End-Year Blog Missions

July 31, 2017

Selepas beberapa tahun membuat research, naluri aku kuat mengatakan tahun ini adalah tahun pembuktian yang aku harus mengambil langkah besar dalam dunia blogging. Sebesar mana itu termasuklah overhaul blog ni. 

quote, blogging

Antara perkara yang termasuk dalam end-year blog missions aku adalah:

1- Tukar blog platform
Ini adalah keputusan yang paling sukar sekali bagi aku. Dah lama terbiasa dengan blogger tetiba nak tukar ke wordpress, uh....siapa pun takkan kata senang. Tapi, since aku ada plan yang besar untuk blog ni pada jangka masa yang panjang, maka aku HARUS tukar blog platform. Bila? InsyaAllah dalam tempoh empat bulan ni. 

Kalau ada entri pasal pertukaran platform tu nanti, tandanya nak dekatlah tu. ^_^

2- Brand the blog
Haa....yang inilah faktor utama yang menyebabkan aku buat misi pertama. I have to get my own blogging brand. Blogging memang seronok, dan lagi bertambah seronok kalau dari blog tu aku dapat tunaikan semua impian aku. It's start with blog...^_^

Stop wishing and start doing!

3- I'm gonna open an eCommerce shop!
Walah!!! Akhirnya aku berjaya menyimpan modal untuk buka eCommere shop sendiri! Ini adalah langkah yang paling besar sepanjang aku menceburi dunia blogging. Blog + eCommerce shop? It's gonna be awesome! InysaAllah niche blog aku takkan lari. Masih lagi berkisar tentang life seorang budak ambivert yang berangan hatinya made in German. ^_^

InsyaAllah aku akan up entri special untuk barang yang akan disenaraikan dalam e-Shop tu nanti. 

4- Overhaul my social media account.
Semalam aku dah buka akaun facebook baru demi blog branding. No more yuhaadie facebook. Akaun tu aku scroll semalam terasa macam; 'Bapak tak matang giler aku punya status! dahlah guna shortform. ish ish ish...'. So, aku decide untuk delete that facebook and replace it with the new account. 

Sebenarnya berbelah bagi jugak, sebab the hardest part of ending is starting over again...right? 

5- Coming soon!

***
Become an ambivert is hard. Because, when your extrovert part getting excited exploring the new world, but your introvert part keeps holding on your old sweet memories which make your moves stuck between that. It's okay, I know my introvert part will thank me later. ^_^

Maka terjadilah pertempuran antara dua indentiti dalam satu jasad.  Let's see who gonna win the battle? 

InsyaAllah, doakan segala prosesnya berjalan dengan lancar. Aku masih akan buat annual contest dalam blog. Hadiah dia akan semakin awesome dan rare. Akhir kata, semoga semua misi kalian dalam apa jua bidang turut dipermudahkan. 


Enjoy blogging! 

Start living, stop comparing

July 28, 2017

Siapa pernah tengok kartun 'Trolls'? 
"He who cntrols the Trolls control the kingdom. And I am He!"

Itu adalah trademark bagi watak antagonis dalam cerita ni. Tapi entri ni bukan berkaitan dengan review cerita Trolls. Ini adalah entri tentang...mencari bahagia dalam hidup.

Bergens makan Trolls untuk bahagia.
Tapi kekalkah kebahagiaan mereka? -Tidak!-
Ia adalah mindset Bergens. Padahal mereka boleh bahagia tanpa perlu membunuh warga Trolls.

Bahagia itu bukan satu pengorbanan yang tidak adil. Ia adalah satu keseimbangan dalam hidup. Ia adalah konsep 'give and take'. 

Perkara pertama untuk ubah presepsi dalam hidup kita adalah, ubah minda kita. 

Aku tahu, situasi ubah minda tu bukan macam ubah nasi putih jadi nasi goreng. Bukan juga macam tukar duit seringgit kertas menjadi dua keping syiling 50 sen. Bahkan lebih dari itu. Bak kata DAO, untuk berjaya kita perlu tutup mulut biawak dalam kepala kita. Setiap orang ada bela biawak dalam kepala

Buktinya, bila terlalu banyak membandingkan hidup kita dengan orang lain. Kenapa tidak kita buat hidup kita juga sehebat dan setanding mereka dengan cara 'Start living and stop comparing'? 
..
(Dah macam ceramah pulak. 😅)

Tak salah untuk membanding. Ia salah bila kita hanya banding tanpa sebarang tindakan untuk memajukan diri. Biar cuba dan gagal dari tak pernah cuba. 

Malu?
Siapa tak malu bila gagal? Hatta kalau repeat paper pun malu dengan kawan sendiri. Inikan pulak kalau kena repeat proses harungi hidup. Buat itu gagal, buat ini gagal. Tapi, gagal selepas usaha itu sesi pembelajaran namanya. 

How to start living? 
Terlalu banyak jawapan Google akan bentangkan sejurus kita menaip soalan ni pada ruangan search. 

Dan bagaimana seorang sofie mahu start living her life?
Kalau korang tanya aku pada 10 tahun dulu, mungkin aku akan jawab; 'Lantaklah apa yang orang nak fikir pasal kita, janji bahagia.'

Tapi kalau korang tanya aku sekarang, aku hanya senyum dan jawab; 'Just be yourself''

Samakan jawapan dia? Cuma struktur ayat berbeza. Lebih matang? Mungkin! Sebenarnya semua orang tahu jawapan itu. Semua orang tahu....

Kalau diberi peluang merantau ke tempat orang, pergilah. Sebab jauh perjalanan luas pemandangan. Luas jua pemikiran bahkan hidup akan lebih bermakna bila kita sudah mula menghargai erti sebuah kesusahan. 

Comfort zones adalah silent killer. Mungkin dia tak bunuh kita secara fizikal, tapi dari segi mental dan emosi. 

Impian aku paling besar adalah mahu menjadi nomad seperti Zahariz Khuzaimah. Berjalan dan bermusafir serata bumi Tuhan. Alam adalah rumah. Teruja, tapi dalam masa yang sama takut bukan? 

Nomad? Alaa lelaki senanglah nak jadi nomad, tak bahaya ke kalau perempuan jadi nomad? ← ini adalah salah satu statement yang dikeluarkan oleh biawak dalam kepala. 

Hentikan dan bunuh biawak itu. Dan sekarang alhamdulillah, biawak itu seakan sudah dibunuh pada musim 'kemarau' yang lalu. Musim itu, jatuh berdarah pun kau tak sedar sebab hati tegar semangat juang kau telah tekad untuk ubah nasib hidup kau.

Hikmah gagal adalah kekuatan jiwa. 
Hikmah berjaya lagi nikmat setelah gagal.

Stop comparing!
Dulu aku cemburu dengan sebilangan manusia yang tak pernah berpisah dengan keluarga mereka. Aku cemburu lihat keluarga mereka sering ziarah setiap minggu dekat asrama. Menangis? Tipulah kalau masa awal dulu aku kata aku tak menangis. Dan aku sedar, masa itu telah mengajar aku erti rindu dan pengorbanan. 

Hikmahnya? Campaklah kemana pun, insyaAllah aku boleh survive.

Dalam diri kita semua ada satu suara kecil meronta untuk bebas. Bebas dari biawak dalam kepala, tapi selagi kita benarkan suara biawak itu mengawal tindakan kita lebih dari suara kecil itu, selagi itu kita tak akan berjaya. 

Cara bebas dari biawak ni, banyakkan membaca dan cari kawan baru yang sama misi dengan kita
Proses seterusnya, kita harus bersedia untuk berubah

I believe when I see it. 

To be happy we don't need to eat the Trolls. 
Happy is come from within not from the outside. You know who can make you happy. -YOU- 
Change your mind and you will change your world.

InsyaAllah, prosesnya lebih mudah untuk berubah ke arah lebih baik.
Salam Jumaat dan let's live the life with full of happiness!

#seeuonthetop

Happy, life,

One step ahead...

July 27, 2017

Hello dearest readers,
Have you ever thought about upgrading your blog status to another level? To become not just another blog on the blocks? Have you? 


Yada yada yada...Hari tu aku ada buat post pasal cabaran blogging zaman millenia. (dan aku tak menyangkal akan cabaran itu. sebab itulah yang aku hadapi sekarang) Berblogging ni macam period pun ada kan? hahaha 

Aku masih tak puas hati kenapa ramai blogger overseas sana boleh survive dengan berblogging sedangkan aku tidak? Why oh why??? Adakah aku kena pindah ke German dulu baru aku dapat jadi one of the successful blogger out there? Haish, nampak gaya habis je belajar memang kena pi Germanlah cerita dia. hahahahaha - okay, behave-

Padahalkan, niche, tema, konsep blog diorang mostly hampir sama. HAMPIR SAMA. Tapi, adakah diorang ragu-ragu dan takut diorang takde market? Yes, the answer is NO! Seolah diorang lagi yakin setiap orang ada rezekinya masing-masing. 

Siapa ada jawab Yes bagi soalan diawal pembukaan entri ini aku ucapkan tahniah. Tahniah, kerana korang berjaya memikirkan 20 tahun lebih maju dari sekarang. Hahahaha Apa da aku merepek ni. Tak! Tak! Aku bukan merepek, ia adalah realiti fasa yang mungkin akan dihadapi kepada hampir semua yang memiliki blog. 

Yeah, mostly blogger dulu, sekarang dah jadi artis, public figure, social media influencer...dan mereka boleh hidup hanya dengan blogging. Adakah mereka pernah membayangkan yang mereka akan menjadi seperti hari ini jika mereka tidak mengambil 'satu langkah' itu?

Satu langkah yang menjadikan mereka semua pada masa kini. Yeah, aku tak perlu mention pun korang akan kenal. 

Itu satu hal. 
Tapi....aku lebih berminat cara blogger oversea bawa blog diorang kemata dunia. Diorang punya template dan design semua lawa!!!! Isu sebenar disini adalah bukan pasal nak jadi artis, or public figure or influencer...isu dia - aku perlukan blog designer yang boleh buat custom made template

Custom made?
Hah gila! harga pun sedap bhai. Nak lain dari orang ada maharnya. Takde percuma. 

One step ahead to build my own identities. Prosesnya masih panjang. Siapa kata nak upgrade blog ni senang? Dia sama jugak macam nak upgrade hidup kita. Ya, ya, ya...ikut jiwa lama aku lebih suka identiti jiwa remaja yang sukakan kegelapan lebih pada pembaharuan...tapi cara itu dapat upgradekan hidup akukah? 

Nope!
You already know that. 
You gonna lose your friend, best friends,...just because you want something more. Something different in your life. Different from their life. 

Tapi hidup dalam gelap buat aku hargai cahaya. Walau awalnya silau tapi aku bahagia. Silau cahaya buat aku buta pada segala cela kerna aku hanya nampak trofi 'syurga'. 

Syurga dunia syurga akhirat, keduanya mahu kita bahagia. 

Sebelum ini aku banyak kali putus asa, tapi sekarang aku mahu tahu hasil dari aku tidak berhenti berusaha. No more if...its only insyaAllah. 

Rezeki itu milik Allah bukan? Kita berusaha, kita dapat. Sekadar doa tidakkan merubah apa tanpa tindakan. Sudah aku cuba suatu ketika dulu berdoa depan beras supaya masak jadi nasi tanpa usaha untuk menanaknya terlebih dahulu. Jadikah? hahahahah memang tak masak sampai sudahlah cerita dia!

How blogger can survive with blogging challenge?
- Passion to success
- You know the answer

InsyaAllah, aku akan ambil 'satu langkah' itu. Berjaya atau tidak belakang kira. Peluang untuk berjaya itu 99% kita dapat tahu selepas kita buat 1%. Aku sentiasa jadikan blogger yang berjaya meraih impian diorang dengan bogging. Apa salahnya aku berangan pulak orang lain jadikan aku sebagai inspirasi diorang untuk ambil 'satu langkah' itu? hahahahahah

Tak berangan takdelah KLCC. ^_^

To gain something we must lose something.
Let's see what we gonna get if we take one step ahead.

#seeuonthetop 

p/s: The deep thought on blogging always brought me sleepless

Cabaran blogging zaman millenia

July 24, 2017

Hari yang redup dikawasan aku telah membuatkan aku merenung dan memikirkan tentang nasib dunia blogging pada masa hadapan.


Kemanakah hala tujunya?
Bagaimanakah pengakhiran sebuah blog kelak?
Adakah blog aku masih menjadi rujukan jika jutaan blog baru muncul setiap hari?

Ah, nak nak pulak dengan masalah 'mood blogging ke laut' yang tak reti balik darat. Kerisauan ini buat aku termangu untuk bersaing sengit. Hahahahaha...sepatutnya aku kena ambil langkah pantas dan cepat. Tadi baru dengar small talk dari Irfan Khairi, beliau cakap zaman sekarang ni;

Kepantasan adalah currency untuk menang pada hari ini

Pantas aku pun harus mulakan tindakan segera. 

Bangun, buka blog dan suarakan kerisauan tentang cabaran berblogging. Nampak seperti tiada, tapi jika dikaji dan diselidik, perkara kecil inilah juga yang boleh mengubah presepsi dunia. Dari sebuah blog, sekadar contengan suara minda yang tak mampu senyap walau seketika, boleh jadi pemangkin utama berubahnya sebuah empayar. Siapa tahukan? Masa depan tiada siapa boleh tebak. Tapi, semuanya dapat dibaca dengan perbuatan pada hari ini.

Jadi, wahai rakan blogger yang setia menulis setiap hari, pesanan daku...janganlah kalian berhenti. Kerana telah ditulis oleh kitaran hidup, setiap apa yang kita buat pasti ada cabarannya. Bangkit dan sahutlah cabaran itu. Because legend mana kenal erti putus asa - BT-

So, antara cabaran blogging yang dihadapi oleh blogger tanpa sedar/sedar adalah:

1- Tidak punya masa
Some people said, it's not about time, it's about priorities. Jika mahu blog kita dikenal pada masa jangka yang panjang kelak, kita juga haruslah berkorban masa dari sekarang. Satu atau dua jam sudah memadai. 

2- Blog dijajah oleh media sosial yang lain.
Siapa nak baca blog? Kalau semuanya dah terpampang dalam fesbuk? Ayat artikel dekat fesbuk pulak, semuanya catchy. Buat rasa nak klik dan tahu je tentang cerita penuh dia. Walhal, link tu pun sama gak asalnya dari sebuah blog. Biarlah lepas kita klik tu, iklan bukan main lambaknya, tapi masih sabar sebab perasaan ingin tahu tadi. Well done fesbuk!

Belum lagi diambil kira cerita drama di twitter. Biarlah thread dia panjang berjela, tapi orang still baca sebab dari twitter orang tahu the latest issues and trending? Betullah...sometimes. Bagi aku twitter tempat meroyan je. Hahahahaha Ada yang bagus tu, baguslah...sometimes boleh rosak minda jugak mengadap fesbuk dengan twitter lama-lama.

Insta? Insta dia tak sama sebab a picture shows a thousand words. But, once dah addict dengan insta, goodbye lah blog ui!

3- Internet
Yo, ini adalah salah satu punca blog aku boleh mati berbulan lamanya. Tapi sekarang, semua kerisauan itu sudah dapat dielak walau aku duduk berjauhan dari kemudahan wifi rumah. Sebab? pelan infiniti dari digi! Gilalah kalau lepaskan peluang emas yang ditawarkan ni. 

digi, plan, postpaid

Why digi? Oh, sebab aku baru nak try market digi ni, tapi so far no problem. Dah dalam tiga hari kot aku guna. Alhamdulillah semuanya smooth...

Kalau korang rasa pelan ni mahal, korang bolehlah survey yang murah dan bagi kepuasan melayari internet tanpa batasan. Malaysia negara bebas untuk memilih bukan?  

4- Idea kering!
Hah! Orang kata juga, jika kita mahu menulis dengan banyak dan lancar, kita juga harus membaca dengan banyaknya. Sebab dari membaca kosa kata kita akan menjadi kaya. Alah, zaman sekarang ramai je penulis yang bukan dari kalangan yang gemar membaca. Well, it's up to you. Sebab manusia itu unik. Tapi, jarang kita jumpa pemimpin dunia yang kurang gemar membaca kan? Bacalah, tak pernah rugi pun kalau kita membaca. 

Tapi, kalau dah banyak baca still tadak idea, tengoklah movie, lepas tu buat review. Pergi makan tempat baru, buat review. Mana tau lama-lama idea tu akan muncul. InsyaAllah.

5- Blog dah tercemar dengan marketing melampau.
Betul ke? Somehow it's a big competition among blogger nowadays. Terpulang bagaimana cara untuk hidup. Setengah orang jadi kurang gemar dengan blog sebab asyik-asyik cerita sama, copy paste. Takde idea sendiri. Ambik, ciplak idea orang. Itu perkara biasa. Memanglah sekarang ni originality idea tu dah takde sebab dunia pun dah tua, mestilah idea pun lebih kurang sama. Hahahah

Lagi satu sebab, biasanya yang punya idea unik ni satu kelemahan mereka; mereka tidak gemar gembar gemburkan cerita. Cerita kat blog, biarlah habis kat blog. (ke aku sorang je rasa macam tu?)

Kadang aku terfikir jugak, setiap kali ada yang bertanya untuk collab or sponsored, aku akan pertimbangkan dulu. Sebab, aku tak mahu blog aku jadi satu platform yang over marketing. Memang ia satu peluang cerah, satu pemangkin yang akan angkat blog kita, tapi sekali sekala tidak mengapa. Sebab aku ambivert, pilihan untuk jadi extrovert itu selalu dimarahi oleh sisi introvert. Hahahaha

***

Okay chow dulu. Kes entri ni dibuat gara-gara ramai rakan blogger yang dulu kian sepi. So, aku rindu penulisan korang dan harap korang kembali aktif. Remember, once blogger, forever blogger. 

Chiow lu!

A big thank you to Chester.

July 21, 2017

Gempar hari ni dengan berita kematian Chester Bennington. #RIPCHESTER memenuhi dada twitter. Sebab utama kematian adalah: bunuh diri. 

Why Chester why?
Your song was prevented me from this tragedy...and now you committed suicide? 
Takdirkah ini?

Tuhan murka orang yang bunuh diri sebab dia mengubah takdir yang Allah dah tetapkan pada dia. Sebab tu orang yang bunuh diri akan mengulang proses dia bunuh diri tu sehinggalah datangnya kiamat. Terseksa sangat!

But, Chester...he was depressed! 
Syaitan mainkan peranan yang hidup akan lebih bahagia jika dia mati dan bunuh diri saja. Kejam sungguh janji syaitan padamu itu Chester. 

Innalillahwainnailaihirojiun...
Dia sudah penat. 
Jadi dia pilih jalan ini untuk ubah takdir dia.

Broken family, child abuse = Depression = masalah psikologi = bunuh diri

Ah, sarat benar rawatan untuk penyakit jenis ini. Sebab faktor yang menentukan kejayaan kita dalam rawatan ini adalah diri kita sendiri. Mahu atau tidak untuk dirawat. Sampai suatu masa isitlah penat belengu diri dan hasilnya akhiri hidup lagi bagus.

Tapikan, orang seperti Chester telah banyak menyelamatkan jutaan jiwa kacau yang lain. Termasuk aku (suatu tika dulu). Sebab dia faham situasi dan perasaan itu. Dia sampaikan melalui lagu-lagu dia. Sebab tu aku minat lagu dia. Ia semacam wujud kaitan. Yeah, masalah psiokologi semuanya berkait dengan emosi.

Thank you Chester, for being there through our darkness phase. Even though your song didn't give the light, but it's enough for me to feel your existing. #RIPCHESTER

Chester, RIP, linkin park, vocalist

My December is my favourite birthday song...
Lost in the echo has helped me to walk the path independently..
Castle of glass...Catalyst...new divide..there are so many memories between me and his song. #legendneverdie

***

Then, sedang aku mengucapkan takziah kepada Chester ditwitter, terbaca satu tweet yang mengaitkan isu depression yang menjadi penyebab Chester mati ni dengan 'attention seeker' dan juga 'malays perspective'. 

Dan aku seperti, could you please stop blaming Malays perspective? It's Chester day! Bukan untuk put the blame on Malays. Ah!!! (Malays being Malays be like..) Namalah perspective. Ia subjective. And 'Attention seeker'????

Depression dan attention seeker?????
I don't get it! 
If you want to fight about this issues, please and please not on the Chester day. You are ruining his day!!!!

Aku patut buat kajian untuk isu ni sebelum lebih ramai artis yang menjadi idola aku akhiri hidup diorang dengan bunuh diri. Please Shayne Ward, Chris Martin, Backstreet boys, JT, MCR and all 90's artists...don't commite suicide. 

So, thank you again Chester..At least he left a good goodbye before die. Last but not least, rest in peace Chester. 


(Transformers is not a transformer without his song. huhuhuhu)

Is it Merdeka yet?

Holla there my old friends! 
It's been a centuries I didn't came here. See, piuh! Berdebu tebal nak matey! Mentang-mentanglah 'berperang dekat padang pasir'...sampai debu bersepah dalam blog. 

merdeka, debu, kosong

Ah! Dua minggu hiatus untuk bagi ruang pada final exam. Doakan yang terbaik untuk keputusannya kelak. Sebab final exam hari tu bagi aku, 'THE WORSE FINAL EXAM I EVER TAKE'. Ye la tu...

Yelah, mana taknya...first paper tu killer sampai aku punya selsema datang balik. #Dugaan. Benda dah berlalu usahlah diungkit...sekarang gunalah the power of doa.

Then, is it merdeka for me?
Hurm....dari segi kelas tu, merdekalah gak. 

Kerja tetap kerja. Mana ada istilah merdeka ke pubic holiday ke apa an...lainlah kalau aku ni...Bos! hahahha amin! 

Bila aku buka bloglist...seakannya blog yang aku gemar ziarah dulu perlahan semakin ditelan sejarah. Ah, kalian janganlah terlalu cepat dimamah sejarah. Walau FB Ads boleh dapat view tahap giler nak mati, tapi apa yang menghubungkannya? -Blog-

Mostly, semua benda kat pesbuk sekarang ni adalah LINK. Bermakna dunia blog pun kian rancak. Tapi, sayang...semua sekadar giler pada view semata-mata...#sedih. Benarlah, nak mencari yang setia dizaman millenia ini macam menggali artifak. Setia menulis dan tak pernah kering berkongsi idea bernas bukan hasil ciplak - kian surut-

Too much copycat. Too much marketing.
Terlalu banyak sampai rasa....
Sampai tak tahu nak rasa apa...hahahahahah

Inikah Merdeka yang dicari?
Nope. Masih mencari asas untuk membina empayar. Sedikit penat berkerah tenaga, tapi selagi tiada bukti orangkan kata aku tak berusaha.

Merdekakan minda dahulu...baru jiwa dapat merdeka.

Okaylah, tu jerlah kot short update yang maha merapu dari seorang aku yang suka twister KFC more than Double down. Nak cakap, hari tu time exam kakak aku nikah...but examkan...so...Happy Wedding sis. May Allah give you the happy family you ever want.

Majlis 30 Ogos. Takde aral, insyaAllah balik. InsyaAllah...

Geng nak lepak terasa macam null. So, nak melantak dolly dim sum pun terpaksa tunda. Sebab makanan yang sedap itu adalah bila dikongsi. #missmysiblings 

Merdekakah aku?
.....

How to fall in love 101

July 01, 2017

That its.
Budak tu dah berhenti.
My study booster dah tak ada depan mata.
Mana nak cari booster untuk belajar??

Kenapa berhenti?
Sedihnya....
Dahlah esok lusa final.
Dia tak ada.
Dia tak kerja situ

Ah, kebudak-budakan perasaan apakah ini? Nak study cari booster bersifat sementara? Tolol sangatkah aku? Oh Tuhan!!!

Tapi....itulah situasi sebenar bila final menjelang. Macam-macam ikhtiar dicari bagi semangat tak lari. Ah, konon giler statement!

Mungkin budak tu cuti raya dua minggu kot! Kotlah...sebab selama ni tak pernah pun tengok dia cuti. Asyik lalu depan aku sambil tolak troli dengan gaya ala-ala model tak jadi...puith!

Tapi, bila dia dah tak lalu...aku pulak yang menggagau rindu! Hahahahahahahahaha

Ya Tuhan!
Rasukan final exam memang boleh gila dan tak waras manusia dibuatnya. Aku ingat aku boleh elak...rupanya tempias itu....dah lama meresap dalam peparu.

Lu bilang suka sama manusia itu sifatnya sama seperti menghirup bauan asap rokok dengan rela. Membenarkan toksin karbon merosak tubuh. Nampak gaya lu sendiri sudah lemas dalam kepulan itu. Sadis!

Guys, how to fall in love if we never know that feeling? Adakah ia macam kita jumpa air ketika musim kemarau? Atau seperti jumpa makanan selepas seharian puasa?

ALLAH....kuatkan semangat kami untuk tidak menduakan cintaMu...

Sungguh cabaran itu nampak seperti enteng...kalau benar ia mudah...mengapa aku acap kali gagal?

Jumpa selepas 17 July...doakan kami semua. Parajurit Syawal 1438.


P/s: lupa nak bagitau yang tajuk entri tu sebenar tajuk bagi bakal buku pertama aku 20XX 
© SOFIE ADIE. Design by FCD.