Recommended blog editor: MellyaCrayola

February 16, 2017

Suatu perkara yang majoriti blogger akan menitik beratkan adalah SEO blognya dan juga berat blog. Bila dua benda ni tidak menepati ciri-ciri yang sepatutnya, automatik rasa macam serba tak kenalah hidup. Sikitlah rasa serabut...tapi takdelah sampai rasa nak makan pun tak selera an??

Kalau korang pernah menghadapi situasi macam aku sekarang ni, dan masih tercari-cari editor plus designer blog yang sesuai, aku sangatlah berbesar hati memperkenalkan korang dengan MellyaCrayola.

banner, blog, header
Tengok blog Mellya pun dah cukup membuktikan hasil kerja beliau. Sejak kebelakangan ni, ramai blogger bercerita tentang blog Mellya. Memang tak silap bahkan lagi sahih, kerja beliau sangat bagus!

Al-kisahnya...
Hari tu, time aku belek-belek jenjalan sekitar dunia blog, aku ternampaklah satu post pasal blog Ana Suhana yang baru bertukar wajah... Kerjanya kemas cantik! Memang sedap mata nak melepak situ lelama. 

Bila dia ada mention pasal blog dia ditouch up oleh Mellya, siap dengan dapat SEO 100% tu, aku terus macam... 
"Bestnya dah capai seo 100%! Aku ni jangankan 100, 80 pun susah nak dapat!"

Then, aku pun apa lagi terus contact Mellya. Tak sampai pun sejam, dia dah balas. Dan...tadaaaa! Hasil dari kerja tangan Mellya..akhirnya blog aku dapat mencapai matlamat SEO 100%!!! Yuhuuu!!!

seo, 100%, blog

Memang terbaiklah!

Jadinya, kalau korang perlukan khidmat editing blog ke, buat banner yang lawa dan awesome, memang aku 100% recommend kerja beliau adalah yang terbaik dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Okaylah, aku pun nak fly ke Johor dah ni...ada masa punya waktu, kita bertemu dilain hari. 

P/s: untuk yang bertanya aku cari calon mana nanti...maybe aku akan jawab belah utara. Hahahaha...demand lagi, orang Langkawi...itupun kalau ada and berjumpalah...

Chiao lu, papehal jangan lupa roger...jangan lupa pergi ke blog Mellya untuk dapatkan blog yang lebih awesome!!! 

Da!

Bila kakak kau dah kahwin....

February 15, 2017

Bila kau ada ramai adik beradik perempuan dan kakak kau kahwin, secara automatik yang lain kena pakai tudung. Sehinggalah kakak kau yang kahwin tadi balik ke tempat baru dia, barulah kau boleh hidup seperti biasa.

Itu situasi aku. Aku rasa ramai yang faham kot situasi ni. Tapi itu bukanlah suatu masalah besar bila kakak kau kahwin...masalahnya bila kau LUPA yang kau dah ada orang baru dalam rumah!

pelamin, kahwin

Oh, sebelum tu aku naklah ucap tahniah dan selamat pengantin baru buat kakak aku yang nombor dua. Alhamdulillah dengan sekali lafaz pada 11 Februari lepas, dia selamat menjadi isteri orang Johor. So, kalau aku nak cari calon lepas ni, tak boleh dahlah ambik orang Johor. Kenalah cari orang dari pelusuk dunia yang lain...

Ramai yang dah tahu, tapi masih ada yang belum tahu...yang kakak guenya itu juga miliki blog dong! Carilah lo yang mana blognya...

Situasi masa hari kejadian?
Senggaut kau! Aku tak sempat tengok sesi lafaz salam semua tu, yang aku sempat, sedar-sedar dorang dah siap sarung cincin. Terlepas moment paling berharga...

Apa yang buat aku lambat tu, aku pun tak tahulah...adik aku dok sibuk pakai shawl dia punya pasal. Dok belit sana, belit sini...alih-alih terbelit sebab lambat...chis!!

Kenduri dimana?
Kitaorang buat kat rumah, rewang gitu. Yang sewa hanya pelamin, kanopi, dan baju kahwin..cuma masa hari kejadian ramai yang tak puas hati dengan fotografer dia. Agaklah...sampai orang biasa boleh tegur assistant dia pegang kamera pun salah itu dah kira tahap parahlah kan? Ini majlis penting untuk orang kot! Bukan hari sukan sekolah yang kau boleh snap setiap 30 minit. Majlis kahwin nikah ni setiap saat tu berharga!!!

Walau fotografer cenggitu, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. FYI, ini adalah majlis pertama dan pencetus dalam keluarga aku. So, masih banyak benda yang terlepas. Maklumlah nervous kata orang. Ada enam lagi majlis kahwin yang akan menyusul...insyaAllah kesilapan lalu tak berulang..

Tema?
Hari tu belah perempuan peach, belah lelaki purple...maka temanya yang sebenar adalah peach purple. Dengan hantaran 5 balas 7.

pengantin, keluarga
team purple peach

(Aku tukang cerita bagi pihak kakak aku. Aku tahu dia masih takde masa nak update kat blog dia. Plus sekarang dia mana senang nak dapat line..hahahahah Bulan dua ni, dia dan pasangan busy. Sumpah aku sendiri pun kesian tengok. Nak buat macam mana, setiap susah pasti ada senangnya kan? hehehehe)

Miri dan Johor.
Dari ceritanya kakak gue, depa ni bertemu dalam MySpace. Baju team rewang dorang pun ada logo ni. Mok madahlah tek...

Keluarga dari Johor aku tak tahu berapa orang yang datang. Tapi senang kira satu van, dua kereta. Tu je yang aku nampak. Aku pun sempat kenal dengan dorang masa raya haji hari tu. Tanya beradik aku yang tak pernah jumpa family belah laki, memang nganga ajelah dorangnya...

Menu?
Menu kahwin: daging hitam, ayam masak merah, tempoyak, buah pear asamboi, sayur masak lemak, air oren, air tebu.

Doorgift?
Air kotak, keropok dua, pastu gula-gula...

Esok, family aku pulak fly ke Johor. 18 februari ni kenduri belah laki pulak. Fuh! habis team rewang belah perempuan penat lelah, sekarang team rewang belah laki pulak.

Rumah pun dah start sunyi. Kononnya tahun ni semua tak balik raya, so majlis kahwin dan makan doa selamat hari tu kira pre-openhouse untuk raya tahun ni. Aku pun malas nak balik raya...makin besar ni makin tak de rasa nak raya.

cousin, little

Itulah liputan sempena hari kakak aku kahwin...

Ke-ter-nampak-kan yang kabur

February 02, 2017

Dalam dunia ni ada banyak perkara. 
Salah satunya adalah perkara yang nampak dan perkara yang tidak boleh nampak. 

Nampak.
Sesuatu yang dapat dilihat, dirasa, dihidu didengar oleh mana-mana deria yang kita ada.

Tak nampak.
Sesuatu yang langsung kita tak boleh kesan melalui deria rasa. 

Tapi...
Hanya satu je dapat tahu.

Hati.

Hati bukan deria rasa 
Hati bukan deria rasa?

Kenapa hati bukan deria?

Benda yang kita selalu nampak mudah pada orang, adalah susah pada kita.
Benda yang senang pada kita, adalah susah bagi orang. 
Banyak perkara yang boleh dimasukkan dalam dua kategori ni.

Kalau kita mahir dalam sesuatu, tapi tidak bagi orang lain, mereka akan kata itu susah. 
Tapi kita akan cakap senang.
Yeah, kita pun cuba juga menafikan kesusahannya bila orang nampak kita dengan INSPIRASI.

Sebenarnya takde benda senang. 
Sebenarnya dia adalah nak dengan tak nak je

Bila kita, diri aku sendiri terutamanya, tak nak bertindak untuk suatu perkara yang aku nak, benda itu bagi aku akan jadi sangatlah susah.

Dua perkara yang boleh ubah takdir manusia. 
Hati dan niat.

Buat suatu benda tanpa hati walaupun niat dan betul, boleh jadi pemberontakan yang kemungkinan besar akan menghasilkan pelangi.

Niat, tapi tiada hati untuk buat, suatu pun takkan menjadi.
Niat semata-mata.

Usaha dan semangat.
Nak pupuk usaha untuk dijadikan semangat atau nak pupuk semangat untuk membina usaha?

Persoalan yang kita cipta, jawapannya dalam diri sendiri.

Kita tak perlu makan Trolls untuk bahagia.
Kita tak perlu mewah untuk bahagia.

Percaya atau tidak, bila kita kaya dalam suatu benda dalam perkara lain kita sebenarnya miskin?
Dan tahap kaya dan miskin bukan hanya dinilai dengan mata wang.
Jangan tertipu...

Kuncinya: Syukur
Itu semua tahu.
Syukur = tambah
Kufur = tolak

Istidraj? Rahsia Dia = Perkara yang kita tak nampak. 


Dan perkara yang aku tak nampak adalah, kenapa ending Raees macam tu? Kenapa? Kenapa????

..........
This is my new  welcome back entry. Don't be stress until you watch Raees. 😉
© SOFIE ADIE. Design by FCD.