Frequent Asked Questions by new Geomatics student

March 21, 2018

Awal pada tajuk entri ni aku nak letak mengenai "Perspektif Geomatik di Kaca Dunia". Pergh! Ayat kemah kemin bhai! Kaca dunia bagai. Nasib bukan kaca berlian, emas permata, perak zamrud. (Seolah macam mengiyakan tentang perempuan dan barang kemas berpisah tiada pulak!😂)

Kenapa 'Kaca Dunia'?

Sebab bidang ini masih suci dalam kaca dunia. Seolah masih tidak ada pendedahan yang meluas. Seriusly dude, kalau aku tak ambil kos ni, aku sendiri pun confirm masih blur dan terpinga-pinga setiap kali dengar istilah 'Geomatik'.

Tapi alhamdulillah, kos ni telah mendapat sambutan yang hangat dari sudut pengajian dan juga bidang praktikal. Cumanya, agak terkilan jugak sebab orang seringkali tak mention fungsi geomatik dalam bidang pembinaan sekerap dengan QS (quantity surveyor/ ukur bahan). Padahalkan, kalau land surveyor tak ukur dan settlekan segala urusan mengenai tanah tu, takkan adanya mana-mana pembinaan. 

Even sekarang aku dah masuk tahun kedua degree dalam Pengurusan Hartanah pun, susah benar nak dengar nama Geomatik dimention dalam lecture. Pffth! Marah bhai! hahahahah It's okay it's alright, land surveyors ni dia diam-diam ubi berisi. Nama tidak gah, tapi main peranan yang sangat besar. (#proudtolearngeomatics)😎

Dah berjela pulak intro kali ni 😅.

Isi kandungan bagi sesi soal jawab aku bersama Encik Abd. Rahman MJ ni dibuat melalui email. Beliau merupakan surveyor yang telah berkecimpung selama 19 tahun dalam bidang geomatik dan pernah komen dalam salah satu entri geomatik yang aku kongsikan. Dalam komen tu beliau ada selitkan alamat email incase ada persoalan yang masih tak terjawab, bolehlah rujuk pengalaman dari beliau.

So, aku gunalah peluang tu untuk minta pendapat dia mengenai isu geomatik ni. Alah, isu yang freshie SPM suka sangat tanya 😅. Aku dulu masuk geomatik tak pernah kisah berapa gaji yang aku dapat lepas habis belajar. Dapat belajar dan pegang alatan yang canggih dan mahal ni pun aku dah rasa bertuah giler! Ingat murah ke?

(Aku nilahkan, sekali merapu susah benar nak berhenti...😑)

********************************

FAQs, Geomatics

10 Frequent Asked Questions by new student about Geomatics 

[Jawapan yang berwarna biru adalah jawapan yang diberi oleh Encik Abd.Rahman, manakala yang berwarna purple adalah ulasan dari pihak aku 😇]

Q1: Kalau dah habis Diploma Geomatik ni senang tak cari kerja? Atau kena ambil degree terus? Sebab saya ada dengar kalau ambil bidang ni kena ambil degree terus.

A1: TAK SEMESTINYA. Dalam pasaran Geomatik sekiranya berminat dengan kerja-kerja ukuran hak milik atau kerja-kerja di lapangan, boleh saja kerja dengan menggunakan Diploma tersebut. Cuma, dalam senario hari ini, mungkin dengan Diploma bayaran yang diterima agak rendah berbanding lepasan degree. Maka untuk survival, seeloknya ambillah degree terus.

Bergantung pada individu. Sebab setengah orang dia rasa lebih praktikal untuk bekerja dahulu kemudian baru sambung belajar. Manakala bagi sesetengah individu yang lain pulak, dia rasa kalau belajar teruskan belajar sampai habis. Sebab once dah bekerja dan pegang duit sendiri, dia jadi kurang minat untuk sambung pengajian. So, tepuk dada tanya minda 👼

Q2: Belajar Geomatik ni boleh tahu ke tanah ni bagus untuk buat pelaburan dan sekian-sekian? Contohnya sesuai untuk dibeli atau sesuai untuk dibuat bangunan dan lain-lain?

A2: Secara umunya, TIDAK. Kerana, geomatik ni lebih fokus kepada bidang Geospatial ukur dan pemetaan. Bukan berkaitan perancangan, hartanah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, dengan pengalaman bekerja dan bercampur dengan berbagai profession semasa bekerja, sedikit sebanyak ilmu geomatik itu boleh diaplikasikan untuk tujuan hartanah. 
Contohnya dengan mengetahui ketinggian tanah tersebut dan keadaan topografinya, maka kita oleh ramal adakah tanah tersebut terletak dikawasan mudah anjir, kesesuaian tanaman dengan bentuk muka buminya dan sebagainya.

Yup, sebab tu aku tukar kos dari Geomatik kepada pengurusan hartanah. Sebab Geomatik dia dedahkan isu tanah dari bawah, manakala Hartanah dia lebih kepada upfront service. Bila belajar dua-dua, puzzle akan sedikit tercantum.

Q3: Bukankah peluang pekerjaan Sains Geomatik ni lebih berpeluang kepada lelaki? Sebab cikgu saya cakap kebanyakan lelaki yang keluar mengukur tanah

A3: TIDAK. Dewasa ini, bidang Geomatik lebih dipelopori oleh kaum wanita. Skop bidang Geomatik ini sangat luas. Secara umunya terbahagi kepada dua. Iaitu:- kerja luar dan kerja pejabat.
Bagi kerja luar amnya sedia maklumlah mestilah kena kerja di lapangan. Manakala, kerja dipejabat lebih kepada processing, analysis, manipulasi data, programming (phyton, VB etc.) menyediakan pangkalan data. 
Pada hari ini, bolehlah dikatakan expert lebih di perlukan di dalam area kerja di pejabat ini. Kalau dapat kuasai kedua-duanya, lagilah bagus!

No komen. Sebabnya, renyah kalau nak bawak perempuan keluar ukur tanah ni. Lagi-lagi kena camping dalam hutan yang takde sebarang kemudahan. Mahu ke awak-awak perempuan survive selama seminggu? 
Sebab tu perempuan lebih ramai kerja di pejabat sebagai data processor. Lagi seronok. Cuma kalau ada survey field dekat bandar tu, kalau nak join turun site...mungkin bolehlah...

Q4: Saya nak tahu, kalau bidang ni kerja dia macam mana ya? Dari segi masuk kerja dan gaji?
A4: Kerja dalam bidang Geomatik SANGAT LUAS. 
  • Kadaster:- Ukuran hak milik tanah dan ukuran starta/startum/spatium dlll.
  • Pemetaan:- LiDAR, UAV, Remote Sensing, Photogrammetry, GIS, Utiliti bawah tanah, hydrography, dlll
  • Geodetik:- Ukuran koordinat menggunakan satelit (GNSS), pasang surut, Falak Syarie, Astronomi, dlll
Berkenaan gaji, saya tak pasti..saya tiada data terkini.

Gaji? Aip, mana leh bagitau...huhuhu belajar sampai expert. Then you will know the price of your capability. Campak ke laut pun jadi pulau  

Q5: How to apply internship dekat JUPEM?
A5: Normally pelajar dari UTM, UiTM, dan Politeknik melalui kursus yang diambil ada slot untuk latihan praktikal di JUPEM. Tempoh latihan bergantung kepada IPTA masing-masing.

Kalau praktikal dekat JUPEM ni, biasanya lecturers yang akan handle dan agihkan bilangan pelajar bagi setiap batch tersebut. Berbeza dengan latihan industri masa tahun akhir. Di mana segala permohonan pelajar yang perlu hantar sendiri.

Q6: Boleh bagi cadangan company mana nak buat praktikal?
A6: Kena tengok minat. Kebiasaan ramai pelajar buat praktikal di syarikat-syarikat Juruukur Tanah Berlesen, GIS company atau IT Geospatial company.

Boleh cari dekat JUPEM senarai company JTB. Lepas tu filter company mana yang kita minat untuk praktikal dengan mengambil kira penginapan dan cost untuk ke tempat praktikal terbabit. 

Q7: Course Geomatik memang ada future yang cerah tak?
A7: ADA. Bidang Geospatial/Geomatik dijangka by 2025 pasaran di US sahaja sekitar  billion. Saya tak sempat nak search balik sumbernya tapi bidang ini adalah bidang yang ke-3 berkembang pesat di dunia. Perlu diingatkan bidang ini bukan semata-mata ukur tanah sahaja. Dengan kata lain, selain term Geomatic, ia juga dikenali sebagai Geospatial, Geoinformation dlll.

Cuba letakkan diri korang di zaman perang, agak-agak kos apa yang paling penting jika berlakunya peperangan? Geomatik? Of courselah dia adalah antara kos yang terpenting sebab diorang ada maklumat dan data koordinat yang tepat dengan bantuan alatan elektronik yang canggih. (Boleh tengok cerita berkaitan perang-perang untuk tengok kesahihannya)

Tu je cara mudah nak tahu either sesuatu kos tu punya future yang cerah atau tak...(cara aku berfikirlah). Kalau terlalu bergantung future tu pada 5, 7 tahun...memang sampai ke sudah kita akan pertikaikan sesi pembelajaran.

Q8: Sains Geomatik sumber alam macam mana ya pekerjaannya?
A8: Tak jelas dengan maksud sumber alam itu.

Soalan ni memang kurang jelas. Sampai aku pun blur apa sebenar dia nak tanya...huhuhuhu. Mungkin sebab aku bukan major sumber alam,..sebenarnya dia tak jauh beza dengan geomatik tulen. Cuma dia lebih banyak penggunaan software yang canggih-canggih untuk analisis data.

Q9: Kalau kita apply kos Geomatik ni untuk ijazah, kita ada masa untuk  join PALAPES tak?
A9: ADA. Takde sebarang masalah berkenaan perkara tersebut. Mungkin Universiti lebih sesuai jawab soalan ni sebab saya tak tahu struktur kursus dia macam mana.

Yang inikan, dia bergantung pada kebolehan diri sendiri. Kalau rasa mampu untuk berjemur siang malam, it's okay to you. Kalau rasa boleh stabilkan masa dan dapat beri komitmen yang sewajarnya dalam dua perkara ni, kalian boleh teruskan. No problems.
Personally, aku tak galakkan sebab jadual harian akan senantiasa padat giler, giler, giler....

Q10: Langkah yang perlu diambil bagi mendapatkan lesen Surveyor?
A10: Perlu lulus exam Law terlebih dahulu. Bagi sektor kerajaa, 10 tahun bekerja ( 2 tahun di kadaster, 8 tahun di pemetaan dlll).
Bagi swasta, saya kena refresh balik.

So, bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai bidang Geomatik ini, boleh hubungi beliau melalui email:
armj74@gmail.com

****************
Jujurlah aku cakap, aku ni tidaklah hebat mana belajar dalam kos ni, sebab tu ikut suka aku je nak tukar ke nak sambung atau nak kerja atau nak berhenti. Janji diri happy. Ada matlamat untuk hidup, tahu apa yang kita mahu dan kita berusaha ke arah yang kita impikan itu pun dah cukup bagus. 

Memang nak raih sesuatu benda tu kena ada pressure, tapi too much pressure you letup sorang-sorang tak ke mana jugak. 

geomatics, info

Enjoy the moment itu SANGAT PENTING. 

Berusaha dan teruskan usaha serta doakan yang terbaik, insyaAllah segalanya akan menjadi mudah. 😇

Till then, ila liqa' and maa'salamah! 
Xiao xin!

p/s: dialu-alukan sangat bagi sesiapa yang expert dalam bidang ni untuk berkongsi pengalaman dan artikel mengenai dunia geomatik sebagai pendedahan santai. 

4 comments

  1. wahhhh bagusnyaaa dapat byk knowledge about this course walaupun kita dari course yang berbeza :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. good good! tu lah baca tentang kos orang lain baru buat kita rasa macam excited nak tahu function diorang dalam dunia kerjaya

      Delete
  2. wahhhh enjoy saya baca entry ni :D

    ReplyDelete

@Gallery

© SOFIE ADIE. Design by FCD.