Things make me LAZY to update the blog!

March 28, 2018

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh bagi alasan untuk biarkan dia bersawang lagi! Dah spent itu ini, lagi nak kasi sawang naik. Tapi tulah, kerja meng-update blog ni bukan perkara yang senang kawan-kawan. Dia perlukan idea, ilham, mood, semangat, muse, dan paling penting hati jiwa raga bersama gambar yang sesuai. 

Untuk itu, aku memang salute dan tabik giler bagi siapa yang satu hari boleh up lebih dari tiga entri. Aku ni seminggu hanya mampu up tiga entri saja....(itupun tertakluk pada masa yang aku ada...)

Blogger, issues

Jadinya, antara faktor aku jadikan TAKDE MASA sebagai alasan untuk update blog, ada jugak faktor lain sebenarnya...

Antara sebab-sebab yang membuatkan aku malas giler naudzubillah nak up entri adalah:-


1- Idea, idea, idea, idea!

Bagi orang seperti aku yang ideanya banyak dipengarui oleh persekitaran, aku sangat susah nak kerah minda bila aku dalam keadaan selesa. Selesa? 

Dengan maksudnya, just same old same old routine yang tiada pembaharuan dalam hidup. Erk?! Entahlah....aku pun confused kekadang samada semangat menulis tu sebenar-benar idea atau ilham yang tercetus dari perasaan. Hurm.....πŸ˜•

Untuk tidak fikir panjang lagi, aku akan senantiasa bawak buku conteng dan pen setiap kali pergi mana-mana. Senang nak coret bila tetiba ilham menjengah. Boleh je nak guna phone untuk taipnya, tapi tu lah....slow pulak ilham dicatat bila berlaku typo...

2- Komputer hang/lag nak mati!

Hari tu lappy aku buat hal. Dia tetiba lag sampai darah pun rasa hangin semacam. Bengang dia sampai rasa nak hempuk lappy dan baling kat dinding. Tapi tidaklah berlaku sebegitu sekali. Lappy ni harta gua yang paling bernilai kot! Mustahillah nak sesaja ganti. Memanglah lappy ni benda boleh ganti, tapi kenangan kita bersama lappy yang sekarang tu suatu benda yang takde galang gantinya.

Jadi, aku hanya cuci dan buang segala sampahh yang ada dalam lappy. Optimize kan dia balik supaya ringan sikit bila buat banyak kerja dalam satu masa. Dan alhamdulillah, sekarang lappy dah sihat...

3- Malas nak cari gambar/ edit gambar/ dan sewaktu dengannya

Kerja nak mencari gambar ni kadang macam simple dan petik jari semua settle, tapi bila dah buat....makan berjam-jam jugak. Walaupun sekadar guna stockphoto πŸ˜…. Itu belum lagi nak godek gambar sendiri. 

Bila dah jumpa gambar, kerja edit pulak satu hal. Bila tengah edit, nak cari font dan color yang bersesuaian pulak. Macam-macamlah...sampaikan sepatutnya aku update entry jadi terbengkalai sebab masa habis dekat bahagian gambar sahaja...

4- Privasi

Ada mood, ada gambar, ada masa....sayangnya tadak privasi. Aigooo....inilah satunya penyebab yang menyebabkan no entry for the days, or weeks or months! Aku ni pulak jenis manusia yang segan bila time aku taip orang tengok. Time aku nak taip ada orang lalu lalang tanya itu ini. 😐

Daripada idea macam air terjun melimpah dan mencurah dengan lajunya terus jadi macam air pili masa musim kemarau! Akulahkan....memang terus tutup dan terpaksa lupakan segala benda yang sepatutnya dibuat. Kes ini bukan sahaja berlaku time nak update blog je, time buat assignment pun iya jugak. Sebab tu aku lebih suka buat kerja waktu malam, macam sekarang ni. Rumah pun sunyi, angin sepoi-sepoi bahasa mengirim idea dari tiupannya...πŸ’¬πŸ’¬

5- Jiwa menulis tak sampai

Walaupun ada entri tu aku up sekadar up tanpa sebarang jiwa, dia akan menimbulkan rasa sedikit tidak puas hati. Sebabnya, kalau kita sendiri rasa entri tu tak berbaloi masakan orang lain akan rasa yang berbeza. Confirm-confirmlah orang pun akan rasa bosan dan mehh....apa bendalah minah ni bebel merapu panjang ni...πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€

Sedihkan? Aku pun sedih kalau orang bukak terus pangkah kita punya site. Satu bounce rate naik, satu lagi macam...syok sendiri! Huhuhuhuhuh tapi tu lah, tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa dan tak semua orang buat blog sebab nak baca blog...

Tapi, kesedihan itu tak lama pun sebab banyak lagi kerja lain yang aku perlu risaukan. Macam sekarang ni misalnya. Aku sepatutnya buat assignment yang perlu disubmit minggu depan, tapi biasalah...setiap kali nak buat assignment...dan dan tu jugaklah muse menaip blog tu datang....katanya nak buat assignment kan???πŸ˜‚πŸ˜‚

Aiy, aiy....nak buat asignmentlah ni...adoyai!! 
Okaylah, kalau korang pun ada masalah macam aku ni, korang akan buat apa untuk bagi semangat update blog tu ada? 

Lagi-lagi personal blog ni, aku perati je geng-geng personal blogger dulunya aku suka lepak...sekarang sepi bhai! Tapi tulah,  mungkin realiti memerlukan lebih banyak komitmen berbanding dunia siber ni. Apa-apa pun ALL THE BEST untuk korang yang ralit membaca dan juga untuk mereka-mereka yang dulunya pernah ada blog tapi sudah pencen....

Till then!
Ila liqa', maa'salamah and xiao xin!

Angin rindu dari Negeri Perlis!

March 24, 2018

Buka saja topik mengenai Negeri Perlis, laju aku akan jawab; "Gua rindu tom yam dia!!!!"
Lagi-lagi suasana aman damai tenteram di Arau. Bau dia, musim dia, memang terasa sangat macam dekat Araustralia. Eh, eh...Arau jer lah.

Ini pun aku baru balik dari Arau (versi celup namanya Arau Alam Jawa) dekat seksyen 16. Alhamdulillah dapat jugak jumpa makanan yang murah dan sedap macam dekat Arau dedulu. Masa tiga tahun duduk Perlis, aku lebih banyak pusing di sekitar Arau. Since UiTM tu letaknya di Arau, memang tak kemana jugaklah aku pusing. πŸ˜…

Dalam diam, dah nak dekat setahun jugaklah aku tak jejak Negeri Perlis. So, malam ni entah seperti biasa ada saja angin dari Perlis menyapa. Katanya rindu....(baru acah-acah dah move on dari jadi orang utara celup!)

Sebenarnya banyak lagi tempat dekat Negeri Perlis ni yang aku masih belum berkesempatan untuk pergi. Ya, ya, ya memang Perlis ni boleh dikategorikan antara Negeri paling kecik dalam Malaysia, tapi kalau dah jenis manusia yang lebih sayangkan bilik macam aku ni, kecik mana pun negeri tu, memang tak akan habis pusing! 

Ingat masa first time aku sampai Perlis, memang tak percaya giler masih wujud pekan lama yang bangunan tingginya masih tak banyak. Tambahan pulak, aku memang tak tahu yang Perlis ni tadak airport! Aigooo, apasallah aku tak tahu benda ni....isk isk isk😒

Perlis, second home

Ringkasan sejarah Negeri Perlis

Berbalik pada sejarah lama dulu kala, Perlis ni adalah antara negeri yang di bawah kuasa monarchy Thailand sebelum diambil alih oleh Sultan Kedah. Sedar tak sedar, Perlis berjaya menjadi salah satu negeri yang merdeka di bawah naungan Negara Malaysia. 

Macam mana aku boleh tercampak dan berminat untuk menjelajah Negeri Perlis?
Sebab Negeri Perlis ni dia low profile dan punya ketenangan yang tak akan dijumpa dekat bandar. Percayalah, once in never out kata orang. Tempat pertama yang aku pergi setibanya di Perlis selepas sesi pendaftaran pelajar baru di UiTM Arau adalah Wang Kelian. 

Haaaa....benda apa pulak Wang Kelian ni kan? 
Nama susah benar nau nak sebut. Wang Kelian ni dia macam Padang Besar, cuma dia takdelah banyak bangunan macam kat Padang Besar. Masa pergi tu, hujan pulak, tak sempat nak ambik gambar yang jelas dan jalan untuk ke sana memang agak bahaya sikit. Macam ular kena palu kata orang.

Kalau korang memang tak pernah lagi jejak ke Negeri Perlis ni, aku dah buat senarai tempat-tempat yang korang patut pergi sepanjang berada di sana. Antaranya:-

1- Gua Kelam

Gua Kelam, Perlis

Alhamdulillah masa sem 2 diploma aku berkesempatan jejak ke Gua Kelam ni. Memang cantik dan kelam! Dalam tu ada disediakan lampu warna warni. Ambik gambar guna fon cikai, nampak gelam sajolah cerita dia! Orang kata kalau pi Perghlih tak pi Gua Kelam, bazir sajalah! Jadi, pi jangan tak pi!

Gua Kelam, Perlis,

2- Hutan Lipur Bukit Air

Jujur aku cakap yang Hutan Lipur ni aku sendiri pun tak pernah pergi. Tu boleh dijadikan alasan untuk jejak ke Perlis lagi dan lagi pada masa akan datang....heheheheheh

3- Muzium Kota Kayang

Untuk penggemar muzium, korang mesti pergi ke Muzium Kota Kayang ni, Sebab dalam muzium ni dia ceritakan aal usul Negeri Perlis beserta artifak dan alatan-alatan dulu kala. Since, aku tak pernah jugak jejak ke sini, aku tak boleh nak describe keadaan muzium tu macam mana. (Nampak sangat tak pernah join lawatan ke muzium!πŸ˜…πŸ˜…)

4- Kuala Perlis

Yang ini memang wajib pergilah cerita dia. Kalau nak pergi ke Langkawi, memang kawan aku ni selalu ajak kitaorang lepak dulu kat KP. Makanan seafood dia, kalau pandai cari memang banyak sedap! Harga campak tepi. Kalau dah sedap pejam mata je tengok harga. hahahaha

5- Padang Besar

Tempat ni wajib sangat pergi bagi pencinta barang free duty. Ni kalau family aku mai Perlis ni, kalau tak singgah ke Padang Besar memang tak sah. Dia macam dah jadi satu rutin wajib. Tapi tu lah, besar dia, sampai lenguh dan mengah jugaklah nak pusing. Kalau mak aku, dia pantang tengok perkakas dapur. Beli memang sedap, nak hangkutnya satu hal!

6- Perlis State Park

Sayangnya, tempat ni pun aku rasa macam langsung tadak dalam memori. Senang kata dia dekat dengan Mata Ayer dan Hutan Peliharaan Wang Mu. Dengar cerita katanya ni satu-satunya tempat dalam Malaysia yang pelihara stump tailed macaque.

7- Snake Farm

Ahah! Yang ni untuk pencinta ular bolehlah ke sini. Aku? huhuhuhu memang tak berani langsunglah cerita dia. Hari tu pernah jugak pihak dari Snake Farm ni buat pameran dalam UiTM Arau, itu pun gua tak berani dekat hatta nak lalu pun tidak.

8- Taman Herba

Dekat Taman Herba ni kalau korang berpeluang pergi, korang boleh belajar dan tengok macam mana nak buat tanaman ni menjadi ubat-ubatan. Kat sini ada lebih daripada 1000 spesis tanaman yang ditanam. Ni kalau mak aku pergi ni, mau makan berjam jugak (nasib baik tak pernah lagi ke sini...πŸ˜…)

9- Tasik Melati

Kalau nak berkhelah, jalan-jalan dan makan angin, pergilah ke Tasik Melati. Tempat ni bagus untuk diluangkan masa bersama keluarga. Rapatkan ukhwah kekeluargaan dengan berkhelah memang seronok!

**
Phew! Banyak jugak rupanya tempat-tempat menarik dekat Perlis. Dari 9 tu tiga tempat je aku pernah pergi. Apa punya oranglah aku ni. Bila dah duduk jauh dari Perlis, baru terhegeh-hegeh nak pi. Bazir sungguh!

Habis dah cerita bab jalan, kita move kepada makanan yang menarik di Perlis pulak!

Untuk yang kaki makan, aku percaya yang korang mesti dah merasa semua makanan yang aku akan mention nanti. Telah pulak kalau korang ada kawan dari Perlis. Sayangnya, sebahagian dari makanan tu, aku sendiri tak berpeluang merasanya. πŸ˜…

1- Medan Ikan Bakar

Medan Ikan Bakar letaknya dekat Jeti Kuala Perlis. Dekat KP tu apa je yang takde, semua jenis seafood dia ada. Aku paling suka order sotong goreng tepung kat sini. Orang pergi Medan Ikan Bakar, makan Ikan Bakar. Dia sibuk cari sotong! Tapi serius, kalau pandai pilih tempat dekat sini, memang boleh dapat harga yang murah dan sedap!

2- Jeruk Maman

Jeruk Maman ni dia macam Kimchi. Kena peram dulu dengan garam dan air selama tiga hari baru sedap untuk dimakan. Aku tak pernah lagi rasa yang ni. Korang kena try dan bagi tau aku rasa dia. Tak pun kita minta siapa orang Perlis bawak jeruk ni mai Shah Alam.

3- Pekasam

Mungkin aku patut rasa juga pekasam Perlis. Sebab selama ni aku dok makan pekasam mak aku dengan nenek aku buat. Tak pasti lagi apa bezanya rasa pekasam bagi negeri yang berbeza. Now, it make me wonder and want to taste it!

4- Sira Belinggai

Apasal aku tak pernah tahu tentang wujudnya Sira Belinggai ni? Pelik pulak sebab tak pernah jumpa. Ke sebab aku tak habis research lagi Perlis tu masa dok sana? Hurm....

Buah Belinggai ni dikutip , dibiarkan selama beberapa hari bagi isi dengan kulit dia lekang dan mudah diambil. Lepas tu isi buah belinggai tu tadi diramas dan dikeluarkan sebelum dicampur dengan santan/susu untuk menghasilkan satu larutan. Kemudian, larutan tu ditapis dan terhasillah Sira Belinggai.

5- Nasi Ulam

Nasi ulam ni adalah salah satu makanan tradisional bagi Perlis jugak. Dia merupakan campuran nasi dengan pelbagai daun ulam termasuklah noni, putat, sekentut, selom dan mentalum. Lepas tu, lada hitam dan ikan kering yang dah dihancurkan dicampur sebagai penambah perasa.

6- Laksa Kuala Perlis

Hah, yang ini memang wajiblah setiap kali korang rasa mengidam nak makan laksa. Pergi KP tu, dia kalau ada duit lebih dan selera makan nan tinggi, makanlah semua yang ada dekat situ. KP ni biasa memang ramai orang. Lagi-lagi musim puasa, memang penuh! Kalau dapat book awal, pergila book cepat-cepat!

**
Jalan dah makan pun dah, tapi tak tau lagi nak bermalam dekat mana. Kecik-kecik pun sehari mana cukup. Paling kurang pun mahu tiga hari. Mana nak pusing untuk jalan sambil makan lagi, jalan lagi....hiking lagi...tak puas tiga hari tu..

Hotel penginapan sekitar Negeri Perlis

Antaranya;-

1- Hotel Sri Malaysia Kangar
Hotel ni sesuai bagi sesiapa ynag nak tengok permandangan bandar Kangar. Sebab dia betul-betul terletak dekat tengah bandar. Dari hotel ni nak ke Arulmigu Arumugaswamy Dheasthanam, Remidis Clinic dan The Store boleh kira berhampiran jugaklah.

2- Putra Brasmana Hotel
Hotel Putra ni terletak dekat Kuala Perlis. Aksesibility dekat sini pun senang jugak untuk pergi ke Muzium Kota Kayang, Masjid Al-Hussein, Komalaut Seafood Complex dan Terminal Feri Kuala Perlis sendiri.

3- Putra Putri Lodge
Lodge ni terbina untuk memperbaiki pemandangan Repoh dengan menjadikan Lodge ni sebagai suatu tempat penginapapan yang terletak dekat Taman Putra Putri.


4- Putra Regency Hotel
Putra Regency letaknya dekat Putra Palace. Hotel premier yang sesuai untuk urusan bisnes, fine dining dan banquets. 

Aku lebih suka lepak dekat Arau berbanding Kangar. Satu, sebab dia dekat dengan UiTM. Dua, Arau pun banyak tempat makan yang murah dan sedap serta penginapan yang lebih murah. Kangar pergi sebab nak makan steamboat, KP pulak sebab nak makan seafood yang segar. 

**
Makan sudah, jalan pun sudah, siap cari hotel pun sudah. Tapi masalahnya tak tau macam mana nak pergi Perlis? 😰 

Cara untuk pergi ke Negeri Perlis ada tiga.


1- Kapal terbang.
Yang ni aku selalu guna. Tapi dia takde direct flight turun-turun terus Perlis. Nein! Dia kena transit dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah dulu. Then dari airport tadi ambiklah taxi sekitar untuk ke Perlis. Masa dia adalah dalam 45 minit jugak. Itupun bergantung pada traffic.

2- Kereta api
Kalau dari Butterworth dan Kuala Lumpur boleh naik kereta api Senandung Langkawi dan akan berhenti samada dekat Arau atau Padang Besar.

3- Bas
Paling senang untuk ke Perlis adalah dengan menaiki bas. Naik je dekat mana-mana hentian yang ada jual tiket direct ke Kangar, Kuala Perlis atau Arau. Settle! Tapi yang jenuhnya kena hadap perjalanan yang panjanglah. 

**
Aku rasa masih banyak lagi yang aku tak teroka dan jelajah secara terperinci dekat Perlis ni. Bukan saja Perlis, rasanya negeri lain pun mesti masih banyak benda yang aku tak rasa, tak tahu dan tak pernah jejak lagi. Aku jalan just ambik syarat jejak negeri tersebut je. Tak tahu semua pun takpa janji dah jejak. Tapi, feel dia macam tak lengkap. 

Antara target 2020 aku adalah untuk UNSEEN MALAYSIA. Sekarang ni masih lagi dalam fasa kumpul duit lagi. πŸ˜‚ Doakanlah target yang ini akan tertunai.

Korang dah pernah pergi ke Perlis belum? Kalau belum moh le kita bersama kumpul duit untuk support perlancongan dalam Malaysia!

Till then! See ya!
Xiao Xin!

Frequent Asked Questions by new Geomatics student

March 21, 2018

Awal pada tajuk entri ni aku nak letak mengenai "Perspektif Geomatik di Kaca Dunia". Pergh! Ayat kemah kemin bhai! Kaca dunia bagai. Nasib bukan kaca berlian, emas permata, perak zamrud. (Seolah macam mengiyakan tentang perempuan dan barang kemas berpisah tiada pulak!πŸ˜‚)

Kenapa 'Kaca Dunia'?

Sebab bidang ini masih suci dalam kaca dunia. Seolah masih tidak ada pendedahan yang meluas. Seriusly dude, kalau aku tak ambil kos ni, aku sendiri pun confirm masih blur dan terpinga-pinga setiap kali dengar istilah 'Geomatik'.

Tapi alhamdulillah, kos ni telah mendapat sambutan yang hangat dari sudut pengajian dan juga bidang praktikal. Cumanya, agak terkilan jugak sebab orang seringkali tak mention fungsi geomatik dalam bidang pembinaan sekerap dengan QS (quantity surveyor/ ukur bahan). Padahalkan, kalau land surveyor tak ukur dan settlekan segala urusan mengenai tanah tu, takkan adanya mana-mana pembinaan. 

Even sekarang aku dah masuk tahun kedua degree dalam Pengurusan Hartanah pun, susah benar nak dengar nama Geomatik dimention dalam lecture. Pffth! Marah bhai! hahahahah It's okay it's alright, land surveyors ni dia diam-diam ubi berisi. Nama tidak gah, tapi main peranan yang sangat besar. (#proudtolearngeomatics)😎

Dah berjela pulak intro kali ni πŸ˜….

Isi kandungan bagi sesi soal jawab aku bersama Encik Abd. Rahman MJ ni dibuat melalui email. Beliau merupakan surveyor yang telah berkecimpung selama 19 tahun dalam bidang geomatik dan pernah komen dalam salah satu entri geomatik yang aku kongsikan. Dalam komen tu beliau ada selitkan alamat email incase ada persoalan yang masih tak terjawab, bolehlah rujuk pengalaman dari beliau.

So, aku gunalah peluang tu untuk minta pendapat dia mengenai isu geomatik ni. Alah, isu yang freshie SPM suka sangat tanya πŸ˜…. Aku dulu masuk geomatik tak pernah kisah berapa gaji yang aku dapat lepas habis belajar. Dapat belajar dan pegang alatan yang canggih dan mahal ni pun aku dah rasa bertuah giler! Ingat murah ke?

(Aku nilahkan, sekali merapu susah benar nak berhenti...πŸ˜‘)

********************************

FAQs, Geomatics

10 Frequent Asked Questions by new student about Geomatics 

[Jawapan yang berwarna biru adalah jawapan yang diberi oleh Encik Abd.Rahman, manakala yang berwarna purple adalah ulasan dari pihak aku πŸ˜‡]

Q1: Kalau dah habis Diploma Geomatik ni senang tak cari kerja? Atau kena ambil degree terus? Sebab saya ada dengar kalau ambil bidang ni kena ambil degree terus.

A1: TAK SEMESTINYA. Dalam pasaran Geomatik sekiranya berminat dengan kerja-kerja ukuran hak milik atau kerja-kerja di lapangan, boleh saja kerja dengan menggunakan Diploma tersebut. Cuma, dalam senario hari ini, mungkin dengan Diploma bayaran yang diterima agak rendah berbanding lepasan degree. Maka untuk survival, seeloknya ambillah degree terus.

Bergantung pada individu. Sebab setengah orang dia rasa lebih praktikal untuk bekerja dahulu kemudian baru sambung belajar. Manakala bagi sesetengah individu yang lain pulak, dia rasa kalau belajar teruskan belajar sampai habis. Sebab once dah bekerja dan pegang duit sendiri, dia jadi kurang minat untuk sambung pengajian. So, tepuk dada tanya minda πŸ‘Ό

Q2: Belajar Geomatik ni boleh tahu ke tanah ni bagus untuk buat pelaburan dan sekian-sekian? Contohnya sesuai untuk dibeli atau sesuai untuk dibuat bangunan dan lain-lain?

A2: Secara umunya, TIDAK. Kerana, geomatik ni lebih fokus kepada bidang Geospatial ukur dan pemetaan. Bukan berkaitan perancangan, hartanah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, dengan pengalaman bekerja dan bercampur dengan berbagai profession semasa bekerja, sedikit sebanyak ilmu geomatik itu boleh diaplikasikan untuk tujuan hartanah. 
Contohnya dengan mengetahui ketinggian tanah tersebut dan keadaan topografinya, maka kita oleh ramal adakah tanah tersebut terletak dikawasan mudah anjir, kesesuaian tanaman dengan bentuk muka buminya dan sebagainya.

Yup, sebab tu aku tukar kos dari Geomatik kepada pengurusan hartanah. Sebab Geomatik dia dedahkan isu tanah dari bawah, manakala Hartanah dia lebih kepada upfront service. Bila belajar dua-dua, puzzle akan sedikit tercantum.

Q3: Bukankah peluang pekerjaan Sains Geomatik ni lebih berpeluang kepada lelaki? Sebab cikgu saya cakap kebanyakan lelaki yang keluar mengukur tanah

A3: TIDAK. Dewasa ini, bidang Geomatik lebih dipelopori oleh kaum wanita. Skop bidang Geomatik ini sangat luas. Secara umunya terbahagi kepada dua. Iaitu:- kerja luar dan kerja pejabat.
Bagi kerja luar amnya sedia maklumlah mestilah kena kerja di lapangan. Manakala, kerja dipejabat lebih kepada processing, analysis, manipulasi data, programming (phyton, VB etc.) menyediakan pangkalan data. 
Pada hari ini, bolehlah dikatakan expert lebih di perlukan di dalam area kerja di pejabat ini. Kalau dapat kuasai kedua-duanya, lagilah bagus!

No komen. Sebabnya, renyah kalau nak bawak perempuan keluar ukur tanah ni. Lagi-lagi kena camping dalam hutan yang takde sebarang kemudahan. Mahu ke awak-awak perempuan survive selama seminggu? 
Sebab tu perempuan lebih ramai kerja di pejabat sebagai data processor. Lagi seronok. Cuma kalau ada survey field dekat bandar tu, kalau nak join turun site...mungkin bolehlah...

Q4: Saya nak tahu, kalau bidang ni kerja dia macam mana ya? Dari segi masuk kerja dan gaji?
A4: Kerja dalam bidang Geomatik SANGAT LUAS. 
  • Kadaster:- Ukuran hak milik tanah dan ukuran starta/startum/spatium dlll.
  • Pemetaan:- LiDAR, UAV, Remote Sensing, Photogrammetry, GIS, Utiliti bawah tanah, hydrography, dlll
  • Geodetik:- Ukuran koordinat menggunakan satelit (GNSS), pasang surut, Falak Syarie, Astronomi, dlll
Berkenaan gaji, saya tak pasti..saya tiada data terkini.

Gaji? Aip, mana leh bagitau...huhuhu belajar sampai expert. Then you will know the price of your capability. Campak ke laut pun jadi pulau  

Q5: How to apply internship dekat JUPEM?
A5: Normally pelajar dari UTM, UiTM, dan Politeknik melalui kursus yang diambil ada slot untuk latihan praktikal di JUPEM. Tempoh latihan bergantung kepada IPTA masing-masing.

Kalau praktikal dekat JUPEM ni, biasanya lecturers yang akan handle dan agihkan bilangan pelajar bagi setiap batch tersebut. Berbeza dengan latihan industri masa tahun akhir. Di mana segala permohonan pelajar yang perlu hantar sendiri.

Q6: Boleh bagi cadangan company mana nak buat praktikal?
A6: Kena tengok minat. Kebiasaan ramai pelajar buat praktikal di syarikat-syarikat Juruukur Tanah Berlesen, GIS company atau IT Geospatial company.

Boleh cari dekat JUPEM senarai company JTB. Lepas tu filter company mana yang kita minat untuk praktikal dengan mengambil kira penginapan dan cost untuk ke tempat praktikal terbabit. 

Q7: Course Geomatik memang ada future yang cerah tak?
A7: ADA. Bidang Geospatial/Geomatik dijangka by 2025 pasaran di US sahaja sekitar  billion. Saya tak sempat nak search balik sumbernya tapi bidang ini adalah bidang yang ke-3 berkembang pesat di dunia. Perlu diingatkan bidang ini bukan semata-mata ukur tanah sahaja. Dengan kata lain, selain term Geomatic, ia juga dikenali sebagai Geospatial, Geoinformation dlll.

Cuba letakkan diri korang di zaman perang, agak-agak kos apa yang paling penting jika berlakunya peperangan? Geomatik? Of courselah dia adalah antara kos yang terpenting sebab diorang ada maklumat dan data koordinat yang tepat dengan bantuan alatan elektronik yang canggih. (Boleh tengok cerita berkaitan perang-perang untuk tengok kesahihannya)

Tu je cara mudah nak tahu either sesuatu kos tu punya future yang cerah atau tak...(cara aku berfikirlah). Kalau terlalu bergantung future tu pada 5, 7 tahun...memang sampai ke sudah kita akan pertikaikan sesi pembelajaran.

Q8: Sains Geomatik sumber alam macam mana ya pekerjaannya?
A8: Tak jelas dengan maksud sumber alam itu.

Soalan ni memang kurang jelas. Sampai aku pun blur apa sebenar dia nak tanya...huhuhuhu. Mungkin sebab aku bukan major sumber alam,..sebenarnya dia tak jauh beza dengan geomatik tulen. Cuma dia lebih banyak penggunaan software yang canggih-canggih untuk analisis data.

Q9: Kalau kita apply kos Geomatik ni untuk ijazah, kita ada masa untuk  join PALAPES tak?
A9: ADA. Takde sebarang masalah berkenaan perkara tersebut. Mungkin Universiti lebih sesuai jawab soalan ni sebab saya tak tahu struktur kursus dia macam mana.

Yang inikan, dia bergantung pada kebolehan diri sendiri. Kalau rasa mampu untuk berjemur siang malam, it's okay to you. Kalau rasa boleh stabilkan masa dan dapat beri komitmen yang sewajarnya dalam dua perkara ni, kalian boleh teruskan. No problems.
Personally, aku tak galakkan sebab jadual harian akan senantiasa padat giler, giler, giler....

Q10: Langkah yang perlu diambil bagi mendapatkan lesen Surveyor?
A10: Perlu lulus exam Law terlebih dahulu. Bagi sektor kerajaa, 10 tahun bekerja ( 2 tahun di kadaster, 8 tahun di pemetaan dlll).
Bagi swasta, saya kena refresh balik.

So, bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai bidang Geomatik ini, boleh hubungi beliau melalui email:
armj74@gmail.com

****************
Jujurlah aku cakap, aku ni tidaklah hebat mana belajar dalam kos ni, sebab tu ikut suka aku je nak tukar ke nak sambung atau nak kerja atau nak berhenti. Janji diri happy. Ada matlamat untuk hidup, tahu apa yang kita mahu dan kita berusaha ke arah yang kita impikan itu pun dah cukup bagus. 

Memang nak raih sesuatu benda tu kena ada pressure, tapi too much pressure you letup sorang-sorang tak ke mana jugak. 

geomatics, info

Enjoy the moment itu SANGAT PENTING. 

Berusaha dan teruskan usaha serta doakan yang terbaik, insyaAllah segalanya akan menjadi mudah. πŸ˜‡

Till then, ila liqa' and maa'salamah! 
Xiao xin!

p/s: dialu-alukan sangat bagi sesiapa yang expert dalam bidang ni untuk berkongsi pengalaman dan artikel mengenai dunia geomatik sebagai pendedahan santai. 

Thank God it's Monday!

March 20, 2018

Yuhuuu! Thank God it's Monday! 
Aku tak pernah rasa happy bila tahu yang Isnin itu lagi santai dari hari Jumaat. Iyalah, bukan selalu kot nak excited bila jumpa hari isnin. Even hari rabu adalah hari feveret gua. 

Sebab apa rabu?

Rabu kalau ikut dari bahasa arabnya, dia "arbaah". Maksudnya "Empat". Since aku anak ke-4, nombor 4 dah jatuh wajib jadi nombor feveret. Unless ko percaya yang empat itu soi! 

Hari Isnin, (itu pun curi-curi masa jugak) aku sedikit lapang berbanding hari lain. Kalau korang wonder apa tujuan entri ni, aku akan jawab;-

'sekadar mengubat rindu untuk menaip dari rasa hati'. 

Aku sejenis manusia yang sukar untuk mendapat feel bila aku bukan dalam mood itu. 

Misalnya, kalau aku kena buat something tanpa jiwa yang seni ni (ecececeh seni sangat!) dia jadi macam....seakan mati! Pale, dull, hipokrit...dan segala rasa yang buat aku pangkah semua web browser yang tadinya aku beria nak up entri ilmiah. Phew! 

Bhai, entri ilmiah plus review plus perkongsiaan bermanfaat ni dia takleh guna bahasa cikai-cikai, dia kena ada sedikit bahasa malaysia-nya. Supaya nampaklah berilmiah. Hahahaha ke aku sorang je yang rasa macam tu? Kerja menaip, menulis ni....bukanlah sekadar jejari yang menari...dia kena jiwa bersatu bersama irama latar belakang (di mana BGM aku sekarang adalah lagu raya πŸ˜…), baru aku akan up entri tu. 

So, how's your day guys? It is good? or it is just okay...? 
Nah.....bersyukurlah masih hidup πŸ˜Š Nikmat paling sukar nak rasa syukur adalah rasa hidup. Orang selalu rasa dia dah mati sebelum jasadnya kaku. 

Dulu aku pernah gak jadi sebahagian manusia yang kufur nikmat diberi hidup ni...
Mungkin sebab faktor usia, aku jadi macam bertanya pada diri; "Sampai bila? Sampai bila..." Hinggalah, aku rasa yang jiwa aku ni terlalu mati sampai langsung takde rasa berdosa bila buat maksiat kecil. 

Contoh maksiat kecil adalah percakapan langsung tak jaga. Sumpah seranah caci maki seolah langsung tak mendatang rasa kesal...Teruk sangat! 

Aku bukan cerita sebab aku bangga dengan apa yang aku pernah buat, πŸ˜”cumanya aku terasa rindu  berada dizaman dimana mahu ucap kata bodoh pun serasa 'Allah,...bongkaknya aku..." Aku rindu rasa itu. 

Kita tahu, bahkan maklum yang Iman itu ada pasang surutnya, naik turunnya...jadi bila hati telah dijentik untuk berubah dan terasa tidak senang dengan kondisi jahil itu, syukurlah. Syukur sebab Tuhan masih bagi peluang untuk berubah walau seribu kali kita ulang silap yang sama... 
Kadang malu...malu dengan Dia...

Okay, okay aku bukan nak ceramah pasal hidup dan syukur, aku just nak tahu yang korang masih hidup pun cukup bagus. Alhamdulillah...

Isnin.

Hari isnin bersamaan 1 Rejab 1439. Rejab. kemudian Sya'ban dan Ramadhan. Gunalah peluang sebaik mungkin sepanjang bulan Rejab ini untuk melangsaikan segala hutang-hutang lama. (u know what i mean...)

Untuk adik-adik yang gigih mengkaji mengenai Geomatik, aku akan cuba sedaya upaya untuk tolong mana yang aku mampu. Tinggal nak up entry dan kasi ayat kemas ja lagi. Lepas tu, aku dah tak tahu dah nak up apa. Kawan geomatik semua yang aku kenal sedang sibuk dengan Survey Camp. Mana boleh kacau. Silap hari bulan mau kena maki. 

Takpe bro, gua faham...komitmen untuk menjadi surveyor memang banyak. Aku hanya mampu doa dari jauh untuk kalian yang semuanya akan berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Amin!

Lagi?
Aku nak balik!!!! hahahahahah. Jeles pulak aku tengok small gathering dekat rumah nu. Mahu juga orang jumpa anak buah sulong dalam keluarga 😭😭😭😭😭 

Okaylah, habis dah entri merapu lepas rindu untuk berleter sekadar refleksi diri sendiri. Aku tahu...orang kata aku sedikit emotional sebab masih menyimpan dan menulis diari...aku tak kisah...incase kalau aku pergi tak sempat berwasiat...aku tahu benda pertama yang korang akan cari. 

Dia, bila nak dekat Ramadhan memang selalu rasa macam ni. Rasa sebak takut tak bertemu Ramadhan. Siapa punya jaminan untuk bertemu Ramadhan? 😒

Wonder, ponder

Till then! 
Ila liqa', xiao xin!

p/s: sudah masuk selasa daaa....

How I spent my last semester break

March 13, 2018

Cuti sem lepas dah dua minggu habis. Tapi lagak aku macam baru je lepas habis! Mana tidak, first week satu kelas pun tarak pergi. Mentang-mentanglah dah senior, dengan confidentnya mengatakan lecterur semua tak masuk! lolz!

Tapi memang benar, ada satu dua kelas je yang lecterur ada masuk. Yang lain...saja.....

Banner, post,

Bagi aku, cuti sem lepas aku tak banyak gerak kemana sangat. Dan aku terus lesap dari dunia blog. Sibuk dengan dunia tv-series dan......vlog? maybe...

Cuma adalah satu dua tu aku pergi jenjalan dengan adik beradik. Tapi tulah....sekejap sangat masa kitaorang lepak bersama. Maklumlah sibuk dengan hal memasing. Apa lagi ek? herm.....nampak sangat cuti aku terlalu....banyak tido? hahahahahah...well, dapat tidur ni nikmat ooo....

First thing aku buat lepas je paper exam habis hari tu:-

1- Khatamkan semua novel diborong


Novels, books

Igs ada recommend dekat aku buku karya IFI (ismi fa ismail). Aku mula tu macam takdelah berminat sangat. Maklumlah novel fixi ni bukanlah satu kegemaran. Tapi, bila dah start baca tu, cannot stop bhai! Curiosity tahap dewa tu nak tahu ending. Plus buku dia tulisan besar-besar, sehari boleh habis satu series (tiga buku). 

Tapi memandangkan aku baca sambil jaga kedai, so takdelah se-express yang aku sangka. Sehari dua buah je dapat baca. 

Habis je karya IFI aku baca 'Pergi Mati', 'Skizo', 'Cantik itu Luka'. Yang lain tu aku dah habis battery nak teruskan. Otak dah tak boleh berfungsi dengan stabil. Dia kalau lepas baca satu buku tu, then terus baca buku lain...otak macam sedikit hangit dan terbakar sebab nak kena cerna jalan cerita.

InsyaAllah, ada masa dan kerajinan aku akan buatlah sedikit review mengenai buku-buku yang aku baca hari tu.


2- Marathon the best sitcom of all the time; F.R.I.E.N.D.S


sitcom, tv-series

Yang ini memang pecah perut goleng-goleng aku tengok. 10 season bhai! Dan sekarang aku ulang tengok balik. Cannot move on!!!! Terasa macam hidup sangat bila tengok cerita tu. Seminggu satu season. Satu season 24 episod. Cuma season 10 je ada 18 episod. 

Kali pertama tengok, pecah perut gelak. Kali kedua marathon balik....gelak dan sedih. Sedih sebab terasa masa ni berlalu sangat cepat. Pelakon diorang sekarang ni pun semua dah berusia. Huwaaaa!!! 😭😭😭


3- Makan angin di Bukit Tinggi, Pahang

Ingat tak hari tu aku ada menang contest mingguan dari traveloka? Alhamdulillah, rezeki dari situ aku dapatlah jejak ke Bukit Tinggi 'kota france' tu untuk semalam. Semalam 200 jugaklah dekat Hotel Colmar Tropicale. 

Leisured, siblings

Best ke pergi Bukit Tinggi? 
Cantik dan sunyi. Kalau rasa nak jauh dari hiruk pikuk kota raya, bolehlah lepak sana. Betullah orang cakap, tak payah pergi lama-lama pun dekat situ, sebab dalam masa sehari dah habis pusing sampai tak tau nak buat apa. Kerja kitaorang...datang untuk tido jerlah. Hahahahaha 

Namalah untuk santai-santai. Adalah jugak makan-makan, tapi kena kawal sikitlah sebabnya harga boleh tahan sedap gak r.πŸ˜…

4- Pergi kenduri kawan dekat Pengkalan Hulu, Perak.

Masa pergi ni kitaorang drive. Bapak jauh dan dalam giler kampung member aku nan seorang ni. Mana taknya makan masa enam jam jugaklah untuk sampai ke sana. Skil pemanduan aku pun dah unlock satu level. ngeh ngeh ngeh....😝-potong memotong di jalan kampung- 

Jalan dalam kat ada satu lane je, che che che...alhamdulillah perjalanan hari tu selamat pergi dan baliknya. Sehari je ke sana. Datang untuk makan πŸ˜‚ Then ambik gambar sepuluh dua, habis tu balik. 

Kenduri, kawen

Nah.....tak banyak pun benda aku buat. Termenung jugak nak fikir benda apalah aku buat sepanjang sebulan lebih cuti selain daripada pergi dan balik kerja....πŸ™Ž Kata nak baca artikel pun....tak jugak sebabnya otak tengah dalam mood bercuti. 

Oh, oh...aku buat plan untuk future house. Plan + berangan macam mana rupa rumah aku suatu hari kelak. Plan dia kena simpan duit dulu, baru berangan nak design lagu mana. Tapi bila usha dan research pasal hal-hal yang berkaitan rumah ni....harga dia memang boleh buat air liur parau bhai.....

Siapa kata dunia dewasa ni gampang? Hahahaha 

Adik-adik yang masih berada dia taman kanak-kanak tu, hargailah hari-hari kalian dengan tenang. Bila mak ayah atuk nenek suruh menabung tu, menabunglah dik. Memang duit tu bukan pemberi bahagia, tapi dengan adanya duit kita akan bahagia.

Eh terceramah pasal duit pulak! πŸ˜…

Bila belek instagram, orang lain semua spent masa dengan family memasing time cuti sem. Buat rasa rindu pulak moment sedemikian....tapi ada rezeki raya haji tahun ni baru dapat gathering satu family. Dah cukup setahun baru aku jejak ke Miri balik. 

Setahun sekali je balik Miri. huhuhuhu Masuk tahun ni genaplah 14 tahun aku bermastautin di semenanjung....

Till then...
Xiao xin, Ila liqa'!

5 Stupid things I spent my money on

March 08, 2018

Obsesi terhadap menghabiskan duit ini memang agak bahaya. Bahaya dia boleh cecah tahap petala ke-18! Dasyhat tak dasyhat! Ya ya ya, aku memang akui yang aku ni seorang yang boros bila datang perihal barang yng aku suka. Come on r, siapalah tak suka duit kan? 

Tapi, tu lah...sepanjang 25 tahun hidup ni, aku rasa sebenarnya boleh sangat aku jadi jutawan sekarang. Kalau aku faham dan tahu macam mana tekniknya pada usia darjah satu. Tapi...tak! Semua tu aku baru faham sekarang. So, mungkin masa aku umur 50 tahun nanti baru dapat jadi jutawan. πŸ‘΅

rant, money

Jadi, sukalah aku kongsikan sedikit perkara-perkara bodoh yang aku pernah buat sepanjang belajar pegang duit sendiri. Aku harap perkongsiaan ini tidaklah diulang oleh kalian. (Boleh tahan jugak boros aku. Isk isk isk!)

1- Join komuniti MLM

Kisah ni berlaku masa aku belajar dekat Arau. Orang yang ngajak aku ni pulak student UUM. Masa tu aku ingat lagi, aku tengah beli makanan dekat cafe Apple. (Bagi sesiapa yang familiar dengan UiTM kampus Arau mesti tahu Apple dekat mana). Datanglah seorang akak ni. Dia perkenalkan diri sebagai F. Aku ni mati-matilah ingat dia bisnes affialiate yang sebaris dengan bisnes online ke apa kan. 

Tambah pulak masa tu aku terlalu teruja untuk kumpul duit dengan cara 'mudah'. πŸ˜‘ Aku cubalah bagi peluang dekat diri aku yang, "it's okay to listen first. Later I will decide either I want to join or no". Masa tu kebetulan aku free, aku dengar akak tu kata preview bisnes tu 100% percuma. Namalah previewkan. Aku pun dengar nama percuma ni, laju ajelah kasi nama. 

Pendekkan cerita, aku terjebak! Habislah dalam RM800. Termasuk cost tambang pergi balik ke KUIS. Katanya program gabungan satu Malaysia bagi komuniti tersebut. Masa tu aku terserempak dengan seorang kawan satu sekolah aku kat Kelantan dulu. Memang lamalah tak jumpa. Terasalah kecik dunia bila join benda macam ni. 

Dalam hati aku ada sedikit was-was, tapi aku abaikan. Sehinggalah aku buat pembayaran terakhir dengan janji yang diorang akan guide aku. (Alah, semua orang boleh tekalah apa jadi) Habis aku bayar, diorang terus LESAP!. πŸ‘½

2- Scammer versi online

Aku ni memang jenis manusia percaya pada peluang kedua, ketiga dan seterusnya selagi aku tak nampak bukti. Maka aku cubalah satu laman website ni yang katanya akan mendapat pelbagai pulangan yang mashyuk! Padahalkan, aku boleh je fikir logik, mana ada high return kalau low risk! Sumpah aku rasa nak kasi clorox otak aku ni! 

Tapi syukurlah aku habiskan RM140 je dekat sini. Pheww! Itu pun duit jugak mak cik oi!!!


3- Teruja pada penjagaan kulit muka

Kulit muka aku ni kind of neutral. Pakai apa-apa pun semua sama je hasil. Melainkan kalau produk tu bila aku pakai dia mengeringkan muka aku. Even aku tak pakai pencuci muka pun, muka tetap sama dengan pakai. (Syukur jenis muka aku tak mudah naik jerawat bila tak sesuai dengan produk)

Pastu, adalah tiga masa tu aku habiskan 200+540+300 = ........

First, aku kekonon nak try produk mahal. Baru nampak serius dalam penjagaan kan. Konon! So, setakat 200 tu, aku rasa berbaloi jugaklah. Masalahnya, aku tak rajin nak menepek setiap hari. Pagi petang siang malam bhai! Apa dia ingat aku rajin. Then, aku tak pakai dengan konsisten. Akhirnya dia expired macam tu je.

Yang kedua tu, aku terjebak masa ada fair dekat dewan Mawar dua tahun lepas. Produk tu katanya dari doktor skin care. Aku tak pernah dengn nama produk tu. Even aku google banyak kali pun aku tak jumpa reviewnya. Aku ni dahlah tak percaya sikit dengan produk yang takde website rasmi πŸ˜…. 

Tapi, aku tak tahu hantu mana yang menghulurkan tangan aku pada diorang sebanyak 540! Telan air liur aku! Ini kalau SKII aku terima lagi. Tapi ini bukan SKII! 

Kes yang ketiga pulak berlaku selepas kes kedua. Aku berhenti pakai segala produk yang tidak aku yakini. Aku biarkan dua tiga minggu tak pakai apa-apa. Pastu, pergi jalan kat mana tah, gatal pulak kaki aku ni pergi menjengah The Body Shop. 

skincare, TBS


Allah, godaan mana pulak yang menghasut sampai aku main bayar je 200+ dekat kaunter. Alih-alih produk tu langsung tak sesuai dengan aku. Sebab kulit muka aku jadi panas dan kering. Haila haila! Pakai Gamat Emas je lagi bagus! Tak perlu pun berhabis beratus-ratus!

4- Hantu Gadget!

Kalau boleh semua gadget aku nak miliki. Lagi-lagi kalau yang berunsur peranti untuk mendengar lagu. Tak kiralah earphone, headphone, bluetooth speaker, MP3, MP4, walkman, discman, speaker biasa, speaker dalam shower....janji dia boleh keluarkan muzik dan lagu! Obses giler dengan muzik! (Aku risau jugak dengan diri aku ni. Risau tak sedar masa bila dajjal serang dengan muzik aku terhanyut...tanpa sedar. Naudzubillah min dzalik!)

Obsesi ini masih lagi berlaku. Sebabnya aku masih buat tabungan untuk belian gadget! πŸ˜‚ Wishlist gadget aku tak pernah surut. Makin bertambah lagi adalah. Nak nak pulak sejak ipad aku tak function kes masuk air. Lagilah aku geram nak beli baru! Fungsinya:- nak main game lagi puas dengan skrin besar. πŸ˜…

5- Expensive foods!

Aku suka makan. Dan mencuba segala jenis makanan yang aku tak pernah jumpa dan rasa. Semua makanan aku balun. Tolak ceri je aku tak makan. Kasilah western, arab, chinese, korea, japan, jawa, melayu, perancis, india...insyaAllah aku akan telan punya. 

Masalahnya, semua makanan ni harganya kadang mampu leleh je. Sampai ada orang jeles kalau insta aku penuh dengan gambar makanan. Come on r, makananlah penghibur perut nak lara. Bila aku lapar ke, aku sendiri belek ig aku kot! πŸ˜‚ Nak ambik feel masa aku makan hari tu hari tu....tapi tu lah..orang cakap tak baik menunjuk. Haila haila....

Sebab kes-kes macam nilah aku dah jarang up gambar makanan dekat ig dan makan makanan mahal. Melainkan bulan puasa nanti. Hahahahaha atau masa musim gaji ke apakan. Kalau aku up gambar makanan masa bukan musim gaji, fuh! mahu kena pekakkan telinga weh! (Maklumlah, orang tak nampak pun kalau aku makan murah atau terpaksa berlapar....😞)

Menyesal tak habiskan makanan dekat semua benda ni?
Ergh! Sape tak menyesal bhai! Lagi-lagi bila kes kena tipu. Tapi tu lah....banyak benda jugak yang aku belajar dari situ. Aku dapat belajar yang...
  1. Scammer takkan kaya kalau aku tak bodoh dan taksub untuk jadi kaya. Jadi pentingnya belajar kaji selidik sesuatu sebelum buat sebarang keputusan yang melibatkan duit.
  2. Sesiapa pun sanggup berhabisan demi kecantikkan. Tapi kena ingat, beauty is 'pain'...jadi aku perlu berpada dengan penjagaan jangan sampai memudaratkan diri...sanggup berlapar demi cantik? no! Aku takkan buat macam tu dah!
  3. Gadget tu perlu, tapi jangan sampai menjadi liabiliti dan menjerut diri. Sebab, teknologi takkan pernah habis. 
  4. Makan itu perlu, tapi ikutlah besar periuk sendiri. πŸ˜…
Benda macam ni lah buat aku lagi berjimat tentang duit. Alhamdulillah, hasil dari tindakan 'kurang cerdik' aku pada masa lalu telah menyedarkan aku tentang banyak perkara tentang masa hadapan. Mana hala duit tu aku lebih cermat dalam menyimpan rekod. Aku belajar dan baca buku berkaitan dengan financial freedom. Biarlah makan masa pun, janji keberhasilannya logik!

Ikut konsep Warren Buffet, konsep Robert Kiyosaki...dan semua sifu yang berjaya buktikan kebebasan kewangan. 
Pesan pada diri, dunia sekarang ni jangan cepat percaya pada khabar yang tiada sahih dari akhbar dan website. Serta, jangan segan untuk bertanya pendapat pada orang yang berpengalaman. 
Jangan jadi macam aku, dah terhantuk baru terngadah....tapi sedarlah sebelum nasi menjadi bubur...

Till then! 
Ila liqa' and xiao xin!

p/s: aku pun hantu barang unik jugak! pantang masuk typo, ada je benda nak sambar! Pantang nampak note book yang lawa, laju je beli! haila haila!

Brand New Blog!

March 06, 2018

Mahu sebulan jugak aku menyepi dari radius blogging! Lesap pergi mana entah mood blogging. Jangankan nak up entry, nak blogwalking pun tadak! Syadid! Maka, sempena pembaharuan domain pada bulan lepas, banyak benda jugak aku dah ubah dalam blog ni. Demi nak menaikkan semula semangat blogging yang entah melencong sampai ke planet mana tah. Bila dah tengok blog lawa, kemas, sedap mata memandang ni, tetiba rasa bersemangat nak berblogging balik! Yuhuuu!!!! 😍😍


Well, hello there! How are you? May everything going to be great!
First of all, aku nak mintak maaf sebab dah lama giler tak menjengah balas kunjugan kalian. πŸ™‡Bukan apa, awal tahun hari tu...fasa Final Exam. Lepas tu, bila fasa tu berlalu...adalah satu fasa yang menyebabkan aku rasa tadak mood giler nak blogging. Tambah pulak mood nak bersenang lenang plus marathon segala series idaman yang tertangguh tu menjelma. Apa lagi, laptop pun dibiar sepi bersama timbunan buku. Cayalah, bila masuk bulan tiga baru aku berkawan balik dengan lappy. Sebab dah sampai seru untuk blogging balik.

Sejarah pembaharuan blog:-

Untuk brand new blog kali ni, aku cuba untuk bermain dengan tiga warna. Biasa aku guna dua. Tu pun tak lari dari hitam dan putih. Plan awal aku acah-acah nak kasi aura segar pada blog. Berhari jugaklah nak set-up semua kasi lawa. Mulanya aku ingat nak habiskan dalam tempoh sehari. Tapi, fikir kerja punya pasal, terpaksalah buat step-by-step. (Jari aku pun dah kelihatan janggal ya bila menari diatas keyboard ni. Seolah mencari-cari alphabet untuk ditaip πŸ˜‚)

Fasa pertama:- Usha dan beli template melalui Etsy. Nak usha itupun mengambil masa seminggu. 

Selepas siap fasa pertama,

Fasa kedua:- Install theme dan buat basic editing. Supaya blog takdelah terbengkalai dalam keadaan yang sukar difaham. 

Fasa ketiga:- Design header! Pergh, part ni, nampak je macam senang. Macam je ya...tapi nak cari idea tu...mahu keluar masuk bilik berkali-kali gaklah...belek pinterest, belek blog orang, beleklah google mana yang dapat digoogle (part ni nantilah aku cerita behind the scene dia...)

Fasa keempat:- Susun atur post label yang dah berkecamuk macam orang tadak tujuan penulisan. Hahahaha. Ini satu hal jugak...menguap keluar air mata pun terpaksa ditahan. Terpaksa belek entri lama-lama untuk pastikan post tu tiada unsur broken-link. 

Fasa kelima:- Baru up entry baru! Nilah fasa aku sekarang!

Ambik masa dua minggu jugaklah nak kasi selesai ni semua. Tu termasuklah fasa mengemas dan meng-upgrade office sendiri. Nak kasi hias dia supaya nampak segar dan ada semangat untuk belajar katanya. Semua fasa ni terpaksa dibuat masa weekday. Maklumlah weekend kerja full o!

Maka inilah hasilnya! Tadaaaaaa!!!!! 

Masa part design untuk tentukan kaler tu overwhelmed jugaklah dibuatnya. Mahu tak overwhelmed! Kaler saja ada ratus juta. Sib baik aku ada banyak feveret kaler.

Selain daripada hitam dan putih, biru jugak termasuk kategori warna kegilaan aku. Hampir semua jamadat yang aku beli kalernya biru. Awalnya nak kasi semua birulah. Biru cair, turqoise, biru terang, biru navy...tapi oren pun termasuk 20% warna item yang aku miliki. Maka, masuklah sedikit kaler oren kuning macam tu. 

Pink? Nah...pink ni aku tak minat tapi dia ada aura untuk kasi blog nampak segar. So, terhasillah pallette warna baru bagi blog ni. 

Misi yang tertunda?? 

Dulu, aku target awal tahun untuk upgrade interface blog ni. Dengan hajat nak tukar platform blogging semua. Tapi, orang kata, kalau kita betul-betul nak tahu kita nak atau tak sesuatu benda tu, kena tunggu dalam tempoh 30 ke 40 hari. Kalau dalam tempoh tu kita masih ada keingginan untuk memilikinya, maka tunaikanlah impian tu. (Salah satu tips untuk tak membuat keputusan semberono)

Selain daripada isu bajet dan sebagainya, maka segalanya aku baru dapat tunaikan sekarang. ...tapi dalam tempoh tu aku dah fikir juta nam jugak r nak tukar platform. Maklumlah aku ni blog pun celup-celup timbul. Kalau tak serius macam ni mahu buat rugi je guna wordpress. So, aku cuma cari design yang miliki fungsi macam wordpress. Blogger tetap dihati. Plus, aku malas nak ada masalah dengan GoogleAds. Dahlah nak dapat Ads tu bukan senang. Mahu jugak kena reject dulu...

Sebelum dan Selepas

template, blog
SEBELUM- Guna since 2016 masa raya

Blog template
SELEPAS-Landing page for new template 😍

blog, page
SELEPAS- Interface for blog post page

Perasaan selepas overhaul blog?

Opkoslah happy! Sape tak happy bila nampak blog dah cantik kan? πŸ˜† Terasa macam perempuanlah sikit blog aku ni. Kalau tidak, semua asyik dok ingat aku ni laki. Haila haila!

So, here to welcome my brand new blog!!! 

Walaupun progressnya perlahan, ia tetap berjalan. 
Cheers for the turtle!

Till then, ila liqa'!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.