Intern Life 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Salam Hari Malaysia buat semua pembaca yang sedang ralit menjalani hari-hari kalian dengan penuh bersemangat. Minggu ini merupakan minggu terakhir kita bercuti panjang. Minggu depan, insyaAllah segalanya akan kembali pada keadaan normal.

Cerita mengenai intern life 2.0 ini, so far so good, alhmdulillah. Tempat intern semuanya okay. Baik-baik saja walau ianya agak melesukan (sebab aktiviti pejabat yang tak berapa produktif). Kejap-kejap menguap, kejap pergi bancuh air. Sumpah ngantok gila weh!

Kenapa 2.0?

Sebab ni adalah pengalaman kali kedua aku menjalani latihan industri aka internship aka praktikal.

Bezanya kali ni, aku praktikal sebagai pelajar jurusan pengurusan hartanah. Manakala sebelumnya, aku adalah budak geomatik. Selain daripada tu, aku jugak dah tak intern dekat tanah air sendiri. Huhuhu.

Jujurnya intern dekat tempat orang ni lebih selesa dan banyak kenal orang. Dia punya vibe lagi energatic berbanding di tempat sendiri. Kalau panjang umur, insyaAllah aku akan sambung menimba pengalaman dekat tempat orang jugak.

Ada lebih kurang 15 minggu lagi….huuuu tak sangka 2019 akan menjadi tahun penutup bagi gelaran mahasiswa. Cuak betullah nak lepaskan title pelajar ni.

Apa lagi nak cerita ek?

Oh, sepanjang bermulanya intern 2.0 ni, aku ada melancarkan projek podcast Orang. Projek yang tergendala setahun lalu, kini kembali aktif dan tampil lebih terbuka pada khalayak ramai walaupun masih lagi difasa startup, jatuh, bangun dan bangkit berulang kali.

Wall of desire

Haaaa….macam tulah kondisi dekat dinding bilik aku sekarang. Penuh dengan contengan yang aku masih lagi berusaha untuk merealisasikannya.

Gambar masa konvo diploma itulah suntikan semangat aku, gambar family yang jadi peringatan agar tak lupa daratan. Kadang aku sangat rindu pada saat sesi bergambar tu. Masa tu seolah begitu nostalgia…sebab tu, aku suka tampal gambar tu dekat meja study. Sebelum ni, letak dekat pintu almari kolej, dinding rumah sewa…macam-macam tempat dah.

Kalau orang tanya, mana satu gambar kegemaran bersama keluarga, aku akan tetap pilih gambar ni. ☺

Plan tu pulak aku akan buat phase by phase. Setiap kali ada rombakan dalam jadual hidup aku, aku akan buat plan itu supaya aku tak tersasar dari objektif, misi, dan visi hidup. Prinsipnya masih sama seperti 10 tahun yang lepas.

Berapa banyak prinsip tu?

Adalah dalam 11. Nanti-nanti ada masa sesuai, aku akan reveal apa dia 11 prinsip hidup seorang sofieadie 😏.

So, entri hari ni saja nak update journal life dalam blog. Nak bagitahu yang minggu ni agak rabak jugak buat jiwa, emosi serta mental…tapi, alhamdulillah aku masih punya Allah. Ya, kita masih punya Allah dan sahabat yang sedia membantu kala kita kesusahan.

Untuk korang yang banyak tolong aku masa aku tak tahu nak mintak tolong siapa, jutaan terima kasih aku ucapkan. Semoga Allah permudahkan urusan dunia akhirat kita semua. Amin!

Salah satu faktor aku tunda episod ketiga podcast aku. Nak adjust balik wire dan segala urat yang berselirat sarat dalam kepala ni. Aku tahu, ada satu fasa dalam hidup, semua orang pun mengalami situasi macam ni. So, it’s okay it’s alright, everything gonna pass by. Ini semua hanya sementara.

To the end, moga husnul khatimah.

Till then amigos!

 

Keep reading on

What You Can Expect from the Best Florist Singapore

Now that the florist industry continues to grow and the florist improves its services, what …

Hentian sebuah nukilan

Aku rindu kalian. Aku rindu mahu berbuka sambil bergurau senda sama kalian. Minggu ini sudah …

A letter to my best friends

Holla there my friends!  Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun…kabare kalian semua? Aku harap …

HIDUP.MY memudahkan pencarian rumah sewa

Dulu masa zaman internet masih kurang dikenali memang susah nak cari rumah atau bilik sewa. …

Keunikan sebuah kehidupan

Aku tak tahu macam mana nak mulakan entri santai. Sebab terlalu biasa guna bahasa kiasan, …

Lamunan 20 sen

“Akak ada 20 sen?” pertanyaan budak itu membuat langkah aku terhenti. Mulanya, aku ingin menyeluk …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top