The reason...

November 21, 2017

Kadang bau asap rokok itu nikmat. 
Kadang dengan hidu pun boleh buat rasa tekanan yang dilampiaskan oleh sang penyebar asap rokok itu turut hilang.
Rasa seperti...kalau dengan merokok itu aku boleh lupakan masalah barang seketika, 
aku pun mahu menyedutnya.
Tapi, bila bayarannya adalah nyawa...
aku termangu seketika...


Berbaloikah harga masalah itu dibayar dengan nyawa?
Berbaloi!
Kalau ia dapat mengelakkan aku dari sakit tekanan jiwa kerana tidak melampiaskan rasa.
Bezanya sakit itu nampak atau tidak saja.
Penghujungnya sama...
Dua-dua akan sakit

Kalau masalah itu terhapus bersama kepulan asap rokok, 
barangkali sudah beribu rokok aku hisap.
Tapi, nyatanya tidak.
Itu hanya ilusi...
Hakikat yang hampir semua orang tahu...
Menyelesaikan masalah dengan masalah tidak akan menjadi selesai.....

Berulang bunyinya...

Alasan. 
Mungkin dia punya alasan. 

Hukum?
Siapa aku mahu menghukum. 
Getus dalam hati tapi ternyata dari awal aku sudah menghukum.
Alpa. Aku memang alpa.

Mahu meluah rasa disebalik kepulan asap rokok itu mungkin lebih senang. 
Mungkin. mungkin saja sebab paling kurang asap lindungi kebenaran yang cuba disampaikan.
Tapi, sampai bila mahu kaburi kebenaran di balik asap?

Hakikat, yang semua orang pentingkan diri.
Aku. Katakan pada aku yang aku bongkak. Egocentric!
Aku pinggirkan tanggungjawab yang Dia suruh jaga demi buang masalah yang seketika cuma?
Alasan gila!

Reason..
Aku belajar sebab jahil itu merbahaya...
Aku kejar masa kerna tidak punya waktu
Ya, aku ego dan tamak untuk kejar semuanya...
sebab siapa mahu hidup hanya sekadar hidup?

Objektif hidup kita mungkin tak serupa...
Tapi aku tahu kita mahu destinasi yang sama.
Biar apa jua alasannya...
Aku hanya mahu kita bersua disana...
Bahagia...

Mirror of Society

November 11, 2017

Mirror itu cermin. 
Semua orang tahu cermin fungsinya memberi pantulan kepada apa sahaja yang ada dihadapannya. Jarang benar cermin berfungsi untuk menipu pada pantulan.

mirror, thought

Society, masyarakat...itu plural. Ramai.
Tapi satu individu yang dikelompokkan digelar sebagai masyrakat. 

Maka, cermin bagi sesebuah masyarakat itu....adakah individu? 

Hari tu kecoh satu isu dimana seorang mahasiswi dianiaya dengan suatu perkara yang mengaibkan. Takut! Takut rasanya mahu menjejak kaki ke situ walau jaraknya masih dalam radius 5km dari tempat aku. Apa sudah jadi pada mangsa dan pemangsa?

Ceritanya, mangsa masih trauma dan pemangsa berjaya dijejak daan ditangkap. Seram dowh! Sumpah seram! Apa sudah jadi pada #Malaysiamasihaman ??

Bila agaknya isu perogol, penjenayah, peragut, perompak, pencuri, dan segala masalah sosial akan berhenti? Sedih betullah macam ni....tak pasal-pasal aku dan menghitamkan kawasan tu...

Malaysia masih aman. 
Ada segelintiran individu yang tak layak memegang status manusia yang bertopengkan haiwan masih berkeliaran mahu musnahkan keamanan Malaysia. Atau individu tersebut langsung tidak menghargai keamanan yang diberi selepas berpuluh tahun kemerdekaan? Apa nak jadi pengemis dunia? 

Sedih...sedih dan takut dan marah dan...tak tahu nak rasa apa. Cuma kena sentiasa bersiap siaga dan waspada pada kemungkinan yang kita tak tahu. 

Mirror of society...
Sekarang ni musim mengawankah?
Kes begini seakan menjadi satu siri. Siri seram bagi kaum Hawa.
Dan bila mana lelaki berpesan; "Yang perempuan tu, jangan dok jalan sorang-sorang. Pakai baju tak usahlah dok menjolok mata...'

Dan tampil seorang siswi mengupas, 'kenapa bila isu begini terjadi, lelaki selalu letakkan isu pada pemakaian?' 

Dan debat berpanjangan seakan isu Perkara 153. Sampai ke sudah tidak berpenghujung.

Masih amankah Malaysia?
Bila tengok pada statistik kes rogol di Malaysia ni, ia masih lagi dalam zon yang amat menakutkan! Seram sampai rasa, aku duduk bersama manusia atau binatang?😶

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala bencana dan fitnah dunia akhir zaman ini.
Akhir zaman,
zaman manusia sudah tidak segan silu bahkan berbangga dengan dosa...
Naudzubillah min dzalik...

doa,
sumber
Akhir kalam bagi entri ni, iringi langkah dengan mohon perlindungan dari Dia. Dia yang tahu segalanya. Kerna dunia hari ini, tiada jaminan untuk kita selamat tanpa pengawasan Dia. 

p/s: pesan pada diri yang setiap pergerakan itu semua atas izinNya. 

Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air

November 09, 2017

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?

Review, buku,

Okay, aku beranggapan yang buku terbitan kali ini adaah sebuah fiksyen
Bila fiksyen, dia adalah rekaan. 
Bila rekaan, maksudnya ia hanya sebuah ilusi yang dicipta oleh penulis...(hopefully)

Itu yang aku harap. Agar buku ini bukanlah dari sebuah kisah benar yang terlalu sadis dan tragis. Tapi kebarangkalian untuk berlaku secara realitinya, ia bukanlah mustahil.

Bagi pendapat peribadi akulah, buku ni seolah membuka parut lama yang darahnya sudah terhenti. 
Ia seperti mengingatkan aku pada suatu zaman yang tak semua akan rasa bangga dengan apa yang telah dilakukan.


Seakan satu trend...yang 'fasa itu' semua orang ada. Sikit atau banyak, lama atau sekejap,...semua kita simpan dan lipat kemas dalam memori yang tak semua layak tahu. Sebab bila mereka tahu, presepsinya seakan menyerong. 

Buku itu telah buat aku bertanya pada ramai orang;
"Minyak dan air boleh bersatu ke?"

Ada yang jawab, boleh. Ada jawab tidak.

Boleh, sebab dia termasuk kategori psycopath. 


Blur kejap. Apa kaitan minyak, air dan psycopath? 
Dia ni lah kan....faham ke tidak soalan?

Boleh ke? Tanya aku lagi...
"Minyak dan air bergabung larutnya seperti bancuhan gula?"

Kadang itu ujian untuk dia. Mak kami pernah habaq, keistimewaan itu boleh jadi ia satu rahmat atau istidraj...Naudzubillah min dzalik!

####

Itu review aku terhadap buku Hiatus tulisan Budak Tomato.
Ayat dia masih menarik. Macam ada sedikit gaya Pingu Toha. Bila baca terasa sesat didunia tanpa sempadan masa...

Best ke tak?
Define 'best'...😎

Tapi, aku cadangkan korang baca Esc. dulu baru baca buku ni. Sebab dari Esc. korang dapat tahu prosesnya. Proses perkembangan cerita...mungkin!

Tapi, aku setuju dengan pendapat Nina, yang Esc. tu lagi best dari Hiatus. 🙌

Sebab Hiatus dia bagi 'rahsia' untuk kita simpan terlalu besar. Sampai aku tak rasa lagi ia sebuah rahsia...

Kalau siapa yang dah khatam buku ni, aku rasa korang pun mesti banyak persoalan yang bermain di benak kan? Rasa macam speechless...kagum tapi dalam masa yang sama kecewa. Kecewa dan terkilan. Mungkin?


Tetiba aku ingat satu pesanan ni;

terimalah penyampaian daripada sesiapa sekalipun walau dia bukan alim ulama selagi perkara itu benar...bukan lihat pada si penyampainya, tapi lihat pada isi yang disampaikan...

Bila penghujung buku ni, aku terasa macam baca tulisan Ismi Fa Ismail pulak. Mungkin Ramlee Awang Murshid juga..

Kenapa aku cakap macam tu? Bacalah karya diorang, insyaAllah korang faham kenapa aku kasi review Hiatus diganding bersama Minyak dan air...

As an avid reader, aku bagi Hiatus 3.5/5

Dah, aku kena cuci otak dulu sebelum aku sambung ke bacaan yang seterusnya....

See ya when I see ya! Thanks for spending your precious time just to read "a-not-related" review.

p/s: what is rong with the blogspot exactly?? Nak balas komen pun tak dapat ðŸ˜ž

How to balance a life as student vs part-time worker

November 06, 2017

Happy. life

Masuk bulan November ni, genaplah lapan bulan aku kerja sebagai part-time. Aku masih ingat lagi semua proses jatuh bangunnya nak stabilkan hidup dua tiga sisi mengalahkan Oliver Queen! Susah! sangat susah sampai ada satu masa tu aku nak give up belajar. Dan satu masanya pulak aku rasa nak berhenti kerja!😐

Gila! 
Kerja gila semua tu hanya main dekat kepala je. Nak buat secara realitinya, mahu gempar dunia. (drama terlebih) Tapi serius...semua tu, Alhamdulillah dengan berkat doa umi ayah, seorang aku ini masih lagi gagah melayar perahunya yang dulu hanya tinggal sekeping papan. Mahunya takde pelampung, boleh lemas aku. Dahlah tak pandai berenang. Terkapai-kapai sampai air masuk hidung...perit!

Sampai, hilang identiti diri. huhuhuhu 

Hari ni aku sajalah nak kongsi pengalaman lapan bulan hidup dua sisi ni. (tu tak termasuk menstabilkan life as a blogger tu...so, jangan hairanlah blog aku ni suam-suam kuku...)😅

1- Be prepared
Sebelum sesi kuliah atau semester bermula, aku biasanya akan duduk untuk dua ke tiga jam demi menyusun dan menyelenggara jadual hidup. Bukan jadual kelas je kena susun, jadual bila nak off kerja, bila kena full, dan jadual luar jangkaan macam kelas ganti dan kem bagai...semua kena masuk siap-siap dalam planner. 

Sem ni aku guna konsep satu buku nota untuk semua subjek. Termasuklah weekly planner. Senang! Buku tulah aku usung kemana-mana. Hatta kat tempat kerja sekalipun. 

Incase kalau ada program Uni anjurkan atau secara mengejut, semuanya aku akan roger pada partner tempat kerja dan bos aku. Cuma ada satu hari tu aku demam tahap petala ke-14 sampai terpaksa emergency off. 

2- Be flexible
Kadang tak semua jadual kelas tu on time. Ada yang cancel, ada yang tunda dan macam-macamlah. So, bila situasi ni berlaku, biasanya aku akan qada' tido! 😂hahahaha....tapi kalau time tu aku rasa macam nak study kat library, memang aku akan lepak kat library. Nak ikut jadual 100% tu, memang idokler....

Sebabnya, satu kita tak enjoy the journey. Kita rasa semua benda beban. Padahal benda tu seronok je dibuat. So, bila ada kerja kena buat, buat cepat-cepat...sebab takkan ada masanya dah nak bertangguh.  Since kat tempat kerja aku macam relax sikit, aku suka bawak segala assignment or bahan bacaan kat situ. Nak tak nak, kena belajar untuk fokus dalam situasi hingar.

3- Betulkan niat
This should be a number one priorities dalam hal ni. Betulkan balik semua niat. Kenapa nak kena belajar? Kenapa nak sesibukkan diri dengan kerja part-time kalau semua dapat ditanggung dengan mudah? Kenapa nak berjerih payah kalau 'syurga' itu depan mata? Kenapa dan kenapa...semua kena tanya hari-hari.

Awal misi aku nak kerja part-time adalah sebab nak bebas dari isu kewangan usai habis belajar kelak. Misi aku nak ada semua aset selain segulung ijazah. Misi aku nak support umi ayah pergi haji dan umrah. Sebab tu aku beria benar kumpul duit. 

Nak bagi umi ayah bangga yang anaknya ini jua setara Oliver Queen. Bahkan lebih hebat lagi. Ngeh ngeh ngeh....insyaAllah. Yang penting, Lillahita'ala....

Keperluan vs kehendak = Aku perlu belajar sebab aku perlu pada ilmu untuk memenuhi segala kehendak. Pendidikan adalah pelaburan paling berharga. 

4- Ready for change
Yeah, aku masih percaya yang aku ni ambivert. Sampailah satu hari tu, entah kenapa aku tetiba buat semula kajian personaliti hari tu, aku dapat introvert. Now, I am an introvert. But, I have to change in order to be successful. I have to change because that is how successful people do. They ready for any changing. 

Berada di takuk lama memang seronok. Sebabnya selesa. Rasa selamat. Tapi sampai bila? Sampai satu tahap aku kena juga serap pepatah "Berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian...." dalam realiti hidup. 

Perit tu usah dikatalah...tapi manisnya bila kita tahu yang Dia sentiasa ada untuk kita....
Dan itulah turning point kita. Dari biasa jadi luarbiasa sebab kita percaya pada ubah diri akan ubah nasib. 

5- Love your life, Enjoy your life!
Ini penting sebab takde orang dah nak sayangkan hidup kita ni melainkan kita sendiri. Tak boleh nak harapkan jugak yang kita akan berjumpa the other significant untuk sayangkan hidup kita. Ah! itu semua drama! Belajar untuk cintakan hidup sendiri. Sebab tak semua orang mampu...heheheheh

Aku suka belajar dan suka pada tekanan tapi tak bermaksud aku suka memberi tekanan pada diri sendiri. Aku suka kerja, sebab aku suka pada pengalaman dan proses. 

Wuish, jangan memain tau walau sekadar kerja jual casing, pasang tempered glass orang pun...banyak benda yang kitaorang belajar. Paling besar sekali kerja ni ajar aku "able to work under pressure". Ini susah nak buat. Biasanya letak dalam resume benda alah ni sekadar nak cukup syarat Tapi kali ni tidak. Memang bermacam pressure dah buat. Walau air-cond mall tu suhu paling rendah, kitaorang boleh berpeluh. Bayangkanlah...😮

Enjoy the process! Itu pun sudah cukup. Dia akan ajar satu pada kita, everybody is somebody servant...be humble, always....

So, are you a student and part-time worker who still find a way to stabilize your life? This is for you.

"You are the greatest human that ever live! Extra salute if you're blogger. hehehehehe" 

####

Seronok bhai dapat extra pengalaman hidup. Awal panjat batu memang susah. Tangan kebas, kaki tak percaya tangan, tangan menidakkan kemampuan kaki. Masa tulah proses paling jerih. Tapi, bila dah sampai at the top of the wall....rasa macam tak nak turun sebab view dia sangatlah cantik. Kalau boleh nak terus mendaki sampai ke bintang sana. Tapi pandang langit, jangan lupa tanah....

Tinggi mana pun kita boleh capai, takkan mampu melawan tingginya kasih Tuhan pada kita. Tuhan tu Maha Baik Dia sampai rasa macam, nikmat Tuhan yang mana lagi aku dustakan....

Okaylah...apa pun korang buat...buatlah yang terbaik. Jadilah yang terbaik untuk diri. Berhenti membandingkan hidup kita dengan orang lain. Dan bersangka baiklah dengan perancangan Tuhan. He knows the best! Have a faith...

See you when I see ya! Thanks for spending your time here and have a unforgettable day!
#doakanyangterbaik 😉

Dear, future , me
Thanks book for being there... ^_^ (ignore the grammatical error)
© SOFIE ADIE. Design by FCD.