Her-story


Jika sejarah itu tiada catatan, mana mungkin masa hadapan akan ada rujukan.  

'Dia' dalam halaman ini, merujuk kepada sang penulis, iaitu aku = sofie. Saja buat page ni untuk generasi aku yang mana belum tahu lagi...Maka, untuk kamu, aku paparkan ringkasan time line ini...

Back to 1992. 
Zaman tu dia lahir pada hari pertama bulan Disember.
Di sebuah Klinik di Lutong, Sarawak. Khabarnya klinik tu dah tak ada. Wallahua'lam sebab dia pun tak pernah tahu pun keadaan klinik tu macam mana.

Miri City (2014)
1998
Buku pertama yang dia baca selepas 'Bacalah Anakku' enam siri dan juga 'Learn English Fun' beserta kaset adalah buku sains tahun 4, 5 dan 6. Awesome tak awesome tapi satu haprak dia tak minat dengan sains!

Oh, masa ni dia takde peluang untuk ke tadika. Lagipun tadika? siapa suka kan?

1999-2004
Dari darjah satu sampailah ke darjah enam dia tak pernah pindah sekolah. Bagus budaknya sebab selalu senyap dalam kelas dan boleh dikategorikan tak ramai kawan. Maybe! sebab kerja dia hanya merenung diluar jendela. Melihat kebesaranNya....sekolah kat mana? SK Anchi, Miri.

Dia pernah menjadi pekerja di sebuah bakery, cafeteria, butik dan juga pasaraya. Kerja potong ayam, jual sayur, jaga cashier adalah kerja sebenar dia selain daripada pergi sekolah. Sebelum turun sekolah, kerja dia adalah bukak kedai. Kelakar pulak rasa kalau ingat zaman tu...

Result UPSR? Tak payah tanyalah! Bukan buat apply cari kerja pun.. ha ha ha *gelak macam sloth*

2004-2009
Disember 4, 2004 adalah tarikh yang menjadi saksi dia menggembara. Ke mana dan sampai bila? Biar dia simpan dan tulis untuk generasi dia akan datang. "Cucuku, sesungguhnya bondamu ini sangat unpredictable!" Choi, berangan! 

Sky view (2014)

Ini zaman pergolakan. Nak kata zaman ni wujud, tak jugak. Nak kata zaman ni tak wujud, pun takleh gak. Sebab era ni lah dia banyak belajar berdikari dan survive dengan realiti. Realiti lah sangat! Setahu dia hampir seluruh Selatan Malaysia dia takluk. Dekat mana? Dia pun dah lupa. Tapi, kalau dibawa balik ke zaman tu, sungguh memang dia rindu...tapi tinggal sejarah bhai!

Masa nilah, koleksi diari dia bertambah. Setahun maunya empat diari! Uish, dashyat sangat aih! Tertakluk pada tebal buku tu jugaklah. 

2010-2012
Tahun dia lahir hanya tinggal nombor. Dia bukan lagi macam kawan yang sama umur dengan dia. Dia terpaksa rela turun join junior yang muda tiga tahun dari dia di Pantai Timur. 

Waktu ni dia ambil PMR, SMU dan SPM. SPM dia ambil sains tulen. Alhamdulillah, boleh jugak buat apply kerja. Dapat berapa? No comment!

2013-2016
Selepas lima bulan jadi part time, cari pengalaman kerja, dia sambung lagi menelaah di Utara Malaysia. Obviously dalam bidang ukur tanah. Awal-awal belajar seronok giler sebab belajar benda baru. Tapi, pelangi takkan timbul kalau tak hujan kan?

"Jangan kata hakak tak payung..." (0216)
Akhirnya dia berjaya tamat bersama kamceng yang satu kepala dengan dia. Welcome to reality bruh! Selepas je tamat diploma, dia terus apply untuk degree. Tekad dia satu; dare to be different!

End of 2016
Alhamdulillah dia dapat sambung pengajian di Shah Alam dan sibuk mempersiapkan diri untuk ke pertarungan yang seterusnya dibawah taklukan Oliver Queen...Ah! Berangan lagi....-Ini serius...-

The next Oliver Queen generations...(Team Arrow) (2016)


Current life
Disebabkan dia terbawak-bawak watak Oliver Queen yang punya dua kehidupan; Green Arrow dan Mayor, dia pun sibuk jugak nak conquer tiga sisi hidup. Chiss! Yang perit dan pahit itu semua dia dah alami. Kalau tak, sia-sialah dia bermentorkan Oliver Queen kan?

So, kalau korang tanya dia tentang 'tak penat ke?' dia gerenti akan tersengih sumbing macam Cisco...Apa yang penting, dia dapat isi yang menarik untuk terbitkan buku dia...


Cukuplah setakat ni cerita tentang dia. InsyaAllah akan di update setiap kali peralihan zaman penaklukan raja dalam diri. 

Thanks for reading!

Latest Posts

Facebook

    @Gallery