Come back blog mission

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Ianya seakan janggal bilamana interface yang biasa diguna untuk berblogging itu sudah berubah. Kalau tahun lepas pada tarikh yang sama, aku hanya tukar template baru. Tapi kali ni, aku tukar platform dan design serta warna tema, semuanya baru (tulen dari hasil kerja aku sendiri)

Well, hello there!

Kabare kalian yang baru serta lama, aku harap come back entri kali ini dapatlah meningkatkan balik mutu serta kualiti blog ni.

February 2019: Penukaran design blog

Menjadi bulan loncatan bagi melunaskan misi yang terlalu banyak tergendala. Dari 2016 sehinggalah 2019, akhirnya tercapai jugak hajat untuk beralih angin kepada platform yang lebih berdikari.

Kenapa aku cakap berdikari?

Pasai, bermula dari design logo sampailah ke design website ni, 100% dari idea yang diserap dari inspirasi luar dan digubah mengikut citarasa aku. Yeah, memang ia agak gelap, cold dan tidak mesra alam…tapi itulah dia pantulan personaliti bagi seorang sofie. Kalau boleh aku nak ianya nampak ke-‘sofie’-an gitu!

Proses bagi penukaran platform serta permulaan wajah baru ni mengambil masa lebih kurang tiga minggu jugaklah.

  • Tiga hari – design logo serta favicon
  • Tujuh hari – Design, design dan design
  • Tujuh hari – Penapisan entri dan post (which is masih lagi belum siap sampai sekarang)

Blog revamp plan 2019

Seperti yang aku sudah pun maklumkan pada dua entri lepas, yang Nexbuilder.co sebagai platform baru untuk aku mencoret canting segala maklumat di dunia maya. Haaa, korang mesti tertanya kenapa aku pilih Nexbuilder? Kenapa tukar angin dari blogspot? Merajukkah aku dengan terhapusnya Google+? Walaupun aku bukanlah seorang pengguna tegar.

Tidak gais. Aku tak kisah pun dengan isu penutupan Google+ (hahahaha) dan komen aku, dia macam kos melepas. Mungkin ada benda lain yang dak-dak Google sedang usahakan demi menjayakan produk diorang yang lebih mendapat sambutan daripada Google+. Sama jugak macam hangout. Aku pun tak tahu relevan ke tidak hangout tu. Silap hari bulan dia pun ikut jejak Google+ dak?

Begini kisahnya,

  1. Since aku adalah manusia yang tak betah dengan penggunaan design yang sama dalam tempoh yang lama, aku cenderung untuk beli template baru. Dimana kosnya lebih dari kemampuan aku.
  2. Jadi, bila aku tukar ke Nexbuilder.co ni, aku ada banyak pilihan serta kebebasan untuk mencorak serta menyusun atur design dan template mengikut kemahuan yang aku suka (biar tak lawa, asal aku puas hati)
  3. Nexbuilder.co jugak menyediakan platform untuk buka eCommerce. So, kalau aku rasa nak jual barang online, kebarangkalian sangat mudah sebab diorang dah ada widget WooCommerce serta payment gateway.

Apa pendapat korang tentang wajah baru blog aku kali ni?

Kalau boleh, kasilah pandangan yang jujur supaya aku tahu mana nak betulkan, kritikan membina sangatlah dialukan bagi meningkatkan lagi kualiti serta prestasi dunia blogging. Boleh tahan pusing kepala tahap giga jugaklah bila kau diberi kuasa lebih dari kuasa masa guna blogspot. Inipun masih banyak yang tak siap lagi sebab kelas pun dah start, banyak masa dihabiskan untuk siapkan FYP.

Antara perkara yang aku terpaksa buang demi kesihatan SEO;

  1. Post yang berkaitan dengan segmen, giveaway, contest serta liebster awards. Kecuali penyertaan dari traveloka ataupun post berbayar aku masih kekalkan.
  2. Kebarangkalian ruangan untuk aku merapu bakal di-ebook-kan. Nak buang sayang…nak jadikan printed book macam tak laku, nak letak dekat wattpad macam tak best. So, kalau korang berminat (kalau) dengan kisah disebalik setiap rapuan rant aku, aku akan buat extended version dia.

Sampai sini dulu cerita penukaran blog 300 darjah. InsyaAllah, masih banyak lagi misi blogging yang perlu dilangsaikan. Untuk semua yang masih setia, terima kasih atas segalanya. Aku pun tak menyempat nak blogwalking, maklumlah tahun akhir degree ni aku nak kejar balik benda yang dah terlalu banyak sangat bocor.

Au revoir!

p/s: untuk kalian yang ada letak blog aku sebagai bloglist kalian, mintak jasa baik untuk upgrade-kan balik url dia, sebab kemungkinan link tu broken agak tinggi. Thank you!

 

 

Keep reading on

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top