Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Aku ingat dah jam 23. Tapi rupanya ada 20 minit lagi sebelum aku pilih untuk menatap buku.

Aku tak tahu apa masalah orang lain, yang penting masalah aku selesai dengan aman. Aku taknak bercampur dengan orang sebab setiap dari orang yang kita kenal akan membawa pada pemahaman masalah yang dorang hadap. Kenapa aku perlu faham akan masalah diorang walhal diorang kadang tak pernah faham apa masalah kita?

Kenapa?

Orang cakap itu teknik pengurusan masalah kendiri. Bagi aku, cukup hanya kita jaga diri dan usah terlalu damping pada orang yang tidak pernah ada saat kita perlu. Setel. Hidup ini simple...

Kadang simplenya buat kita mencari masalah. Pandai cari masalah, pandailah simpan. Setel bukan?

Kenapa nak rumitkan keadaan dan mencipta masalah yang punya jalan penyelesaian?

Ko-mu-ni-ka-si!

Dan aku di sini hanya diam. Kalau satu pihak saja yang bercakap itu bukan komunikasi, Itu hanya sesi luahan ketidak puasan hati. Dah kenapa???

Kau tak puas hati dengan aku, yang aku sedia ada sudah move on dan berlalu pergi tu dah kenapa ya?

Kenapa itu persoalan aku?

Siapa yang kau cuba untuk seru dan panggil kembali?

Siapa?

Tidak, aku tidak pernah punya rasa. Aku hanya meletak rasa pada yang aku perlu sumbangkan rasa. Pada yang sedia tawar itu, mungkin perlu diterima hakikat yang kau tidak pernah berperisa. Hebe...

Kejam?

Celah mana?

Isthikarah?

Iya.

Apa petunjuknya?

Itu rahsia. Hal aku dan Dia.

Kenapa hendak dihebah?

Diam itu jawapan.

Diam kau pada janji yang tak pernah tertunai itu mungkir namanya.

Diam aku meraih janji hanya pemerhati pada hutang kau tabur.

Kisah pulak aku...

Ya, hidup ini punya kisahnya sendiri. Kisah yang kita cuba katup serapat mungkin agar tiada yang merobek jiwa lama. Kenapa hendak ditangis segala kesal yang semakin berjauhan?

Ya, sudahlah...baiklah kita begini...

Dunia kita sudah tidak sama....Bumi yang kita diam mungkin ya, tapi arena kehidupan kita tiada simetri lagi.

*hela nafas berat*

Aku tidakkan beralah pada diri, kenapa aku harus letak harapan pada orang yang mengatakan aku cepat mengalah? Kenapa ya? Harapan aku hanya pada diri. Pada Tuhan Rabbul Izzati. Punya harapan selain Dia, hanyakan berjumpa kecewa...

Jadi, baik aku bla dan angkat kaki. Lebih banyak hidup untuk dihargai dari menghabiskan masa pada mereka yang mempersolkan nilai kendiri...

Retrograde!

Aku jarang letak pengharapan pada manusia. Jarang...Sebab aku tahu berharap pada manusia itu sama seperti berharap diri ini untuk dikecewa. Tapi senipis mana pun harapan aku pada mereka yang bergelar manusia ini, aku tetap punya rasa terkilan...

Walhal aku tahu, aku faham dan aku cuba sabar. Tapi yang buat janjinya itu bukan aku. Aku tak suka berjanji dan aku takkan pernah membuat sebarang janji pada manusia selain aku. Kerana janji pada diri itu sudah cukup pada aku untuk aku simpan dan pegang. Tapi, janji pada manusia lain? Hurmmm....tidak sama sekali.

Aku dan janji, aku tidakkan bermain pada janji, pada tekad, pada azam...itu aku.

Perkara ini serius untuk aku.

Tidak mampu, usah janji.

Apa aku ini tunggul untuk kau jadikan sendal semata? Marahnya aku adalah diam.

Bengangnya aku adalah jeling. Aku tak suka dan aku takkan pernah suka.

Hidup ini ada prinsip. Ada jati diri. Bukan sewenang untuk mungkir.

Terkilan...ya sangat

Mungkin aku terlalu ada buat orang anggap aku ini bahan jenaka. Seolah setiap masa boleh dirunding sama. Tidak..

Aku pun punya keras kepala.

Kerap diberi muka inilah jadinya. Suka buat rasa orang lain tawar pada apa yang ada. Semakin lama semakin tinggi mungkir.

Entah apalah manusia ini...

Tidak boleh, jangan berjanji. Orang lain jua punya rencana lain. Orang lain jua punya waktu dan jadualnya sendiri. Bengang!

Ah, dunia dewasa semua orang mahu memperleceh masa. Kemudian kata, 'Oh sorry, aku ada itu ini itu ini sekian-sekian...'

Weh, kalau masa pun tak boleh nak manage, tak payah tengok benda lainlah...

Sigh...

Kecewa. Terkilan....

Ah, sudahlah...

Aku ngantuk dah ni sebenarnya. Tapi otak bising.

Nak rasa kecewa, tapi tak jadi. Nak rasa itu ini, semua rasa tu aku hanya tahan. Sebab aku cuba untuk letak diri dekat tempat diorang. Makanya, aku hanya diam dan bermenung hingga kantuk mata dibuatnya.

Lelah!

Hidup ini memang hanya lelah kawan. Yang buat tenang adalah mindset dan perspektif kita terhadap dunia.

Aku berdoa dan harap sangat fasa kehidupan kita dunia akhirat dipermudahkan. Aminnn

Kadang tengok kita pulun bagai nak rak, tapi in the end tetap jua kena pulun di sana, terasa rugi giler amal.

Aku bukanlah mukmin sejati, tapi kecenderungan untuk sentiasa membaiki diri itu sentiasa mahu dan mahu. Sebab tahu, kita ini bukanlah maksum...

Tuhan tolonglah...tolonglah limpahi kami dengan rahmah dan hidayah. Apalah sangat amal ini jika dibanding dengan rahmat kasih sayangMu...

Tuhan, hari ni aku syukur. Syukur masih punya ingatan untuk sentiasa mengingatiMu. Syukur atas segalanya.

Tuhan...

Kau permudahkanlah urusan dan berilah kecukupan kepada orang disekeliling kami.

In the end, kasih kita pada manusia akan terbukti pada ketiadaan kita. Kasih orang pada kita jua hanya terserlah pada saat mereka tidak punya apa.

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku merepek. Serius mata dan ngantok. AO untuk hari rabu akan rehat. Rabu untuk rehat. Rabu untuk rencana. Rabu untuk rancang...

Semoga dipermudah segala urusan dan diperlapang jiwa.

Till then...

In the end, it doesn't even matter...

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    6 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    18 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Seminggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026