Self Care On A Budget

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Dua minggu lepas, aku rasa terlalu down sampaikan rasa nak harakiri pun ada. (Cepatnyalah aku putus asa dengan hidupkan?) Then selepas je dapat noti yang duit poket dah masuk, laju je bawak diri pergi ke mall. Hahaha, shopping kan boleh release segala stress! Dan memang betul, memang bahaya jadikan shopping sebagai jalan untuk buang stress. Sedap tu sedaplah, tapi yang naya duit makan kaulah merana.

Dah terlalu lama tak jaga diri ni. Lagi-lagi manjakan diri sendiri. Kesian dia, baru sekarang tuannya nak belajar cara jaga diri sendiri. Jadi, post kali ni, aku nak ceritakan macam mana cara aku self care on budget.

  • Beli barang idaman yang kau peram sejak tiga bulan lepas.

Al Quran Humaira Special Edition

Disebabkan, tiga bulan lepas aku broke as hell, dan baru sekarang ada duit lebih, jadinya…aku lunaskan impian tu dengan beli barang tersebut. Pergh! rasa dia macam dunia ni ana yang punya bhai! hahaha. Okaylah, bahaya jugak pupuk dendam shopping macam ni. Mau tak ingat baki akaun sendiri.

  • Beli barang berkualiti dengan harga murah

Jam tangan

Aik? Boleh ke beli barang berkualiti dengan harga ciput? Apanya tak boleh, awak pergilah time dia ada offer. Tak pun, dekat kedai-kedai yang selalu ada sale. Aku suka pergi AEON. Sebab AEON, barang-barang dia boleh tahan cantik dan berkualiti jugaklah. Plus, bila shopping kat AEON, kau tak perlu risau sangat, sebab fasiliti yang AEON sediakan sangatlah selesa.

  • Beli produk penjagaan dengan saiz percubaan

treat your self

Namalah baru nak belajar cara jaga diri sendiri, nak manjakan diri kan…benda yang nak kena beli mestilah termasuk; scrub badan, losyen, krim malam, krim siang, perlindungan UV dan sebagainya (since barang yang aku beli tu mostly tadak pakej percubaan, ambiklah saiz paling kecil yang dia ada).

Aku belajar benda macam ni agak lambat jugaklah. Sebab jenis manusia yang suka ambil mudah dalam banyak hal. Maka, tak perlu beli saiz gabak terus (walaupun dia lagi murah) sebab takut kau tak konsisten pakai. Karang bazir jer.

  • Pelihara kesihatan

Walaupun ubat-ubatan ni tidak elok untuk diamalkan, tapi bagi aku ia adalah keperluan. Aku terpaksa jugak ambik kalau tak nak sengsara sendiri. Aku serik dowh bila ubat aku habis stok. Hbis segala rutin aku lari sebab merana tahan sakit dia. Allah saja tahu. Untuk yang sihat wal-afiat tu, jagalah kesihatan elok-elok. Ikhtiar itu penting untuk teruskan hidup.

  • Bawa diri makan sedap sebulan sekali

Tasty food

Kalau mampu, pergilah belanja diri dengan makanan kesukaan dengan harga mahal. Bukan selalukan? Jarang-jarang. Kalau ada lebih yang banyak, belanja diri pergi short vacay. Tapi, berbekalkan status ‘pelajar’ ni, income pun masih bergelar ‘duit poket’, terpaksalah tahan hati dulu dengan impian nan satu.

Biasa aku akan spend dalam 400 untuk self-care. Jaranglah bawah dari tu. Sekali setahun aku belanja diri sendiri dengan barang berkualiti. Sebab selalunya semua barang tu tahan setahun. Berbaloilah kan? Beli produk penjagaan muka dengan harga mahal tapi tahan setahun. Samalah jugak dengan make up dan lain-lain. Aku jenis manusia yang akan target something pricey of quality instead of temporary beauty. Ecececececeh….

Okaylah, budget tu takdelah badget sangat. Tapi, kalau dibahagikan dengan setahun, sangatlah jimat;

400 / 365 = 1.10

Jimatlah kan?

Kalau korang pulak, selalunya habiskan berapa untuk belanja diri sendiri?

Keep reading on

How to balance a life as a student vs a part-time worker

Masuk bulan November ni, genaplah lapan bulan aku kerja sebagai part-time. Aku masih ingat lagi …

3 Tips to Making Your Property Appealing to a Buyer

When selling a property, you may not manage to do a complete overhaul. You can …

Selagi cuti masih ada…

Dalam debaran persiapan untuk ke fasa kehidupan seterusnya, ada satu benda yang aku agak sukar …

Apa itu “POYO”?

Assalamualaikum ya akhi dan ukhti sekalian, Anda masih keliru dengan istilah ‘poyo’? Pernah tak fikir …

Time to stay low

Hello there, It’s been a long day without new entry. Always make a same old …

Benang Halus dan Air Masin

Suatu benda yang kita sukar tebak adalah dinding yang dicipta dari untaian benang halus.  Mahu …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top