How I spent my last semester break

March 13, 2018

Cuti sem lepas dah dua minggu habis. Tapi lagak aku macam baru je lepas habis! Mana tidak, first week satu kelas pun tarak pergi. Mentang-mentanglah dah senior, dengan confidentnya mengatakan lecterur semua tak masuk! lolz!

Tapi memang benar, ada satu dua kelas je yang lecterur ada masuk. Yang lain...saja.....

Banner, post,

Bagi aku, cuti sem lepas aku tak banyak gerak kemana sangat. Dan aku terus lesap dari dunia blog. Sibuk dengan dunia tv-series dan......vlog? maybe...

Cuma adalah satu dua tu aku pergi jenjalan dengan adik beradik. Tapi tulah....sekejap sangat masa kitaorang lepak bersama. Maklumlah sibuk dengan hal memasing. Apa lagi ek? herm.....nampak sangat cuti aku terlalu....banyak tido? hahahahahah...well, dapat tidur ni nikmat ooo....

First thing aku buat lepas je paper exam habis hari tu:-

1- Khatamkan semua novel diborong


Novels, books

Igs ada recommend dekat aku buku karya IFI (ismi fa ismail). Aku mula tu macam takdelah berminat sangat. Maklumlah novel fixi ni bukanlah satu kegemaran. Tapi, bila dah start baca tu, cannot stop bhai! Curiosity tahap dewa tu nak tahu ending. Plus buku dia tulisan besar-besar, sehari boleh habis satu series (tiga buku). 

Tapi memandangkan aku baca sambil jaga kedai, so takdelah se-express yang aku sangka. Sehari dua buah je dapat baca. 

Habis je karya IFI aku baca 'Pergi Mati', 'Skizo', 'Cantik itu Luka'. Yang lain tu aku dah habis battery nak teruskan. Otak dah tak boleh berfungsi dengan stabil. Dia kalau lepas baca satu buku tu, then terus baca buku lain...otak macam sedikit hangit dan terbakar sebab nak kena cerna jalan cerita.

InsyaAllah, ada masa dan kerajinan aku akan buatlah sedikit review mengenai buku-buku yang aku baca hari tu.


2- Marathon the best sitcom of all the time; F.R.I.E.N.D.S


sitcom, tv-series

Yang ini memang pecah perut goleng-goleng aku tengok. 10 season bhai! Dan sekarang aku ulang tengok balik. Cannot move on!!!! Terasa macam hidup sangat bila tengok cerita tu. Seminggu satu season. Satu season 24 episod. Cuma season 10 je ada 18 episod. 

Kali pertama tengok, pecah perut gelak. Kali kedua marathon balik....gelak dan sedih. Sedih sebab terasa masa ni berlalu sangat cepat. Pelakon diorang sekarang ni pun semua dah berusia. Huwaaaa!!! 😭😭😭


3- Makan angin di Bukit Tinggi, Pahang

Ingat tak hari tu aku ada menang contest mingguan dari traveloka? Alhamdulillah, rezeki dari situ aku dapatlah jejak ke Bukit Tinggi 'kota france' tu untuk semalam. Semalam 200 jugaklah dekat Hotel Colmar Tropicale. 

Leisured, siblings

Best ke pergi Bukit Tinggi? 
Cantik dan sunyi. Kalau rasa nak jauh dari hiruk pikuk kota raya, bolehlah lepak sana. Betullah orang cakap, tak payah pergi lama-lama pun dekat situ, sebab dalam masa sehari dah habis pusing sampai tak tau nak buat apa. Kerja kitaorang...datang untuk tido jerlah. Hahahahaha 

Namalah untuk santai-santai. Adalah jugak makan-makan, tapi kena kawal sikitlah sebabnya harga boleh tahan sedap gak r.😅

4- Pergi kenduri kawan dekat Pengkalan Hulu, Perak.

Masa pergi ni kitaorang drive. Bapak jauh dan dalam giler kampung member aku nan seorang ni. Mana taknya makan masa enam jam jugaklah untuk sampai ke sana. Skil pemanduan aku pun dah unlock satu level. ngeh ngeh ngeh....😝-potong memotong di jalan kampung- 

Jalan dalam kat ada satu lane je, che che che...alhamdulillah perjalanan hari tu selamat pergi dan baliknya. Sehari je ke sana. Datang untuk makan 😂 Then ambik gambar sepuluh dua, habis tu balik. 

Kenduri, kawen

Nah.....tak banyak pun benda aku buat. Termenung jugak nak fikir benda apalah aku buat sepanjang sebulan lebih cuti selain daripada pergi dan balik kerja....🙎 Kata nak baca artikel pun....tak jugak sebabnya otak tengah dalam mood bercuti. 

Oh, oh...aku buat plan untuk future house. Plan + berangan macam mana rupa rumah aku suatu hari kelak. Plan dia kena simpan duit dulu, baru berangan nak design lagu mana. Tapi bila usha dan research pasal hal-hal yang berkaitan rumah ni....harga dia memang boleh buat air liur parau bhai.....

Siapa kata dunia dewasa ni gampang? Hahahaha 

Adik-adik yang masih berada dia taman kanak-kanak tu, hargailah hari-hari kalian dengan tenang. Bila mak ayah atuk nenek suruh menabung tu, menabunglah dik. Memang duit tu bukan pemberi bahagia, tapi dengan adanya duit kita akan bahagia.

Eh terceramah pasal duit pulak! 😅

Bila belek instagram, orang lain semua spent masa dengan family memasing time cuti sem. Buat rasa rindu pulak moment sedemikian....tapi ada rezeki raya haji tahun ni baru dapat gathering satu family. Dah cukup setahun baru aku jejak ke Miri balik. 

Setahun sekali je balik Miri. huhuhuhu Masuk tahun ni genaplah 14 tahun aku bermastautin di semenanjung....

Till then...
Xiao xin, Ila liqa'!

12 comments

  1. hargailah cuti sem..lepas belajar dah tak rasa semua tu lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza aiy aiy! memang pun. nanti time kerja memang rindu giler nak layan cuti sem...^_^!

      Delete
  2. eee kmk jadi mcm teringin indah mok ngga Friends yaa. cuti sem klak maok juak ngga lah hehe. and please molah review smua buku ya kak! mok carik buku baru tok >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanggalah tashira!!! bestt!!!! gerenti raa mok nangga duak tiga kali kelak.
      insyaAllah kamek akan polah reviewnya.

      tapi semua ya buku lamak. tok pun udah lamak sik berbeli buku...dengar crita baucer dpt 15 mac tok...hehehehehe
      apa gik, boronglah!!!!

      Delete
  3. teringin nak pergi bukit tingggii tu, sebab nampak cantik sangat untuk ambil gambar. hhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik ambik gambar! tapi, bekal makanan sendiri. ^_^! heheheheh

      Delete
  4. hi. jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. dah lama tk pegi bukit tinggi tu, dulu pegi jalan je, tk penah tidur sana. teringin gak nk tidur kt situ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini rezeki dari traveloka tu dapat peluang tido kat situ. kalau tidak, entah bilalah dapat jenjalan gitu...
      ^_^

      Delete
  6. Time study is the best time utk figure out apa nak buat lps habis belajar - sbb waktu tu blm lg rasa terdesak & tanggungjwb terhad kpd diri sendiri ja. Tidur puas2 ya, sbb bila dah kerja & ada family sendiri - tidur yg cukup tu masa emas (susah nak dpt).

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah setuju sangat!!!!!!!! indahnya dunia belajar, memang akan sentiasa dikenang =)

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.