Home

August 09, 2017 / 10 Comments

I'm 25 and single

Aku ada satu phobia yang aku cipta dalam minda. Nama dia Gamophobia dan philophobia. Dulu, aku tak tahu pun pasal istilah ni. Aku cuma percaya pada prinsip yang satu aku selalu pegang bila ia berkisar soal 'masa depan'.

happy,

Untuk kesekian kalinya aku menaip ayat yang sama:

"Kalau kita mahu jadi yang pertama untuk orang itu, kita pun mestilah jadikan dia yang pertama untuk kita."

Prinsip itu menjadi benteng pada aku bila aku sudah mula lagha. Bukan sebab aku tak normal, aku single. Tapi, sebab aku cukup waraslah aku pilih untuk single. Katalah aku loser sekalipun, asalkan hati itu aku memang jaga untuk yang selayaknya.

Sebab aku bukan malaikatlah aku letak sempadan.
Dan aku sejenis manusia yang setia pada prinsip.

Apa yang lebih teruk dari single? -kahwin dengan orang yang salah-

Berapa ramai orang masih mencari the other half, the other significant, the other...the other bla bla bla? 

Kenapa tidak cari saja diri kamu yang hilang disebabkan terlalu mencari the other kamu itu?

Aku tidak bantah jika kamu punya bf/gf untuk berkongsi suka duka, tapi aku minta sedikit hormat dari kamu agar tidak pertikai pada manusia yang sukar memberi komitmen pada hubungan emosi. 

Single tak bermaksud dia seorang yang sadis. 
Sendiri tak bermaksud dia tidak laku.
Sendiri itu dia yang pilih.

Dia pilih untuk hidupkan hidupnya dahulu baru mencari hidup lain.
Dia punya misi, dia punya visi. 
Sedikit pun dia tidak kisah pada hubungan emosi yang mungkin melambatkan perjalanan hidup dia untuk mencapai impian.

Aku tak bermaksud untuk berkasar dalam perkara begini. Tapi, realitinya aku lebih selesa sendiri.
Sendiri sakit, sendiri rawat.

Aku hormat mereka yang punya ruang dan masa serta komitmen dalam hubungan emosi ini. Bahkan aku tabik dan kagum. Aku yang sendiri ini pun masih sukar mengendali hati dan emosi sendiri apatah lagi kalau berdua, bertiga, kita berdansaa. Ok stop!

Aku 25 dan single.
Dah macam tajuk confession dekat IIUM tu. Beza dia, aku tak guna platform IIUM. Tu je...

Dalam 24 tahun 8 bulan hidup ni, aku rasa puas dan bahagia sebab masih punya keluarga, kawan, kerja, belajar, rumah, kereta. Cukup lengkap sudah rasa puzzle hidup itu. Cuma ada satu piece hilang. Hahahaha sebab piece itu aku terbuang dengan sengaja. Aku pilih untuk buang.

Sejak dua menjak ni macam kerap pulak aku rant soal hati. (Kalau perasanlah, kalau tak perasan...fuh! selamat gua!)

Adakah hati aku ni sudah parah perangnya? Sampai aku sendiri seakan tewas untuk berjuang bersama hati sendiri? Seakan mahu mungkir prinsip dan janji pada diri? Adakah aku terlalu berkeras dalam isu ini sampai aku sukar bezakan...

Aku jaga hati atau menjaga ego?
Aku sendiri pun dah keliru.
Sebab aku rasa ia bukan keperluan. Lagi-lagi lepas tengok teater Gamophobia. Dasyat betul penangan teater tu pada aku.

Soalan ini aku boleh terima: Sudah kahwin ke belum?
Tapi soalan ini sila blah: Kenapa belum kahwin?

Sebab lifetrack semua orang tak pernah sama. Lagi sekali aku ulang, sebab life track semua orang takkan pernah sama. 

Entri ni aku dah ambil masa tiga hari untuk post. Nampak macam simple nak akur. Tapi hati bertingkah. The other aku mahu menjadi nomad, the other pulak nak jadi normal, dan the other nak jadi superheroes. Jadi Vibe, sama geng dengan Cisco.

In case kalau korang yang baca entri ni ada terserempak dengan aku dekat luar sana ke apa ke an, please...stop asking me this question once I told you my age. Aku ni malas benar nak menipu orang sebenarnya. Tapi, aku pun penat nak ulang cerita sama. Same old same old stories.

Ini aku yang 25 pun bising semacam bila orang tanya soalan ni, yang lebih pada tu?
Kami tak mintak simpati kami cuma mahu kalian hormati pendirian individu.

InsyaAllah aku up entri punya kalau phobia aku hilang. (Jangankan korang, aku sendiri wonder bila phobia itu akan hilang.) Buat masa sekarang, aku lebih suka begini. Sibuk sendiri. Sebab requirement aku tinggi, jadi preparation makan masa. 

Aku pilih single, sebab aku tahu aku tak reti dan tak gemar masak.
Aku stay single, sebab aku tak reti jaga hati orang.
Aku single sebab aku malas nak ambil pusing hal orang.
Jadi untuk bahagia, aku pilih single.

and this is my story.

I'm 25 and I am single and happy!

Happy 
Related Posts

10 comments:

  1. tak salah pun 25 tahun dan single..akak dulu masa umur 25 pun masih single dan happy, percayalah jodoh itu akan datang tepat pada waktunya walaupun kita tak cari inshaAllah dia pasti datang saat Allah kata kita dah bersedia. sebab apa Allah lebih tahu kan.

    kakak akak sendiri 41 & still single..macamamana dengan umur sebegitu single dan happy..orang hanya melihat dan bertanya tapi sebenarnya kita sendiri yang mencorakkan hidup kita samaada kita nak suka atau derita, Allah akan memberikan kepada kita mengikut apa yang kita fikir, jadi dia fikir untuk hidup gembira walaupun masih single pada umur 41. Tak salah menjadi single sebab kita boleh buat apa yang kita suka pergi becuti atau apa sahaja tanpa memikirkan hal2 lain, macam akak dah kawin ada anak bila nak bercuti terpaksa fikir segala kos tambah pula kalau nak bercuti jauh naik kapal terbang fuhhh peluh kira bajet kalau single lebih mudahkan..haaa panjang berjela pula komen akak.

    Apapun semoga terus gembira dan bahagia di umur 25 dan yang seterusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak! amin amin amin. semoga tetap gembira :)
      single @ married dua2 punya pros n cons dia. semoga semua orang bahagia dengan pilihan yang dibuat!
      ^_^

      Delete
  2. 1st time tengok muka kak sofie, comel xD

    biasalah umur dah 25 keatas ni mesti akan ada yg sibuk tanya pasal jodoh. dah tiba masa nanti sampailah jugak kan. saya pun walaupun dah masuk 20 tapi tk penah lagi terfikir pasal jodoh(muda sgt lagipun) sebabnya tak pandai masak xD malu nak ngaku tpi tulah, better kita persiapkan diri kita utk pandai buat segala kerja rumah baru boleh fikir hal kawen

    setuju dgn pendirian akak btw <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha terima kasih mazni! >_<
      kan? reti je masak, cuma banyak lagi kena belajar. rasa macam banyak benda tak prepare menyebabkan end up single! hahahaha

      Delete
  3. nobody cares you single or married. be happy with yourself honey~ yeah.. gambatte ne...

    ReplyDelete
  4. Paah pun kawin lambat... Rilek je... Lantak la orang nak cakap apa pun... Biar single jangan amik laki orang... Be positive... Stay positive...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/21/petanda-dan-risiko-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?? insyaAllah...#doakanyangterbaik
      :)

      Delete
  5. kawen tu sonok tau cik sofie, tapi nak jaga perkawenan tu yg x brape nak sonoknyer., huhu2

    ReplyDelete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery