Maklumlah aku pun tak pasti berapa kerat hasil kerja yang aku dapat bulan lepas. Tawakkal pada Allah.

Kisah kita banyak lopongnya. Tidak sempurna kata orang. Kadang meleset dari segala jangkaan. Tapi untuk mencintai sesuatu yang tidak sempurna itu memerlukan jiwa yang besar. Sebesar alam disamping kekuatan hati yang dikurnia Tuhan. Tak, aku tak pernah baik. Tapi aku sentiasa doa dan cemburu pada mereka yang Tuhan pelihara. Aku cemburu. Aku cemburu...

Aku ujiannya begini. Hidup dan jalannya semakin hari semakin sepi. Yang jadi teman sembang adalah Tuhan. Tetaplah senyum walau jiwa galau.

Begitulah dunia sejak mutakhir ini. Tak pernah jangka jalannya begini. Tak pernah jangka juga yang aku tetap mengharunginya walau penuh berduri. Yelah, hidup ni hadap saja jawapnya. Biar masa jadi pengubat. Tenang saja anak muda.

Aku pun dah habis layan sitkom Seinfeld. Macam ginilah jiwa bila habis layan series. Rasa sunyi sebab hidup aku tak semeriah seperti yang series gambarkan. Huhuhuhu sebab tu aku suka layan series.

Okaylah, dah nak waktu berbuka ni. Aku siap-siap juadah dulu sambil pilih kartun atau series apa untuk dijadi teman makan. Kalau takde, jawabnya layan Friends or repeat series lama-lama dululah...

Selamat berbuka gais!

Papehal roger!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    7 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    19 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026