Her-story

Jika sejarah itu tiada catatan, mana mungkin masa hadapan akan ada rujukan.  

'Dia' dalam halaman ini, merujuk kepada sang penulis, iaitu aku = sofie. Paparan timeline ini hanya ringkasan bagi sebarang persoalan yang kerap kali menjadi pertanyaan bagi mereka...juga termasuk kamu yang sedang ralit membaca...😎

Back to 1992. 
Zaman tu dia lahir pada hari pertama bulan Disember.
Di sebuah Klinik di Lutong, Sarawak. Khabarnya klinik tu dah tak ada. Wallahua'lam sebab dia pun tak pernah tahu pun keadaan klinik tu macam mana.

miri, 2014
Miri City (2014)
1998
Buku pertama yang dia baca selepas 'Bacalah Anakku' enam siri dan juga 'Learn English Fun' beserta kaset adalah buku sains tahun 4, 5 dan 6. Awesome tak awesome tapi satu haprak dia tak minat dengan sains!

Oh, masa ni dia takde peluang untuk ke tadika. Lagipun tadika? siapa suka kan?

1999-2004
Dari darjah satu sampailah ke darjah enam dia tak pernah pindah sekolah. Bagus budaknya sebab selalu senyap dalam kelas dan boleh dikategorikan tak ramai kawan. Maybe! sebab kerja dia hanya merenung diluar jendela. Melihat kebesaranNya....sekolah kat mana? Dia pun dah tak kisah janji sekolah...

Dia pernah menjadi pekerja di sebuah bakery, cafeteria, butik dan juga pasaraya. Kerja potong ayam, jual sayur, jaga cashier adalah kerja sebenar dia selain daripada pergi sekolah. Sebelum turun sekolah, kerja dia adalah bukak kedai. Kelakar pulak rasa kalau ingat zaman tu...

Result UPSR? Tak payah tanyalah! Bukan buat apply cari kerja pun.. ha ha ha *gelak macam sloth*

2004-2009
Disember 4, 2004 adalah tarikh yang menjadi saksi dia menggembara. Ke mana dan sampai bila? Biar dia simpan dan tulis untuk generasi dia akan datang. "Cucuku, sesungguhnya bondamu ini sangat unpredictable!" Choi, berangan! 

fly, MAS airline
Sky view (2014)
Ini zaman pergolakan. Nak kata zaman ni wujud, tak jugak. Nak kata zaman ni tak wujud, pun takleh gak. Sebab era ni lah dia banyak belajar berdikari dan survive dengan realiti. Realiti lah sangat! Setahu dia hampir seluruh Selatan Malaysia dia takluk. Dekat mana? Dia pun dah lupa. Tapi, kalau dibawa balik ke zaman tu, sungguh memang dia rindu...tapi tinggal sejarah bhai!

Masa nilah, koleksi diari dia bertambah. Setahun maunya empat diari! Uish, dashyat sangat aih! Tertakluk pada tebal buku tu jugaklah. 😅

2010-2012
Tahun dia lahir hanya tinggal nombor. Dia bukan lagi macam kawan yang sama umur dengan dia. Dia terpaksa rela turun join junior yang muda tiga tahun dari dia di Pantai Timur. Tiga tahun duduk sana, tiga buah sekolah dia pergi. Alasan paling tak logik dia pindah sekolah adalah:- PANAS! Dia kalau tak selesa dengan suatu keadaan tu, guna alasan tak logik sekalipun dia sanggup!

Waktu ni dia ambil PMR, SMU dan SPM. SPM dia ambil sains tulen. Alhamdulillah, boleh jugak buat apply kerja. Dapat berapa? No comment! Skema budaknya 😇. Ayah dia sampai sekarang bising kenapa dia tak sambung dalam pengajian islam. Haila haila....

2013-2016

Tengok baju pun orang dah tahu dia pernah kerja kat mana. Tapi sekejap sangat dia kerja. Tak sampai beberapa bulan, Arau dah memanggil. Angin utara dari jauh dah menyeru suruh berbakti pada diorang pulak. Makanya, dia pun menuntutlah sampai ke Araustralia...

Masa MDS tu dialah paling teruja sekali! Maklumlah first time merasa sesuatu yang dia dambakan. Macam dalam movie gitu! Mana dia tak seronok. Dia beranikan diri untuk transformasi. Dengan tekad yang segalanya akan menjadi lebih baik bila kita berani untuk berubah.

Kos apa?
Obviously dalam bidang ukur tanah. Awal-awal belajar seronok giler sebab belajar benda baru. Tapi, pelangi takkan timbul kalau tak hujan kan?

zaman, geomatik, 2016
"Jangan kata hakak tak payung..." (2016)
Akhirnya dia berjaya tamat bersama kamceng yang satu kepala dengan dia. Welcome to reality bruh! Selepas je tamat diploma, dia terus apply untuk degree. Tekad dia satu; dare to be different!

End of 2016
Alhamdulillah dia dapat sambung pengajian di Shah Alam dan sibuk mempersiapkan diri untuk ke pertarungan yang seterusnya dibawah taklukan Oliver Queen...Ah! Berangan lagi....-Ini serius...-Cerita dia, dia dah pencen jadi surveyor, dia nak kerja bidang tanah versi upper level. Konon giler! Jadi, dia pun tukar kos, dari Geomatic Surveyor kepada Estate Management (realtor lah senang cerita) Tapi, dia lebih suka jadi property manager, sebab dia suka manage barang. Barang, bukan orang...😅

arrow and bow
The next Oliver Queen generations...(Team Arrow / 2016)
2017
Disebabkan dia terbawak-bawak watak Oliver Queen yang punya dua kehidupan; Green Arrow dan Mayor, dia pun sibuk jugak nak conquer tiga sisi hidup. Chiss! Yang perit dan pahit itu semua dia dah alami. Kalau tak, sia-sialah dia bermentorkan Oliver Queen kan? (cumanya skill memanah dia takdelah sepower Green Arrow 😂)

So, kalau korang tanya dia tentang 'tak penat ke?' dia gerenti akan tersengih sumbing macam Cisco...Apa yang penting, dia dapat isi yang menarik untuk terbitkan buku dia...(lalalalala zaman bila nak terbit entah 👀)

Current life
Alhamdulillah, syukur segala dipermudahkan. Walau jalan kita, dia, tak sama, matlamat kita semua sama. Mahu pergi jumpa Dia dalam keadaan Husnul Khatimah. Semoga jalan untuk berubah ke arah kebaikan itu sentiasa terbuka untuk kita semua. Amin!

Cukuplah setakat ni cerita tentang dia. InsyaAllah akan di update setiap kali peralihan zaman penaklukan raja dalam diri. 

Thanks for reading!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.