Brand New Blog!

March 06, 2018

Mahu sebulan jugak aku menyepi dari radius blogging! Lesap pergi mana entah mood blogging. Jangankan nak up entry, nak blogwalking pun tadak! Syadid! Maka, sempena pembaharuan domain pada bulan lepas, banyak benda jugak aku dah ubah dalam blog ni. Demi nak menaikkan semula semangat blogging yang entah melencong sampai ke planet mana tah. Bila dah tengok blog lawa, kemas, sedap mata memandang ni, tetiba rasa bersemangat nak berblogging balik! Yuhuuu!!!! 😍😍


Well, hello there! How are you? May everything going to be great!
First of all, aku nak mintak maaf sebab dah lama giler tak menjengah balas kunjugan kalian. πŸ™‡Bukan apa, awal tahun hari tu...fasa Final Exam. Lepas tu, bila fasa tu berlalu...adalah satu fasa yang menyebabkan aku rasa tadak mood giler nak blogging. Tambah pulak mood nak bersenang lenang plus marathon segala series idaman yang tertangguh tu menjelma. Apa lagi, laptop pun dibiar sepi bersama timbunan buku. Cayalah, bila masuk bulan tiga baru aku berkawan balik dengan lappy. Sebab dah sampai seru untuk blogging balik.

Sejarah pembaharuan blog:-

Untuk brand new blog kali ni, aku cuba untuk bermain dengan tiga warna. Biasa aku guna dua. Tu pun tak lari dari hitam dan putih. Plan awal aku acah-acah nak kasi aura segar pada blog. Berhari jugaklah nak set-up semua kasi lawa. Mulanya aku ingat nak habiskan dalam tempoh sehari. Tapi, fikir kerja punya pasal, terpaksalah buat step-by-step. (Jari aku pun dah kelihatan janggal ya bila menari diatas keyboard ni. Seolah mencari-cari alphabet untuk ditaip πŸ˜‚)

Fasa pertama:- Usha dan beli template melalui Etsy. Nak usha itupun mengambil masa seminggu. 

Selepas siap fasa pertama,

Fasa kedua:- Install theme dan buat basic editing. Supaya blog takdelah terbengkalai dalam keadaan yang sukar difaham. 

Fasa ketiga:- Design header! Pergh, part ni, nampak je macam senang. Macam je ya...tapi nak cari idea tu...mahu keluar masuk bilik berkali-kali gaklah...belek pinterest, belek blog orang, beleklah google mana yang dapat digoogle (part ni nantilah aku cerita behind the scene dia...)

Fasa keempat:- Susun atur post label yang dah berkecamuk macam orang tadak tujuan penulisan. Hahahaha. Ini satu hal jugak...menguap keluar air mata pun terpaksa ditahan. Terpaksa belek entri lama-lama untuk pastikan post tu tiada unsur broken-link. 

Fasa kelima:- Baru up entry baru! Nilah fasa aku sekarang!

Ambik masa dua minggu jugaklah nak kasi selesai ni semua. Tu termasuklah fasa mengemas dan meng-upgrade office sendiri. Nak kasi hias dia supaya nampak segar dan ada semangat untuk belajar katanya. Semua fasa ni terpaksa dibuat masa weekday. Maklumlah weekend kerja full o!

Maka inilah hasilnya! Tadaaaaaa!!!!! 

Masa part design untuk tentukan kaler tu overwhelmed jugaklah dibuatnya. Mahu tak overwhelmed! Kaler saja ada ratus juta. Sib baik aku ada banyak feveret kaler.

Selain daripada hitam dan putih, biru jugak termasuk kategori warna kegilaan aku. Hampir semua jamadat yang aku beli kalernya biru. Awalnya nak kasi semua birulah. Biru cair, turqoise, biru terang, biru navy...tapi oren pun termasuk 20% warna item yang aku miliki. Maka, masuklah sedikit kaler oren kuning macam tu. 

Pink? Nah...pink ni aku tak minat tapi dia ada aura untuk kasi blog nampak segar. So, terhasillah pallette warna baru bagi blog ni. 

Misi yang tertunda?? 

Dulu, aku target awal tahun untuk upgrade interface blog ni. Dengan hajat nak tukar platform blogging semua. Tapi, orang kata, kalau kita betul-betul nak tahu kita nak atau tak sesuatu benda tu, kena tunggu dalam tempoh 30 ke 40 hari. Kalau dalam tempoh tu kita masih ada keingginan untuk memilikinya, maka tunaikanlah impian tu. (Salah satu tips untuk tak membuat keputusan semberono)

Selain daripada isu bajet dan sebagainya, maka segalanya aku baru dapat tunaikan sekarang. ...tapi dalam tempoh tu aku dah fikir juta nam jugak r nak tukar platform. Maklumlah aku ni blog pun celup-celup timbul. Kalau tak serius macam ni mahu buat rugi je guna wordpress. So, aku cuma cari design yang miliki fungsi macam wordpress. Blogger tetap dihati. Plus, aku malas nak ada masalah dengan GoogleAds. Dahlah nak dapat Ads tu bukan senang. Mahu jugak kena reject dulu...

Sebelum dan Selepas

template, blog
SEBELUM- Guna since 2016 masa raya

Blog template
SELEPAS-Landing page for new template 😍

blog, page
SELEPAS- Interface for blog post page

Perasaan selepas overhaul blog?

Opkoslah happy! Sape tak happy bila nampak blog dah cantik kan? πŸ˜† Terasa macam perempuanlah sikit blog aku ni. Kalau tidak, semua asyik dok ingat aku ni laki. Haila haila!

So, here to welcome my brand new blog!!! 

Walaupun progressnya perlahan, ia tetap berjalan. 
Cheers for the turtle!

Till then, ila liqa'!

24 comments

  1. lawa je tiga warna, nampak lebih bewarna warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you! ^_^ nak bagi nampak lebih ceria

      Delete
  2. nice blog dik... hehe

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/cepatnya-anak-membesar.html

    ReplyDelete
  3. Wah cantiknya rupa blog baru ni :)

    ReplyDelete
  4. OMG!! Cantiknya wajah baru blog!!! Ahhhhh cantik. Blog header cantik, simple dan blog kemas 😍😍

    Semoga terus update blog tau. Hehe. Siqah setuju bab wordpress. Kalau rajin update blog nak jugak guna wordpress kan. Tapi kejap muncul kejap tak, rasanya biarlah stay to Blogger :)

    Nak tanya, macam mana nak ambik full website screenshot? πŸ™ˆπŸ˜¬

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you siqah!
      insyaAllah. itulah berhias sakan blog ni nak kasi semangat berblog tu sentiasa segar dan tak kusam.

      wordpress desing memang banyak lawa, tapi bila fikir costing dia ya ampun, plus nak spend masa untuk cuci blog pulak memang takde..

      saya guna tools dekat google. boleh try full page screen capture

      kalau jadi bagitau! ^_^

      Delete
    2. Kena pakai chrome je ke boleh? Hii. Masih blur.

      Delete
    3. haaa yang tu tak tahulah...ada kot extended yang lain. kot...huhuhu
      sebab saya guna google chrome ^_^!

      Delete
  5. congrats kak! hahaha selalunya ktk pilih hitam putih tapi tok terkejut ngga dah warna warni dah hehe. rajin ktk nak edit blog. anyway,welcome back! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks tashira! yalah ya, saja tukar angin coba kaler lain. nice juak nangga. hehehehe rajin sik rajin ya memang kena carik, mun sik memang berkubur dah blog tok. hahahahahah

      Delete
  6. wahhh cantiknya template baru! makin semangat la nak berblogging lepas nie. suka warna biru lembut camnie :D

    selamat kembali ke dunia blog :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BV! tahniah jugak atas domain baru bv! baby blue gitu...hehehehe

      ^_^

      Delete
  7. COMELLNYAAAAA! saya suka, saya suka! betul part header lah yang paling rasa susah sangat. semua benda tak kena. adjust kiri, nampak kanan lawa. letak warna ni, warna lain nampak lawa. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AA!!!
      part header tu boleh tahap macam orang tengah buat research untuk phd tu. hahahahah
      bezanya kita je yang menilai..

      Delete
  8. Cantik & simple yang baru ni! Memang berbaloi la usaha berhempas pulas tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih farhanna! memang terasa berbaloi! ^_^
      kalau tak memang takkan berhenti sampai rasa berbaloinya...

      Delete
  9. Cantik template dengan header awak Sofie..

    ReplyDelete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.