Kenapa harus dipaksa?

January 21, 2018

Selalunya isu "mempersoalkan" ini, aku selalu letak dibawah labels 'rant'. Tapi, aku tak nak me-'ranting' jadi aku pilih ia sebagai journalling...yeah, this is my kind of journal after through the whole long day...

Ia bukan suatu yang bisa difaham. Kata lainnya rumit! Rumit untuk memahami cara pemikiran yang berlainan tafsiran, memang boleh gila jadinya. Seperti biasa, sebelum menaip dia akan cuba memasang music dari Epic MusicVN. Untuk ambil mood tenggelam hingga ke dasar yang tiada penghujungnya. Dan akhirnya.....dia benar-benar lemas....

why me?

Kenapa harus dipaksa?
Sebab, dari paksaan tu baru kita tahu ada hasil yang akan berbuah. Tidak dipaksa, tiadalah hasil.

Tapi, 
Kalau memaksa tanpa rela, dia semacam tak berguna...

Eh, kau lupa ke prinsip sekeras-keras batu ditimpa hujan akan retak juga? Samalah dengan konsep paksaan ni...

Tapi,
aku tetap tak suka. TAK SUKA! 

Kau mencari peluang untuk meraih sesuatu, tapi bila sesuatu itu memerlukan kau berhadapan dengan ramai orang yang kau langsung tidak kenal, kau jadi kaku...bisu...dan tanpa sengaja perkara yang dulunya kau rela, sudah menjadi terpaksa. Haruskah kau mengalah?

Ya! 

Wait, what? Kau nak mengalah macam tu jer? Selepas pelaburan yang kau lakukan? Tak rugi ke bhai?

Sebab aku tak suka dipaksa. Kau paksalah aku selembut sutera manapun....aku tetap tak akan ubah angin. Paksaan itu sama ertinya dengan belengu = tidak bebas!

Kenapa? Kenapa?

Sebab,.....i hate rules....

###

Panjang jedanya. Taipannya terhenti. Memikirkan kenapa dia tidak suka pada peraturan. Pelik! Walhal, dialah raja undang-undang. Ini tidak boleh, itu tidak kena. Apa pun serba tidak molek dimatanya. Tapi, sebentar tadi dia mendengar ayat itu. "i hate rules..." Terngiang-ngiang bagai cuba menghasutnya menjadi lebih agresif. 

Agresifnya bisikan itu suatu tika dululah dia rela menyewa luar dari menetap asrama walau baru tingkatan tiga. Kerana pendirian itu dia pindah sekolah kerana undang-undang yang ketat tidak membetahkannya untuk bebas! Ya, bebas...

Tapi....sejenak dia merenung lagi. Lebih dalam...'tanpa paksaan dan tekanan, mana mungkin dia boleh meraih kejayaan yang gemilang...'

Benar, aku pun pernah sesal kerana terlalu hendakkan bebas hingga lupa cara mahu terbang. 

"Kau sudah parah kawan" Aryan berpaling pada suara itu.
"Parah? Aku tak berdarah!" 

Dia menggeleng. Aryan memang gila! 

Malam tahun baru, penutup 2017 yang lalu, Aryan pernah menceritakan padanya yang dia mahu bunuh sebahagian jiwanya. Tidak disangka malam itu dia terlibat dalam kemalangan. Yang memang ternyata benar telah mengorbankan sebahagian jiwanya. 

Hairannya, dikala orang lain berduka selepas kemalangan, si Aryan boleh pula tertawa suka. Mana tidaknya, impian dia untuk terlibat paling kurang satu kemalangan sudah dimakbulkan. Memang dia tahu kawannya selalu berpesan "be careful for what you wish for.." tapi, jika dari kemalangan itu dia menjadi lebih bebas, dia bahagia. 

Gila!

"Sebab aku tak punya siapa..." lirih suara Aryan hampir tidak kedengaran dibawa dek angin. Sayup-sayup. Aryan yang tadi sedang ketawa menceritakan malam tahun barunya yang penuh keterujaan bagai direinkranasi semula, kini sedang elok menekur. Menguis tanah yang tiada dicapai.

Bisu. Apa respon yang aku harus bagi? Memaksanya untuk melupakan cerita lama? Mustahil dia mahu dengar. 

Dia buntu. 
Sungguh!

###

"Please meet me next tuesday"

Ayat itu dia baca berulang kali. Kenapa? Persoalnya. Kenapa orang merasa mudah untuk menjadi ramah dengan bermotifkan keuntungan? Kenapa?

Dibiarkan mesej itu tidak berbalas. Walau Selasa yang diperkatakan si pengirim itu hanya selang beberapa hari saja lagi. 

Bodoh! Kenapa mudah percaya pada orang yang hanya menebak kau walau sejam berkenalan? Kepalanya dihentak kuat. 

Aku hanya bagi kau peluang. 

Peluang apa Aryan? Peluang apa???

Peluang untuk kau dan aku bebas?

Kau hanya pentingkan kebebasan kau saja, aku yang terpaksa laluinya hari-hari kau langsung tak peduli! 

Aku takut pada masyarakat. Aku takut pada keramaian. Aku mudah hilang kawalan bila terpaksa untuk berpura ramah dan menyimpulkan senyuman palsu. Kau, hanya duduk berselingkuh bagai si gila sesedap rasa memakasa aku untuk buat perkara yang aku langsung tak suka! Kenapa???

Kenapa harus dipaksa.....kenapa....

Sebab aku tahu kau punya cita-cita tinggi. Kau mahu itu semua. Kau mahu variasi. Jadi cara ini adalah jalan singkat untuk kita menggapai segala...

Kau dusta! 
Kalau ini jalannya, kenapa aku terseksa?

Kerana jalan bahagia itu duri penemannya. 

###

This is not the end...

Kedudukan diperbetulkan. Nyilu terasa di pingganya semakin menjadi-jadi. Mungkin kesan dari kemalangan yang dia lalui minggu lalu. Disapu ubat tidak jua kebah. 

Be careful what you wish for...

Dia bangkit untuk tidur. 

Sudah masanya untuk lena jika itu bisa buat dirinya bahagia.
Selamat malam dunia...

***

"Aku nak tanya kau satu benda?"
"Apa dia?"
"Kalau masa kau nak tidur tu kan, tiba-tiba perut kau berbunyi sebab lapar...kau pilih untuk tidur atau pergi cari makanan?"
"Opkoslah tido bhai! Mana tau aku mimpi makan dekat restoran mahal-mahal ke apa an!"
"Kalau kau mimpi kena kejar zombi?"
"Aku makan jerlah otak zombi tu"
"Uish beraninya!"
"Orang lapar jangan diganggu!" Mereka ketawa.

"Kalau kau dah tidur, roh kau tahu ke yang kau tengah lapar sebelumnya?"
........
.......
"Kenapa zombi?"

Ilham 2018

January 18, 2018

Gais, akhirnya ilham 2018 menjelma pada tarikh cantik ni. 180118. Aku rasa gerenti banyak benda yang si sopie ni nak borak. Harapan untuk berilmiah punya entry itu mungkin TIADA. Sebab ini adalah entri paling, paling beremosi sekali untuk bulan Januari dan tahun yang sudah tidak berapa baru ini.

2018.
Pffth! Aku masih lagi tersasul dan mengigau yang 2019 itu lama lagi walhal hanya tahun depan. 
Aku masih lagi tulis 2017 pada tarikh, walau sudah dua minggu 2018 berlalu. Benarkah aku begitu gembira dengan kedatangan 2018, jika kerap kali aku tersasul?
Orang kata, itu sindrom awal tahun. Biasalah....aku pun abaikan...sebab lama kelamaan otak dan minda aku seolah semakin ke-terbelakang...

*sambil membetulkan letak sweater yang berlogo UiTM sebesar telepak tangan, sofie memulakan penulisan entri*

2018. 
Aku masih keliru. Apa benda yang aku kelirukan pun aku tak tahu.. keliru dengan hidup yang semakin normal atau dengan hidup yang semakin beransur senja? Senja? entahlah....nak bebel pasal satu hal ni, sampai ke tinta terakhir pen paper-mate pun takkan habis...

Aura positif aku ni takde lah menyerlah jika dibanding dengan bayang-bayang yang aku lalui setelah sekian lama. Motif? Aku tak rasa yang aura positif itu dapat menjadikan aku lebih bersemangat. Sebab ia seakan menakutkan! Gerun seolah punya rahsia yang tersirat disebalik senyuman yang aku tak tahu hujung pangkal di tali mana aku akan terjerut. Dia dah jadi pesimis. Bukan lagi optimis yang aku selalu bajakan dulu...

Aku suka kegelapan.
Sebab dari gelap aku akan hargai cahaya.
Terlalu banyak cahaya, bisa buat mataku buta..
Kerana silauannya tidak tertampung....
Tapi gelap itu bahaya. Kata orang aku boleh jatuh ke dalam telaga kerana meraba tidak tentu hala...
Telaga itu boleh bagi kau air, tapi tidak pasti ketulenannya..

Aku nak merapu lagi...aku tak harap yang ia akan bagi motivasi kalau itu yang orang cari.
Aku hanya mahu menulis dan terus menulis. Jika aku terlalu khuatir dan rungsing penulisanku tiada dibaca, sampai bila pun aku tak akan menulis. Jadi aku pilih hanya untuk terus menulis.

Ilham 2018 itu tidak banyak.
Kerana minda bawah sedar aku sudah lena. Dibuai mimpi bersama seseorang yang acap kali meminta dia menunggu dan terus menunggu. Tapi, minda sedarnya kerap jua bertanya, sampai bila harus mengharap pada kejora? Dia diam. Diam yang membunuh. Aku hanya mahu bahagia...bisiknya tidak kedengaran.

Bahagia?
Bukan kau sekarang sudah cukup bahagia?
Kau punya segala tapi masih menidakkan kebahagiaan?
Bahagia serupa apa yang kau nantikan?

Dia diam. Tidak berkutik dari pengerakannya yang lalu. Kepalanya tergeleng-geleng tanda tidak setuju.

Aku mahu bebas...

Aku menoleh. Dia mahu bebas?

Aku toleh melihat keliling. Lihat pada kaki dan jua tangan dia. Tiada oleh satu gari pun. Bebas apa yang kau maksudkan?

Aku mahu terus bebas.

Serupa?

Serupa kanak-kanak ria yang baru lahir.

Sumbingku berputik. Dia pinta perkara mustahil dek akal. Dia memang tidak waras. Patut orang gelarnya gila.

Kalau kau mahu beredar, kau juga sebenar pengecut! Pengecut yang tidak memperjuangkan kebebasan jiwanya sendiri!

Gertak dia saat aku mahu melangkah jauh. Apa maksudnya? Aku. Pengecut?

Ya! sebab kau berharap yang kau akan bebas hanya saat kau punya segala, walhal bebas yang aku mahukan adalah bila kau melihat orang yang kau sayang ketawa bersama saat kalian bersua setelah perpisahan yang lama. Itu maksud bebasku...

Bebas dari anasir luar yang menjadi tembok untuk kita bahagia. Saat itu adalah kebebasan sebenar. Bebas dari belengu limpahan maklumat yang tiada sahih.

Aku pula diam...

Dia mahu bebas...bebas yang tradisional dan klasik.
Bebas cara lama bukan serupa yang aku sangka...
Dia.....mahu bebas dari teknologi dan hidup diserikan dengan perkara hakiki...
Senyum bukan sekadar emoji...

Aku pandang lagi dia...dia sedang rindu sesuatu yang lama dan tiada digapai oleh imaginasi moden kerana terlalu banyak pendedahan melaui lensa dan kaca tv. Kasihan...ideologi dia yang karut itu ditebak aku sebagai gila. Hanya kerna aku menafsirkan dari sudut aku bukan dia...

Patutlah dia bermuram durja...patutlah dia tidak suka gambarnya sendiri. Kerana dia rasa itu suatu kepalsuan nyata.

Tapi, adakah baiknya jika kau beri peluang pada suatu kemajuan? Kau tidak tahu perkara itu baik atau jahat jika kau tidak mencubanya...

Kerana sejarah telah banyak mengajar. Sebarang kemajuan itu akan cepat luputnya jika ia sekadar mengejar trend bukan nilai gunanya...

Karut! kau mengarut kerana kau takut pada modenisasi! kau karut kerna cara kau sudah tiada yang ikut...

Percayalah,....suatu masa nanti kau jua akan ketagih pada erti kebebasan ini...

*tup! cahaya komputer terpadam*

"Kau buat apa sia pepagi buta camni?"
Nothing. It just nothing with something...

Good Night!

Ilham 2018...
Ilham kabur pada selekoh tajam.
Aku khuatir dia tenggelam
bersama ideologi yang tiadakan faham.....

*Toleh kiri toleh kanan, lengan baju disingsing*

Kan aku dah cakap, cerita dia gerenti merapu! Yang kau baca sampai habis bukan dapat apa pun....

Memang takkan dapat bagi si celik...tapi jelas bagi si kantuk yang disorong bantal.

See ya when i see ya!

free,dom,

p/s: kenapa bebas selalu dimengertikan dengan mendepakan tangan?
© SOFIE ADIE. Design by FCD.