Move On Edisi Ramadhan Syawal 1439H

June 20, 2018

Ini bukanlah cerita perihal move on seperti yang didambakan oleh semua orang. Ini adalah cerita bagaimana "move on-nya" seorang manusia yang tak pernah move on. Walau acap kali dia membaca mantera, 'aku dah move on..' walhal yang sebenarnya dia tidaklah kemana pun....

Dear, biru kelabu

Dan Salam Aidil Fitri buat warga pembaca budiman yang sedang riuh meraikan raya yang ke 1439H ini. Amacam raya? Seronok tak?

Aku?

Macam biasa. Alhamdulillah diberi peluang beraya bersama keluarga, walau bukanlah di Miri sana. Tapi, kitaorang berkumpul jugaklah di Melaka dan beraya di Johor. Almaklumlah kehadiran anak buah yang dinantikan telah selamat menjengah bumi Ramadhan hari tu. So, now aku dah jadi MAK CIK!!!! Hohohohohoho 

Raya kali ni masih solo๐Ÿ˜Ž. Huhuhuhu So what kalau masih solo? Masih dapat duit raya lagi tau! hahahahahaha Okay move on please???

Ceritera Ramadhan 1439H

Ramadhan kali ni aku dengan rajinnya telah mencatit menu berbuka bagi 29 hari berpuasa. (Yeah, aku 'raya' lapan hari...so please alert untuk ganti...) Puasa ke tak puasa, kalau kau dah kerja dekat mall ni, memang tak de port dan tak de maknanya boleh makan semberono. Dia sama je dengan kau puasa. So tak best....

menu, iftar

Sambutan puasa yang pertama bagi tahun ni agak tragis. Satu sebab berbuka dengan almond london berulam jantung dan hempedu. Kedua, sebab duit memang tengah kering, kereta kena tunda pulak! Dugaan giler...

iftar, paling, sedu
Nampak tak masa first puasa tu, kemain assignment banyak giler nak kena submit dalam minggu yang sama. Nak-nak pulak time tu aku suka benar jadi editor. Even aku tahu yang aku tersangatlah tidak mempunyai barang bernama masa. Allah....panda? Zombi? Tak payah cakaplah....

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Pheww....

Maka puasa aku secara rasminya bermula bertemankan kesepian sejak ramadhan kedua (sambil layan F.R.I.E.N.D.S....) Huhuhu tragis benar bunyinya. Adalah dalam 29 hari berpuasa, hanya lima hari aku berbuka bersama manusia. Sedih nya lahai....Bila dapat berbuka ramai-ramai tu rasa macam menghargai giler. Sebabnya peluang tu memang tak selalu ada. 

Sepi, iftar 
Ni menu berbuka paling mewahlah bagi aku. Iftar di Haikara dengan housemate. Masa tu dah officially habis kelas. Hohohoho...siap makan aiskrim kau!! Tapi dia takleh lawan buka puasa  dengan keluarga masa last puasa hari tu....pergh! Siap dengan sup gearbox, dengan ayam goreng, dengan sayur dan paling best...the complete of my family....๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah, takdelah rasa sedu sangat ramadhan tahun ni....at the end...the happiness will come to us....

Iftar, mewah

Kisah buka puasa paling terharu....

adalah bila mana aku punya order dekat sushi king dibuat even aku tak bayar lagi (puasa ke-18)....plus, time tu pulak aku ambik lambat. Masa tu, senyum sampai langit sebab memang tak expect giler. Beratur panjang usah dicerita. Maklum, bila dah hujung-hujung ramadhan ni aku tak peliklah bila segelintir manusia mula tidak menghormati waktu berbuka. Sampaikan aku pun tak dan nak makan...terpaksa acah-acah macam tak puasa....itulah cabaran sebagai kerja kuli ni. 

Yeah, bila mana semua orang rasa dia mampu beli apa sahaja dengan kemewahan yang dia punya, dia sudah tidak hormat dengan nilai-nilai estetika yang sepatutnya ada dalam diri seorang manusia yang berperi. Oversupply producer and the rudeness of consumer...will never end...(what have I been rumbling about? ๐Ÿ˜ฎ)

Iftar paling gila?

Ramadhan ke-7. Masa tu, first time kirim dekat member menu dekat bazaar. Dan tak sangka si biru kelabu tu....ah! abaikan...akukan dah move on.....tepung pelita paling sedap di bazaar seksyen 13 ๐Ÿ˜‹

Move on Syawal?

Sempatlah tengok orang tu potong rambut raya. Kemas. Tu jelah boleh cakap. Takleh lebih-lebih...maklumlah dah move on...ehem ehem...dan ini adalah minggu terakhir aku bekerja sebagai pemerhati setia budak kiosk. Yeah, aku berhenti kejap je...sebab final dah start. So, aku dah semacam ada bau dekan untuk sem ni. #doakanyangterbaik. ๐Ÿ˜‰ 

Aku cuti raya hari tu tiga hari saja. Sebelum puasa, raya pertama dan raya kedua. Raya ketiga dah kena kerja macam biasa. Tapi tak sangkakan, kita yang sambut raya, orang lain yang beria cuti...panas tu memang panas, tapi dunia tanpa toleransi tak membantu kita jejak syurgawi. So, mengalahlah....sabar...

To dear, salam aidil fitri 1439H....
To all my loyal readers, selamat hari raya dan maaf zahir batin andai sepanjang dunia blogging ini ada yang serba serbi kurangnya....banyak benda dah berubah...(move on katakan...) 

Dahlah kau, tak habis-habis dengan move on...pigidaa!
Aku cuba bhai, aku cuba...sebab tu aku berhenti...sebab aku cuba...aku harap cubaan ini berjaya...

Till then....ila liqa'!

Tinta tanpa dakwat

June 03, 2018

"Tanpa sebarang keributan, nescaya blog inikan terdampar sepi..." 

Ya, ya, ya....masakan ilhamkan muncul dikala jiwa sedang lena? Masakan ideakan menjelma tanpa sebarang keserabutan. Hipotesis keracauan jiwa mula tercipta. Semakin itu, semakin ini....Dikala itu, dikala ini...ahhh!!!!! Kacau!

Helaan kegalauan dimuntahkan. Hijau sekali warnanya...ku fikirkan biru kelabu...hahahahaha

Buku berlambangkan tengkorak itu ditatap lama. Separuh dari lembarannya sudah penuh dengan coretan. Adakala tulisannya rapi tersusun seperti tiada ribut yang meniup, ada waktunya pula seolah ditulis diatas kapal yang kehilangan sauh dan dilanda garuda....buruknya mengalahkan cakaran ayam tanpa kasut! Perlahan pena berdakwat hitam digapai....penutup dicampak ketepi...

Ramadhan 17, 1439H
Saat hati hilang mencari kedamaian dihujung dunia, saat itu jua kaki terpasung kaku pada dunia yang fana. Jiwa semakin tenggelam dalam angan yang tiada benarnya. Khayal menggamit hampir butakan rasa ketuhanan pada yang Esa. 

Dia...suatu jawapan yang tiada kepastian. Kenapa?

Aku nak lari....

Ke mana duhai hati?

Ke sebuah negeri yang tiada penghuni...

Tidakkah kan menambah sepi?

Kerna ramai buatku lupa diri...

Kenapa?

Oh...tintanya sudah kehabisan dakwat.
Tiada cetakan, tiada pena....hanya omongan di laman sesawang. Tiada siapakan kisah.

Hidupkah sang penulis? Matikah hatinya? Elokkah pernafasan jiwannya?
Sama seperti....
aksara yang bermain dalam benaknya...menari tanpa henti.
Bicara tanpa suara.
Tapi bingitnya bisa memekakkan minda!

Jeda.. . . . .

Langit biru ditenung. Seperti tiada apa yang ditanggung pada awanan. Sudah lama tidak sebiru ini. Biru. Kelabu...dia termenung lagi....

Aku rindu...rindu pada sesuatu yang tiadakan sama seperti dulu. Mengertikah kamu?


Kelak akukan berhenti. Mungkin seketika...pada apa...kemana dan kenapa...mungkin sukar untuk dicerita. Tapi yang pasti aku mahu lari...seketika cuma...mencari rasa yang semakin jauh dari mayapada yang sepatutnya....

Jauhnya tiada berkejaran...risaukan rasa yang pergi itukan mati terdampar di tandusan yang tiada kehidupan. Mati....

Mati.....

Semoga jiwa yang hilang itukan kembali pada suatu yang hakiki...bukan lagi sekadar ilusi....

Tinta. Tanpa. Dakwat.
Dibiar sepi tanpa ayat yang mungkin kamu dimasa hadapan tidakkan faham.

Ya kamu yang ralit menaip mencari pemula bagi sebuah kehidupan...

Hentian sebuah nukilan

May 30, 2018

Aku rindu kalian.
Aku rindu mahu berbuka sambil bergurau senda sama kalian. 
Minggu ini sudah genap dua minggu kita berpuasa. Tapi,...tiada sehari pun aku dapat berbuka bersama kalian. 

Sungguh aku rindu...
Aku rindu moment bersama kalian. Aku rindu usikan dari kalian.
Tapi...semua hanya tinggal mainan pita dalam memori.

Oh ya,..bagaimana puasa kalian?
Mesti seronok...yang sulong punya teman berbuka. Yang kedua baru dikurniakan cahaya mata. Tahniah untuk kamu sekeluarga. Yang ketiga pun sama. Punya keluarga kecil yang cukup menghiburkan keletahnya. Aku? Oh abaikan kisah aku yang tiada menariknya...

Yang kelima, aku tahu dia punya kawan. Siapa? Aku tidak tahu. Yang enam, alhamdulillah sibuk memasak juadah bersama si teman. Yang bongsu, bersama umi berbuka paling awal antara kami. Ayah? Kemungkinan besar bersama teman sepejabatnya jua...

Riuhnya gambaran berbuka puasa kalian buat aku menelan semua rasa rindu itu. 
Aku tahu...ini cuma sekadar rasa...rasa yang telah lama aku simpan. Rasa yang buat aku selalu berada diawangan saat berbuka. Konon sambil berbuka aku putarkan cerita lawak agar hilang rawan di hati. Namun, ia masih sepi...

Seperti anak loser.

Lihat dia, sayangnya dia bukan mahram untuk aku puja. Dia...terlalu jauh dari duniaku. Aku cuba buang rasa itu sejauh mungkin. Kerna aku bukan sesiapa. Aku hanya manusia yang wujud sekadar memenuhi populasi rakyat saja. 

Nyata...aku tidak setabah yang kalian sangka. Tapi Allahkan ada. Pujuk diri...
Ya, Allah kan ada. Kenapa harus merasa sepi sedang Dia Maha Penghibur? 
Aku rindu kalian. 

Allah, kuatkan jiwa ini. Rapuhnya buat aku galau. Risau iakan lari dari landasanMu.
Moga diberi kesempatan bertemu hingga satu Syawal kelak. 
Sungguh aku rindu kalian.

***


Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Untuk jiwa yang mencari kedamaian, semoga kau berjumpa jalan pulang.

Untuk Dia, Biru Kelabu

May 20, 2018

Salam Ramadhan Kareem buat semua warga pembaca dan penjengah yang setia meng-usha blog yang suam-suam susu basi ni. Okay, fine...barang basi mana ada yang suam dah.

Ini cerita untuk dia biru kelabu. 

Blue, flower

Untuk dia yang selalu pakai baju kalau tak warna biru, warna kelabu. Dia pernah pakai baju kaler hijau dalam sekali dua yang boleh dibilang dengan jari yang ada...memang tak kena! Langsung! Sebab hijau pucuk pisang. Pergh! macam...macam tak kenalah. Macam zombi sesat kat padang pasir. (Macam aku pulak yang boleh tentukan kaler baju apa yang dia boleh pakai. lolz!)

Tapi, ada satu hari tu dia pakai baju kaler dark maroon, pergh! apak hensem bhai!!! Tapi tulah...jarang sangat dia pakai baju tu. Melainkan kalau kerja hari jumaat. Selalunya dia off hari jumaat. Hurm...aku dah pandai nak menganalisa dia punya baju pulak daaa....Oh, lagi satu. Kalau hari Ahad, dia pakai t-shirt company. Yeah right! Kaler dark blue jugak. So, that's why aku namakan dia biru kelabu. Dan seluar dia pulak, tak habis hitam, coklat. Bapak senang giler nak baca rutin baju dia. Hahahahah...

Dah habis sangat ke assignment sampai ko nak research baju orang pulak yuha oi!!! Kalau level pro lagi, aku boleh (memang boleh) sesaja nak pakai baju kebetulan matching dengan dia. Sebab? sebab baju aku pun banyak kaler biru dan kelabu. hahahahahahaha

Okay fine. Fine! Aku tak buatlah benda gila macam tu. Aku dah move on. Aku dah tak usha dah dia. Even dari tempat aku, toleh je boleh nampak muka dia dok main phone. So, yeah...aku dah move on. Jadinya aku boleh elak dari kebetulan  pakai baju sama kaler.

Ops, tertoleh pulak! Kan tak pepasal nampak dah dia. Haila haila...susah betul nak move on bila orang tu selalu ada depan mata. Nak nak pulak memandai masuk mimpi orang tak bagi salam tak bagi apa terus terjah. Come on lah! Aku in real life ni kau tak nak pulak terjah. hahahahahahahahaha

Okaylah, cukuplah entri perasan untuk dia biru kelabu. Penat dowh usha orang yang tak pernah curious tentang kita. So, baik berhenti....

Cerita pasal Ramdhan 1439H pulak. 

water, drops

Masa first ramadhan hari tu, kereta kena tunda. Hahahahahahahahah
Hadiah ramadhan sedap bhai! Melayang RM150! Ikutkan kena ketuk RM270. tapi pak polizia bilang, dia sudah kasi kurang. Hurm ajelahkan....Kita kasi income untuk majlis. Kurang-kurang boleh dorang beli juadah berbuka. Kita pulak buka dengan maggi.

So, Ramadhan korang pulak macam mana? Ada bukak bazaar tak? Paling tidak pun pergi bazaar ke? 

Bestnya....aku masuk tahun ni, dah dua tahun tak berbuka dekat rumah. Masakan umi. Dengan keluarga reramai. Meriahnya....tapi tulah....sedih rindu tu kita telan ajelah sendiri. Berbuka sensorang sambil layan apa-apa movie. Acah-acah gelak sebab movie tu kelakar. Walhal, tak...hahahahahaha sob sob sob.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Pastu dah sedih, toleh belakang...nampaklah dia biru kelabu. Hilanglah kejap sedihnya. Dan patah hati pulak. Apalah! ๐Ÿ˜ฃ

Dahlah...Ramadhan ramadhan macam ni, baiklah tundukkan hati pada yang Satu. Manusia pun manusia jugak, jangan ikut fitrah sampai langgar perintah. Huhuhuhu

Untuk dia biru kelabu; "Salam Ramadhan"

Time to stay low

May 12, 2018

Hello there, 
It's been a long day without new entry. Always make a same old same phrase every time I update the new post. Dugh!

So guys, this week...I'm officially no longer using any social media. Yeay! Yang tinggal hanya blog! Yeay again! No ig, no twitter, no FB....just me, my blog and I. Hahahahahah bapak lame dowh!

Itulah keputusannya yang agak sukar diambil tapi bila dah quit main scroll scroll tengok life orang, like sana sini, rt or tweet...suddenly I feel I have soooo plenty time to do my stuff. I don't know what kind of stuff. Tapi, dapat rasa lebih senang untuk fokus pada hidup sendiri. Too much information is killing me!

So, I decided to stay low. Whatever happens let it happen. No need to spread the news and make announce to the world. Maybe I'll make some update or any info regarding whatever interest me. Ada je benda nak share tapi melalui blog sajalah. Tak lebih tak kurang...kita balik macam zaman 2009 dedulu. 

InsyaAllah, blog akan setia kekal. After all these years I'm growing up with the blog, how could I easily delete it? 

Kenapa?
Entah. Sebab dah move on tahap door slam kot! Mungkin. Aku pun tak tahu. Satu hari tu aku bangun dan aku uninstall semua socmed yang ada dan bukak lappy aku deactivate semua akaun. Phew! 

Untuk satu hari yang pertama, rasa gatal je tangan nak install balik nak activekan balik...tapi acah-acah busy buat kerja sampai aku lupa...itu saja. Dasyat jugakkan bila dah move on. Rasa macam dah tak kisah dengan apa trend yang berlaku sekarang. Suka hati engkaulah sofie oi! 

Nak tahu benda apa paling mahal dari dulu sampai sekarang?
Iman-Privasi-Maruah

Benda tu lah bermain dalam benak aku sebelum aku tetiba delete semua socmed. Dia macam satu seruan yang kerap berulang mengatakan "Beautiful things don't ask for attention...". 

Quote tu aku tengok dalam cerita 'The Secret Life of Walter Mitty'. Dan aku pun tengok balik movie tu for refresh my inspiration toward him. Walter yang awesome. Walter yang...I just like to be him. Tapi, aku tahu...meminta untuk menjadi orang lain itu membuatkan kita akan rasa kurang syukur dengan diri. 

He's my idol. My booster to keep living in the present. 

Another me menghasut;
'Apa jadi dengan hashtag kau? #sofiethefoodian?'
'Lepas ni kau nak show off kat mana kalau ko makan sedap-sedap?'
'Mana kau nak post gambar cantik-cantik?'
'Kalau kau berang takkan tak nak tweet kot?'

Dan bisikan itu lagilah menguatkan semangat untuk katakan TIDAK pada socmed bagi tahun ini dan tahun seterusnya. Cukuplah hanya wujudnya blog untuk aku kongsi semua. Plus, blog never die right?

Arakian bermulalah hidup sederhana seorang sofie sejak terhapusnya dunia sosial alam maya. Ada asbab dan hikmah disebalik tiap yang terjadi sejak melangkahnya 2018 dalam diari. Dari itu, dia mohon tulus dari hati untuk memohon maaf diatas segala kekasaran sepanjang pengenalan alam maya ini. Moga, kita baik-baik saja disini serta di sana kelak.


Sampai bertemu kembali.
"May someone who lost find their way..."

Bila hati dah move on...

April 27, 2018

Hi kawan-kawan!
Ingat saya lagi tak? Budak yang berazam besar bulan lepas tu dah lesap nak dekat sebulan. Lepas tu, boleh pulak dia salahkan entri lepas dia sebagai alasan tak update sampai sekarang. Tapi betul weh, semua tu berlaku dalam masa sebulan ni.๐Ÿ˜ข

Alasan pertama, tidaklah menjadi masalah. Sebab setiap hari tu akan ada saja benda nak dibebelkan. Ada punya! Yang menjadi masalah adalah nombor dua. Laptop gua dah mula hang! Sekarang ni pun aku menggunakan laptop belas ihsan kakakku. Sedap je pakai laptop orang. Smooth...tapi tak sesedap laptop kesayangan. Laptop yang telah menabur bakti dan menemani dunia blogging (dunia tumbesaran emosi) aku yang baru lima tahun? Yeah, lebih kuranglah....

So, lepas sebulan sepi (lagi) takkan lah cerita pendekkan? Paaaanjaaaaaang sebenarnya nak cerita. Emosi kacau bilau, mental rosak dijangkiti virus, hati galau usah diperkatalah! Senang cerita, semuanya dah terkubur bersama bulan April.

Sebenarnya, aku rindu dengan kawan blog yang aku huhahuha dua tahun lepas. 2016. Takdelah lama sangat berlalu, tapi sepinya semua orang, buat aku rasa macam sedih...sedih sebab tak percaya yang SPM tahun ni adalah batch 2001! 

Then what? Orang dah mula panggil ko mak cik? hah?

Hari tu, penghujung bulan March tidaklah berakhir dengan baik dalam kamus hidup aku. Dia seakan meninggalkan sedikit trauma ringan pada diri ini. Itu yang buat aku 'bisu' dari sebarang dunia maya.

Apa yang berlaku?
Biarlah menjadi tatapan si buku saja. Aku pun tak bangga bila terlibat dengan peristiwa itu. Semoga jadi pengajaran pada masa akan datang.

Dan....peristiwa itu buat hati aku sedikit tertutup dan beralih. Move on-kah aku?
Kalau ada yang perasan (kalau adalah...) aku terpaksa 'cuci' semua followers di Insta (ini termasuklah privatekan dan tidak lagi menjadi medium untuk mengiklankan entri blog), delete fb, dan target untuk hentikan twitter saja yang masih belum berjaya (how come aku nak stop using twitter, kalau tu medium yang sentiasa menghiburkan hari๐Ÿ˜‚)....Aku bukan taknak bergaul dengan masyarakat dan kenal lebih ramai orang...aku cuma...move on?

Or move back? atau aku takut pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Aku ada je....setiap hari scroll, belek, like dan usha semua tu...cumanya aku mula mempertikaikan...suatu benda. Kualiti or kuantiti?

Dan bila aku cuci semua nombor itu, aku rasa hidup macam makin ringan! (Okaylah, lepas ni aku dah boleh delete counter followers bagi blog pulak๐Ÿ˜…). Sebab peristiwa itukah aku jadi begini?

Entah!

Dan suatu peristiwa lagi berlaku. Menjadikan hati ini semakin beku dan tertutup untuk bicara sama orang. Apa ke aku ni patut pindah ke Pluto saja? Kalau dengan semua orang kau tak nak bergaul!๐Ÿ˜“ Hahahahahah Entahlah weh...dia macam tengah healing downtime. Tengah nak kutip semula sisa yang bersepai dek peristiwa itu. Peristiwa itu...dan juga peristiwa itu... (ini kalau future aku baca balik confirm dia pun tertanya-tanya. Bendalah apalah peristiwa itu, itu dan itu tu? *sambil kerut dahi dan garu kepala*)

Dah, korang yang baca ni pun tak payah peninglah. Sebab tu orang kata, don't get too close....it's hell dark inside...

Antara alasan aku 'cuci dan basuh' semua akaun media sosial adalah, tadak function. Sebab aku ni kejap-kejap nak happy. Tak sampai beberapa jam, terjunam balik dalam lautan kelam yang aku sendiri dah penat untuk belajar mengapungkan diri dari lemas. Akhirnya, aku pilih untuk terus lemas...dan aku tak tahu sampai paras mana dah aku lemas tu...

Lain pada tu jugak, aku dah unlink-kan semua medium social dengan blog. So, blog ni macam satu gua yang memang tiada akses untuk menerokanya. Melainkan orang itu punya 'kunci' dan punya 'tanda tanya'.

Dashyat ke bila aku dah move on?
Entah! Kata mereka aku tak patut namakan blog ni 'The Warm Hearted' sebab aku tak pernah kasi 'Warm' tu pada orang. Aku patut tukar kepada 'The Cold Hearted'. Sebab itu memang identiti aku...๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฏ

Aku tak percaya. Itu kata mereka. Tapi, lama-kelamaan aku rasa kedinginan itu semakin mencecah suhu yang menyebabkan ramai tidak tahan...dan akhirnya aku beku sendirian....Itu pilihan aku? Inikah pilihan aku?

Entah...serasa ada baiknya mengasingkan diri dari memperjelaskan situasi yang bakal berakhir dengan spekulasi yang tiada benarnya pada personaliti...

Dia semacam bahagia.
Bahagia sebab dah tak kisah langsung apa yang orang fikir. (Iya ke?)
Tak!
Sebenarnya bahagia tu bila dia berhenti mengharapkan orang untuk terima dia dalam kelompok mereka....

Itulah dia bila aku dah move on.
Mereka kata bahaya.
Sebab aku semacam orang yang tidak pernah mereka kenal.
Voila!
Welcome to new world my man!

***
"Kau tak rasa ke kau macam pentingkan diri sendiri?"
"Kenapa?"
"Kau tak bagi penjelasan seolah kau hutang pada mereka..."
"I'm sick of it..."
"Then, let it go..."

cold

Pray for the best.
Till then...xiao xin. Ila liqa'!

Things make me LAZY to update the blog!

March 28, 2018

Satu perkara bila kita dah buat blog cantik dan lawa ni adalah, kita tak boleh bagi alasan untuk biarkan dia bersawang lagi! Dah spent itu ini, lagi nak kasi sawang naik. Tapi tulah, kerja meng-update blog ni bukan perkara yang senang kawan-kawan. Dia perlukan idea, ilham, mood, semangat, muse, dan paling penting hati jiwa raga bersama gambar yang sesuai. 

Untuk itu, aku memang salute dan tabik giler bagi siapa yang satu hari boleh up lebih dari tiga entri. Aku ni seminggu hanya mampu up tiga entri saja....(itupun tertakluk pada masa yang aku ada...)

Blogger, issues

Jadinya, antara faktor aku jadikan TAKDE MASA sebagai alasan untuk update blog, ada jugak faktor lain sebenarnya...

Antara sebab-sebab yang membuatkan aku malas giler naudzubillah nak up entri adalah:-


1- Idea, idea, idea, idea!

Bagi orang seperti aku yang ideanya banyak dipengarui oleh persekitaran, aku sangat susah nak kerah minda bila aku dalam keadaan selesa. Selesa? 

Dengan maksudnya, just same old same old routine yang tiada pembaharuan dalam hidup. Erk?! Entahlah....aku pun confused kekadang samada semangat menulis tu sebenar-benar idea atau ilham yang tercetus dari perasaan. Hurm.....๐Ÿ˜•

Untuk tidak fikir panjang lagi, aku akan senantiasa bawak buku conteng dan pen setiap kali pergi mana-mana. Senang nak coret bila tetiba ilham menjengah. Boleh je nak guna phone untuk taipnya, tapi tu lah....slow pulak ilham dicatat bila berlaku typo...

2- Komputer hang/lag nak mati!

Hari tu lappy aku buat hal. Dia tetiba lag sampai darah pun rasa hangin semacam. Bengang dia sampai rasa nak hempuk lappy dan baling kat dinding. Tapi tidaklah berlaku sebegitu sekali. Lappy ni harta gua yang paling bernilai kot! Mustahillah nak sesaja ganti. Memanglah lappy ni benda boleh ganti, tapi kenangan kita bersama lappy yang sekarang tu suatu benda yang takde galang gantinya.

Jadi, aku hanya cuci dan buang segala sampahh yang ada dalam lappy. Optimize kan dia balik supaya ringan sikit bila buat banyak kerja dalam satu masa. Dan alhamdulillah, sekarang lappy dah sihat...

3- Malas nak cari gambar/ edit gambar/ dan sewaktu dengannya

Kerja nak mencari gambar ni kadang macam simple dan petik jari semua settle, tapi bila dah buat....makan berjam-jam jugak. Walaupun sekadar guna stockphoto ๐Ÿ˜…. Itu belum lagi nak godek gambar sendiri. 

Bila dah jumpa gambar, kerja edit pulak satu hal. Bila tengah edit, nak cari font dan color yang bersesuaian pulak. Macam-macamlah...sampaikan sepatutnya aku update entry jadi terbengkalai sebab masa habis dekat bahagian gambar sahaja...

4- Privasi

Ada mood, ada gambar, ada masa....sayangnya tadak privasi. Aigooo....inilah satunya penyebab yang menyebabkan no entry for the days, or weeks or months! Aku ni pulak jenis manusia yang segan bila time aku taip orang tengok. Time aku nak taip ada orang lalu lalang tanya itu ini. ๐Ÿ˜

Daripada idea macam air terjun melimpah dan mencurah dengan lajunya terus jadi macam air pili masa musim kemarau! Akulahkan....memang terus tutup dan terpaksa lupakan segala benda yang sepatutnya dibuat. Kes ini bukan sahaja berlaku time nak update blog je, time buat assignment pun iya jugak. Sebab tu aku lebih suka buat kerja waktu malam, macam sekarang ni. Rumah pun sunyi, angin sepoi-sepoi bahasa mengirim idea dari tiupannya...๐Ÿ’ฌ๐Ÿ’ฌ

5- Jiwa menulis tak sampai

Walaupun ada entri tu aku up sekadar up tanpa sebarang jiwa, dia akan menimbulkan rasa sedikit tidak puas hati. Sebabnya, kalau kita sendiri rasa entri tu tak berbaloi masakan orang lain akan rasa yang berbeza. Confirm-confirmlah orang pun akan rasa bosan dan mehh....apa bendalah minah ni bebel merapu panjang ni...๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€

Sedihkan? Aku pun sedih kalau orang bukak terus pangkah kita punya site. Satu bounce rate naik, satu lagi macam...syok sendiri! Huhuhuhuhuh tapi tu lah, tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa dan tak semua orang buat blog sebab nak baca blog...

Tapi, kesedihan itu tak lama pun sebab banyak lagi kerja lain yang aku perlu risaukan. Macam sekarang ni misalnya. Aku sepatutnya buat assignment yang perlu disubmit minggu depan, tapi biasalah...setiap kali nak buat assignment...dan dan tu jugaklah muse menaip blog tu datang....katanya nak buat assignment kan???๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Aiy, aiy....nak buat asignmentlah ni...adoyai!! 
Okaylah, kalau korang pun ada masalah macam aku ni, korang akan buat apa untuk bagi semangat update blog tu ada? 

Lagi-lagi personal blog ni, aku perati je geng-geng personal blogger dulunya aku suka lepak...sekarang sepi bhai! Tapi tulah,  mungkin realiti memerlukan lebih banyak komitmen berbanding dunia siber ni. Apa-apa pun ALL THE BEST untuk korang yang ralit membaca dan juga untuk mereka-mereka yang dulunya pernah ada blog tapi sudah pencen....

Till then!
Ila liqa', maa'salamah and xiao xin!

Angin rindu dari Negeri Perlis!

March 24, 2018

Buka saja topik mengenai Negeri Perlis, laju aku akan jawab; "Gua rindu tom yam dia!!!!"
Lagi-lagi suasana aman damai tenteram di Arau. Bau dia, musim dia, memang terasa sangat macam dekat Araustralia. Eh, eh...Arau jer lah.

Ini pun aku baru balik dari Arau (versi celup namanya Arau Alam Jawa) dekat seksyen 16. Alhamdulillah dapat jugak jumpa makanan yang murah dan sedap macam dekat Arau dedulu. Masa tiga tahun duduk Perlis, aku lebih banyak pusing di sekitar Arau. Since UiTM tu letaknya di Arau, memang tak kemana jugaklah aku pusing. ๐Ÿ˜…

Dalam diam, dah nak dekat setahun jugaklah aku tak jejak Negeri Perlis. So, malam ni entah seperti biasa ada saja angin dari Perlis menyapa. Katanya rindu....(baru acah-acah dah move on dari jadi orang utara celup!)

Sebenarnya banyak lagi tempat dekat Negeri Perlis ni yang aku masih belum berkesempatan untuk pergi. Ya, ya, ya memang Perlis ni boleh dikategorikan antara Negeri paling kecik dalam Malaysia, tapi kalau dah jenis manusia yang lebih sayangkan bilik macam aku ni, kecik mana pun negeri tu, memang tak akan habis pusing! 

Ingat masa first time aku sampai Perlis, memang tak percaya giler masih wujud pekan lama yang bangunan tingginya masih tak banyak. Tambahan pulak, aku memang tak tahu yang Perlis ni tadak airport! Aigooo, apasallah aku tak tahu benda ni....isk isk isk๐Ÿ˜ข

Perlis, second home

Ringkasan sejarah Negeri Perlis

Berbalik pada sejarah lama dulu kala, Perlis ni adalah antara negeri yang di bawah kuasa monarchy Thailand sebelum diambil alih oleh Sultan Kedah. Sedar tak sedar, Perlis berjaya menjadi salah satu negeri yang merdeka di bawah naungan Negara Malaysia. 

Macam mana aku boleh tercampak dan berminat untuk menjelajah Negeri Perlis?
Sebab Negeri Perlis ni dia low profile dan punya ketenangan yang tak akan dijumpa dekat bandar. Percayalah, once in never out kata orang. Tempat pertama yang aku pergi setibanya di Perlis selepas sesi pendaftaran pelajar baru di UiTM Arau adalah Wang Kelian. 

Haaaa....benda apa pulak Wang Kelian ni kan? 
Nama susah benar nau nak sebut. Wang Kelian ni dia macam Padang Besar, cuma dia takdelah banyak bangunan macam kat Padang Besar. Masa pergi tu, hujan pulak, tak sempat nak ambik gambar yang jelas dan jalan untuk ke sana memang agak bahaya sikit. Macam ular kena palu kata orang.

Kalau korang memang tak pernah lagi jejak ke Negeri Perlis ni, aku dah buat senarai tempat-tempat yang korang patut pergi sepanjang berada di sana. Antaranya:-

1- Gua Kelam

Gua Kelam, Perlis

Alhamdulillah masa sem 2 diploma aku berkesempatan jejak ke Gua Kelam ni. Memang cantik dan kelam! Dalam tu ada disediakan lampu warna warni. Ambik gambar guna fon cikai, nampak gelam sajolah cerita dia! Orang kata kalau pi Perghlih tak pi Gua Kelam, bazir sajalah! Jadi, pi jangan tak pi!

Gua Kelam, Perlis,

2- Hutan Lipur Bukit Air

Jujur aku cakap yang Hutan Lipur ni aku sendiri pun tak pernah pergi. Tu boleh dijadikan alasan untuk jejak ke Perlis lagi dan lagi pada masa akan datang....heheheheheh

3- Muzium Kota Kayang

Untuk penggemar muzium, korang mesti pergi ke Muzium Kota Kayang ni, Sebab dalam muzium ni dia ceritakan aal usul Negeri Perlis beserta artifak dan alatan-alatan dulu kala. Since, aku tak pernah jugak jejak ke sini, aku tak boleh nak describe keadaan muzium tu macam mana. (Nampak sangat tak pernah join lawatan ke muzium!๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…)

4- Kuala Perlis

Yang ini memang wajib pergilah cerita dia. Kalau nak pergi ke Langkawi, memang kawan aku ni selalu ajak kitaorang lepak dulu kat KP. Makanan seafood dia, kalau pandai cari memang banyak sedap! Harga campak tepi. Kalau dah sedap pejam mata je tengok harga. hahahaha

5- Padang Besar

Tempat ni wajib sangat pergi bagi pencinta barang free duty. Ni kalau family aku mai Perlis ni, kalau tak singgah ke Padang Besar memang tak sah. Dia macam dah jadi satu rutin wajib. Tapi tu lah, besar dia, sampai lenguh dan mengah jugaklah nak pusing. Kalau mak aku, dia pantang tengok perkakas dapur. Beli memang sedap, nak hangkutnya satu hal!

6- Perlis State Park

Sayangnya, tempat ni pun aku rasa macam langsung tadak dalam memori. Senang kata dia dekat dengan Mata Ayer dan Hutan Peliharaan Wang Mu. Dengar cerita katanya ni satu-satunya tempat dalam Malaysia yang pelihara stump tailed macaque.

7- Snake Farm

Ahah! Yang ni untuk pencinta ular bolehlah ke sini. Aku? huhuhuhu memang tak berani langsunglah cerita dia. Hari tu pernah jugak pihak dari Snake Farm ni buat pameran dalam UiTM Arau, itu pun gua tak berani dekat hatta nak lalu pun tidak.

8- Taman Herba

Dekat Taman Herba ni kalau korang berpeluang pergi, korang boleh belajar dan tengok macam mana nak buat tanaman ni menjadi ubat-ubatan. Kat sini ada lebih daripada 1000 spesis tanaman yang ditanam. Ni kalau mak aku pergi ni, mau makan berjam jugak (nasib baik tak pernah lagi ke sini...๐Ÿ˜…)

9- Tasik Melati

Kalau nak berkhelah, jalan-jalan dan makan angin, pergilah ke Tasik Melati. Tempat ni bagus untuk diluangkan masa bersama keluarga. Rapatkan ukhwah kekeluargaan dengan berkhelah memang seronok!

**
Phew! Banyak jugak rupanya tempat-tempat menarik dekat Perlis. Dari 9 tu tiga tempat je aku pernah pergi. Apa punya oranglah aku ni. Bila dah duduk jauh dari Perlis, baru terhegeh-hegeh nak pi. Bazir sungguh!

Habis dah cerita bab jalan, kita move kepada makanan yang menarik di Perlis pulak!

Untuk yang kaki makan, aku percaya yang korang mesti dah merasa semua makanan yang aku akan mention nanti. Telah pulak kalau korang ada kawan dari Perlis. Sayangnya, sebahagian dari makanan tu, aku sendiri tak berpeluang merasanya. ๐Ÿ˜…

1- Medan Ikan Bakar

Medan Ikan Bakar letaknya dekat Jeti Kuala Perlis. Dekat KP tu apa je yang takde, semua jenis seafood dia ada. Aku paling suka order sotong goreng tepung kat sini. Orang pergi Medan Ikan Bakar, makan Ikan Bakar. Dia sibuk cari sotong! Tapi serius, kalau pandai pilih tempat dekat sini, memang boleh dapat harga yang murah dan sedap!

2- Jeruk Maman

Jeruk Maman ni dia macam Kimchi. Kena peram dulu dengan garam dan air selama tiga hari baru sedap untuk dimakan. Aku tak pernah lagi rasa yang ni. Korang kena try dan bagi tau aku rasa dia. Tak pun kita minta siapa orang Perlis bawak jeruk ni mai Shah Alam.

3- Pekasam

Mungkin aku patut rasa juga pekasam Perlis. Sebab selama ni aku dok makan pekasam mak aku dengan nenek aku buat. Tak pasti lagi apa bezanya rasa pekasam bagi negeri yang berbeza. Now, it make me wonder and want to taste it!

4- Sira Belinggai

Apasal aku tak pernah tahu tentang wujudnya Sira Belinggai ni? Pelik pulak sebab tak pernah jumpa. Ke sebab aku tak habis research lagi Perlis tu masa dok sana? Hurm....

Buah Belinggai ni dikutip , dibiarkan selama beberapa hari bagi isi dengan kulit dia lekang dan mudah diambil. Lepas tu isi buah belinggai tu tadi diramas dan dikeluarkan sebelum dicampur dengan santan/susu untuk menghasilkan satu larutan. Kemudian, larutan tu ditapis dan terhasillah Sira Belinggai.

5- Nasi Ulam

Nasi ulam ni adalah salah satu makanan tradisional bagi Perlis jugak. Dia merupakan campuran nasi dengan pelbagai daun ulam termasuklah noni, putat, sekentut, selom dan mentalum. Lepas tu, lada hitam dan ikan kering yang dah dihancurkan dicampur sebagai penambah perasa.

6- Laksa Kuala Perlis

Hah, yang ini memang wajiblah setiap kali korang rasa mengidam nak makan laksa. Pergi KP tu, dia kalau ada duit lebih dan selera makan nan tinggi, makanlah semua yang ada dekat situ. KP ni biasa memang ramai orang. Lagi-lagi musim puasa, memang penuh! Kalau dapat book awal, pergila book cepat-cepat!

**
Jalan dah makan pun dah, tapi tak tau lagi nak bermalam dekat mana. Kecik-kecik pun sehari mana cukup. Paling kurang pun mahu tiga hari. Mana nak pusing untuk jalan sambil makan lagi, jalan lagi....hiking lagi...tak puas tiga hari tu..

Hotel penginapan sekitar Negeri Perlis

Antaranya;-

1- Hotel Sri Malaysia Kangar
Hotel ni sesuai bagi sesiapa ynag nak tengok permandangan bandar Kangar. Sebab dia betul-betul terletak dekat tengah bandar. Dari hotel ni nak ke Arulmigu Arumugaswamy Dheasthanam, Remidis Clinic dan The Store boleh kira berhampiran jugaklah.

2- Putra Brasmana Hotel
Hotel Putra ni terletak dekat Kuala Perlis. Aksesibility dekat sini pun senang jugak untuk pergi ke Muzium Kota Kayang, Masjid Al-Hussein, Komalaut Seafood Complex dan Terminal Feri Kuala Perlis sendiri.

3- Putra Putri Lodge
Lodge ni terbina untuk memperbaiki pemandangan Repoh dengan menjadikan Lodge ni sebagai suatu tempat penginapapan yang terletak dekat Taman Putra Putri.


4- Putra Regency Hotel
Putra Regency letaknya dekat Putra Palace. Hotel premier yang sesuai untuk urusan bisnes, fine dining dan banquets. 

Aku lebih suka lepak dekat Arau berbanding Kangar. Satu, sebab dia dekat dengan UiTM. Dua, Arau pun banyak tempat makan yang murah dan sedap serta penginapan yang lebih murah. Kangar pergi sebab nak makan steamboat, KP pulak sebab nak makan seafood yang segar. 

**
Makan sudah, jalan pun sudah, siap cari hotel pun sudah. Tapi masalahnya tak tau macam mana nak pergi Perlis? ๐Ÿ˜ฐ 

Cara untuk pergi ke Negeri Perlis ada tiga.


1- Kapal terbang.
Yang ni aku selalu guna. Tapi dia takde direct flight turun-turun terus Perlis. Nein! Dia kena transit dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah dulu. Then dari airport tadi ambiklah taxi sekitar untuk ke Perlis. Masa dia adalah dalam 45 minit jugak. Itupun bergantung pada traffic.

2- Kereta api
Kalau dari Butterworth dan Kuala Lumpur boleh naik kereta api Senandung Langkawi dan akan berhenti samada dekat Arau atau Padang Besar.

3- Bas
Paling senang untuk ke Perlis adalah dengan menaiki bas. Naik je dekat mana-mana hentian yang ada jual tiket direct ke Kangar, Kuala Perlis atau Arau. Settle! Tapi yang jenuhnya kena hadap perjalanan yang panjanglah. 

**
Aku rasa masih banyak lagi yang aku tak teroka dan jelajah secara terperinci dekat Perlis ni. Bukan saja Perlis, rasanya negeri lain pun mesti masih banyak benda yang aku tak rasa, tak tahu dan tak pernah jejak lagi. Aku jalan just ambik syarat jejak negeri tersebut je. Tak tahu semua pun takpa janji dah jejak. Tapi, feel dia macam tak lengkap. 

Antara target 2020 aku adalah untuk UNSEEN MALAYSIA. Sekarang ni masih lagi dalam fasa kumpul duit lagi. ๐Ÿ˜‚ Doakanlah target yang ini akan tertunai.

Korang dah pernah pergi ke Perlis belum? Kalau belum moh le kita bersama kumpul duit untuk support perlancongan dalam Malaysia!

Till then! See ya!
Xiao Xin!

Frequent Asked Questions by new Geomatics student

March 21, 2018

Awal pada tajuk entri ni aku nak letak mengenai "Perspektif Geomatik di Kaca Dunia". Pergh! Ayat kemah kemin bhai! Kaca dunia bagai. Nasib bukan kaca berlian, emas permata, perak zamrud. (Seolah macam mengiyakan tentang perempuan dan barang kemas berpisah tiada pulak!๐Ÿ˜‚)

Kenapa 'Kaca Dunia'?

Sebab bidang ini masih suci dalam kaca dunia. Seolah masih tidak ada pendedahan yang meluas. Seriusly dude, kalau aku tak ambil kos ni, aku sendiri pun confirm masih blur dan terpinga-pinga setiap kali dengar istilah 'Geomatik'.

Tapi alhamdulillah, kos ni telah mendapat sambutan yang hangat dari sudut pengajian dan juga bidang praktikal. Cumanya, agak terkilan jugak sebab orang seringkali tak mention fungsi geomatik dalam bidang pembinaan sekerap dengan QS (quantity surveyor/ ukur bahan). Padahalkan, kalau land surveyor tak ukur dan settlekan segala urusan mengenai tanah tu, takkan adanya mana-mana pembinaan. 

Even sekarang aku dah masuk tahun kedua degree dalam Pengurusan Hartanah pun, susah benar nak dengar nama Geomatik dimention dalam lecture. Pffth! Marah bhai! hahahahah It's okay it's alright, land surveyors ni dia diam-diam ubi berisi. Nama tidak gah, tapi main peranan yang sangat besar. (#proudtolearngeomatics)๐Ÿ˜Ž

Dah berjela pulak intro kali ni ๐Ÿ˜….

Isi kandungan bagi sesi soal jawab aku bersama Encik Abd. Rahman MJ ni dibuat melalui email. Beliau merupakan surveyor yang telah berkecimpung selama 19 tahun dalam bidang geomatik dan pernah komen dalam salah satu entri geomatik yang aku kongsikan. Dalam komen tu beliau ada selitkan alamat email incase ada persoalan yang masih tak terjawab, bolehlah rujuk pengalaman dari beliau.

So, aku gunalah peluang tu untuk minta pendapat dia mengenai isu geomatik ni. Alah, isu yang freshie SPM suka sangat tanya ๐Ÿ˜…. Aku dulu masuk geomatik tak pernah kisah berapa gaji yang aku dapat lepas habis belajar. Dapat belajar dan pegang alatan yang canggih dan mahal ni pun aku dah rasa bertuah giler! Ingat murah ke?

(Aku nilahkan, sekali merapu susah benar nak berhenti...๐Ÿ˜‘)

********************************

FAQs, Geomatics

10 Frequent Asked Questions by new student about Geomatics 

[Jawapan yang berwarna biru adalah jawapan yang diberi oleh Encik Abd.Rahman, manakala yang berwarna purple adalah ulasan dari pihak aku ๐Ÿ˜‡]

Q1: Kalau dah habis Diploma Geomatik ni senang tak cari kerja? Atau kena ambil degree terus? Sebab saya ada dengar kalau ambil bidang ni kena ambil degree terus.

A1: TAK SEMESTINYA. Dalam pasaran Geomatik sekiranya berminat dengan kerja-kerja ukuran hak milik atau kerja-kerja di lapangan, boleh saja kerja dengan menggunakan Diploma tersebut. Cuma, dalam senario hari ini, mungkin dengan Diploma bayaran yang diterima agak rendah berbanding lepasan degree. Maka untuk survival, seeloknya ambillah degree terus.

Bergantung pada individu. Sebab setengah orang dia rasa lebih praktikal untuk bekerja dahulu kemudian baru sambung belajar. Manakala bagi sesetengah individu yang lain pulak, dia rasa kalau belajar teruskan belajar sampai habis. Sebab once dah bekerja dan pegang duit sendiri, dia jadi kurang minat untuk sambung pengajian. So, tepuk dada tanya minda ๐Ÿ‘ผ

Q2: Belajar Geomatik ni boleh tahu ke tanah ni bagus untuk buat pelaburan dan sekian-sekian? Contohnya sesuai untuk dibeli atau sesuai untuk dibuat bangunan dan lain-lain?

A2: Secara umunya, TIDAK. Kerana, geomatik ni lebih fokus kepada bidang Geospatial ukur dan pemetaan. Bukan berkaitan perancangan, hartanah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, dengan pengalaman bekerja dan bercampur dengan berbagai profession semasa bekerja, sedikit sebanyak ilmu geomatik itu boleh diaplikasikan untuk tujuan hartanah. 
Contohnya dengan mengetahui ketinggian tanah tersebut dan keadaan topografinya, maka kita oleh ramal adakah tanah tersebut terletak dikawasan mudah anjir, kesesuaian tanaman dengan bentuk muka buminya dan sebagainya.

Yup, sebab tu aku tukar kos dari Geomatik kepada pengurusan hartanah. Sebab Geomatik dia dedahkan isu tanah dari bawah, manakala Hartanah dia lebih kepada upfront service. Bila belajar dua-dua, puzzle akan sedikit tercantum.

Q3: Bukankah peluang pekerjaan Sains Geomatik ni lebih berpeluang kepada lelaki? Sebab cikgu saya cakap kebanyakan lelaki yang keluar mengukur tanah

A3: TIDAK. Dewasa ini, bidang Geomatik lebih dipelopori oleh kaum wanita. Skop bidang Geomatik ini sangat luas. Secara umunya terbahagi kepada dua. Iaitu:- kerja luar dan kerja pejabat.
Bagi kerja luar amnya sedia maklumlah mestilah kena kerja di lapangan. Manakala, kerja dipejabat lebih kepada processing, analysis, manipulasi data, programming (phyton, VB etc.) menyediakan pangkalan data. 
Pada hari ini, bolehlah dikatakan expert lebih di perlukan di dalam area kerja di pejabat ini. Kalau dapat kuasai kedua-duanya, lagilah bagus!

No komen. Sebabnya, renyah kalau nak bawak perempuan keluar ukur tanah ni. Lagi-lagi kena camping dalam hutan yang takde sebarang kemudahan. Mahu ke awak-awak perempuan survive selama seminggu? 
Sebab tu perempuan lebih ramai kerja di pejabat sebagai data processor. Lagi seronok. Cuma kalau ada survey field dekat bandar tu, kalau nak join turun site...mungkin bolehlah...

Q4: Saya nak tahu, kalau bidang ni kerja dia macam mana ya? Dari segi masuk kerja dan gaji?
A4: Kerja dalam bidang Geomatik SANGAT LUAS. 
  • Kadaster:- Ukuran hak milik tanah dan ukuran starta/startum/spatium dlll.
  • Pemetaan:- LiDAR, UAV, Remote Sensing, Photogrammetry, GIS, Utiliti bawah tanah, hydrography, dlll
  • Geodetik:- Ukuran koordinat menggunakan satelit (GNSS), pasang surut, Falak Syarie, Astronomi, dlll
Berkenaan gaji, saya tak pasti..saya tiada data terkini.

Gaji? Aip, mana leh bagitau...huhuhu belajar sampai expert. Then you will know the price of your capability. Campak ke laut pun jadi pulau  

Q5: How to apply internship dekat JUPEM?
A5: Normally pelajar dari UTM, UiTM, dan Politeknik melalui kursus yang diambil ada slot untuk latihan praktikal di JUPEM. Tempoh latihan bergantung kepada IPTA masing-masing.

Kalau praktikal dekat JUPEM ni, biasanya lecturers yang akan handle dan agihkan bilangan pelajar bagi setiap batch tersebut. Berbeza dengan latihan industri masa tahun akhir. Di mana segala permohonan pelajar yang perlu hantar sendiri.

Q6: Boleh bagi cadangan company mana nak buat praktikal?
A6: Kena tengok minat. Kebiasaan ramai pelajar buat praktikal di syarikat-syarikat Juruukur Tanah Berlesen, GIS company atau IT Geospatial company.

Boleh cari dekat JUPEM senarai company JTB. Lepas tu filter company mana yang kita minat untuk praktikal dengan mengambil kira penginapan dan cost untuk ke tempat praktikal terbabit. 

Q7: Course Geomatik memang ada future yang cerah tak?
A7: ADA. Bidang Geospatial/Geomatik dijangka by 2025 pasaran di US sahaja sekitar  billion. Saya tak sempat nak search balik sumbernya tapi bidang ini adalah bidang yang ke-3 berkembang pesat di dunia. Perlu diingatkan bidang ini bukan semata-mata ukur tanah sahaja. Dengan kata lain, selain term Geomatic, ia juga dikenali sebagai Geospatial, Geoinformation dlll.

Cuba letakkan diri korang di zaman perang, agak-agak kos apa yang paling penting jika berlakunya peperangan? Geomatik? Of courselah dia adalah antara kos yang terpenting sebab diorang ada maklumat dan data koordinat yang tepat dengan bantuan alatan elektronik yang canggih. (Boleh tengok cerita berkaitan perang-perang untuk tengok kesahihannya)

Tu je cara mudah nak tahu either sesuatu kos tu punya future yang cerah atau tak...(cara aku berfikirlah). Kalau terlalu bergantung future tu pada 5, 7 tahun...memang sampai ke sudah kita akan pertikaikan sesi pembelajaran.

Q8: Sains Geomatik sumber alam macam mana ya pekerjaannya?
A8: Tak jelas dengan maksud sumber alam itu.

Soalan ni memang kurang jelas. Sampai aku pun blur apa sebenar dia nak tanya...huhuhuhu. Mungkin sebab aku bukan major sumber alam,..sebenarnya dia tak jauh beza dengan geomatik tulen. Cuma dia lebih banyak penggunaan software yang canggih-canggih untuk analisis data.

Q9: Kalau kita apply kos Geomatik ni untuk ijazah, kita ada masa untuk  join PALAPES tak?
A9: ADA. Takde sebarang masalah berkenaan perkara tersebut. Mungkin Universiti lebih sesuai jawab soalan ni sebab saya tak tahu struktur kursus dia macam mana.

Yang inikan, dia bergantung pada kebolehan diri sendiri. Kalau rasa mampu untuk berjemur siang malam, it's okay to you. Kalau rasa boleh stabilkan masa dan dapat beri komitmen yang sewajarnya dalam dua perkara ni, kalian boleh teruskan. No problems.
Personally, aku tak galakkan sebab jadual harian akan senantiasa padat giler, giler, giler....

Q10: Langkah yang perlu diambil bagi mendapatkan lesen Surveyor?
A10: Perlu lulus exam Law terlebih dahulu. Bagi sektor kerajaa, 10 tahun bekerja ( 2 tahun di kadaster, 8 tahun di pemetaan dlll).
Bagi swasta, saya kena refresh balik.

So, bagi sesiapa yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai bidang Geomatik ini, boleh hubungi beliau melalui email:
armj74@gmail.com

****************
Jujurlah aku cakap, aku ni tidaklah hebat mana belajar dalam kos ni, sebab tu ikut suka aku je nak tukar ke nak sambung atau nak kerja atau nak berhenti. Janji diri happy. Ada matlamat untuk hidup, tahu apa yang kita mahu dan kita berusaha ke arah yang kita impikan itu pun dah cukup bagus. 

Memang nak raih sesuatu benda tu kena ada pressure, tapi too much pressure you letup sorang-sorang tak ke mana jugak. 

geomatics, info

Enjoy the moment itu SANGAT PENTING. 

Berusaha dan teruskan usaha serta doakan yang terbaik, insyaAllah segalanya akan menjadi mudah. ๐Ÿ˜‡

Till then, ila liqa' and maa'salamah! 
Xiao xin!

p/s: dialu-alukan sangat bagi sesiapa yang expert dalam bidang ni untuk berkongsi pengalaman dan artikel mengenai dunia geomatik sebagai pendedahan santai. 

Thank God it's Monday!

March 20, 2018

Yuhuuu! Thank God it's Monday! 
Aku tak pernah rasa happy bila tahu yang Isnin itu lagi santai dari hari Jumaat. Iyalah, bukan selalu kot nak excited bila jumpa hari isnin. Even hari rabu adalah hari feveret gua. 

Sebab apa rabu?

Rabu kalau ikut dari bahasa arabnya, dia "arbaah". Maksudnya "Empat". Since aku anak ke-4, nombor 4 dah jatuh wajib jadi nombor feveret. Unless ko percaya yang empat itu soi! 

Hari Isnin, (itu pun curi-curi masa jugak) aku sedikit lapang berbanding hari lain. Kalau korang wonder apa tujuan entri ni, aku akan jawab;-

'sekadar mengubat rindu untuk menaip dari rasa hati'. 

Aku sejenis manusia yang sukar untuk mendapat feel bila aku bukan dalam mood itu. 

Misalnya, kalau aku kena buat something tanpa jiwa yang seni ni (ecececeh seni sangat!) dia jadi macam....seakan mati! Pale, dull, hipokrit...dan segala rasa yang buat aku pangkah semua web browser yang tadinya aku beria nak up entri ilmiah. Phew! 

Bhai, entri ilmiah plus review plus perkongsiaan bermanfaat ni dia takleh guna bahasa cikai-cikai, dia kena ada sedikit bahasa malaysia-nya. Supaya nampaklah berilmiah. Hahahaha ke aku sorang je yang rasa macam tu? Kerja menaip, menulis ni....bukanlah sekadar jejari yang menari...dia kena jiwa bersatu bersama irama latar belakang (di mana BGM aku sekarang adalah lagu raya ๐Ÿ˜…), baru aku akan up entri tu. 

So, how's your day guys? It is good? or it is just okay...? 
Nah.....bersyukurlah masih hidup ๐Ÿ˜Š Nikmat paling sukar nak rasa syukur adalah rasa hidup. Orang selalu rasa dia dah mati sebelum jasadnya kaku. 

Dulu aku pernah gak jadi sebahagian manusia yang kufur nikmat diberi hidup ni...
Mungkin sebab faktor usia, aku jadi macam bertanya pada diri; "Sampai bila? Sampai bila..." Hinggalah, aku rasa yang jiwa aku ni terlalu mati sampai langsung takde rasa berdosa bila buat maksiat kecil. 

Contoh maksiat kecil adalah percakapan langsung tak jaga. Sumpah seranah caci maki seolah langsung tak mendatang rasa kesal...Teruk sangat! 

Aku bukan cerita sebab aku bangga dengan apa yang aku pernah buat, ๐Ÿ˜”cumanya aku terasa rindu  berada dizaman dimana mahu ucap kata bodoh pun serasa 'Allah,...bongkaknya aku..." Aku rindu rasa itu. 

Kita tahu, bahkan maklum yang Iman itu ada pasang surutnya, naik turunnya...jadi bila hati telah dijentik untuk berubah dan terasa tidak senang dengan kondisi jahil itu, syukurlah. Syukur sebab Tuhan masih bagi peluang untuk berubah walau seribu kali kita ulang silap yang sama... 
Kadang malu...malu dengan Dia...

Okay, okay aku bukan nak ceramah pasal hidup dan syukur, aku just nak tahu yang korang masih hidup pun cukup bagus. Alhamdulillah...

Isnin.

Hari isnin bersamaan 1 Rejab 1439. Rejab. kemudian Sya'ban dan Ramadhan. Gunalah peluang sebaik mungkin sepanjang bulan Rejab ini untuk melangsaikan segala hutang-hutang lama. (u know what i mean...)

Untuk adik-adik yang gigih mengkaji mengenai Geomatik, aku akan cuba sedaya upaya untuk tolong mana yang aku mampu. Tinggal nak up entry dan kasi ayat kemas ja lagi. Lepas tu, aku dah tak tahu dah nak up apa. Kawan geomatik semua yang aku kenal sedang sibuk dengan Survey Camp. Mana boleh kacau. Silap hari bulan mau kena maki. 

Takpe bro, gua faham...komitmen untuk menjadi surveyor memang banyak. Aku hanya mampu doa dari jauh untuk kalian yang semuanya akan berjalan dengan lancar atas izin-Nya. Amin!

Lagi?
Aku nak balik!!!! hahahahahah. Jeles pulak aku tengok small gathering dekat rumah nu. Mahu juga orang jumpa anak buah sulong dalam keluarga ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ 

Okaylah, habis dah entri merapu lepas rindu untuk berleter sekadar refleksi diri sendiri. Aku tahu...orang kata aku sedikit emotional sebab masih menyimpan dan menulis diari...aku tak kisah...incase kalau aku pergi tak sempat berwasiat...aku tahu benda pertama yang korang akan cari. 

Dia, bila nak dekat Ramadhan memang selalu rasa macam ni. Rasa sebak takut tak bertemu Ramadhan. Siapa punya jaminan untuk bertemu Ramadhan? ๐Ÿ˜ข

Wonder, ponder

Till then! 
Ila liqa', xiao xin!

p/s: sudah masuk selasa daaa....

How I spent my last semester break

March 13, 2018

Cuti sem lepas dah dua minggu habis. Tapi lagak aku macam baru je lepas habis! Mana tidak, first week satu kelas pun tarak pergi. Mentang-mentanglah dah senior, dengan confidentnya mengatakan lecterur semua tak masuk! lolz!

Tapi memang benar, ada satu dua kelas je yang lecterur ada masuk. Yang lain...saja.....

Banner, post,

Bagi aku, cuti sem lepas aku tak banyak gerak kemana sangat. Dan aku terus lesap dari dunia blog. Sibuk dengan dunia tv-series dan......vlog? maybe...

Cuma adalah satu dua tu aku pergi jenjalan dengan adik beradik. Tapi tulah....sekejap sangat masa kitaorang lepak bersama. Maklumlah sibuk dengan hal memasing. Apa lagi ek? herm.....nampak sangat cuti aku terlalu....banyak tido? hahahahahah...well, dapat tidur ni nikmat ooo....

First thing aku buat lepas je paper exam habis hari tu:-

1- Khatamkan semua novel diborong


Novels, books

Igs ada recommend dekat aku buku karya IFI (ismi fa ismail). Aku mula tu macam takdelah berminat sangat. Maklumlah novel fixi ni bukanlah satu kegemaran. Tapi, bila dah start baca tu, cannot stop bhai! Curiosity tahap dewa tu nak tahu ending. Plus buku dia tulisan besar-besar, sehari boleh habis satu series (tiga buku). 

Tapi memandangkan aku baca sambil jaga kedai, so takdelah se-express yang aku sangka. Sehari dua buah je dapat baca. 

Habis je karya IFI aku baca 'Pergi Mati', 'Skizo', 'Cantik itu Luka'. Yang lain tu aku dah habis battery nak teruskan. Otak dah tak boleh berfungsi dengan stabil. Dia kalau lepas baca satu buku tu, then terus baca buku lain...otak macam sedikit hangit dan terbakar sebab nak kena cerna jalan cerita.

InsyaAllah, ada masa dan kerajinan aku akan buatlah sedikit review mengenai buku-buku yang aku baca hari tu.


2- Marathon the best sitcom of all the time; F.R.I.E.N.D.S


sitcom, tv-series

Yang ini memang pecah perut goleng-goleng aku tengok. 10 season bhai! Dan sekarang aku ulang tengok balik. Cannot move on!!!! Terasa macam hidup sangat bila tengok cerita tu. Seminggu satu season. Satu season 24 episod. Cuma season 10 je ada 18 episod. 

Kali pertama tengok, pecah perut gelak. Kali kedua marathon balik....gelak dan sedih. Sedih sebab terasa masa ni berlalu sangat cepat. Pelakon diorang sekarang ni pun semua dah berusia. Huwaaaa!!! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


3- Makan angin di Bukit Tinggi, Pahang

Ingat tak hari tu aku ada menang contest mingguan dari traveloka? Alhamdulillah, rezeki dari situ aku dapatlah jejak ke Bukit Tinggi 'kota france' tu untuk semalam. Semalam 200 jugaklah dekat Hotel Colmar Tropicale. 

Leisured, siblings

Best ke pergi Bukit Tinggi? 
Cantik dan sunyi. Kalau rasa nak jauh dari hiruk pikuk kota raya, bolehlah lepak sana. Betullah orang cakap, tak payah pergi lama-lama pun dekat situ, sebab dalam masa sehari dah habis pusing sampai tak tau nak buat apa. Kerja kitaorang...datang untuk tido jerlah. Hahahahaha 

Namalah untuk santai-santai. Adalah jugak makan-makan, tapi kena kawal sikitlah sebabnya harga boleh tahan sedap gak r.๐Ÿ˜…

4- Pergi kenduri kawan dekat Pengkalan Hulu, Perak.

Masa pergi ni kitaorang drive. Bapak jauh dan dalam giler kampung member aku nan seorang ni. Mana taknya makan masa enam jam jugaklah untuk sampai ke sana. Skil pemanduan aku pun dah unlock satu level. ngeh ngeh ngeh....๐Ÿ˜-potong memotong di jalan kampung- 

Jalan dalam kat ada satu lane je, che che che...alhamdulillah perjalanan hari tu selamat pergi dan baliknya. Sehari je ke sana. Datang untuk makan ๐Ÿ˜‚ Then ambik gambar sepuluh dua, habis tu balik. 

Kenduri, kawen

Nah.....tak banyak pun benda aku buat. Termenung jugak nak fikir benda apalah aku buat sepanjang sebulan lebih cuti selain daripada pergi dan balik kerja....๐Ÿ™Ž Kata nak baca artikel pun....tak jugak sebabnya otak tengah dalam mood bercuti. 

Oh, oh...aku buat plan untuk future house. Plan + berangan macam mana rupa rumah aku suatu hari kelak. Plan dia kena simpan duit dulu, baru berangan nak design lagu mana. Tapi bila usha dan research pasal hal-hal yang berkaitan rumah ni....harga dia memang boleh buat air liur parau bhai.....

Siapa kata dunia dewasa ni gampang? Hahahaha 

Adik-adik yang masih berada dia taman kanak-kanak tu, hargailah hari-hari kalian dengan tenang. Bila mak ayah atuk nenek suruh menabung tu, menabunglah dik. Memang duit tu bukan pemberi bahagia, tapi dengan adanya duit kita akan bahagia.

Eh terceramah pasal duit pulak! ๐Ÿ˜…

Bila belek instagram, orang lain semua spent masa dengan family memasing time cuti sem. Buat rasa rindu pulak moment sedemikian....tapi ada rezeki raya haji tahun ni baru dapat gathering satu family. Dah cukup setahun baru aku jejak ke Miri balik. 

Setahun sekali je balik Miri. huhuhuhu Masuk tahun ni genaplah 14 tahun aku bermastautin di semenanjung....

Till then...
Xiao xin, Ila liqa'!

5 Stupid things I spent my money on

March 08, 2018

Obsesi terhadap menghabiskan duit ini memang agak bahaya. Bahaya dia boleh cecah tahap petala ke-18! Dasyhat tak dasyhat! Ya ya ya, aku memang akui yang aku ni seorang yang boros bila datang perihal barang yng aku suka. Come on r, siapalah tak suka duit kan? 

Tapi, tu lah...sepanjang 25 tahun hidup ni, aku rasa sebenarnya boleh sangat aku jadi jutawan sekarang. Kalau aku faham dan tahu macam mana tekniknya pada usia darjah satu. Tapi...tak! Semua tu aku baru faham sekarang. So, mungkin masa aku umur 50 tahun nanti baru dapat jadi jutawan. ๐Ÿ‘ต

rant, money

Jadi, sukalah aku kongsikan sedikit perkara-perkara bodoh yang aku pernah buat sepanjang belajar pegang duit sendiri. Aku harap perkongsiaan ini tidaklah diulang oleh kalian. (Boleh tahan jugak boros aku. Isk isk isk!)

1- Join komuniti MLM

Kisah ni berlaku masa aku belajar dekat Arau. Orang yang ngajak aku ni pulak student UUM. Masa tu aku ingat lagi, aku tengah beli makanan dekat cafe Apple. (Bagi sesiapa yang familiar dengan UiTM kampus Arau mesti tahu Apple dekat mana). Datanglah seorang akak ni. Dia perkenalkan diri sebagai F. Aku ni mati-matilah ingat dia bisnes affialiate yang sebaris dengan bisnes online ke apa kan. 

Tambah pulak masa tu aku terlalu teruja untuk kumpul duit dengan cara 'mudah'. ๐Ÿ˜‘ Aku cubalah bagi peluang dekat diri aku yang, "it's okay to listen first. Later I will decide either I want to join or no". Masa tu kebetulan aku free, aku dengar akak tu kata preview bisnes tu 100% percuma. Namalah previewkan. Aku pun dengar nama percuma ni, laju ajelah kasi nama. 

Pendekkan cerita, aku terjebak! Habislah dalam RM800. Termasuk cost tambang pergi balik ke KUIS. Katanya program gabungan satu Malaysia bagi komuniti tersebut. Masa tu aku terserempak dengan seorang kawan satu sekolah aku kat Kelantan dulu. Memang lamalah tak jumpa. Terasalah kecik dunia bila join benda macam ni. 

Dalam hati aku ada sedikit was-was, tapi aku abaikan. Sehinggalah aku buat pembayaran terakhir dengan janji yang diorang akan guide aku. (Alah, semua orang boleh tekalah apa jadi) Habis aku bayar, diorang terus LESAP!. ๐Ÿ‘ฝ

2- Scammer versi online

Aku ni memang jenis manusia percaya pada peluang kedua, ketiga dan seterusnya selagi aku tak nampak bukti. Maka aku cubalah satu laman website ni yang katanya akan mendapat pelbagai pulangan yang mashyuk! Padahalkan, aku boleh je fikir logik, mana ada high return kalau low risk! Sumpah aku rasa nak kasi clorox otak aku ni! 

Tapi syukurlah aku habiskan RM140 je dekat sini. Pheww! Itu pun duit jugak mak cik oi!!!


3- Teruja pada penjagaan kulit muka

Kulit muka aku ni kind of neutral. Pakai apa-apa pun semua sama je hasil. Melainkan kalau produk tu bila aku pakai dia mengeringkan muka aku. Even aku tak pakai pencuci muka pun, muka tetap sama dengan pakai. (Syukur jenis muka aku tak mudah naik jerawat bila tak sesuai dengan produk)

Pastu, adalah tiga masa tu aku habiskan 200+540+300 = ........

First, aku kekonon nak try produk mahal. Baru nampak serius dalam penjagaan kan. Konon! So, setakat 200 tu, aku rasa berbaloi jugaklah. Masalahnya, aku tak rajin nak menepek setiap hari. Pagi petang siang malam bhai! Apa dia ingat aku rajin. Then, aku tak pakai dengan konsisten. Akhirnya dia expired macam tu je.

Yang kedua tu, aku terjebak masa ada fair dekat dewan Mawar dua tahun lepas. Produk tu katanya dari doktor skin care. Aku tak pernah dengn nama produk tu. Even aku google banyak kali pun aku tak jumpa reviewnya. Aku ni dahlah tak percaya sikit dengan produk yang takde website rasmi ๐Ÿ˜…. 

Tapi, aku tak tahu hantu mana yang menghulurkan tangan aku pada diorang sebanyak 540! Telan air liur aku! Ini kalau SKII aku terima lagi. Tapi ini bukan SKII! 

Kes yang ketiga pulak berlaku selepas kes kedua. Aku berhenti pakai segala produk yang tidak aku yakini. Aku biarkan dua tiga minggu tak pakai apa-apa. Pastu, pergi jalan kat mana tah, gatal pulak kaki aku ni pergi menjengah The Body Shop. 

skincare, TBS


Allah, godaan mana pulak yang menghasut sampai aku main bayar je 200+ dekat kaunter. Alih-alih produk tu langsung tak sesuai dengan aku. Sebab kulit muka aku jadi panas dan kering. Haila haila! Pakai Gamat Emas je lagi bagus! Tak perlu pun berhabis beratus-ratus!

4- Hantu Gadget!

Kalau boleh semua gadget aku nak miliki. Lagi-lagi kalau yang berunsur peranti untuk mendengar lagu. Tak kiralah earphone, headphone, bluetooth speaker, MP3, MP4, walkman, discman, speaker biasa, speaker dalam shower....janji dia boleh keluarkan muzik dan lagu! Obses giler dengan muzik! (Aku risau jugak dengan diri aku ni. Risau tak sedar masa bila dajjal serang dengan muzik aku terhanyut...tanpa sedar. Naudzubillah min dzalik!)

Obsesi ini masih lagi berlaku. Sebabnya aku masih buat tabungan untuk belian gadget! ๐Ÿ˜‚ Wishlist gadget aku tak pernah surut. Makin bertambah lagi adalah. Nak nak pulak sejak ipad aku tak function kes masuk air. Lagilah aku geram nak beli baru! Fungsinya:- nak main game lagi puas dengan skrin besar. ๐Ÿ˜…

5- Expensive foods!

Aku suka makan. Dan mencuba segala jenis makanan yang aku tak pernah jumpa dan rasa. Semua makanan aku balun. Tolak ceri je aku tak makan. Kasilah western, arab, chinese, korea, japan, jawa, melayu, perancis, india...insyaAllah aku akan telan punya. 

Masalahnya, semua makanan ni harganya kadang mampu leleh je. Sampai ada orang jeles kalau insta aku penuh dengan gambar makanan. Come on r, makananlah penghibur perut nak lara. Bila aku lapar ke, aku sendiri belek ig aku kot! ๐Ÿ˜‚ Nak ambik feel masa aku makan hari tu hari tu....tapi tu lah..orang cakap tak baik menunjuk. Haila haila....

Sebab kes-kes macam nilah aku dah jarang up gambar makanan dekat ig dan makan makanan mahal. Melainkan bulan puasa nanti. Hahahahaha atau masa musim gaji ke apakan. Kalau aku up gambar makanan masa bukan musim gaji, fuh! mahu kena pekakkan telinga weh! (Maklumlah, orang tak nampak pun kalau aku makan murah atau terpaksa berlapar....๐Ÿ˜ž)

Menyesal tak habiskan makanan dekat semua benda ni?
Ergh! Sape tak menyesal bhai! Lagi-lagi bila kes kena tipu. Tapi tu lah....banyak benda jugak yang aku belajar dari situ. Aku dapat belajar yang...
  1. Scammer takkan kaya kalau aku tak bodoh dan taksub untuk jadi kaya. Jadi pentingnya belajar kaji selidik sesuatu sebelum buat sebarang keputusan yang melibatkan duit.
  2. Sesiapa pun sanggup berhabisan demi kecantikkan. Tapi kena ingat, beauty is 'pain'...jadi aku perlu berpada dengan penjagaan jangan sampai memudaratkan diri...sanggup berlapar demi cantik? no! Aku takkan buat macam tu dah!
  3. Gadget tu perlu, tapi jangan sampai menjadi liabiliti dan menjerut diri. Sebab, teknologi takkan pernah habis. 
  4. Makan itu perlu, tapi ikutlah besar periuk sendiri. ๐Ÿ˜…
Benda macam ni lah buat aku lagi berjimat tentang duit. Alhamdulillah, hasil dari tindakan 'kurang cerdik' aku pada masa lalu telah menyedarkan aku tentang banyak perkara tentang masa hadapan. Mana hala duit tu aku lebih cermat dalam menyimpan rekod. Aku belajar dan baca buku berkaitan dengan financial freedom. Biarlah makan masa pun, janji keberhasilannya logik!

Ikut konsep Warren Buffet, konsep Robert Kiyosaki...dan semua sifu yang berjaya buktikan kebebasan kewangan. 
Pesan pada diri, dunia sekarang ni jangan cepat percaya pada khabar yang tiada sahih dari akhbar dan website. Serta, jangan segan untuk bertanya pendapat pada orang yang berpengalaman. 
Jangan jadi macam aku, dah terhantuk baru terngadah....tapi sedarlah sebelum nasi menjadi bubur...

Till then! 
Ila liqa' and xiao xin!

p/s: aku pun hantu barang unik jugak! pantang masuk typo, ada je benda nak sambar! Pantang nampak note book yang lawa, laju je beli! haila haila!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.