Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

So, 30 hari lagi kau akan hidup di dunia yang back to square one.

Kurang dari dua bulan, best friend kau dah jadi milik orang.

Kurang dari tiga bulan, kau digelar belia awal 30-an.

Huh?

Gilakan?

Well, sebagai manusia yang lahir dihujung tahun, aku rasa ianya tidak adil untuk aku katakan yang aku bersedia untuk tergolong dalam generasi itu. Hahahahaha...kemonlah...itu semua nombor dowh. Takde makna apa-apa pun. Adoyai...

Tapi apasal aku nak gelabah kalau ia sekadar nombor? Kelakar hidup ni...

Macam sekarang, aku dok layan playlist yang femes back to 2009 dulu. Seolah macam aku lebih suka untuk hidup zaman itu. Walau ia gelap, tapi at least aku tak patah semangat dan masih punya keyakinan dengan Tuhan. Aku rasa aku dah okay kot hari ni.

Semalam aku hantar email. Tapi, tu lah...kau tak boleh nak berharap yang masalah kau akan selesai bila diceritakan pada manusia. Manusia...ini lemah. Bantuan mereka terhad. Balik-balik, kau memang ada hanya Tuhan. Kau dan Tuhan. Kau tak boleh nak lari dari Dia. Sebab Dia, kau ada. Jadinya, aku pun tarik nafas untuk 10 saat. Dan hela agar otak aku boleh cerna yang kau memang tiada siapa selain Dia.

Redhakah aku untuk menerimanya?

Tarik nafas lagi untuk 10 saat.

Ya. Kau kena kuat untuk diri sendiri. Kau tak boleh bergantung sangat dengan manusia. Sebab kau ada hari ini juga sebab Dia. Semalam hari jadi Along. Hahahahaha Along pun dah bahagia dowh sekarang. Along yang itu, Along yang ini....dorang semua dah ada keluarga sendiri.

Aku tak naklah compare hidup aku dengan orang lain, sebab aku pun aku. Mereka itu diorang. So, tiada kaitan.

Kau apa cer?

Sihat tak? Kita ni zaman je telefon canggih, internet tanpa had, tapi semakin jauh bukan....

Sekarang ni aku tahu pasal hidup korang pun dari socmed. Bukan nak call, wasep tanya kabar. Huiiii jatuh r ego....

"Well, your ego is writing checks your body can't cash"

Tapi nak buat macam mana, kita ni pun sekadar datang dan pergi yang selisih di RnR saja. Apa dan kemana kau pergi selepas itu, aku pun tak tahu walau boleh je share perjalanan tu. Begitulah dunia kedewasaan dalam kelupaan. Ada rezeki, duduk satu daerah pun kita takkan pernah bertembung. Besar bukan dunia kita.

Aku pun harap begitulah. Tak perlu lari pun tiadakan pernah selisih. Hahahahaha

Apa yang aku merepek ni. Kerja simple pun jadi berbulan nak siapkan bila kau takde jiwa untuk teruskan.

Seru semangat, pulang semangat.

Semangat ku seru kuatkan jiwa untuk hidup...

Aku rindu aku yang pernah bersemangat. Pulanglah dikau!!!!

Tarik nafas lagi.

Tsk....

Aku rajin, aku bersyukur dengan hidup dan aku boleh!

Mantera hidup untuk terus bangkit.

Mantera untuk terus melangkah walau kau sesat dilautan sahara. Perit dan panasnya hampir mencabut akidah dari jiwa. Naudzubillah!

Aku kuat. Tak kuat pun kena jugak kuatkan jiwa. Kau. Hanya. Ada. Tuhan.

Kau tak boleh bersandar dengan manusia. Noktah!

Lemahnya jiwa jika berharap yang manusia akan ada untuk kau setiap masa.

Reset balik minda tu. Pejam mata dan katakan, aku ada Allah. Cukup hanya Allah. Tapi apasal aku menangis dowh? hahahahahah

Tarik nafas. 10 saat. Kau okay. Kau akan okay. Percayalah.

Ingat teori 10 saat.

Segalanya akan pulih sediakala.

Tiber pulak lagu Kau Ilhamku menjelma. Rindu dowh zaman belajar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuhan aku gak bisa untuk menempuh dunia dewasa tanpa teman.....huhuhuhuhuhu sedih dowh....Ah, dahlah...aku okay. InsyaAllah pasti boleh!

Live well buddy.

Kau pernah tak rasa Hilang.....

Rasa macam...kau dah terlalu lama tenggelam hingga kau lupa siapa diri kau...

Kau tak pasti samada kau itu kau atau kau sekadar jasad yang kosong bergerak tanpa sebarang jiwa...

Kau pernah rasa di henyak satu pemikiran yang buat kau mengalir air mata tanpa sedar?

Rasa kosong.

Takut dengan orang.

Tak yakin dengan kebolehan

Takut pada bayang.

Takut yang buat kau rasa kau langsung tiada punya apa rasa.

Kau hanya merenung di suatu sudut bilik dan menangis sendirian tanpa bunyi.

Hanya nyanyian dari Neffex menggegar bilik.

Pernah tak rasa semua ni?

I don't really know what comes next I'm just doing my best even though I'm so stressed out Everything just feels like a test That I fail so depressed When I can't seem to get out

Aku cuba dowh...tapi aku tak tahu tahap mana cubaan itu. Ia sekadar lewa atau sekadar ambil syarat.

Kenapa aku selalu uar-uarkan pada dunia tentang perkara yang buat orang nampak betapa serabutnya life kau? Asal kau tak fake je kebahagian kau macam orang lain buat?

Senyum sana sini seperti tiada mendung. Sembunyikan segala ketidakpastian dibilik gelap....

Siapa aku sebenarnya?

Ke mana aku sebenarnya?

Hujungnya apa?

Wu ming zhe bei huh?

Aku give up ke? Apasal aku give up? Apa yang buat aku putus pada harapan dan tidak percaya segala ketentuan? Apa yang berlaku dekat aku dowh? serius! Apa yang buat aku dari punya sirna kini segala gelap gelita?

Kau tutup rahmat Tuhan dari hidup kau ke?

Kau isyhtihar perang dengan Tuhan? Allah....apa yang kau dah buat dowh sampai impak dia kau begitu begini ini?

Apasal aku yang fikir untuk berubah end up buat perkara yang berlawanan? Mana jiwa aku? Mana aku????

Am I really worth living?....

Well gais! Pa habaq semua?

Kabare? Lama tak dengar citer. Aku harap korang sihat adanya. Aku lesap pasai pi Melaka itu hari. Pastu lupa yang kau ada banyak hidup online yang perlu diupdate. Saja buat lupa....dan lesap dengan realiti.

Well, realiti aku hanya lesap bersama series dan movie saja. Lepas tu, hilang dalam dunia kerja. Walau hari-hari kau berdoa supaya hidup tidak bergantung dengan gaji semata, tapi so far doa kau masih bergantung pada gaji untuk hidup.

Masa balik Melaka hari tu, aku sempatlah belek nota zaman belajar Diploma dulu. Bapak rindu giler sia dengan aku zaman tu. Begitu bersemangat, bercita besar...sekarang aku sendiri wonder, mana pergi aku yang itu?

Apa dah jadi dowh dengan aku yang sekarang?? Terlalu laid back dan bergantung pada apa adanya. cheyyyy! Hurm....

Lepas tu, aku pun hilang lagi dalam mencari aku yang dulu. Aku dulu pulak terlalu mencari aku yang hidup pada tahun 2030. Habis siapa yang nak kisah dengan aku yang hidup di tahun ini? Aku pun dah tak kisah dowh dengan diri aku. Kau nak jadi apa pun, jadilah. Orang? Alien? Manusia? Hilang dari dunia nyata? Who cares...

Kau lesap, just hilang...no one ever cares....

Right?

So, dalam itu ini begitu begininya aku just bersyukur sebab aku boleh dan mampu hidup adanya.

Nak berhenti, tak perlu risau itu ini sangat. Sebab kau pun takde hidup yang perlu ditanggung sangat. Realiti dunia itu perit. Tapi, kau pejamkan mata dan kaburkan saja ia. Sebab buka mata pun kau tetap buta. So, dunia hanya tempat untuk dua jenis manusia saja. Traitor dan Thiefs. 

So, kalau orang macam aku yang naif dan jujur ni, memang beginilah hidupnya. Jadah nak jadi traitor. Lagi pulak thief's. hurm....

Aku rasa aku perlu kembali ke jalan yang benar dowh. Aku dah terlalu lama hilang dalam dunia yang tiada landasan ni. Angan-angan takde. Mimpi pun takde. Realiti pun tak berpijak. Dunia apa yang aku hidup sekarang pun aku tak tahu. Apa masalahnya?

Masih keliru?

Nah....aku dah habis fasa keliru. sekarang fasa 'peduli apa aku'. Fasa yang buat aku rasa bila-bila masa aku boleh buat kerja gila tanpa perlu bagitahu sesiapa, dan aku yakin takde siapa akan kisah sebab itu memangnya aku. Yup...

So, kau, pe cer? Nanti dah settle urusan kau, aku rasa boleh back off kot dari hidup korang. Welcome to adulthood be like...

Kita semua tinggal memori teman.

Dah lah...takat tu saja update dari aku. Nak layan The Hangover lu. Papehal roger.

Adios!

Be well buddies!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah & FOLLOW

Singgah Baca

  • Recommended blog editor: MellyaCrayola
  • Sekerat Jalan
  • 7143 45 U537355 93850N

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Blog Anamizu™
    Masalah Tukar Duit Raya
    8 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Wordless Wednesday | Idea Sudut Raya Bajet Tapi Nampak Klasik
    20 jam yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    2 minggu yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    6 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    6 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    10 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2025 (26)
    • ▼  September (4)
      • Kenapa Kau Menangis…
      • Nila Seputih Biru
      • Adalah Tu
      • Bulan Cuti & Liburan Yang Heaven!
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

Anda Awesome ✨

Tengah Kemas Rumah

Blog ni sedang mengalami pemindahan dari rumah lama ke permai desa. Maklumlah nak raya ni kita kenalah kemas-kemas rumah blog kan.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua✨.

Theme by Odd | G | S.U.S @ 2026