Ilham 2018

January 18, 2018

Gais, akhirnya ilham 2018 menjelma pada tarikh cantik ni. 180118. Aku rasa gerenti banyak benda yang si sopie ni nak borak. Harapan untuk berilmiah punya entry itu mungkin TIADA. Sebab ini adalah entri paling, paling beremosi sekali untuk bulan Januari dan tahun yang sudah tidak berapa baru ini.

2018.
Pffth! Aku masih lagi tersasul dan mengigau yang 2019 itu lama lagi walhal hanya tahun depan. 
Aku masih lagi tulis 2017 pada tarikh, walau sudah dua minggu 2018 berlalu. Benarkah aku begitu gembira dengan kedatangan 2018, jika kerap kali aku tersasul?
Orang kata, itu sindrom awal tahun. Biasalah....aku pun abaikan...sebab lama kelamaan otak dan minda aku seolah semakin ke-terbelakang...

*sambil membetulkan letak sweater yang berlogo UiTM sebesar telepak tangan, sofie memulakan penulisan entri*

2018. 
Aku masih keliru. Apa benda yang aku kelirukan pun aku tak tahu.. keliru dengan hidup yang semakin normal atau dengan hidup yang semakin beransur senja? Senja? entahlah....nak bebel pasal satu hal ni, sampai ke tinta terakhir pen paper-mate pun takkan habis...

Aura positif aku ni takde lah menyerlah jika dibanding dengan bayang-bayang yang aku lalui setelah sekian lama. Motif? Aku tak rasa yang aura positif itu dapat menjadikan aku lebih bersemangat. Sebab ia seakan menakutkan! Gerun seolah punya rahsia yang tersirat disebalik senyuman yang aku tak tahu hujung pangkal di tali mana aku akan terjerut. Dia dah jadi pesimis. Bukan lagi optimis yang aku selalu bajakan dulu...

Aku suka kegelapan.
Sebab dari gelap aku akan hargai cahaya.
Terlalu banyak cahaya, bisa buat mataku buta..
Kerana silauannya tidak tertampung....
Tapi gelap itu bahaya. Kata orang aku boleh jatuh ke dalam telaga kerana meraba tidak tentu hala...
Telaga itu boleh bagi kau air, tapi tidak pasti ketulenannya..

Aku nak merapu lagi...aku tak harap yang ia akan bagi motivasi kalau itu yang orang cari.
Aku hanya mahu menulis dan terus menulis. Jika aku terlalu khuatir dan rungsing penulisanku tiada dibaca, sampai bila pun aku tak akan menulis. Jadi aku pilih hanya untuk terus menulis.

Ilham 2018 itu tidak banyak.
Kerana minda bawah sedar aku sudah lena. Dibuai mimpi bersama seseorang yang acap kali meminta dia menunggu dan terus menunggu. Tapi, minda sedarnya kerap jua bertanya, sampai bila harus mengharap pada kejora? Dia diam. Diam yang membunuh. Aku hanya mahu bahagia...bisiknya tidak kedengaran.

Bahagia?
Bukan kau sekarang sudah cukup bahagia?
Kau punya segala tapi masih menidakkan kebahagiaan?
Bahagia serupa apa yang kau nantikan?

Dia diam. Tidak berkutik dari pengerakannya yang lalu. Kepalanya tergeleng-geleng tanda tidak setuju.

Aku mahu bebas...

Aku menoleh. Dia mahu bebas?

Aku toleh melihat keliling. Lihat pada kaki dan jua tangan dia. Tiada oleh satu gari pun. Bebas apa yang kau maksudkan?

Aku mahu terus bebas.

Serupa?

Serupa kanak-kanak ria yang baru lahir.

Sumbingku berputik. Dia pinta perkara mustahil dek akal. Dia memang tidak waras. Patut orang gelarnya gila.

Kalau kau mahu beredar, kau juga sebenar pengecut! Pengecut yang tidak memperjuangkan kebebasan jiwanya sendiri!

Gertak dia saat aku mahu melangkah jauh. Apa maksudnya? Aku. Pengecut?

Ya! sebab kau berharap yang kau akan bebas hanya saat kau punya segala, walhal bebas yang aku mahukan adalah bila kau melihat orang yang kau sayang ketawa bersama saat kalian bersua setelah perpisahan yang lama. Itu maksud bebasku...

Bebas dari anasir luar yang menjadi tembok untuk kita bahagia. Saat itu adalah kebebasan sebenar. Bebas dari belengu limpahan maklumat yang tiada sahih.

Aku pula diam...

Dia mahu bebas...bebas yang tradisional dan klasik.
Bebas cara lama bukan serupa yang aku sangka...
Dia.....mahu bebas dari teknologi dan hidup diserikan dengan perkara hakiki...
Senyum bukan sekadar emoji...

Aku pandang lagi dia...dia sedang rindu sesuatu yang lama dan tiada digapai oleh imaginasi moden kerana terlalu banyak pendedahan melaui lensa dan kaca tv. Kasihan...ideologi dia yang karut itu ditebak aku sebagai gila. Hanya kerna aku menafsirkan dari sudut aku bukan dia...

Patutlah dia bermuram durja...patutlah dia tidak suka gambarnya sendiri. Kerana dia rasa itu suatu kepalsuan nyata.

Tapi, adakah baiknya jika kau beri peluang pada suatu kemajuan? Kau tidak tahu perkara itu baik atau jahat jika kau tidak mencubanya...

Kerana sejarah telah banyak mengajar. Sebarang kemajuan itu akan cepat luputnya jika ia sekadar mengejar trend bukan nilai gunanya...

Karut! kau mengarut kerana kau takut pada modenisasi! kau karut kerna cara kau sudah tiada yang ikut...

Percayalah,....suatu masa nanti kau jua akan ketagih pada erti kebebasan ini...

*tup! cahaya komputer terpadam*

"Kau buat apa sia pepagi buta camni?"
Nothing. It just nothing with something...

Good Night!

Ilham 2018...
Ilham kabur pada selekoh tajam.
Aku khuatir dia tenggelam
bersama ideologi yang tiadakan faham.....

*Toleh kiri toleh kanan, lengan baju disingsing*

Kan aku dah cakap, cerita dia gerenti merapu! Yang kau baca sampai habis bukan dapat apa pun....

Memang takkan dapat bagi si celik...tapi jelas bagi si kantuk yang disorong bantal.

See ya when i see ya!

free,dom,

p/s: kenapa bebas selalu dimengertikan dengan mendepakan tangan?

6 comments

  1. Replies
    1. insyaAllah...
      terima kasih mendoakan

      Delete
  2. ibaratkan burung yg dapat terbang bebas di angkasa raya, sayapnya berkembang mengayuh udara. bezanya dgn burung yg terperangkap dalam sangkar, begitulah kenapa mendepakan tangan terasa bebas :D :)

    Hi Sofieee :) hehe tak mampu ku ungkapkan bait2 seindah yg kamu sampaikan. Terasa hiba, mencari2 identiti diri saat membacanya. Paling suka yg ini:

    Bahagia?
    Bukan kau sekarang sudah cukup bahagia?
    Kau punya segala tapi masih menidakkan kebahagiaan?
    Bahagia serupa apa yang kau nantikan?

    Kita sendiri tak tahu apa yang kita inginkan, dan seolah2 kadang2 meletakkan kebahagiaan org lain sebagai batu ukur. "Oh, kalau jadi begitu, alangkah bahagianya" sedangkan kita mmg selalu lupa, bahagia org lain tak semestinya bahagia kita. Dan sedih org lain tak semestinya sedih kita. :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...burung dan bebas...sinonim kan? agak2 kan, ada tak burung yang terbang tu tapi dia berduka cita? huhuhuhu *lolz abaikan*

      setuju dengan komen nina . bhagia yang definisi dari pandangan majazi ni memang takkan pernah puas. masih belajar dalam mencari bahagia tanpa sebarang ukuran ~_~

      semoga dipermudahkan segalanya. amin!

      Delete
  3. So far tak pernah lagi tersilap tulis 2017 hehehe. Happy New Year Sofie! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huntonglah!!! hahahahhaha
      happy new year too nad!!!

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.