Home

November 21, 2017 / 6 Comments

The reason...

Kadang bau asap rokok itu nikmat. 
Kadang dengan hidu pun boleh buat rasa tekanan yang dilampiaskan oleh sang penyebar asap rokok itu turut hilang.
Rasa seperti...kalau dengan merokok itu aku boleh lupakan masalah barang seketika, 
aku pun mahu menyedutnya.
Tapi, bila bayarannya adalah nyawa...
aku termangu seketika...


Berbaloikah harga masalah itu dibayar dengan nyawa?
Berbaloi!
Kalau ia dapat mengelakkan aku dari sakit tekanan jiwa kerana tidak melampiaskan rasa.
Bezanya sakit itu nampak atau tidak saja.
Penghujungnya sama...
Dua-dua akan sakit

Kalau masalah itu terhapus bersama kepulan asap rokok, 
barangkali sudah beribu rokok aku hisap.
Tapi, nyatanya tidak.
Itu hanya ilusi...
Hakikat yang hampir semua orang tahu...
Menyelesaikan masalah dengan masalah tidak akan menjadi selesai.....

Berulang bunyinya...

Alasan. 
Mungkin dia punya alasan. 

Hukum?
Siapa aku mahu menghukum. 
Getus dalam hati tapi ternyata dari awal aku sudah menghukum.
Alpa. Aku memang alpa.

Mahu meluah rasa disebalik kepulan asap rokok itu mungkin lebih senang. 
Mungkin. mungkin saja sebab paling kurang asap lindungi kebenaran yang cuba disampaikan.
Tapi, sampai bila mahu kaburi kebenaran di balik asap?

Hakikat, yang semua orang pentingkan diri.
Aku. Katakan pada aku yang aku bongkak. Egocentric!
Aku pinggirkan tanggungjawab yang Dia suruh jaga demi buang masalah yang seketika cuma?
Alasan gila!

Reason..
Aku belajar sebab jahil itu merbahaya...
Aku kejar masa kerna tidak punya waktu
Ya, aku ego dan tamak untuk kejar semuanya...
sebab siapa mahu hidup hanya sekadar hidup?

Objektif hidup kita mungkin tak serupa...
Tapi aku tahu kita mahu destinasi yang sama.
Biar apa jua alasannya...
Aku hanya mahu kita bersua disana...
Bahagia...
Related Posts

6 comments:

  1. masing2 punya alasan dan pilihan
    setiap penyudah penentunya adalah pilihan diawal prmulaan.,
    terserah.,

    ReplyDelete
  2. Merokok bukan penyelesaian masalah, bertambah masalah itu mungkin..
    Hasilnya bila tua nanti.. Jadi kita kena bijak tangani masalah.
    Kalau sis tengah jiwa kacau, membaca atau blogging salah satu terapi mujarab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^...dengar lagu paling senang nak cool down.
      ni kes nak taip entry, then tetiba terhidu bau rokok...^_^!

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery