Miri, Raya dan Hujan.

June 25, 2017

Salam Aidil Fitri kepada semua warga Muslim yang hidup di muka bumi ini. 😊

Raya mana tahun ni gais?

Alhamdulillah, hari ni aku diberi kesempatan untuk menyambut raya di tanah air ter-chenta; Miri i'm coming!!! Yuhuu!!!

Walaupun balik raya kali ini merupakan keputusan 'last minute', but worth it! 
Walaupun flight sedikit delay tadi..
Walaupun malam raya aku tak dengar takbir, 
but it's okay...

InsyaAllah, pagi raya yang tinggal beberapa jam saja lagi...laungan takbir itu akan kedengaran meriah dicorong pembesar suara di masjid, surau dan juga segala peranti yang mengeluarkan bunyi. (sebab tak tahu takbir tu akan keluar dari celah mana lagi...hahahaha)

Okaylah...aku tak payah pening fikir baju raya pun tup-tup dah ada orang prepare. Thanks to my sister merangkap custome and make-up manager bagi keluarga kami. Hahahahaha...bapak mudah giler hidup aku kalau tiap kali raya macam ni. Mana yang ada tu, kita bedal je sarong. Kaler sama, tema tak lari tu...syukur sangat!

Balik Miri? Kata tak balik raya....
Hahahahahha gimik tak gimik raya kali ni. Hari tu beria kemain cakap tak balik. Tapi memandangkan umi buat ayat touching dua minggu lepas, kata beliau; 

"Umi naklah beraya sama-sama dengan anak-anak umi yang belum bekeluarga ni..."
"Umi...orang bukan nak kahwin pun dalam masa terdekat ni...insyaAllah raya akan datang kita raya sama ya.."
"Raya akan datang itu pun kita takde kepastian untuk sambutnya cik oii..."

Dan, aku sebak sikit. Nak seminggu raya baru kalut ambil tiket. Haila, haila...cerita dia memang kaw-kaw lah harga diorang kasi kan? Ini pun terpaksa beli one way dulu. Itu pun syukur sebab masih ada lagi tiket...kus semangat!

Tadi naik Air Asia. MasyaAllah, proses nak naik flight tu saja...sabar ajelah. Sepanjang perjalanan aku pilih untuk tido je. Penat menunggu ni lain macam sikit. Biarlah tak buat mende pun...tapi...tu lah..

Sekarang 0525, Miri hujan sejak malam tadi. Habis je orang takbir dekat rumah tadi...terus hujan. Rahmat Tuhan melimpah-limpah. #Alhamdulillah

Kek lapis made by sofie?
Erm...tak sempat nak buat..😞 Namalah balik malam raya, memang kirim salam pada tepung dan segala bahannya. Tahun ni raya kita berlaukkan nota dan ingatan pada exam saja...hahahaha

So, chow dulu...mana tau duduk rumah ni, line kemain laju...rasa macam nak up entry setiap masa pulak!😂 Idea pun selebat hujan kat luar pulak...

Last but not least....

Salam aidil fitri dan maaf zahir batin dari sofie buat semua pembaca! Moga Raya tahun ini lebih berkat dari tahun sebelumnya. 😊

Amin!

raya, hujan

p/s: misi ke Dolly Dim Sum terpaksa ditunda...

Asing.

June 20, 2017

'Cik datang sini shopping ke?' tanya Encik Grab Car.
Aku hanya angguk dan mengiyakan.
'Haah, shopping.'

Dan dialog kami berhenti meninggalkan radio Era yang riuh memasarkan barang dicorong pembesar suara. Bingit!

Jap! Aku dah tipu orang ke?

where, are, you, now

Hurm...kalau kebenaran itu bakal menyebabkan diri ini diadili tanpa sebarang siasatan, apa salahnya jika menipu sekali dua. Ah! abaikan.

Sebab malas mahu bersembang.

Semalam, Uncle Grab Car turut mengajukan soalan yang semakin lali aku dengar.
'Cik hari-hari naik grab car pergi balik ke?'
'Hurm...' aku iyakan saja.
'Uish! Cik kerja manager ke? Hari-hari naik grab car...'

Nak aje aku jerkah pada pak cik tu. 'Weh, aku nak naik uber ke nak naik grab car hari-hari ke, aku tak susah hidup oranglah. Orang kasi masyuk pun mau bising ka?'

Tapi, aku pilih untuk senyap.
Diam lagi bagus. Amin-kan saja doa dia. Semoga seorang aku ini berjaya hingga ke tahap manager diperingkat empayarnya kelak. Amin.

Lepas Sekarang ni, kalau mereka tanya...aku dah pandai menipu. Aku dah mula bagi auta dari fakta.
Aku dah lali dengan kebenaran identiti.

'Datang sini nak bukak puasa ke?'
'Iya...'
Tipu.

'Datang sini, nak ke bazaar ke?'
'Iya...'
Tipu lagi....

Dan penipuan itu semakin rancak dipenghujung Ramadhan...
Allah.
Bukan niat aku....

'Cik, saya sekarang berada di sekitar sini. Cik kerjakah hari ni? Mahu saya ambil?'
Satu mesej masuk.
Aku baca sekilas.
Ah, malas mahu ada kaitan dengan manusia begini.
'I already have my own transport. Thanks for asking.'
Tipu....

Takut.
Sumpah takut.

Tapi, nak buat macam mana....untuk hidup kena pandai survive. Kena pandai auta. Tapi, biarlah berpada.

Satu benda saja aku takkan pernah tipu.

'Cik orang mana?'
And I'm proudly saying that;
'Saya orang Sarawak.'

Benda ini saja aku takkan tipu.

Tapi, jangan tanya aku di Sarawak ada apa.

'Aih, hidup dah guna smartphone kemain besar siap data berpuluh GB, takkan tak pernah google kot?'
Pergilah manfaatkan tepon besar gabak hang tu...jangan asyik dok baca benda viral pastu sibuk nak kecoh. Benda tak viral tak mau ambik pusing. #domorelah
....

'Ini kedai awak sendiri punya ke? Ke kerja dengan orang?'
'Kerja dengan orang.'
'Awak pun boleh buat bisnes macam ni sendiri.'
'InsyaAllah...'

'Adik, kenapa kerja dekat kedai ni?'
'Pengalaman bermula dari bawah..'
'Ah, tak payah nak start dari bawah sangat...nanti susah nak ke atas...'
Senyum.
'Bagus adik terus mintak kerja dekat badan professional sana. Ha, senang hidup..'
Itu kata kau.

Kerja hanya untuk penuhi dompet yang kosong, tidakkan mampu kenyangkan jiwa...
Kerja hanya sekadar lewa, duit yang masuk juga takkan kekal lama...

Kalau boleh, aku pun tak nak kerja makan gaji.
Kalau boleh, aku pun mahu hidup tiada syarat...
Bebas...hidup senang.
Belanja mewah
Tanpa sebarang kerja?
Mimpi itu!
Angan mat jenin kata orang...

Terasa asingnya bila hidup untuk masa depan.
Terasa jauhnya bila hidup tak serupa idaman orang...
Terasa kerdilnya...
......

Cukuplah...banyak sangat nak cerita sampai tertipu diri sendiri. Tipu orang tentang identiti sampai diri sendiri hampir hilang.
Nak hilang pergi mana? ada je kat sini.

Orang yang kita kenal tiga tahun dulu dah tak sama dengan orang yang duduk depan mata kita sekarang. People changes buddy...people changes...terimalah hakikat itu.

Dan boleh jadi juga, aku yang kalian kenal suatu waktu dahulu, bukanlah orang yang sama lagi. Boleh jadi kawan, boleh jadi....

Tanya khabar, bunyinya sudah hambar...
Fasa perkenalan kita sudah terbatas.
Ruang dan waktu jadi alasan.
Kita adalah orang asing.....

Sua muka tetapi hati sudah tidak bertemu
Sedih bukan?
Ada baiknya kita tak pernah kekal dan akrab
Ada baiknya kita sekadar kenal atas angin...
Kau tidak serik dan aku tidak sakit...
Sebab kita adalah orang asing...

Seperti biasa, seorang aku ini memang tidak pandai bermasharakat...sebab itu dia selalu warning;

"Don't get too close...it's dark inside..."
if it's have a light...maybe it's not for you...

#salamramadan dan #doakanyangterbaik

asing, alone

#RAMADHANGIVEAWAY: PEMENANG!!!

June 15, 2017

giveaway, ramadhan, sofieadie

TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai #RAMADHANGIVEAWAY tajaan SGShop Malaysia anjuran sofieadie.com!

Tak sangka dalam masa DUA MINGGU, giveaway ni dah kumpul seramai 55 penyertaan melalui blog. Terima kasih kepada semua blogger yang sudi meriahkan #RAMADHANGIVEAWAY. 

Kepada yang tidak berpeluang memenangi giveaway kali ni, jangan sedih-sedih...insyaAllah, korang masih berpeluang untuk menang dalam giveaway yang lain. 😊 Amin!


PENYERTAAN MELALUI BLOG:-

Berikut adalah 7 PESERTA BERTUAH yang berjaya memenangi shopping credit bernilai RM100!!! 

22. http://www.blogaqiem.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

39. http://www.sheilainspire.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

12. http://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

8. http://queensyanis.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

47. http://www.zazaiman.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

16. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

55. http://darlinalife.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html

(sila semak nombor anda di SENARAI PESERTA)


PENYERTAAN MELALUI INSTAGRAM:-

sofieadie, giveaway

TIGA pemenang bagi pengomen tegar untuk penyertaan melalui Instagram telah dimenangi oleh....
@nona_cuya
@de_Drobes
@yuyinazman

Fuh! sengit dan rumit betul nak buat keputusan. (Mungkin ni first and last buat giveaway kat ig kot! hahahaha...😅)

CARA TUNTUTAN HADIAH

Semua pemenang dikehendaki:-

  1. Daftar keahlian di laman web SGShop Malaysia
  2. Hantarkan maklumat anda melalui email jade2sofie@gmail.com dengan menggunakan format berikut;


Subj: PEMENANG #RAMADHANGIVEAWAY 2017
Nombor dan link penyertaan
Username SGShop Malaysia

Credit Shopping anda akan dimasukkan melalui username yang anda beri. Pastikan username anda adalah sah milik anda sebelum menghantar maklumat.

Tuntutan hadiah mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 18 JUN 2017
Sebarang kelewatan dalam membuat tuntutan, hadiah akan ditukar kepada peserta lain.

Last but not least, thank you again!!!
and
SALAM RAMADHAN!

Bukan tak rindu...

June 12, 2017

miss, something, lost, someone

Usai balik dari kerja, aku masuk ke rumah. Aku tengok semua orang tengah buat assignment. Aku rasa cemburu. Aku rasa dah lama tak lepak dan borak dengan kawan satu rumah.Cuma buat masa sekarang aku hanya dapat terjemah satu je rasa kedalam perkataan. 

Aku penat! 

Betul ke aku penat? 
Penat buat apa?

Penat sebab asyik pendam rindu?
Hahahahah aku nak rindu orang?

Oh, come on....aku pun manusia apa..
Salahkah aku untuk merindu orang?
Keluarga? 
Tanah air?

Semalam, satu hari itu bagi aku tidak cukup untuk cerita semua. Ah! masing-masing dah besar. Cerita pun, aku lah manusia paling terakhir sekali dapat khabarnya. 

Bukan tak rindu...
Bukan aku tak rindu saat kita ketawa riang macam dulu...
Bukan aku tak rindu nak buat jenaka sebagai penghibur hari-hari akan datang...
Tapi, aku sendiri dah hilang identiti aku...
Aku dah keliru....
Aku....

Aku takde niat pun nak marah atau melatah saat kau jerkah...
Aku cuba untuk jadi manusia yang terbaik, tapi apa yang selalu aku dapat....aku pentingkan diri.

Aku dah kecewakan diri aku sendiri.
Aku memang manusia yang tak sedar untung ke ek?
Ah! 

Aku penat dengan emosi gila begini...
Aku patut dicampak ke hutan arizona sana kot. hahahahahah

Okaylah, 
Aku dah merapu banyak sejak dua menjak. Itu semua gara-gara fius otak aku terbakar. 
Itulah, bulan ramadhan orang sibuk kejar pahala, aku pergi kejar dunia...
Padan muka!

Kawan,
Bila kau lihat aku bisu begini...
Kalau kau betul kenal aku, kau tak akan jauhi aku...
Kalau kau betullah faham, kau tak akan jauhi aku...
Tapi sayang...rasa itu hanya aku saja yang rasa...
Rupanya,...selama ini aku sendirian...

Manusia mana mahu tegur aku kalau rupa sudah macam singa?

Kawan, saat aku seperti singa itu sebenarnya jiwa aku sudah luluh dalamnya...
Ah, sudahlah mengharap pada manusia.
Berhentilah...

Tuhankan ada?
Tepuk dada dan usap perlahan sambil bisik pada diri, 'AKU ADA ALLAH'

Tidak sakit lagi bukan?
Senyumlah...😊

Aku lihat mereka semua bertiduran menyiapkan tugasan.

Kata nak jadi ejen hartanah yang hebat, takkan baru masuk isu conventional method vs Discounted method dah menyerah kot?
Bangkitlah!!!

Sungguh aku rindu saat kita belajar dan saling mengajar sesama sendiri.
Aku rindu kalian.
Aku rindu...

Kawan,
kalau jalan aku dan kau sudah tak sama kelak, mahukah kau singgah di RnR untuk bertukar khabar denganku?

Seorang aku ini sungguh tidak pandai dalam bermasharakat. Sebab itu dia rasa dia mampu saat sendirian. Walhal, matinya kelak bukan dapat terus ke kuburan tanpa bantuan rakan.

Doakan dia. Doakan jua aku itu. Agar diberi rasa rindu untuk bersua dan berkawan lillahi Taala...
#doakanyangterbaik

Tolong terangkan boleh?

June 09, 2017

"Cik, memang selalu naik uber ke?"
"Nak dekat sebulan lebih gak lah..."
"Oh..."
"Kenapa tak bawak motor?"
"Motor? takde..."
"Takde motor tapi reti bawaklah ni?"
"Tak reti jugak...huhuhuhu"
"Ada boyfriend tak?"
"???!!!"
...

Sampai sekarang aku masih tak faham, apa kaitan antara aku yang selalu naik uber or grab car ni dengan keperluan pada boyfriend. TOLONG TERANGKAN BOLEH?

Sumpah aku rasa macam tak  masuk akal giler dan aku terpaksa buat muka....'what??'

Hari ni aku terpaksa rant isu ni. 

Untuk korang yang dah taken, aku nasihatkan bolehlah pangkah laman aku, aku tak rasa entri ni ada manfaat untuk korang. Ini untuk orang yang tak percaya pada cinta bukan pada yang layaknya. 

Untuk mereka yang merasakan hati itu hanya satu cuma dan sanggup menjaga hati hanya untuk yang istimewa kerana menjaga definisi kesucian cinta itu, aku perlukan pandangan kalian...serius.

....

"Encik, apa presepsi encik pada orang yang tak pernah involve dalam dunia berpasangan sebelum kahwin?"
"Bagi saya, ianya satu bonus untuk mengenali seseorang sebelum kahwin. Tapi, tak boleh nak yakin sebab jodoh itu Allah dah tentukan..okay tak jawapan saya?"
"Nope. Sangat tak puas hati..."

.....

Itu jawapan klise. Jawapan itu aku pun sudah tahu. Ia sama seperti jawapan kepada soalan 'apa pandangan encik tentang seseorang yang meninggal sebelum dia bersedia?'.

TAKDIR. 

See, itu maksud jawapan yang aku dah tahu. 

Aku terpaksa tunda banyak persoalan sebab keadaan tidak mengizinkan. Kepala masih pusing dengan persoalan 'Kaitan boyfriend dan juga transport'.

Aku tak faham. 

Hari-hari aku naik uber, grabcar...tipu kalau takde rasa takut atau gerun. Tapi sebelum langkah aku tak akan lupa nasihat umi. 

"Sebelum keluar rumah, bacalah bismillahitawakkaltu a'lallah wala hawlawa qu wata illa billa hil a'liyil adzim..."

Semua orang tahu kita ada Allah. Kita sandar seluruh keyakinan dibawah lindunganNya. Jadi kenapa perlu ada boyfriend?

Okaylah, kalau aku jawab iya, aku ada boyfriend. Yang satu dan sentiasa diatas itu (sambil tersenyum ala-ala drama islamik) choi!

Kau jugak yang akan muntah meluat bukan. Ah! manusia manusia keletahmu buat aku tertawa gila!

....

Aku ada prinsip dalam soal hati. Tidak dinafikan manusia lain juga punya prinsip mereka. Aku hormat itu. Tapi dalam hal hati ini, jujur aku hanya menerima manusia yang tidak pernah tercemar hatinya dengan kewujudan manusia lain sebelum aku. (except parents, siblings, nabi, rasul, Allah...)

Kalau kita mahu jadi yang pertama untuk dia, kita jua kena jadikan dia yang pertama dalam hidup kita...

Itu mantera yang aku dah serap sejak jejak usia 14 tahun. Sebab? aku tak mahu isu diserang ex tanpa hala. Isu fitnah berleluasa, isu yang aku sering baca dalam novel cinta dan hadap depan mata. Aku serik dan muak untuk hadap isu itu. 

So, do you think I'm gonna find a boyfriend just because I don't have a transportation?

A BIG HELL NO! 

Why soo demand?
Kau tanya kenapa aku demand? 
Kau lihatlah betapa ramai manusia yang hatinya hancur kerana cinta manusia.

Alah, kau banyak sangat lihat presepsi negatif dalam sudut ni. 

Macam mana aku nak lihat sudut positif kalau terang lagi bersuluh cara itu tidak molek dalam Islam.

....

Tipulah kalau aku nafikan fitrah. Tapi pengorbanan itu tak pernah sia-sia pada akhirnya. Jadi kenapa beralah dengan janji hawa yang belum tahu hujungnya?

Mahu kawan?
Boleh. No hard feeling. 

Mahu kenal?
Boleh. Tapi, sorry to say because I'm not good with people. Sarcastic? It's sooo meeee. I don't think orang boleh tahan. hahahahaha (sebab aku sendiri pun cuba bertahan hahahah)

Mahu teman berbicara?
Boleh. Ajukan persoalan akukan bahas. No judging please?

Mahu serius?
Jangan segan terus hubungi keluarga. No problem. Itu lebih baik. Aku tak kenal kau. Tapi kau cukup serius itu sudah memadai. Ingat, hati bukan mainan bukan? Sekali kau campak, berjuta akukan koyak hingga sepaiannya kau sendiri takkan mampu untuk mengutipnya lagi...

Katalah aku kolot sekalipun, hati itu rawatnya bukan kamu. Akurlah.
....

love is waste

Aku tak paksa orang setuju. Sebab namalah prinsip. Ia fleksible bila masanya sudah benar-benar sesuai. Bila? Wallahua'lam.

Doakan yang terbaik. Untuk kau, aku dan kita semua. 

Mungkin Allah hantar manusia itu bertanya kerna mahu mengingatkan aku tentang sesuatu...
Yang aku masih punya 'kawan' yang perlu dijaga temu janjinya. 
Mungkin aku masih sambil lewa dalam setiap pertemuan itu...
Mungkin hati aku masih tidak lurus dan telus saat berbicara sama Dia..
Oh Tuhan, sungguh halus teguranMu...
....

This rant is for the people who think a boyfriend is needed.

Dan aku tak rasa bacaan ini akan bermanfaat. Sampai masa aku ketemu jawapannya, mungkin aku patut delete entri ni. Mungkin...

Chiao lu!

How's the Ramadan?

June 07, 2017

Ramadhan, puasa,

Ramadhan tahun ni adalah paling......nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. Nak kata meriah tu, tak jugak. Dia macam ada something missing. Something yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Something yang....

Mungkin sebab tahun ni puasa aku betul-betul sambut di bandar? Hah! bandarlah sangat! Walhal kat Miri tu pun, bandar jugak. Kalau nak compare dengan sini, Miri tu lagi ramai non-Muslim. Miri tu lagi...

Mungkin sebab keadaan aku meraikan puasa. Aku yang jarang berbuka dirumah. Hanya seminggu sekali dapat berbuka dengan nasi dengan rasa amannya dan feeling like home...walaupun nasi tu pun aku tetap beli dekat bazaar. Tapi, okaylah daripada enam lagi hari yang lain. 

Kenapa tak berbuka nasi je hari-hari?
Ikut selera melayu kampung macam aku yang gilakan sambal udang petai ni, memang hari-hari aku akan ngadap nasi. Ngadap ayam percik, nasi kerabu, nasi dagang, ayam masak merah, ikan bakar, etc. etc. Tapi, hanya satu hari je aku dapat buat macam tu. Hari rabu. Sebab hari rabu je aku off kerja. Yang lain, semua aku terpaksa berbuka ditempat kerja. 

Kadang, orang tak faham nikmat 15 minit untuk aku berbuka tu. Peduli pulak mereka aku nak makan? Janji diorang dah habis makan. Tu yang time orang nak berbuka, time tu jugak nak beli barang. Barang yang aku jual ni bukanlah keperluan wajib dalam hidup pun. Tapi...tu lah...orang tak faham.

Bayangkan aku baru nak mula makan nasi lepas minum air, tetiba diorang datang. Tengah nak 'aaa' bukak mulut ni, nampak diorang belek barang, automatiklah suapan aku terhentikan? Kadang tu, aku buat tak endah jerlah...sekali...dijelingnya kita macam tak hormat pembeli! What?? It's only two minute after azan kot?? Takkan nak assume aku terus habis makan? 

Even bukan makan nasi pun, selera boleh merudum melihat manusia sebegitu. Sedih kot! Especially kalau manusia itu dari agama yang sama. Man! dekat Miri tu, lambakan non-Muslim elok je kalau waktu maghrib diorang bagi ruang untuk berbuka puasa. This is what we called:- Respect. Hormat. 

Jika hanya kau saja mahu dihormati tetapi tidak pandai menghormati, kau boleh pergi mati kot! hahahahhahahah (Bapak kejam! tak pepasal aku pulak jadi setan bulan puasa macam ni...sedih!)

Takdelah, puasa tu memanglah takde penat mana pun. Setakat 14-15 jam tak makan/minum tu, memanglah tak mati...tapi, nikmat berbuka tu Ya Allah, tolonglah fahami...

So, how's the Ramadhan?
So sad ha? 

Lagu Raya sudah meriah dimainkan...kuih, baju, langsir, karpet raya? Usahlah diperkatakan...apa yang dikejar dengan keperluan raya jika ramadhan masih huru hara?

Alah, kau bujang tak balik raya memanglah tak kecoh tak kalut fikir semua tu...cuba kau ada family bagai nanti? kau pun sama jugak dengan manusia yang kau kata..

Iya, iya..iya..bukan sebab aku tak puasa dengan keluarga, aku tak balik raya, aku nak marah semua orang yang sibuk beli persiapan untuk raya, bukan! Aku cuma mahu sampaikan, walau sesibuk mana pun kau membuat persiapan raya, janganlah sampai terlepas untuk mengejar pahala Ramadhan. 

So, kau tu dah bagus sangat ke?
.....

Apa ertinya raya kalau ramadhan yang sedia ada ini tidak aku layan dengan penuh istimewa?
Apa erti raya jika pantang larang puasa pun aku buat sambil lewa?
Apa erti raya jika baru sehari puasa dah fikir baju raya warna apa?
Nothing...

Ramadhan, puasa


Didunia tidak ada hari raya
Disini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka...

Aku ingat, bulan puasa...mall akan sunyi.
Aku ingat, bulan puasa...nasyid tentang sedih puasa dipasang.
Aku ingat, puasa itu sebulan rasanya...

Tapi, itu semua hanya aku saja yang ingat. 

Aku pun tak boleh nak banyak bunyi, tak boleh nak bising...sebab aku jua manusia yang akan ulang kesilapan yang diperkata. Jadi, aku nasihatkan diri ini agar terus bersabar. 

Biarlah...puasa kita lain-lain presepsinya..
Bagaimana kita mahu terjemahkan dalam perbuatan itu juga tidak sama...
Terpulanglah..

Semoga Ramdhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Dan semoga kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. ~Amin~

Salam Ramadhan!
Maaf Zahir Batin. 

Sampai bila kawan?

June 04, 2017

Tarbiahkanlah hati ini bila ia mula menyimpang.
Takut tidak berjumpa jalan ia hanyut ke sungai..

Didiklah jiwa ini agar sentiasa miliki rasa berTuhan
Supaya tidak jadikan manusia sebagai sandaran

Silapnya meletakkan jiwa menagih manusia untuk perhatian
Silapnya percaya pada manusia untuk pulihkan kesedihan
Silapnya dibiarkan ia berulang
Silapnya ia tak mampu dihalang
....

Sampai bila kawan?
Sampai bila harus memendam
Sampai bila mahu hebahkan tawa
Jika sendumu sendiri dalam kelam?

...
Sampai bila tanyamu?
Sampai bila tanyaku...
Sampai tanah terakhir menutupi kubur...

Tapi, aku tak mampu lihat kau begini
Lihat sendumu tak berbunyi
Hidupmu seperti mati
Seakan aku ini tiada fungsi

Tidak aku jadikan kamu sebagai pelepas rasa
Aku diam kerna sedang mendidik jiwa
Aku diam sebab aku masih punya telinga
Yang tidak akan hebah apa yang Dia dengar

...Kawan, cerita, rant

#RAMADHANGIVEAWAY: Senarai Peserta

June 02, 2017

banner, senarai, peserta, ramadhan, giveaway

Holla there!
Terima kasih kepada semua peserta #RAMADHANGIVEAWAY yang ditaja oleh SGShop Malaysia.

Sekarang ni meriah sungguh blogger anjurkan giveaway, maklumlah nak dekat raya ni mesti banyak barang yang kita nak beli. 

Aku pun tak lepaskan peluang kalau ada GA sempena raya, ada rezeki mana tau dapatlah duit raya walaupun raya nanti tak balik. Huhuhuhu

Cara paling senang nak menang adalah korang join giveaway ni melalui akaun instagram. Sebabnya, ia terhad kepada followers aku saja. Korang komen je kat gambar tu, kalau yang komen tu tiga orang saja, confirm diorang dapat.

So, tunggu apa lagi, jom meriahkan lagi #RAMADHANGIVEAWAY ni!

***SENERAI PESERTA***

  1. http://kasihkuamani.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  2. http://msvelentine.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  3. http://www.leaazleeya.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  4. http://themaiman.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop.html
  5. http://www.kisahsidairy.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  6. http://denhanda.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  7. http://www.syuhadasalleh.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  8. http://queensyanis.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  9. https://intansaffyna.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  10. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  11. http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  12. http://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  13. http://fatinun.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  14. http://ctroxalynna.blogspot.my/2017/06/ramadhan-giveaway-bersama-sgshop-Malaysia.html
  15. http://raizahalisah.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  16. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  17. http://herneenazir.com/2017/06/02/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia/
  18. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  19. http://www.ceriteraibu.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  20. https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  21. http://jnjikita.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  22. http://www.blogaqiem.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  23. http://messarah.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  24. http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  25. http://maszull.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  26. http://nakahime.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  27. http://amira14197.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  28. http://ladyinredplanner.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  29. http://mrsteddybearlover.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  30. http://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  31. http://bivichan.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  32. http://farhannajafri.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  33. http://yuyinazman.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  34. http://penselduabee.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  35. http://tarotthefool.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  36. http://www.kasihjuju.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  37. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  38. http://farah-atiqah98.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  39. http://www.sheilainspire.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  40. http://www.tengkubutang.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  41. http://honeyoyeke.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  42. http://jombercontest.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  43. http://cikash.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  44. http://www.helloaiman.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  45. http://www.elihjapahar.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  46. http://www.opzzpinky.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  47. http://www.zazaiman.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  48. https://ape-kinah.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  49. http://seoranggadisss.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  50. http://ftndiana.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  51. https://hanyadihatiku.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  52. http://blogashalya.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  53. https://smoochiemallow.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  54. https://athibe.blogspot.my/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html
  55. http://darlinalife.blogspot.com/2017/06/ramadhangiveaway-bersama-sgshop-malaysia.html


*last update on 14 June 2017*

HAPPY BLOGGING AND SALAM RAMADHAN!
😎

GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS

June 01, 2017

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda.

Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia

Holla there! 
Alhamdulillah dengan kerjasama dari SGShop Malaysia, tahun ni aku berpeluang buat giveaway sempena bulan Ramadhan dengan tema #RAMADHANGIVEAWAY. 

sofie, giveaway, sgshopmalaysia

Giveaway ini akan berlangsung selama DUA MINGGU.
Bermula pada 1 Jun sehingga 14 Jun 2017.
Korang boleh pilih samada nak join melalui blog atau instagram

Seramai 10 orang pemenang dicari.
(7 pemenang dari blog, 3 lagi pemenang melalui instagram)
***

Syarat penyertaan sangatlah mudah:

PENYERTAAN MELALUI BLOG

2) Copy banner diatas dan backlink kepada entri ni
3) Buat entri dengan tajuk: #RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia
4) Nyatakan barang yang akan dibeli di SGShop jika korang menang shopping credit RM100
5) Siap! Jangan lupa tinggalkan link korang diruangan komen entri ni.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan random.org
****

PENYERTAAN MELALUI INSTAGRAM

Kalau korang takde blog tapi nak juga join, jangan risau korang boleh join melalui akaun instagram. Penyertaan melalui instagram terbuka kepada followers ig @yuhaadie

Caranya:
1) Follow ig SGShop Malaysia @sgshop_malaysia
2) Like gambar banner Giveaway
3) Komen seberapa banyak yang korang nak sehingga tarikh 14 Jun 2017
*extra point untuk yang repost gambar

Pemilihan akan dibuat melalui komen paling banyak di post gambar tersebut.
***

SENARAI PESERTA
***

PEMENANG UNTUK #RAMADHANGIVEAWAY INI AKAN DIUMUMKAN PADA 15 JUN 2017

ALL THE BEST!
© SOFIE ADIE. Design by FCD.