August 14, 2017 / 4 Comments

Be strong buddy!

Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri jadi aku rasa aku patut kot up dengan cerita yang mana aku rasa patut. Hahahah...

Minggu lepas, secara rasminya, aku miliki kereta sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih ayah untuk kereta ini. 

Minggu lepas juga, aku pergi lepak dengan member aku dekat DC Super heroes cafe. Tapi tak makan pun, kitaorang just minum. Ya, aku lepak dengan member masa zaman diploma dulu. Just nak catch up cerita, sementara cuti sem masih berbaki empat minggu. 

Satu hari tu, aku saja call adik aku yang seorang ini. Katanya, dia rasa...nak menangis. Dan aku rasa, sebagai seorang kakak yang jarang sekali berada dirumah, dan telefon semua orang, aku pinjamkan sebentar telinga aku untuk semua cerita dia.

Dan aku tak sangka kitaorang dah on call selama tiga jam lebih. 

Dia...aku rasa masih tak okay. Aku tak cukup kuat untuk jadi pendengar setia dia. Sebab aku sendiri tak tahu. Aku sendiri keliru. Dan aku cuma mampu kata, be strong buddy. You are stronger than you think. 

Aku dan dia sama-sama karam dan lemas. 

Childhood memori kitaorang telah merobek semula parutnya. Seakan berdarah kembali. 

Aku tahu, aku ada unfinished bussiness. Sebab, setiap kali buka isu tu, aku akan jadi amat sensitif. Aku senyap. Dia bercerita. Dan cerita hingga dia boleh ketawa semula baru aku dapat matikan talian.

Sedihkan?

Dia yang duduk rumah, tapi hati dia jauh..

Nak tahu sebab apa aku suka duduk jauh dari rumah?
Sebab perjalanan itu rumah aku yang sebenar. 

Sebulan tak bermusafir boleh jadi gila! Boleh jadi penasaran jiwa. Dan aku rasa, itulah yang berlaku pada dia. Adik aku. 

Be strong buddy...

Aku tak mahu dia tertekan. Sebab buat masa sekarang, dia telah berada pada tahap yang paling bawah dalam hidup dia. Dan...seorang pun tak tahu...seorang pun. Aku rasa, aku teruk sebab aku tak ambil tahu. Tentang dia. Adik aku...

Adik aku seorang lagi yang lelaki marah aku. Marah sebab aku keluar makan dengan kawan lelaki yang boleh aku kata kamceng zaman diploma dulu. Aku tak tahu nak cakap apa...Aku hargai emosi dia. 

Alasan? sebab aku pernah cakap dengan dia aku anti-lelaki. Ah, adik oh adik! 

Kadang, anti-lelaki itu hanya valid pada yang melibatkan masa hadapan. Sekadar kawan satu kumpulan itu, mustahil untuk aku tidak memberi kerjasama dengan lelaki. 

Dan giliran aku pula cakap pada diri sendiri, be strong buddy!

Aku pun tak tahu apa orang expect tentang aku. Did they expect me to be a saint? 

Too much expectation you put there....

Satu hal lagi, aku susah nak cerita. Sebab, nobody cares right?
Then, why I should let people know my story, my life when nobody cares?
No wonder, hati aku selalu berontak untuk menjadi nomad dan musafir.

Ah! Cerita aku bukanlah sajian indah yang orang harapkan. Ini bukan cerita novel dan skema buku teks yang indah. Ini adalah sebuah kisah indie yang suram dan kusam. Takde siapa layan cerita indie.

Kalau ending Arrow pun boleh tergantung macam tu, apatah lagi hidup ni. Mana nak jadi Legends kalau life smooth?

Adik, if you read this...I hope you find the way to be happy. InsyaAllah orang akan berada saat dia jatuh. Walau orang selalu takda dengan dia, tapi orang harap dia tak buat kerja gila....

Be strong buddy and have a faith man.
Let it go buddy. 
I've tried.
Then try harder.
I can't.
Why?
Because it's already in my blood man.
Why you let them in?
I don't know. It just happen.

Be strong buddy. Because we are the legends. If not in this centuries, maybe in the future. After life...

See you soon.

Related Posts

4 comments:

  1. I know rite.... she damn lost down there~ T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully she did found a way...ameen!

      Delete
  2. untungla ade ayah leh belikan kete baharu kann., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki yo wak...rezeki wak pun ada lagi yang lebih hebat menanti..

      Delete

Latest Posts

Facebook

    @Gallery